Perlawanan Liga Super Selangor menentang Kelantan tempohari bertukar tragedi berdarah apabila penyokong Kelantan cedera dikepala diserang penyokong Selangor.
Seorang penyokong Kelantan ditemui dengan kepala berdarah dipercayai dibaling satu objek keras seperti batu, dan kemudiannya dileraikan oleh beberapa penyokong lain disitu.
Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut meriah. Lembu dijadikan korban sebagai ibadah, dan ini pula gambaran di Kelantan dimana Sultan Kelantan sendiri sembelih lembu korban.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sendiri menyembelih salah seekor dari 40 lembu yang dikorbankan dalam program korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan di Kompleks Agama Panji, Kelantan.
Menarik bukan? Bukan senang untuk Sultan turun sendiri dan berjumpa dengan rakyat, apatah lagi kalau yang sanggup turun bersama untuk menyembelih lembu. Membuktikan betapa Sultan Kelantan amat menghormati rakyatnya, dan begitu juga rakyat yang sayangkan Sultannya.
Mungkin agak pelik, tapi inilah kenyataannya bagi Sultan Kelantan.
Habis kecoh kat Facebook, semua orang kongsikan mengenai seorang lelaki ni yang benci sangat dengan orang Terengganu sampaikan hina bahasa negeri Terengganu, apa kes ni?
Aduhai, ini apa isu ni mengamuk tak tentu hala tak pasal-pasal ni? Habis dihina habis-habisan loghat bahasa percakapan orang Terengganu sampai dikatakan sebagai bahasa yang membuat bunyi sumbang, dan bahasa aneh!
Apa la masalah lelaki ni agaknya, berdasarkan maklumat yang diberi, lelaki ini merupakan warga negeri Kelantan, dan tidak dikenalpasti apa sebab caci dan maki hamun ini.
Ditinggalkan kekasih orang Terengganu mungkin? Tunang orang Terengganu putuskan tunang?
Apa-apa pun, tak perlu lah sampai bermaki hamun macam tu sekali, cuba fikirkan perasaan orang lain juga. Aduhai, sesama bangsa Melayu pun nak bergaduh siap hina menghina lagi. Harap-harap dijadikan pedoman dan pesanan.
Jangan terkejut dengan gambar yang dikirim oleh Tan Sri Annuar Musa ini, satu pasukan bola sepak di Amerika Syarikat menggunakan jersi bola pasukan Kelantan!
Gambar diatas sebenarnya merupakan gambar Pasukan Bola Sepak, Malaysian Association of Illinois (MAI) di Amerika Syarikat.
Dimana kebanyakannya ialah anak negeri Kelantan dan juga peminat pasukan The Red Warriors ni.
Jauh betul import jersi tu, dari Kota Bharu, Kelantan, hingga ke Illinois, Amerika Syarikat!
Ada yang mempertikaikan wujudnya lambang salib gergasi (Christ Cross) pada binaan baru bangungan Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan, jom tengok apa yang diperkatakan,
Salib gergasi tersebut dilihat berada dalam posisi terbalik, dan berdasarkan apa yang diperkatakan, salib terbalik mempunyai maksud yang berkaitan dengan agenda Freemason/Illuminati/Anti-Kristian.
Klik pada gambar untuk paparan lebih dekat,
Sama ada apa yang diperkatakan ini merupakan apa yang terdapat dalam rancangan, binaan yang disengajakan, satu kesilapan dalam rekaan, atau apa saja maksud yang boleh disalah tafsir, ianya kini mendapat perhatian orang ramai.
Apa pendapat anda? Adakah mungkin tanggapan luar jangkaan terhadap binaan ini, cuma adalah pendapat ekstremis yang terlalu fanatik dengan unsur-unsur sebegini, atau sebaliknya?
Pembinaan bangunan baru ini merupakan sebahagian dari pembinaan Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong, di Kota Bharu, Kelantan.
Kawasan pembinaan tersebut, sebenarnya bakal menempat pelbagai Kompleks dan Pejabat Kerajaan Kelantan, dan ianya dibina di Bandar Baru Tunjong. Ianya dibina disana dan tidak di Kota Bharu bagi mengelakkan kesesakan melampau di pusat bandar itu dan juga berkaitan dengan kos tanah yang tinggi.
Hebat, tahukah anda di Kelantan terdapat restoran yang menggabungkan citarasa restoran makanan segera McDonalds, KFC dan Pizza Hut? MAC’ DE Pizza Hir – Hanya di Kelantan!
Siap dengan Delivery tu! Cuba telefon 019-9996981, ada tak?
Apa-apa pun, belum cuba lagi makan makanan di restoran ni, mungkin sama hebat dengan McDonalds, KFC dan Pizza Hut agaknya.
Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?
Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.
Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.
Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?
Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.
Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.
Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.
UPDATE : Kandungan artikel adalah berlainan dengan maklumat sebenar, sila baca perubahan yang sebenar pada nota UPDATE di bawah artikel.
Satu kejadian mengejutkan berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan apabila seorang gadis dikatakan cuba untuk terjun dari bangunan yang dipercayai pusat membeli-belah KB Mall.
Khabar angin mengatakan bahawa gadis tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan baru sahaja menerima dan mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
Malah, mengapa beliau cuba bunuh diri dengan cuba untuk terjun dari bangunan tersebut juga dipercayai berkaitan dengan keputusan SPM yang diterima.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3 petang, semalam. Pelajar tersebut yang dirahsiakan namanya akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba setelah dipujuk. Namun pelajar tersebut dikatakan
Keadaan yang penuh getir tersebut bertambah panik apabila pada beberapa ketika, pelajar perempuan tersebut kelihatan seperti tergantung dan nyaris-nyaris jatuh mendarat bukan di kawasan yang selamat.
Beberapa orang awam yang berada ketika itu turut membantu pihak bomba menjalankan tugas.
Tahniah kepada pihak bomba, dan kalau benarlah kes ini berlaku oleh kerana disebabkan keputusan SPM, pesanan kepada adik tersebut, ingatlah, usaha untuk berjaya lagi adalah lebih penting berbanding keputusan SPM kini. Malah, SPM masih lagi boleh diambil secara ulangan untuk diperbaiki.
Apa-apa pun, diharap kes sebegini tidak berlaku lagi.
Saksikan video berlakunya kejadian tersebut yang sempat dirakam mereka yang berada disitu.
UPDATE : Gadis yang cuba untuk bunuh diri tersebut bukanlah pelajar seperti yang dinyatakan di atas, namun adalah seorang wanita berumur 20 tahun, dan punca tindakan beliau adalah kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2010 buat pertama kali selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
Perlawanan yang dihadiri lebih 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan Saingan Piala Malaysia yang kali ke-84 diadakan.
Gol pertama diperoleh Negeri Sembilan melalui sepakan Penalti yang berjaya dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, Kelantan bangkit separuh masa kedua dengan tandukan cantik yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar, menjadikan kedudukan 1-1.
Kebangkitan Kelantan disambung lagi dengan sepakan jaringan gol kedua padu yang dijaringkan Mohd Badri Mohd Radzi. 2-1.
Bak kata pengulas perlawanan, “Ternyata Kelantan berada dalam Kelas yang tersendiri”.
Tahniah buat Pasukan Kelantan! Ternyata B. Sathianathan memang hebat!
Nampaknya Laman Web Kelantan FA, theredwarriors.com kena Hack lagi. Baru sahaja minggu lepas kena hack, nampaknya kena lagi pula minggu ni.
Lagi beberapa minit akan berlangsung final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Boleh pula kena hack masa macam ni.
Nampaknya kali ini giliran Hacker dari Indonesia pula yang menceroboh laman The Red Warriors (TRW) ini. Ini berdasarkan gambar laman wordpress yang disertakan pada muka depan yang telah dihack tersebut.
Adakah kelemahan sistem pertahanan Laman Web Kelantan FA ini melambangkan kelemahan pertahanan Kelantan FA di final nanti? mungkin tidak,
Apa-apa pun, Diharap Webmaster laman tersebut dapat pulihkan kembali laman web tersebut dengan segera.
Jadi, Hobin Jang Hobin ke Gomo klate Gomo malam ni?
Recent Comments