Tag Archive | "Kereta"

Lamborghini dihancurkan pemilik sebab selalu rosak!


Seorang pemilik supercar Lamborghini akhirnya bertindak radikal menghancurkan Lamborghini milik beliau selepas tidak puas hati dengan servis yang ditawarkan.

Pemilik yang merupakan seorang warganegara China tidak puas hati dengan kereta beliau itu yang sering mengalami masalah semenjak ianya dimiliki beliau dari Oktober 2010 lagi.

Malah apabila dihantar ke pusat servis, pusat servis tidak dapat membaiki masalah tersebut, tetapi semakin teruk pula keadaan kereta beliau apabila pusat servis memulangkan kereta dalam keadaan kemik pada bumper dan kerosakan pada chassis kereta.

Beliau kemudian bertindak mengupah beberapa pekerja di daerah Shandong, memberikan mereka tukul besi gergasi, dan mengarahkan mereka untuk memecahkan Lamborghini tersebut beramai-ramai, sambil disaksikan orang ramai.

Kalau di United Kingdom, kereta ini berharga lebih kurang  Pound £140,000, tetapi, jika di China ianya berharga lebih dari Pound £465,000! Bermakna pemilik dari China ini memang betul-betul kaya!

Saksikan video klip dan gambar-gambar di bawah.

Lamborghini pecah 1 Lamborghini dihancurkan pemilik sebab selalu rosak!Lamborghini pecah 2 Lamborghini dihancurkan pemilik sebab selalu rosak!Lamborghini pecah 3 Lamborghini dihancurkan pemilik sebab selalu rosak!Lamborghini pecah 4 Lamborghini dihancurkan pemilik sebab selalu rosak!

Posted in Automotive, NewsComments (3)

Apa maksud gambar ni? Kenderaan Kerap Berhenti?


Pernahkah anda terserempak dengan kereta yang dilengkapi dengan pelekat seperti di bawah? Apa maksud gambar ni? Kenderaan Kerap Berhenti?

Dan yang menjadi persoalan juga ialah apakah alat yang diletakkan pada bumbung kereta tersebut?

Ada siapa-siapa yang sudi bantu?

kereta kerap berhenti nissan latio Apa maksud gambar ni? Kenderaan Kerap Berhenti?kereta kerap berhenti Apa maksud gambar ni? Kenderaan Kerap Berhenti?

Posted in Automotive, NewsComments (4)

Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)


Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! Gambar-gambar spyshot ini diambil di stesyen minyak PETRONAS Ulu Bernam.

Penulis temui 3 buah kereta yang digantungi dengan nombor plat dagangan, dipercayai Perodua Myvi 2011 berdasarkan rupa bentuknya.

Namun demikian, ketiga-ketiga Perodua Myvi tersebut terdapat beberapa kelainan pada rupa luarannya.

Sebuah daripadanya kelihatan seperti Perodua Myvi dalam kiriman entri yang dahulu, dimana ianya menyerupai Toyota Passo 2011 dengan lampu belakan berbentuk bulat (Rujuk pada gambar keempat dan kelima) . Manakala 2 lagi kelihatan seperti Perodua Myvi yang sekarang.

Mungkin Perodua sedang pandu uji enjin 1.5L baru?

Apa-apa pun, saksikan gambar-gambar spyshot ini. (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.)

2011 03 03 19.30.37 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)2011 03 03 19.30.53 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)2011 03 03 19.31.17 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)2011 03 03 19.31.56 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)2011 03 03 19.33.15 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)2011 03 03 19.37.57 1024x768 Terserempak dengan Perodua Myvi 2011 baru! (Spyshot)

Gambar agak kabur, cuma mampu ambil guna kamera telefon bimbit sahaja,

Posted in Automotive, NewsComments (6)

Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?


Sebelum ini sudah terang dan nyata, teman wanita Justin Bieber, Selena Gomez sememang telah menerima banyak ugutan. Adakah pengugut makin melampau dengan menumbuk Selena Gomez?

Khabar angin mengenai Selena Gomez ditumbuk dibangkitkan apabila tersebar gambar di internet dimana ketika beliau keluar bersama Justin Bieber, Selena Gomez cuba untuk menutup muka beliau, namun kamera dapat mengesahkan bahawa terdapat kesan lebam pada bibir beliau.

Adakah kejadian ini berlaku ketika parti sambutan hari lahir Justin Bieber di Restoran Maggiano’s di Los Angeles?

Perhatikan pada gambar-gambar dibawah,

justin bieber punch selena gomez Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?justin bieber shows fuck Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?

Khabar angin tersebut bertambah benar apabila hashag #sorryjustin tersebar luas di Twitter dan ramai yang masih tertanya-tanya adakah benar Selena Gomez di tumbuk peminat? atau tiada apa-apa yang berlaku?

Hmm, Justin Bieber ada lesen memandu kereta ke?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Kopi perisa Lamborghini?


Anda semua sudah pasti tidak asing lagi dengan jenama Lamborghini apabila bercerita mengenai kereta mewah. Tapi kenalkah anda dengan Kopi Lamborghini? atau nama lainnya Tonino Lamborghini Caffe.

Kopi dengan campuran istimewa ini sudah lama dikenali di Eropah, terutamanya Itali. Malah sudah mencipta nama semenjak tahun 1990-an lagi.

Tetapi kini Tonino Lamborghini Caffe ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia!

Anak kepada Ferruccio Lamborghini, pengasas Lamborghini, ini berkata mereka (rakyat Itali) bukan sahaja suka menikmati kenderaan dari sudut eksklusif, tapi juga minuman seperti kopi.

Lihat saja pada mesin yang mereka gunakan untuk hasilkan minuman kopi seperti espresso dan sebagainya!

tonino lamborghini coffee machine Kopi perisa Lamborghini?

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kopi eksklusif dan premium ini, anda boleh menikmatinya di O’Gourmet Food Hall, Bangsar Shopping Centre.

Malah, bagi permulaan untuk perasmian pembukaan cawangan Tonino Lamborghini Coffee ini, anda boleh dapat merasa Tonino Lamborghini Caffe secara percuma, apa yang anda perlu lakukan cuma sebut “Tonino Lamborghini Caffe”, namun ianya cuma terhad untuk tempoh 23 Februari 2011 sehingga 9 Mac 2011.

Tonino Lamborghini coffee Kopi perisa Lamborghini?

Posted in Food, RandomComments (0)

Reaksi Tony Fernandes mengenai Team Lotus dan Lotus Group


Nampaknya Tony Fernandes melepaskan reaksi berbaur kemarahan beliau di laman Twitter mengenai isu antara Team Lotus dan Lotus Group. Apa yang dikatakan?

Tweet pertama beliau, beliau berkata mengenai kisah pembelian Team Lotus oleh David Hunt, dan kemudia dijual kepada beliau.

tony fernandes tweet 1 Reaksi Tony Fernandes mengenai Team Lotus dan Lotus Group

Let’s get a few things straight. U set up a separate company from car company to protect car company from racing up and downs. Company goes into liquidation. Bought by david hunt. 16 years no racing. Team bought from david hunt by nasa din and tony. We are no different from ron dennis at mcclaren. End of story.

http://twitter.com/#!/tonyfernandes/status/27952005175582721

Kemudian Tony memberi perumpaan berdasarkan pengasas Lotus Group, Colin Chapman, dan pengasas Mclaren, Bruce Mclaren dan penglibatan mereka dalam dunia perlumbaan.

tony fernandes tweet 2 Reaksi Tony Fernandes mengenai Team Lotus dan Lotus Group

Ron dennis didn’t start mccalren bruce mcclaren did. Proton and dany bahr didn’t start group lotus. Colin chapman did. What’s the difference. Proton own group lotus and din me and nasa own team lotus.

http://twitter.com/#!/tonyfernandes/status/27953538772508672

Kemudian beliau menyatakan dalam tweet beliau bahawa pasukan perlumbaan dan pengeluar kereta lumba akhirnya bukan terlibat secara langsung, namun hanya sebagai salah satu penaja yang terlibat.

tony fernandes tweet 3 Reaksi Tony Fernandes mengenai Team Lotus dan Lotus Group

And lotus renault is a renault end of story. Mcclaren is maclaren is not vodafone and mercedes is mercedes not petronas mercedes or a petronas car. End of story.

http://twitter.com/#!/tonyfernandes/status/27953868214108161

Apa pendapat anda? Ada kebenarankah disebalik kenyataan Tony Fernandes tersebut.

Berdasarkan maklumat, masih wujud konflik berkenaan pasukan lumba Lotus Racing dan Team Lotus dimana kedua-duanya merupakan pasukan yang berlainan.

Adakah ini kerana kedua-dua pasukan melibatkan dua buah syarikat besar Malaysia?

tony fernandes lotus racing Reaksi Tony Fernandes mengenai Team Lotus dan Lotus Group

Sumber : http://twitter.com/#!/tonyfernandes

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Proton pinjam RM2.35bil untuk bangunkan Lotus


Sepertimana mana yang umum sudah jelas, Lotus Group adalah anak buah Proton. Bagi membangunkan Lotus, Proton nampaknya bersedia untuk melabur dengan jumlah yang besar.

Dan menurut berita terkini, nampaknya Proton Holdings sudah membuat anggaran pelaburan sejumlah RM2.35bil dan akan cuba dijana melalui suntikan ekuiti, wang pengiklanan dan promosi, dan sebahagian besar dari jumlah tersebut akan ditampung melalui pinjaman Bank.

Proton Holdings kini dalam perbincangan dengan CIMB Bank berkenaan dengan pinjaman tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin, beliau yakin Group Lotus akan berjaya hasilkan sesuatu yang membanggakan hasil pembangunan kewangan tersebut.

Ini kerana Lotus akan mula menghasilkan dan mempasarkan 5 model serba baru Lotus bermula 2012, dan dengan pengenalan 5 model baru itulah Lotus akan maju lebih dari tahapnya kini.

5 Model baru yang akan diperkenalkan adalah Lotus Elite, Lotus Elise, Lotus Elan, Lotus Esprit dan Lotus Eterne.

Perancangan ini juga sudah difikirkan beratus-ratus kali sebelum akhirnya diputuskan bersama oleh Proton Holdings.

Nampaknya satu perkembangan menarik dari syarikat automotif utama negara kita, namun diharap pengurusan kewangan tersebut akan tidak dipengaruhi sebarang unsur negatif dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin ini juga menunjukkan masa depan cerah bagi penglibatan Proton untuk menghasilkan ‘sportcar’ tersendiri.

proton and cimb loan lotus Proton pinjam RM2.35bil untuk bangunkan Lotus

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement


Memang sah apa yang tersebar dari buah mulut sebelum ini. Sememang pelaburan Proton dalam Renault F1 membuahkan hasil dengan Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement.

Seperti mana umum sudah tahu, Renault-Nissan merupakan pemegang saham terbesar dalam Renault F1, dan Lotus Group (Anak Syarikat Proton) sebagai pemegang saham kedua terbesar.

Hasil dari pelaburan tersebut, terhasillah perkongsian teknologi antara Nissan dan Proton, dan yang boleh disahkan ialah mengenai pembinaan pengganti model Proton Perdana.

Perkara ini disahkan dengan kenyataan di Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ModelgantianPerdanagunaplatformNissanFuga/Article

Namun, sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, penggunaan Nissan Fuga sebagai pengganti model Proton Perdana ini cuma akan dilaksanakan bagi menggantikan model Proton Perdana yang digunakan sebagai kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, dan bukan untuk dijual kepada umum.

Tetapi tidak dinafikan kemungkinan bahawa model Proton-Nissan Fuga ini turut akan dijual kepada umum jikalau ianya mendapat maklum balas positif.

Proton-Nissan Fuga yang masih belum didedahkan nama rasmi itu akan menggunakan kapasiti enjin 2.5 liter.

Apa yang pasti, ianya akan menggunakan lambang Proton.

Entri khabar angin yang tersebar lebih awal dahulu : http://notakosong.com/2546/news/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/

Apa pendapat anda? Berminat ke dengan model baru Proton ni?

nissan fuga hybrid proton perdana Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement

Posted in AutomotiveComments (5)

Fakta mengenai Harga RON 95 – Rakyat ditipu?


Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.

Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.

Seperti umum sudah tahu, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Harga minyak terkini ialah, RON 97 RM2.30/seliter, RON 95 RM1.90/seliter, dan Diesel RM1.80/seliter.

Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.

Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :

  1. UAE – RM1.22 / L
  2. Baharin – RM0.89 / L
  3. Qatar – RM0.72 / L
  4. Kuwait – RM0.69 / L
  5. Libya – RM0.46 / L
  6. Arab Saudi -RM0.39 / L
  7. Iran -RM0.36 / L
  8. Nigeria – RM0.33 / L
  9. Turkmenistan – RM0.26 / L
  10. Venezuela – RM0.16 / L

Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.

Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.

Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!

berita mengenai Ron95 tidak naik lagi Fakta mengenai Harga RON 95   Rakyat ditipu?

Posted in Malaysia, NewsComments (8)

PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010


Nampaknya selain dari Proton Pahlawan Series, Proton membawa lebih kejutan dengan menampilkan PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010.

Kereta Konsep Proton yang sudah terang dan nyatanya berasaskan Proton Satria Neo ini dibangunkan oleh bahagian Race, Rally, Research (R3) Proton sendiri.

Ianya dilengkapi dengan enjin Proton CAMPRO CPS Turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 200hp dan 250Nm torque!

Malah ianya diisytiharkan sebagai Proton Satria Neo paling laju pernah dihasilkan oleh Proton!

Satria Neo ini dihasilkan dalam warna Hitam eksklusif R3 menggantikan warna rasmi R3 yang sebelum ini warna merah.

Spesifikasi PROTON Satria NEO R3 Concept

BODY

  • PROTON SATRIA NEO
  • 2 door compact
  • R3 bolt-on CDS 4-point half roll-cage

DIMENSIONS

  • Overall length – 4473mm
  • Width – 1821mm
  • Wheelbase – 2600mm
  • Track front – 1488mm
  • Track rear – 1488mm

ENGINE

  • 16V 1597cc CAMPRO 4-cylinder in line DOHC
  • R3 forged pistons 11:1 comp ratio
  • R3 steel conrod
  • R3 performance camshafts
  • R3 reworked cylinder head
  • R3 4-2 exhaust system stage 3
  • R3 carbon airbox
  • R3 management computer
  • 170PS/200hp & 200Nm @ wheel

TRANSMISSION

  • R3-spec close ratio gearbox

INTERIOR

  • R3-designed interior wrapped with Alcantara and Nappa leather
  • SPARCO steering wheel R323, 330mm with R3 60mm spacer
  • R3 4-point half roll-cage, colour-coded yellow

SUSPENSION

Front

  • McPherson strut with stabiliser bar
  • R3-tuned Ohlins coilovers

Rear

  • Multi link with stabiliser bar
  • R3-tuned Ohlins coil over

WHEELS AND TYRES

  • R3-designed 15” wheels M7510 Wheel Assy 15 x 7 ET 37
  • Bridgestone Potenza RE55S semi slick tyre 190/50 R15

BRAKES

  • AP Racing 4-pot brake system
  • AP Racing floating disc 295mm
  • AP Racing performance brake pads

@Lyn Fnf

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa harganya?

Disebabkan ini hanyalah kereta konsep, ianya tidak akan dijual oleh Proton, dan ianya hanya sekadar menampilkan apa yang Proton mampu lakukan untuk terus maju pada masa hadapan.

Ianya tidak dihasilkan untuk kegunaan secara rasmi di jalan raya, bukan seperti Proton Satria Neo R3 -Tuned by Lotus Racing

satria neo r3 concept PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010satria neo r3 concept klims 2010 PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010

Posted in Automotive, NewsComments (3)







Partly powered by CleverPlugins.com