Tag Archive | "Kartun"

Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol


Pemuda PAS mendakwa kartun yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia adalah menghina Islam dan minta Utusan mohon maaf secara terbuka.

Kartun yang diterbitkan pada 15 June 2011 yang lalu tersebut diberi tajuk ‘Kekeliruan kes rogol’ mengulas mengenai isu kes rogol dikatakan menghina Islam kerana kekeliruan yang ditimbulkan.

Keratan kartun yang didakwa :

kartun utusan kes rogol Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol

Pemuda PAS berkata, tindakan tersebut menghina Islam kerana kartun tersebut menyamakan prosedur dakwaan bagi kes zina dan juga kes rogol. Dimana prosedur dakwaan bagi kedua-dua kes tersebut adalah berlainan dari segi syariah.

Utusan Malaysia kemudiannya diminta untuk mohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Pada pendapat anda? Adakah ianya benar-benar menghina Islam atau Tidak? Sampaikan pendapat anda pada ruang komen dibawah atau di Facebook Notakosong, atau Twitter Notakosong.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun


Berita Harian sebentar tadi meminta maaf atas gambar kartun yang dicetak pada surat khabarnya yang dengan jelas menghina malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun. Berikut adalah gambar tersebut.

Gambar kartun tersebut yang dicetak pada akhbar Berita Minggu hari ini, di kritik hebat sehinggakan mendapat perhatian media luar negara seperti CNN. Berita Harian didakwa sebagai tidak mempunyai citarasa dan tidak menghormati masyarakat dunia.

Kartun yang bukan dengan tujuan unutk menghina sesiapa itu memaparkan imej Ultraman (Watak kartun ciptaan Jepun yang terkenal) lari sambil dikejar oleh Tsunami. Beberapa menteri dan pegawai tempatan telah menggesa Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka.

Berita Harian kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf terbuka pada laman sosial Facebook.

berita harian mohon maaf Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun

Bagi yang masih mencari-cari kartun yang dikatakan, dan tidak sempat untuk mendapatkan naskhah suratkhabar Berita Minggu, berikut adalah gambar kartun dari keratan akhbar tersebut,

gambar kartun ultraman jepun berita harian Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun

Apa pendapat anda? Jangan lupa sampaikan komen anda dibawah atau ke Twitter @notakosong.

Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

Posted in Malaysia, News, WorldComments (7)

Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan


Siapa yang tak kenal dengan cerita animasi Upin dan Ipin ciptaan produksi negara kita, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi yang mengisahkan dua beradik Upin dan Ipin ini sangat terkenal di serantau Asia.

Jenama Upin dan Ipin ini sangat terkenal sehingga  banyak produk tiruan telah menggunakan namanya tanpa kebenaran sah dari Les’ Copaque Production.

Sehingga ini menyebabkan jenama Upin dan Ipin ini dipergunakan untuk penipuan di internet. Sebuah iklan di internet menggunakan paparan imej dari Animasi Upin dan Ipin.

Namun, iklan di internet secara terang dan nyata merupakan sebuah penipuan di mana jikalau tidak disedari, pengguna mungkin akan mengalami kerugian sehingga RM58 setiap bulan!

Iklan yang menawarkan produk grafik dari jenama Upin dan Ipin ini meminta pelanggan untuk mendaftar dengan harga RM10, dan pada setiap minggu, nilai kredit telefon bimbit anda akan ditolak secara automatik sebanyak RM12!

upin ipin iklan Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan

URL iklan yang dikatakan : http://bit.ly/aURLQt

Posted in Internet, Malaysia, WebsitesComments (4)

Stephen Hawkings minat Simpsons


simpsons 1387957i Stephen Hawkings minat Simpsons

Pakar dalam Bidang Fizik, dan juga Direktor Kajian bahagian Matematik dan Fizik Universiti Cambridge ini Dikatakan amat meminati kartun The Simpsons. Sehinggakan beliau ada watak ‘cameo’ dalam siri kartun tersebut!

Beliau yang kini berumur 68 tahun menyimpan niat untuk menulis lebih banyak buku tentang minat beliau, antara minat beliau juga adalah rancangan Siri The Big Bang Theory, yang mana NK minat sangat-sangat tengok watak-watak NERD/GEEKS dalam cerita tu berbalah sesama sendiri. Malah direktor filem untuk dikatakan cuba untuk menampilkan cerita The Big Bang Theory berdasarkan kisah hidup Hawkings semasa beliau masih muda.

Sukar untuk dipercayai dengan rupa beliau yang sentiasa berada di atas kerusi roda, semasa muda beliau sangat meminati menunggang kuda.

hawking Stephen Hawkings minat Simpsons

He has also told the media in an interview that he loves watching TV crime series and The Simpsons.

A figurine of him sitting in a wheel chair, specially made for him as a gift by the producers of the TV cartoon show, sits proudly on his table. It is one of his favourite ornaments. There are more caricatures of him with the Simpsons characters. Hawking has appeared in cameo roles in the series.

There is also a picture on the wall of a grinning and delighted Hawking with a super-imposed visual of a very sexy Marilyn Monroe. The late actress remains one of his idols.

Dalam keratan artikel yang NK baca, ada juga mengatakan bahawa Hawkings menunjukkan rupa gembira yang amat semasa dapat mengalami sendiri ‘Zero Gravity’,

There are also photographs of Hawking at a zero-gravity excursion at Zero Gravity Corporation in the US in 2007. For the first time in 40 years, the quadriplegic could move freely without his wheelchair. The child-like delight on his face is clearly captured in the pictures on the walls at the entrance of his office.

Selepas melakukan sedikit googling, NK terjumpa gambar yang dimaksudkan itu. Lihatlah betapa gembiranya beliau!

427hawking550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons427hawkingzerog550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons

“Perhaps, one day I will go to space,” <- itulah kata-kata Stephen Hawkings selepas seronok dengan ‘Zero-Gravity’ tersebut.

The english quote sourced from : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/28/focus/5765749&sec=focus

Posted in LOL, News, PictureComments (4)

Japan vs Malaysia Komik


60564892 Japan vs Malaysia Komik

Lol, Malaysian never satisfied!

Its the truth right? Clicke image for larger picture!

Posted in PictureComments (0)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com