Kecoh habis di laman media sosial apabila ada yang melaporkan bangunan Suria KLCC tu terbakar. Habis berkepul asap keluar dari bumbung Suria KLCC. Apa hal ni? Jom tengok!
Sebenarnya, Restoran Chinoz di Suria KLCC tu yang sebenarnya berlaku kebakaran kecil, bukan kebakaran besar pun katanya. Tapi semua orang dalam Suria KLCC tu terpaksa di asingkan dari dalam bangunan kerana risau berlaku apa-apa tragedi.
Menurut laporan, lowong asap dapur kepada restoran itu disambar api melalui sistem pengudaraan dapur restoran itu. Dan asap besar berkepul keluar kerana sistem pengudaraan dapur itu yang gagal berpunca dari kebakaran kecil tu.
Jom tengok dulu beberapa gambar ketika kejadian yang disebarkan melalui Twitter ni :
Dahsyat kan?
Dilaporkan lebih kurang 5,000 orang dalam Suria KLCC tu semuanya diminta keluar dari bangunan tu.
Kebakaran kecil tu berjaya dipadamkan sebelum pihak Bomba tiba, 10 minit selepas menerima panggilan dari pengurus di situ. Pihak Bomba kemudiannya perlu mengambil masa untuk selidiki lebih lanjut punca kebakaran dan juga risiko akan datang.
Oh, lagi satu, yang terbakar bukan Menara berkembar PETRONAS ya, yang terbakar cuma Restoran Chinoz, Suria KLCC, bukan seluruh Suria KLCC tu terbakar. Dan kalau anda nak tahu, KLCC itu merangkumi Menara berkembar PETRONAS, Suria KLCC, dan juga Taman Tasik KLCC.
Rancangan siri popular Korea, Running Man, dikatakan bakal dirakamkan di Malaysia. Tak lain dan tak bukan, lokasi terkemuka Kuala Lumpur, iaitu di KLCC!
Yang paling menarik, krew penerbit siri popular Korea ini akan berada di KLCC bersama-sama dengan pelakon-pelakon rancangan itu, untuk merakamkan aksi mereka di KLCC 13 dan 14 April 2012 akan datang ini!
Hmm, ada juga yang mengatakan yang ini cuma khabar angin, dan tiada pengesahan benar dari pihak SBS Korea sendiri.
Anda kenal Erykah Badu? Tak kenal? Kalau anda nak tahu, konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur dibatalkan kerana penyanyi itu didapati mempunyai tatu dengan kalimah ALLAH!
Konsert Erykah Badu ni sebenarnya dijadualkan berlangsung esok, di Planery Hall, KLCC.
Menurut maklumat, pihak penganjur cuba memadamkan tatu pada gambar badan Erykah ini bagi kononya tidak menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Dimana sudah sedia maklum, tatu adalah haram disisi Islam, dan apatah lagi menggunakan kalimah ALLAH sebagai tatu di badan!
Nampak dengan jelas bukan? Tak sangka pihak penganjur sanggup mencuba untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan mengolah gambar asal Erykah Badu.
Setelah mendapat desakan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) mengambil tindakan membatalkan konsert Erykah Badu itu.
Dalam hal lain, beberapa editor akhbar The Star dipanggil dan direman setelah memaparkan gambar Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah itu secara terbuka dalam akhbarnya.
Tak sangka kan?
p/s : entah siapa entah Erykah Badu ni, ada ke orang nak datang konsert dia? tak terkenal kot? Haha
Sebuah bangunan pencakar langit baru, Menara Angkasa Raya bakal dibina di ibu kota Kuala Lumpur, dan ianya akan terletak bersebelahan dengan KLCC. Gempak!
Arkitek menara ini, Ole Scheeren telah menghasilkan satu reka bentuk yang unik bagi bangunan mercu tanda Kuala Lumpur ini, bukan sahaja dari segi reka bentuk bangunan, malah juga fungsi dan ciri-ciri berteraskan alam sekitar pada menara ini.
Menara Angkasa Raya ini bakal memiliki tinggi mencecah 268 Meter, dan bakal menempatkan lebih dari 65 tingkat lengkap dengan bangunan pejabat, hotel, kawasan kediaman, tempat membeli-belah dan apa saja lagi kemudahan gaya hidup mewah!.
Menara ini akan mempunyai tiga bahagian utama, bahagian bawah, tengah dan atas.
Bahagian bawah akan menempatkan kawasan membeli-belah, tempat letak kereta, restoran, medan makan, butik dan juga kawasan beristirehat pelanggan. Ianya akan dihubungkan terus dengan laluan pejalan kaki di bahagian sisi jalan raya.
Bahagian tengah (Lapisan kedua) juga dipanggil sebagai Sky Level pula akan menempatkan bar dan restoran ekslusif, dilengkapi dengan kolam renang infiniti, dewan pelbagai fungsi, bilik mesyuarat dan ruang kerja yang terbuka dan terawang-awang di tengah udara.
Bahagian atas pula akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan premium dan ekslusif. Hotel mewah, Kondominium dan ‘Penthouse’ mewah, dan juga ruang pejabat premium yang akan mempunyai pemandangan ekslusif.
Sangat menarik!
Bangunan ini akan mula dibina awal tahun 2012, dan dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun 2016!
Apa-apa pun, Menara Angkasa Raya ini akan menjadi simbolik kepada mercu tanda Kuala Lumpur, dan juga simbol rekabentuk arkitek moden lengkap dengan ciri-ciri kehijauan dan alam sekitar.
Tahukah anda, Kuala Lumpur pada tahun 1991 teramat jauh berbeza dengan Kuala Lumpur pada tahun 2011 kini? Jom tengok perubahan ketara Kuala Lumpur selama 2 dekad ini.
Pada tahun 1991, Menara Berkembar PETRONAS (KLCC – PETRONAS Twin Tower), masih belum mula dibina sekalipun. Menara Kuala Lumpur pada ketika itu, hanya baru dipersiapsediakan tapak pembangunannya.
Kalau anda lihat pada gambar dibawah, Kuala Lumpur pada tahun 1991, begitu lapang, tiada bangunan pencakar langit, penuh dengan pokok-pokok besar dan pohon-pohon hijau yang menghiasi setiap pesudut ibukota negara kita ini.
Malaysia pada ketika itu, mungkin belum dikenali tanpa wujudnya menara-menara dan bangunan-bangunan korporat syarikat antarabangsa. Hotel-hotel besar bagaikan tidak wujud pada ketika itu.
Apatah lagi sistem tren seperti PUTRA LRT dan sebagainya.
Apa-apa pun, jom tengok gambar Perubahan di Kuala Lumpur sejak 1991 sehingga 2011 dibawah ini.
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari, pernah mendapat perhatian media berkenaan dikenakan tindakan imigresen di UK (United Kingdom), beliau tidak mahu pulang ke Malaysia.
Kes beliau yang berlaku pada hujung tahun 2009 dahulu, mendapat perhatian media antarabangsa dan tempatan, apabila beliau, yang secara terang-terang mengadakan hubungan homoseksual tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut pada undang-undang negara dimana transeksual diharamkan, dan takut penghinaan dari masyarakat.
Beliau kemudiannya tinggal di UK setelah mengahwini ‘suaminya’ Ian Young, seorang rakyat British yang ditemuinya di Starbucks KLCC ketika Young sedang bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan.
Setelah hampir 2 tahun menghabiskan masa dengan proses menguruskan isu imigresen beliau, beliau akhirnya diberi Visa untuk tinggal menetap di UK 2 minggu yang lalu. Yang mengejutkan beliau kemudianya membuat keputusan untuk meninggalkan suami beliau dan putuskan hubungan.
Menurut The Daily Mail, UK, Young ketika ditemui menyatakan beliau telah menghabiskan lebih £12,000 Pound Sterling ( lebih kurang RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Katanya, “Saya menggunakan setiap sen dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,”.
Dalam permohonan Fatine yang dikemukakan untuk memohon Visa, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak boleh pulang ke negara asal ekoran ugutan yang diterima beliau jikalau beliau pulang, mengancam nyawa beliau.
Macam-macam, orang dah lupakan kes dia ni, tapi kini timbul kes lain pula. Apa la agaknya anggapan warga British pada Kerajaan Malaysia lepas ni, tindakan beliau ni seumpama menghina agama, negara dan bangsa.
Bermula hari ini, 8 April 2011, sebuah konsert percuma diadakan di taman KLCC mempersembahkan ramai artis tempatan dan juga artis antarabangsa. Sempena F1™ Grand Prix di Kuala Lumpur.
Antara artis yang akan turut sama membuat persembahan ialah, nama-nama besar dunia hiburan seperti, Wonder Girls, Hoobastank, Yuna, The Azenders, dan Bunkface.
Maklumat lanjut mengenai konsert ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 8 & 9 April 2011
Masa : 6PM – 12PM
Tempat : Taman KLCC
Hari Pertama :
Wonder Girls, Hoobastank, Yuna, The Azenders, Bunkface.
Hari Kedua :
Joe Flizzow, Mizz Nina, Colby O’Donis, The Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay.
Apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk saksikan Artis-artis terkenal seperti Yuna, Hoobastank dan bagi peminat K-POP, Wonder Girls pun ada!
Yang lagi menarik, Ianya PERCUMA!! Konsert terbuka untuk semua orang!
HINDRAF (Hindu Rights Action Force), sebuah persatuan yang kini telah diharamkan cuba untuk menganjurkan lagi satu protes besar-besaran, kali ini berkenaan isu INTERLOK.
Protes yang diberi gelaran “PEOPLE’S MARCH : SOLIDARITY AGAINST UMNO/BN RACISM” telah mula tersebar luas di internet, flyer dan risalah telah mula disebarkan.
Berdasarkan pada flyers yang telah disebarkan, protes dan demonstrasi ini akan berlangsung di KLCC, pada tarikh 27 Februari 2011, bermula jam 9 Pagi.
Malah, turut dikatakan adalah bahawa protes kali ini akan melibatkan lebih ramai orang awam, lebih dari protes pada tahun 2007 yang lalu, kali ini dikatakan lebih 2 juta orang awam akan terlibat.
Adalah digalakkan agar orang awam mengelakkan kawasan KLCC tersebut jika benar demonstrasi ini akan berlangsung. Dijangka trafik di kawasan Kuala Lumpur akan sangat teruk dan sesak.
Orang awam juga diharap agar tidak turut serta dalam protes ini, ini kerana protes anjuran HINDRAF ini pada ketika ini adalah secara haram dan tidaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh rakyat Malaysia, semoga Negara Tercinta Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan maju.
Mungkin ada antara yang sudah menanam azam baru sempena tahun 2011, namun sudahkah azam 2010 anda selesai dilaksanakan?
Antara azam-azam tahun baru yang biasa kita dengar,
- Aku nak berhenti merokok tahun ni.
- Aku nak jadi pelajar cemerlang tahun ni.
- Aku nak jadi anak yang lebih baik.
- Aku nak cepat kahwin tahun ni.
- Aku nak fokus pada kerjaya tahun ni.
Dan bermacam-macam lagi….
Apa pula azam tahun baru anda?
Apa-apa pun, semoga anda semua kekal sihat, bahagia dan sentiasa gembira selalu!
Ikhlas dari Notakosong.com, Selamat Tahun Baru 2011, berhati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.
Melayu moden boleh cium-cium? Dahsyat budak-budak melayu sekarang ni, semakin berani, semakin panas, semakin…. bodoh?
Aksi mereka ini dirakam dalam sebuah video di YouTube, lokasi kejadian, KLCC
Sepasang kekasih yang terlalu asyik memadu kasih ni, tanpa memikirkan bahawa mereka berada di khalayak ramai dan di tengah-tengah ibukota boleh bertindak panas pula.
Tanpa segan silu dengan orang yang lalu-lalang, pasangan kekasih ni dengan suka hati melakukan aksi ghairah mereka pulak.
Dipercayai kedua-dua lelaki dan perempuan ini masih lagi bawah umur, bermaksud mereka ini masih lagi pelajar sekolah menengah mungkin.
Antara perbualan dalam video tersebut,
“Tadi dia nak balik,”
“Nak buat macam mana, Aku tak penting,”
“Break je awek kau ni,”
“Aku bagi dia pilihan tadi, nak KLCC ke nak aku,”
“Kau nak tinggalkan dia ke? bodoh!”
“Kat New York bai!”
Malah, yang memalukan, mereka yang merakam video ini ialah rakan-rakan kepada pasangan tersebut.
Bangga dengan kononnya tindakan mereka ni umpama orang di luar negara, konon-konon moden dengan cara kehidupan orang barat.
Apa la perasaan mak bapak kedua-dua orang ni ye? “Get a room please,”
Nantikan Video yang akan dimasukkan lewat malam ini.
Sementara itu saksikan gambar-gambar dari video tersebut.
Recent Comments