Tag Archive | "Kelantan"

Penyokong Kelantan maut ketika perlawanan Bola Sepak


Takziah kepada keluarga arwah Che Karma Sulaiman yang maut ketika berlakunya kekecohan semasa perlawanan Bola Sepak antara Kelantan dan Selangor.

Al-fatihah disampaikan kepada arwah Che Karma Sulaiman. Arwah dipercayai maut disebabkan sesak nafas.

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam tersebut mula kecoh ketika perlawanan sedang berlangsung.

Namun, pihak polis masih mengadakan siasatan lanjut mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kekecohan yang berlaku. Setakat ini, masih-masing hanya mampu menuding jari terhadap kemalangan yang berlaku.

Jenazah Che Karma Sulaiman telah selamat dikebumikan di kampung beliau iaitu di Kampung Telong Bachok, Kelantan. Turut hadir ketika solat jenazah adalah Tan Sri Annuar Musa dan pengurusan Persatuan Bola SepakĀ KelantanĀ (KAFA).

Perlawanan yang berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 ini akan bersambung untuk aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kelantan.

Apa yang masih menjadi persoalan ialah bagaimana pihak pengurusan Stadium boleh terlepas pandang terhadap punca bagaimana tragedi ini boleh berlaku. Adakah peminat bola sepak dari kedua-dua negeri ini begitu mudah membawa masuk segala objek yang mampu membawa mudarat?

Diharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang, diharap pihak berkuasa dapat mainkan peranan bagi mengelak tragedi ini dari berulang.

stadium shah alam kelantan vs selangor1 Penyokong Kelantan maut ketika perlawanan Bola Sepak

Sumber Gambar : theredwarrior.com

Posted in Malaysia, News, SportComments (1)

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!


Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, TravelComments (5)







Partly powered by CleverPlugins.com