Ada maklumat yang sampai mengatakan adanya satu jalan di Sri Kembangan, Selangor, di mana menjadi kawasan penipuan kemalangan dan Tow Truck, jom tengok!.
Berbaju biru adalah pemilik Tow Truck.
Dakwaan mengatakan lelaki berbaju biru itu adalah punca kemalangan kerana disyaki meletakkan minyak di jalan raya bagi mengakibatkan kemalangan.
Kemalangan yang berlaku di kawasan itu, Tow Truck akan tiba kurang dari 2 minit, dan mendesak pemandu yang sedang hilang akal untuk menggunakan khidmat kereta tunda mereka.
Lokasi: Sekitar lebuhraya ke Putrajaya dan UPM, Sri Kembangan, Selangor
Tuang minyak atas jalan raya? Kurang ajar! Ini kalau bawa kereta 20km/j pun boleh terbang melayang kereta!
Tahukah anda apa yang Google fikirkan apabila diberitahu mengenai kereta Perodua Kelisa dan Perodua Kancil? Tengok ni kalau anda nak tahu!.
Perodua Kelisa dan Perodua Kancil = Toyota Camry and Honda Accord
Pelik dan menarik kan? Mungkin ada lawak sikit la agaknya,
Macam-macam, tak sangka Google boleh alih bahasa ‘Perodua Kelisa dan Perodua Kancil’ dari bahasa Melayu, kepada ‘Toyota Camry and Honda Accord’ dalam bahasa Inggeris.
Bayangkan kalau pembuat jenama kereta terkenal dunia seperti Ferrari, Mercedes, bina basikal pula. Macam mana rupanya? Jom tengok 10 ciptaan sebenar basikal canggih ni!
Basikal BMW (Bavarian Motor Works)
Basikal Ferrari CF9
Basikal Ford E-Bike
Basikal Land Rover - Range Rover Evoque
Basikal Maserati 8CTF
Ada basikal Fixie tu! Sah kalau ada ramai peminat Fixie yang baca ni, mesti nak simpan duit. Tapi maaf la, harga basikal ni pun dah boleh beli 3-4 biji kereta Proton Persona. Jom sambung lagi 5 gambar terakhir.
Basikal McLaren Venge
Basikal Mini Cooper FDB166
Basikal Porsche S
Basikal Volkswagen E Concept
Mountain Bike Mercedes
Menarik bukan??
Memang lah menarik dah canggih basikal ni, dah kalau harga pun mampu cecah RM200,000.
Agak-agaknya, Proton ada keluarkan basikal juga tak? Mana la tahu kan, Perodua ke keluarkan dulu.
Agaknya la kan, misal kata cermin kereta anda pecah, dan hari dah nak hujan, ataupun taknak biarkan tingkap kereta terbuka, apa yang anda nak buat? Jom tengok yang ni,
Tolong jangan saman! Ini bukan ‘Tinted’! Ini Plastik Sampah
Dalam ni takde barang kemas, barang berharga.. Jangan pecahkan lagi ye?
Jangan gelak bila tengok cermin macam ni… Kami pun taknak jadi macam ni
Kalau lalu kat sebelah baca jeling2 dahla.. Jangan baca sambil gelak
Pastu tengok kami… Kami malu la bila anda buat macam tu!
This is ‘Non Smoking Area’! – Jaga2 pemecah kereta ni, Kami cari anda anda Wanted!!!
Tak pasal2 kami kena buat report kena bangun awal pagi! CEHH
Alamak, maaf la cik ya, tapi memang tak boleh tahan gelak. Lawak sangat!
Kesian kereta mahal, tapi cermin tak cukup.
Yang kurang pastinya, memang tulisan tu ditulis pemilik kenderaan tu, atau ianya di-’dajal’ oleh orang lain? Kalau betul la hasil buatan orang lain, memang kesian la kat pemilik sebenar kereta tu ya, dah la cermin pecah, digelakkan orang pula tu!
Agak-agak, kalau cermin kereta anda pecah, nak buat macam ni juga tak?
Seorang budak perempuan berumur 4 tahun dirakam sedang memandu kereta di lebuhraya yang sibuk, yang mengejutkan ibubapanya yang merakam video itu!
Kes itu yang berlaku di daerah Shandong, China, mendapat perhatian pihak berkuasa setelah video itu tersebar luas di internet. Namun, pihak berkuasa berkata ini bukan kali pertama kes ini berlaku, kerana sebelum ini juga pernah berlaku, tetapi tiada tindakan boleh diambil kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai lesen untuk disaman.
Jom tengok video budak perempuan hebat ni.
Dahsyat kan? Hebat budak ni, di jalanraya yang tengah sibuk, banyak kereta pun boleh bawa kereta agak laju macam tu. 4 tahun pula tu!
Selepas lebih kurang 2 minit budak perempuan itu bawa kereta, ayahnya yang berada di tempat duduk belakang menyuruhnya untuk berhenti dan tukar tempat duduk. Budak perempuan itu pun dengan selambanya berhentikan kereta, dan merangkak ke tempat duduk penumpan, ke riba ibunya.
Berdasarkan perbualan dalam video itu, dipercayai nama budak perempuan itu ialah Jia Zheng.
Di China, remaja boleh mendapatkan lesen memandu seawal 14 tahun. Tapi adik ni lagi 10 tahun baru cukup umur!
Alamak, pemandu ni kantoi main raba-raba dalam kereta pula, dah tu kantoi dengan kamera perangkap laju pula tu! Dahsyat! Tapi malu tak henti la..
Lelaki yang bernama Deng Jialin ni, membawa kereta pada kelajuan 92KM/jam di kawasan yang hadlajunya cuma 80KM/jam. Dah pasti la kena ‘tangkap’ dengan kamera had laju kan?
Tapi yang menariknya, bukan hanya nombor plet kenderaan dan muka pemandu itu yang ditangkap, apa yang pemandu tu tengah buat pun turut ditangkap sekali.
Seperti yang dah dijangka, Deng Jialin ni kantoi pula sedang meraba-raba dalam keretanya. Cuba tengok gambar dibawah,
Penuh bergaya lagi tu, bawa kereta Nissan X-Trail, memandu sebelah tangan, sebelah tangan lagi tengah ‘ehem-ehem’ (meraba la tu..).
Aduhai, ini berlaku di China ni, agak kat Malaysia pernah berlaku tak? atau, selama ni dirahsiakan je?
P/s : ada berita remaja maut lepas cuba lari ketika berasmara dengan pasangan di lebuhraya. Simpati kat remaja tu, tak sempat nak bertaubat….
Burung paling degil dalam dunia! Cuba tengok video di bawah ni, degil sungguh burung ni. Tak reti bahasa betul dah buat macam tu pun tak nak terbang lagi.
Biasanya, kalau burung yang ‘bijak’, lepas gerakkan je ‘wiper’ penggilap tingkap tu, dah pasti akan terbang. Tapi burung ni tak faham-faham juga, tetap nak melekat kat penggilap cermin kereta tu. Bukan main kuat lagi berpaut pula tu.
Yang paling menggerunkan, apabila pemilik kereta juga tukang pegang kamera cuba ‘zoom’ pada burung tersebut, burung kecil tu boleh pula merenung tajam ganas kat kamera. Burung ni memang bergaya!
Cuba tengok gambar kertas saman yang dikeluarkan oleh Polis dibawah, jangan terkejut kalau di Malaysia pun ada yang bawak kereta laju macam ni!
Berdasarkan kertas saman tersebut, ianya bertarikh 20/01/2010, dan kejadian berlaku jam 10.00.
Kertas saman yang dikeluarkan menunjukkan kesalahan memandu sehingga 707 KM/J! Sedangkan Had Laju yang ada pada kertas saman tersebut hanya 80 KM/J, lebih 627 KM/J dari had laju yang ditetapkan!.
Namun, tak pasti dan tidak tahu pula sama ada ianya memang benar atau cuma rekaan semata-mata. Nampak macam rekaan, apa-apa pun, memang menarik dan mengejutkan.
Sebuah video mengejutkan mula tersebar di YouTube bermula hujung bulan Mac yang lalu, seorang pencuri bertindak kurang ajar dengan memecahkan cermin kereta.
Menurut pengguna YouTube yang memuat naik video tersebut, kejadian malang tersebut berlaku pada 27 Mac 2011 yang lalu, lokasi yang dimaklumkan hanya pusingan U, seksyen 16.
Video tersebut sempat dirakam menggunakan kamera CCTV yang siap sedia terpasang pada kereta pengguna YouTube tersebut yang menggunakan nama bigggmouth.
Berdasarkan video tersebut, peragut bermotorsikal tersebut mengambil kesempatan kesesakan lalu lintas, memecahkan cermin kereta dan meragut sesuatu yang menyerupai beg tangan. Motorsikal tersebut kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian.
Apa-apa pun, diharap semua pengguna jalanraya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga, simpan barang berharga anda di tempat yang sukar dilihat dan diperhatikan.
Anda sedang mencari-cari pilihan kereta untuk dibeli? Mungkin anda akan tertarik dengan tawaran promosi kereta baru dari Proton ini.
Anda boleh dapatkan kereta baru dari Proton dengan kadar faedah pinjaman bank serendah 2.58% setahun! Jauh perbezaannya dengan kadar faedah normal yang seperti umum sedia maklum paling rendah ialah 3.75%. (Bergantung kepada bank)
Kereta pilihan dari Proton yang termasuk dalam promosi kadar faedah rendah ini adalah, Proton Persona, Proton Exora, dan juga Proton Inspira.
Serendah 2.58%, namun ianya bergantung kepada tempoh pinjaman anda dan juga tertakluk kepada pilihan model kereta Proton anda.
Apa tunggu lagi, dapatkan maklumat lanjut di pusat pengedar dan showroom Proton berdekatan dengan anda.
Recent Comments