Posted on 16 October 2010. Tags: 2015, 2020, Bajet 2011, Bangunan, Bilion, Datuk Seri Najib Razak, Duit, Gambar, Imaginasi, KLCC, Lakaran, Malaysia, Menara, Merdeka, Perdana Menteri, Petronas, Petronas (KLCC), RM, Stadium Merdeka, Stadium Negara, Tinggi, Warisan, Warisan Merdeka, Wawasan
Dalam pembentangan bajet 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai projek Mega pembinaan menara Warisan Merdeka.
Menara Warisan Merdeka ini dijangka akan siap selewat-lewatnya tahun 2015.
Peruntukan untuk pembinaan menara ini adalah sebanyak RM5 Bilion, dan kemungkinan ianya akan mula dibina pada pertengahan tahun hadapan.
Bangunan menara yang setinggi seratus tingkat ini menurut laporan akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Selepas siap menara ini dibina, ianya akan menjadi bangunan yang tertinggi di Malaysia, malah lebih tinggi dari menara berkembar Petronas (KLCC).
Menara berkembar Petronas hanya berketinggian 88 Tingkat, namun menara Warisan Merdeka ini akan mempunyai 100 Tingkat.
Turut diumumkan dalam bajet 2011 ialah pembinaan transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 Bilion bagi kemudahan pengangkutan rakyat.
Hmm, rasanya bagaimana tinggi bangunan Warisan Merdeka dibandingkan dengan KLCC ye?
Mungkinkah seperti lakaran penulis dibawah? (Bentuk sebenar tidak dapat dipastikan)

Lakaran imaginasi penulis
Posted in Malaysia, News
Posted on 11 October 2010. Tags: Asia, Comedy, Douglas Lim, Events, Funny, Harga, Harith Iskandar, Hung Le, India, Joke, Kelakar, Kings and Queen of Comedy Asia, KLCC, Komedi, Kuala Lumpur Convention Centre, Kumar, Lawak, Malaysia, Plenary Hall, Promosi, Singapore, Singapore Conference Hall, Singapura, The Comedy Club Asia, The Comedy Club KL, Tiket, Vietnam, Vir Das
Buat pertama kalinya, persembahan ‘Kings and Queen of Comedy Asia’ akan diadakan di Malaysia! Persembahan ini akan menampilkan 5 orang ‘stand-up comedian’ yang sangat berbakat.
Mempersembahkan 5 orang ‘stand-up comedian’ iaitu :
Harith Iskandar dari Malaysia,
Hung Le dari Vietnam,
Kumar dari Singapura,
Douglas Lim dari Malaysia,
Vir Das dari India.
Persembahan ini dibawakan khas oleh The Comedy Club Asia dengan kerjasama The Comedy Club KL.
Persembahan khas ini akan diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 23 Oktober 2010.
Kings and Queen of Comedy Asia turut akan diadakan di Singapura sehari lebih awal iaitu 22 Oktober 2010 bertempatkan di Singapore Conference Hall.
Harga tiket adalah bermula dengan serendah RM88 hingga tiket paling mahal ialah RM298. Namun terdapat tawaran untuk harga tiket pelajar iaitu dengan harga cuma RM80 sahaja.
‘Kings and Queen of Comedy Asia’ dibawakan dengan tema “One Stage, One Night, One Venue : Prepare to laugh your heart out”

Posted in Entertainment, Events, LOL
Posted on 06 September 2010. Tags: Antarabangsa, Asia, Baca, Book, BookFest, BookFest @ Malaysia, Buku, China, Cikgu, Events, Guru, Hong Kong, Ilmu, KLCC, Malaysia, MICE, Pelajar, Percuma, School, Sekolah, Singapore, Student, Study, Taiwan, United Kingdom
BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.
Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.
Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.
Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas
Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.
Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.
Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.
Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

Posted in Education, Events
Posted on 13 June 2010. Tags: 2010, Akademik, Congress, Dunia, Education, Engineering, ESTCON, International, KLCC, KLCC Convention Centre, Kongres, Mahathir, Malaysia, MOSTI, Pelajar, Pendidikan, Petronas, Sains, Science, Technology, Universiti, Universiti Teknologi Petronas, UTP, World

Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menganjurkan kongres antarabangsa mengenai penyelidikan dan inovasi dalam kejuruteraan, sains dan teknologi yang terbesar di negara ini. Kongres yang bertemakan “Merapatkan kejuruteraan, teknologi dan kemanusiaan” akan melibatkan lebih 1,400 orang ahli akademik dan dijangka lebih 58 negara terlibat.
Kongres ini yang akan berlangsung di KLCC Convention Centre akan diadakan bermula 15 jun 2010 hingga 17 jun 2010.
ESTCON 2010 ini merangkumi 7 persidangan lain iaitu :
- International Conference on Intelligent and Advanced System (ICIAS2010)
- International Symposium on Information Technology (ITSIM2010)
- International Conference on Plant Equipment and Reliability (ICPER2010)
- International Conference on Fundamental and Applied Science (ICFAS2010)
- International Conference on Sustainable Building and Infrastructure (ICSBI2010)
- International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2010)
- International Conference on Integrated Petroleum Engineering and Geosciences (ICIPEG2010)
Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku kanselor Universiti Teknologi PETRONAS akan menyampaikan ucapan pembukaan dan perasmian berjudul “Towards Sustainability: Bridging Engineering, Technology and Humanities” pada hari pertama kongres iaitu 15 jun 2010.
Penaja utama UTP ESTCON 2010 sudah pasti PETRONAS. Ia juga mendapat sokongan penaja dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sumber : ESTCON 2010
Posted in Education, Malaysia, News, World
Posted on 19 April 2010. Tags: Facebook, Jack Wall, KLCC, Malaysia, Selebriti, Tommy Tallarico, VGL, Video Games, Video Games Live
Sabtu yang lalu, 17 April, NK dan rakan-rakan telah mengadakan rombongan cik kiah ke Plenary Hall KLCC semata-mata untuk menyaksikan Video Games Live Malaysia 2010!! Atau lebih dikenali nama glamer VGL!!!! Apa yang nak dikatakan? NK membesar dengan semua muzik-muzik yang dipersembahkan!!!
Semangat VGL yang sememangnya dijangka dari awal tahun sebenarnya kurang dirasa oleh NK pada hari kejadian, namun apabila menerima gesakan hebat rakan-rakan untuk ke VGL, Kami bertolak nekad, walau apa pun terjadi, Mesti tonton!!!
Read the full story
Posted in Malaysia, Picture
Recent Comments