Tag Archive | "Kahwin"

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ataupun dikenali ramai dengan panggilan Dr SMS telah mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan beliau, Dr Halina Mohd Yunos pada tarikh 10 Oktober 2010.

Tarikh 10 Oktober dipilih kerana ia merupakan tarikh ulangtahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari pelancaran di Rusia.

Sheikh Muszaphar Shukor dan dr halina Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober

Perkahwinan yang bertema ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ pada waktu pagi akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pernikahannya dimana orang ramai dijemput hadir, dan pada waktu malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Wah, akhirnya tamat juga zaman bujang Dr SMS yang kini dah berumur mencecah 38 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos!

Posted in Celebrity, MalaysiaComments (4)

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz Mazhar


Brunei Sultan Brunei ceraikan Azrinaz Mazhar

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Sumber : Brunei News

Posted in News, WorldComments (0)

Radhi OAG bercerai dengan Shazlin Sharif


Radhi OAG bercerai Radhi OAG bercerai dengan Shazlin Sharif

Akhirnya rumah tangga Radhi OAG, atau nama sebenarnya Radhi Razali bersama dengan Shazlin Sharif berakhir dengan talak satu setelah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah telah menetapkan supaya Radhi membayar wang nafkah edah sebanyak RM3,000 dan nafkah anak sebanyak RM460 sebulan. Malah Radhi turut bersetuju untuk membayar insuran pendidikan anaknya sebanyak RM200 sebulan. Selain itu, Shazlin Sharif turut meminta Radhi membayar wang nafkah perayaan hari lahir anak sebanyak RM1,000 setahun.

Sumber : Hmetro

Wah, Banyak juga ye yang diminta isteri Radhi, Shazlin Sharif. Namun demikian kesemuanya Radhi setuju dan proses penceraian juga berlaku dengan aman. Semoga masing-masin berbahagia dengan hidup akan datang.

Mungkin lepas ni Radhi kahwin lain kot? siapa tahu kan, Radhi pun muda lagi icon razz Radhi OAG bercerai dengan Shazlin Sharif

Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, MusicComments (4)

Cara melamar bagi peminat Filem


article 1272915205160 095ECF8F000005DC 422095 636x394 Cara melamar bagi peminat Filem

Sebelum ni NK pernah kirim mengenai seorang lelaki yang melamar isterinya dengan propose melalui video game kegemaran bakal isterinya, dan isteri beliau amat gembira dan menerima lamaran beliau. Mungkin nak ubah edit game ni tak ramai yang mampu buat, dan ada setengah-setengah orang lebih pakar ubah benda lain.

Nak dijadikan cerita, seorang lelaki, Corey Goldfeder dari US telah mengubah Filem kegemaran bakal isteri beliau sebagai laluan untuk melamar gadis itu.

Read the full story

Posted in LOL, Movie, News, PictureComments (3)







Partly powered by CleverPlugins.com