Tag Archive | "Kahwin"

Lagi kes lelaki melayu kahwin gay, di Greece pula


Selepas kes Melayu Kahwin Gay Ariff Alfian sebelum ini terbongkar, makin banyak pula kes melayu kahwin gay yang terdahulu terbongkar, mana tau, ada juga berlaku di Greece.

Cuba lihat gambar pasangan di bawah ini, dipercayai satu gambar yang sempat dirakam ketika pasangan gay melayu dan mat saleh (Greek?) berkahwin di Greece.

melayu gay greece Lagi kes lelaki melayu kahwin gay, di Greece pula

Menurut sumber, gambar ini sebenarnya telah lama, dan perkahwinan gay ini sudah lama berlaku sebelum dari kes melayu kahwin gay Ariff Alfian lagi.

Mungkin lepas ni lebih banyak lagi kes Lelaki Melayu Kahwin Gay yang berlaku di luar negara akan terbongkar, sebelum ini ianya dipandang cuma sebelah mata.

Benar atau tidak, palsu atau fakta, masih lagi menjadi persoalan, tapi berdasarkan gambar diatas, kelihatan seperti amat asli sekali.

p/s : agak-agak bagaimana pula dengan lesbian yang lari berkahwin di Singapura? bakal terbongkar tak? Mungkin tidak, jika lesbian itu tiada kaitan dengan pinjaman pendidikan PETRONAS.

Posted in Malaysia, News, WorldComments (1)

Remaja tertinggi di dunia makin membesar!


Malee Duangdee, 19 tahun, mempunyai ketinggian yang melampau bagi seorang remaja yang belum lagi mencecah umur 20 tahun! Remaja tertinggi di dunia!

Beliau mempunyai ketinggian 2.12m dan mempunyai berat badan 127kg!

Namun demikian, berat dan ketinggian fizikal tersebut menyebabkan beliau menjadi sunyi oleh kerana dipinggirkan rakan-rakan sebaya dan beliau sendiri berkata bahawa peluang beliau untuk berkahwin teramatlah mustahil.

Tallest Teenager in The World from Thailand, Malee Duangdee

Malee Duangdee tallest Remaja tertinggi di dunia makin membesar!

Fizikal beliau mula berubah setelah beliau disahkan mempunyai ketumbuhan (Tumor) pada bahagian otak, menyebabkan hormon badan beliau tidak stabil, dan kesukaran dalam penglihatan. Sehingga kini, beliau masih lagi membesar dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Amboi tingginya! Tapi sedih, beliau ni dipinggirkan sebab lebih tinggi dari orang lain.

Macam-macam, tinggi pun masalah, rendah pun masalah. Apa-apa pun, asalkan beliau gembira bersama keluarga cukuplah.

Malee Duangdee tallest thailand teenager Remaja tertinggi di dunia makin membesar!

Posted in Random, WeirdComments (0)

Video cara lamaran kahwin paling Viral


Ginny Joiner, dari Atlanta, Amerika Syarikat pada mulanya menyangkakan bahawa beliau sedang menonton filem ‘Fast Five’, tiba-tiba ianya berubah menjadi lamaran perkahwinan!

Beliau, yang pergi menonton wayang bersama abang beliau pada mulanya tidak menyangka apa-apa apabila menonton beberapa trailer filem sebelum itu. Kemudiannya terkejut apabila sebuah trailer filem berlainan ditayangkan, dimana terdapat rakaman perbualan teman lelaki dan juga ayah beliau.

Teman lelaki beliau, Matt, kemudiannya muncul di penghujung trailer tersebut mengejutkan Ginny dan kemudiannya melamar Ginny di khalayak ramai penonton dalam panggung wayang tersebut.

Sebenarnya kebanyakan penonton dalam panggung wayang tersebut adalah antara sahabat karib mereka dan beberapa penonton lain yang bertuah.

matt and ginny proposal Video cara lamaran kahwin paling Viral

Segalanya reaksi Ginny dan video tersebut dirakam dan kemudiannya dimasukkan ke YouTube dengan tajuk “Greatest Marriage Proposal EVER!!!”. Sebuah laman web khas juga dibina untuk menceritakan kisah perlamaran Matt dan Ginny ini di internet. : http://www.mattandginny.com/

Yang menarik, video tersebut sudah mencecah lebih 5 JUTA tontonan walaupun baru sahaja masuk hari ke-4 di muat naik!, dan ianya kini mendekati 6 JUTA tontonan!

Apa-apa pun, jom saksikan video YouTube tersebut,

Posted in Internet, Random, YouTubeComments (0)

Fatine Gay tinggalkan suami di UK selepas terima Visa


Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari, pernah mendapat perhatian media berkenaan dikenakan tindakan imigresen di UK (United Kingdom), beliau tidak mahu pulang ke Malaysia.

Kes beliau yang berlaku pada hujung tahun 2009 dahulu, mendapat perhatian media antarabangsa dan tempatan, apabila beliau, yang secara terang-terang mengadakan hubungan homoseksual tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut pada undang-undang negara dimana  transeksual diharamkan, dan takut penghinaan dari masyarakat.

Beliau kemudiannya tinggal di UK setelah mengahwini ‘suaminya’ Ian Young, seorang rakyat British yang ditemuinya di Starbucks KLCC ketika Young sedang bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan.

fatine gay rakyat Malaysia Fatine Gay tinggalkan suami di UK selepas terima Visa

Setelah hampir 2 tahun menghabiskan masa dengan proses menguruskan isu imigresen beliau, beliau akhirnya diberi Visa untuk tinggal menetap di UK 2 minggu yang lalu. Yang mengejutkan beliau kemudianya membuat keputusan untuk meninggalkan suami beliau dan putuskan hubungan.

Menurut The Daily Mail, UK, Young ketika ditemui menyatakan beliau telah menghabiskan lebih £12,000 Pound Sterling ( lebih kurang RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.

Katanya, “Saya menggunakan setiap sen dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,”.

Dalam permohonan Fatine yang dikemukakan untuk memohon Visa, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak boleh pulang ke negara asal ekoran ugutan yang diterima beliau jikalau beliau pulang, mengancam nyawa beliau.

Macam-macam, orang dah lupakan kes dia ni, tapi kini timbul kes lain pula. Apa la agaknya anggapan warga British pada Kerajaan Malaysia lepas ni, tindakan beliau ni seumpama menghina agama, negara dan bangsa.

Posted in LOL, RandomComments (4)

Daphne Eleanor Iking sah kahwin dan masuk Islam (Dahlia Iking)


Aktres dan Personaliti Televisyen Daphne Eleanor Iking sudah sah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman.

UPDATE : Daphne Iking turut menukar nama kepada kepada Dahlia, namun menyatakan beliau selesa jika masih dipanggil Daphne. Dahlia Eleanor Iking?

Sebelum ini begitu hangat sekali kisah bahawa terdapatnya khabar angin Daphe Iking sedang hangat bercinta dengan jejaka melayu. Dan kali ini khabar angin ini sudah boleh disahkan.

Menurut beliau, mereka raikan perkahwinan tersebut secara kecil-kecilan selepas majlis akad nikah yang berlangsung di kampung halaman beliau. Turut hadir adalah keluarga terdekat dan sahabat handai Celepets yang tidak lain lagi terdiri daripada Atilia Haron, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Dynas Moktar , Yasmin Hani dan Serena Choong.

daphne eleanor iking Daphne Eleanor Iking sah kahwin dan masuk Islam (Dahlia Iking)

Daphne Iking sebelum ini sibuk dengan urusan mahkamah melibat bekas suami beliau Ryan Chong Yiing Yih dan seorang ahli perniagaan Darren Choy Khin Ming.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Daphne Iking, semoga perkahwinan kali ini kekal dan lebih bahagia.

Sumber : DailyExpress

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah nikah Jumaat


Majlis akad nikah pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan di Alor Setar, Jumaat ini.

Sebelum ini, pada 17 Oktober 2010, kedua-dua mereka telah pun mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada malamnya itu, di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Manakala bagi majlis persandingan pihak lelaki pula akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, pada 30 Januari akan datang.

Menurut Zaquan Adha, Ayu tidak menghalang beliau dalam karier beliau, malah lebih menyokong beliau untuk terus menjayakan pasukan kebangsaan. Malah beliau berkata bakal isteri beliau sebagai motivasi dan sokongan padu untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak.

Apa-apa pun, Tahniah kepada kedua-dua mereka, ini bermakna umur tidak memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan yang bahagia, sama-sama kita doakan.

Zaquan and Ayu Raudhah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah nikah Jumaat

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh rakyat Malaysia, semoga Negara Tercinta Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan maju.

Mungkin ada antara yang sudah menanam azam baru sempena tahun 2011, namun sudahkah azam 2010 anda selesai dilaksanakan?

Antara azam-azam tahun baru yang biasa kita dengar,

- Aku nak berhenti merokok tahun ni.
- Aku nak jadi pelajar cemerlang tahun ni.
- Aku nak jadi anak yang lebih baik.
- Aku nak cepat kahwin tahun ni.
- Aku nak fokus pada kerjaya tahun ni.

Dan bermacam-macam lagi….

Apa pula azam tahun baru anda?

Apa-apa pun, semoga anda semua kekal sihat, bahagia dan sentiasa gembira selalu!

Ikhlas dari Notakosong.com, Selamat Tahun Baru 2011, berhati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.

Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!

malaysia klcc celebration 2011 Selamat Tahun Baru 2011

Posted in MalaysiaComments (0)

Daphne Iking jatuh cinta dengan jejaka Melayu?


Siapa yang tak kenal dengan selebriti terkenal Daphne Iking, atau nama penuh beliau Daphne Eleanor Iking, yang pernah kecoh dengan masalah rumahtangga beliau.

Menurut media berita, Daphne dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka melayu, namun sehingga kini masih belum dapat diketahui siapakah jejaka tersebut.

Malah Daphne turut merahsiakan perkara tersebut, namun tidak menafikan beliau sedang bercinta.

Menurut kata-kata beliau,

“Dia bukan hanya kekasih tetapi teman yang sentiasa bertolak ansur dan memahami diri saya. Kami sedang melalui fasa percintaan yang matang, bukan lagi didorong nafsu atau keinginan semata-mata. Lelaki berkualiti sepertinya tidak ramai namun saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan. Saya cuma mengikut arus waktu. Dia juga tidak pernah memaksa, membuatkan saya bertuah kerana dipertemukan dengannya,”

Daphne sebelum ini pernah hidup berumahtangga berkongsi hidup dengan Ryan Chong, namun hubungan tersebut terputus ditengah jalan.

Daphne menekankan beliau bukanlah terlalu tergesa-gesa dalam menjalinkan hubungan baru, namun beliau percaya bahawa segala yang terjadi kepada beliau adalah untuk masa depan yang lebih baik.

Saksikan rancangan yang dihoskan oleh Daphne, The Breakfast Show di siaran ntv7.

Apa-apa pun, Daphne Iking baru berumur 31 tahun, semoga makin murah rezeki beliau yang baru sahaja dinobatkan Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-23, Oktober lepas.

Daphne Iking Daphne Iking jatuh cinta dengan jejaka Melayu?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (9)

Rozaliya Mat Lazim tipu penculikan elak dari Kahwin


Rozaliya Mat Lazim yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu telah ditemui pihak polis, dan perkara pertama yang diminta ialah membatalkan perkahwinan.

Rozaliya ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dan beliau didapati bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam berhampiran situ.

Penemuan Rozaliya ini dibantu oleh penyelia kedai serbaneka tersebut yang terlihat akan gambar Rozaliya yang terpampang di muka akhbar beberapa hari sebelum.

Rozaliya ketika ditemui tidak menolak atau melawan untuk dibawa pulang, malah beliau rela dan cuma permintaan beliau ialah supaya majlis perkahwinan beliau tidak diteruskan.

Rozaliya Mat Lazim yang sepatutnya bakal disandingkan dengan Mohd Helmi Mohd Noor, selepas setahun melalui ikatan pertunangan, dikatakan sudah tidak selesa dengan Mohd Helmi yang telah berubah sikap sepanjang pertunangannya.

Rozaliya mendakwa tunangnya itu terlalu mengongkong dan merupakan seorang yang panas baran.

Pihak Polis mengatakan bahawa tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kes ini, dan ianya lebih kepada masalah berunsurkan peribadi.

SMS yang diterima oleh Mohd Helmi juga dikatakan hanyalah rekaan Rozaliya semata-mata.

Maklumat lanjut mengenai kehilangan Rozaliya boleh didapati pada kiriman sebelum ini.

Rozaliya Mat Lazim culik tipu Rozaliya Mat Lazim tipu penculikan elak dari Kahwin

Posted in Malaysia, NewsComments (4)

Rozaliya Mat Lazim hilang dipercayai diculik


Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan, Rozaliya Mat Lazim, 20 tahun telah diculik, dipercayai di Pekan Kuantan, Pahang.

Mangsa yang akan bersanding pada 12 November ini dikatakan sedang sibuk membeli-belah untuk persiapan perkahwinan beliau tidak lama lagi.

Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian blaus warna hitam dan seluar jeans gelap.

Sebelum itu, mangsa keluar bersama tunangnya bernama Mohd Helmi Mohd Nor, 24 tahun, ke sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan.

Namun Helmi terpaksa pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh seketika kerana ada urusan penting, dan berjanji untuk kembali semula dalam jam 3 petang.

Ketika itu, Helmi mendakwa beliau menerima satu SMS dari Rozaliya yang menyatakan dia diekori oleh 2 orang lelaki, “abang datang cepat, saya takut”. Berdasarkan SMS tersebut, mereka mengesyaki Rozaliya telah diculik oleh 2 lelaki yang mengekorinya itu.

Helmi terus mencari tunangnya itu sehingga 6 petang, sebelum pencarian disambung semula bersama ahli keluarga yang lain sehingga 11 malam di kawasan berdekatan situ.

Kemudian mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, apabila jam mencecah 12 malam itu juga.

Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222.

Diharap sesiapa yang menyaksikan kejadian penculikan yang berlaku, atau saksi yang mengesyaki berlakunya penculikan sila hubungi pihak polis dengan segera.

Rozaliya Mat Lazim Rozaliya Mat Lazim hilang dipercayai diculik

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com