Tag Archive | "Koleksi"

Tebowing, lagi-lagi gaya pelik bergambar


Dunia tidak pernah serik dengan gaya bergambar yang pelik, tak cukup dengan planking, owling, horsemaning dan pondaning, kini muncul pula gaya Tebowing. Aduhai,

Gaya ini asal-usulnya diinspirasikan dari gaya yang ditayangkan oleh Tim Tebow, iaitu pemain ‘American Football’ di Amerika Syarikat. Gaya itu juga mungkin diinspirasikan dari gaya ‘Thinking Statue’ yang simbolik dengan gaya unik ini.

tim tebow tebowing Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambarthinker statue1 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Gaya Tebowing ini diberikan definisi sebagai,

“to get down on a knee and start praying, even if everyone else around you is doing something completely different.”

Duduk menggunakan sebelah lutut dan mula membuat gaya (berdoa), walaupun orang di sekeliling membuat sesuatu yang berlainan.

Pelik bukan? Gaya macam ni pun boleh jadi terkenal. Sampai dapat perhatian di seluruh dunia!

Bila agaknya anda nak anda koleksi gaya Tebowing ni tersendiri? Jom tengok koleksi gambar Tebowing dari seluruh dunia!

tebowing 3 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambartebowing 6 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Posted in RandomComments (0)

Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala-ala batik ni?


Lady Gaga memang dikenali dengan gaya fesyen yang amat pelik dan unik. Tapi kali ni Lady Gaga tampil tiba-tiba dengan gaya fesyen seumpama batik. Jom tengok,

Gambar-gambar Lady Gaga yang kelihatan ‘normal’ ini dirakamkan ketika belum sedang berjalan kaki keluar dari sebuah studio rakaman.

Dia menjadi perhatian apabila pakaiannya terlalu kelihatan biasa, tiada tanduk palsu di bahu,  tanduk di kepala, ataupun fesyen dandanan rambut yang melampaui imaginasi.

Jom tengok gambar Lady Gaga  mengenakan baju yang kelihatan seperti kain Batik ni.

lady gaga wear batik 1 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 2 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 3 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 4 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?

p/s : Sebenarnya Lady Gaga bukan pakai kain Batik pun, baju tu sebenarnya salah satu koleksi fesyen Versace bagi musim luruh 2011 http://bit.ly/qLSDO4

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (2)

Patung bayi umpama bernyawa, ‘Reborn Babies’!


Patung bayi seumpama bernyawa, ‘Reborn Babies’ yang amat menyerupai bayi sebenar ini begitu laris dijual di Amerika Syarikat dan Britain, kononnya sebagai alat koleksi.

Namun sebenarnya patung-patung ini dibeli oleh mereka yang kehilangan anak mereka sebagai pengganti rasa kehilangan anak itu.

Menurut Eve Hasty, seorang ibu warganegara Amerika Syarikat, beliau sanggup ke Britain semata-semata untuk membeli anak patung pilihan beliau, sebagai ganti mengenangkan anak perempuan beliau yang meninggal kerana sakit Leukaemia pada umur 7 tahun.

patung bayi hidup Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Malah ada yang inginkan anak kecil, tetapi tidak sanggup untuk memberikan sepenuh komitmen dan memilih untuk membeli anak patung bayi ini.

Koleksi anak patung bayi ini mempunyai rupa fizikal yang amat realistik dimana rambut, kening mata hinggakan kuku sekalipun dibuat menggunakan bahan yang amat menyerupai rambut dan kuku sebenar. Malah, terdapat juga kesan air liur pada bibir bayi-bayi tersebut, menjadikan ianya lebih realistik.

patung bayi hidup 1 Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Kononnya, perasaan dimana sedar dan tahu bahawa patung bayi tersebut tidak akan berasa sakit dan tidak akan mati dapat menghilangkan tekanan yang dialami jika membesarkan bayi yang sebenar.

Menakutkan atau ianya sesuatu yang baik? Nampaknya ianya lebih membuatkan orang menjadi tidak siuman berbanding menenangkan jiwa!

patung bayi hidup 2 Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Posted in Random, WeirdComments (2)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)

Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma


Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?

Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.

Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?

Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?

Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.

Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.

Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri. icon razz Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kad raya 1 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 2 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 3 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 4 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 5 Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Posted in Internet, PictureComments (2)








Partly powered by CleverPlugins.com