Seorang pemilik supercar Lamborghini akhirnya bertindak radikal menghancurkan Lamborghini milik beliau selepas tidak puas hati dengan servis yang ditawarkan.
Pemilik yang merupakan seorang warganegara China tidak puas hati dengan kereta beliau itu yang sering mengalami masalah semenjak ianya dimiliki beliau dari Oktober 2010 lagi.
Malah apabila dihantar ke pusat servis, pusat servis tidak dapat membaiki masalah tersebut, tetapi semakin teruk pula keadaan kereta beliau apabila pusat servis memulangkan kereta dalam keadaan kemik pada bumper dan kerosakan pada chassis kereta.
Beliau kemudian bertindak mengupah beberapa pekerja di daerah Shandong, memberikan mereka tukul besi gergasi, dan mengarahkan mereka untuk memecahkan Lamborghini tersebut beramai-ramai, sambil disaksikan orang ramai.
Kalau di United Kingdom, kereta ini berharga lebih kurang Pound £140,000, tetapi, jika di China ianya berharga lebih dari Pound £465,000! Bermakna pemilik dari China ini memang betul-betul kaya!
Sebuah Lamborghini Gallardo Spyder yang bernilai jutaan Ringgit Malaysia mengalami kemalangan di Singapore pada 31 Oktober yang lalu.
Kemalangan yang berlaku pada lebih kurang jam 6 petang itu berlaku di Jalan Bukit Timah, Singapura.
Selain dari Lamborghini tersebut, dua lagi kenderaan lain, sebuah Honda City dan sebuah Hyundai Sonata turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
Namun menurut laporan, hanya pemandu teksi Hyundai Sonata tersebut yang mengalami keceraan ringan pada lengannya.
Lamborghini tersebut habis remuk di bahagian bonnet, Honda City tersebut hilang tayar kiri belakang keretanya yang terhempas masuk kedalam kereta, dan Hyundai Sonata tersebut remuk di bahagian pemandu.
Lamborghini Gallardo ‘Verde Picus Green’ Spyder tersebut dianggarkan bernilai lebih dari RM1.5 Juta.
Hmm, nampaknya banyak berlaku kemalangan Sportcar mahal-mahal di Singapura ni, mungkin tak kisah kot, orang kaya-kaya kan?.
Pernah dengar apabila lelaki kata, Perempuan lebih cantik kalau semulajadi, tanpa mekap? Nampaknya tak semua perempuan begitu kot.
Gambar yang bakal ditayangkan ini akan menunjukkan betapa hebatnya kesan penggunaan mekap dalam mencantikkan paras rupa.
Penggunaan mekap yang berkesan, dan dengan cara betul boleh menukar seorang gadis dari rupa yang biasa, kepada rupa yang pasti akan membuatkan semua lelaki dan jejaka diluar sana, terbeliak biji mata sehingga merenung rupa anda berulangkali.
Patutla banyak pemilik syarikat kecantikan boleh kaya raya.
Rupa-rupanya produk kecantikan kosmetik memang berkesan dan laris dibeli!
Anda pasti terkejut dengan transformasi rupa sebelum dan selepas penggunaan mekap. Gadis biasa kepada Gadis Comel!
Banyak lagi gambar, namun NK akan tunjukkan separuh sahaja terlebih dahulu,
Seluruh Malaysia dikejutkan semalam selepas berita melaporkan tragedi yang menimpa Usahawan wanita berjaya dan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya.
Jutawan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, didapati telah dibunuh dan mayatnya kemudian dibakar di ladang sawit di Banting.
Turut ditemui mati dibunuh dan dibakar ialah, pemandu beliau, Kamaruddin Shansuddin, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, yang hilang bersama-sama beliau pada 30 Ogos yang lalu.
Berikut merupakan Kronologi atau kisah sepenuhnya mengenai tragedi malang yang menimpa Sosilawati Lawiya ini.
6 September 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
7 September 2010
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.
Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.
8 September 2010
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
9 September 2010
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September 2010
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
11 September 2010
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
Sumber : Bharian
Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.
Sebuah syarikat pengiklanan, TubeMogul, telah menjalankan satu kajian pengiraan mengenai hasil pendapatan artis YouTube dengan kerjasama YouTube.
Kiraan hasil pendapatan ini adalah berdasarkan jumlah paparan yang diterima oleh kesemua video milik Artis YouTube tersebut bermula dari Julai 2009 hingga Julai 2010.
Senarai 10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun :
Shane Dawson – $315,000
Views: 431,787,450
Artis Komedi
The Annoying Orange – $288,000
Views: 349,753,047
Kisah mengenai buah Oren yang boleh bercakap di dapur bersama rakan-rakan buah yang lain
Philip DeFranco – $181,000 Views: 248,735,032
Video Blogger yang amat terkenal, sering bercerita mengenai Budaya dan juga Politik
Ryan Higa – $151,000
Views: 206,979,909
Video Blogger yang banyak membuat tutorial
Fred – $146,000 Views: 200,656,150
Artis Komedi
Shay Carl – $140,000 Views: 192,309,247
Seorang DJ Radio dan juga Artis Komedi
Mediocre Films – $116,000 Views: 159,030,703
Smosh – $113,000 Views: 154,936,876
The Young Turks – $112,000 Views: 153,807,362 Sebuah Talk Show Politik
Natalie Tran– $101,000 Views: 138,871,829
Video Blogger dan Artis Komedi
Jadi ada sesiapa yang nak cuba jadi jutawan dengan buat video do YouTube?
Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!
Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.
Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.
Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.
Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Ada siapa-siapa yang tengah rancang nak beli Apple Ipad tak? Mungkin belum dijual secara rasmi di Malaysia, tapi dah ada penjual yang bawa masuk dari Apple Store USA. Malah kalau ada yang rajin jalan-jalan kat Lowyat Plaza, mesti ada terserempak dengan pemilik kedai Telefon Bimbit (Handphone) yang turut ada menjual Apple Ipad.
Dikatakan dah ada ramai yang beli, dengan harga antara RM2500 hingga RM4000, hmm, cukup ke ye kalau menabung satu hari RM1? 10 tahun lagi la baru boleh beli agaknya… Melainkan kalau ada pembaca yang sudi nak menderma ke kan,
Apa yang lebih menarik dari Apple Ipad? Dah tentu Apple Ipad yang bersalut Emas dan Berlian!!
Ada seorang pereka dari Britain yang mereka Apple Ipad Khas untuk membuatkan orang semua dengki dengan beliau, Apple Ipad yang disaluti emas 22K dan butiran Berlian yang membentuk Logo Apple ini berharga £129,995 atau lebih kurang RM700,000. Ekstra RM696,000 dari harga asal Apple Ipad yang cuma RM4000. Dengan duit banyak tu, boleh beli 100 Apple Ipad dan sedekah kat anak yatim,
Gold iPad by British designer Stuart Hughes on sale for £129,995
Worried that owning a shiny new Apple iPad isn’t quite enough to show off with? Don’t worry – you can now get a gold-plated, diamond-encrusted top of the range iPad for the low, low price of under £130,000!
The pimped-out Apple tablet is the work of UK-based designer Stuart Hughes, who specialises in ultra-expensive blinged-up gadgetry – he’s previously been responsible for diamond-covered BlackBerries, and a gold-plated Nintendo Wii ‘Supreme’ that will set you back a cool £300,000.
The golden iPad is covered in 22 carat gold and 53 individual diamonds. The diamonds are set into the shape of the Apple logo on the back of the iPad, and the tablet’s rear casing is made of solid gold, with more gold trim on the front.
Hughes describes the golden iPad described as ‘outstanding even down to the precise polishing to reveal its most beautiful harmonious appearance’, which suggests he’s got a good line in Jobsian hyperbole.
For those of you planning on putting down £129,995 for the device, you don’t need to worry about the specs. Naturally, it’s the top of the line 64GB WiFi + 3G version – which would normally cost you £699. So, just a £129,296 mark-up, then.
Recent Comments