Tag Archive | "Komen"

Ketahui Hak Anda dan Kuasa Polis, pesanan SUARAM


Anda tahu apa nak dibuat ketika ditahan polis? Risau kepada batasan hak anda dan had kuasa polis? Saksikan video ringkas pesanan ikhlas dari SUARAM ini.

Apakah hak anda apabila ditahan polis? Apakah maklumat yang boleh anda berikan kepada pihak polis? Tontoni video pendidikan ini untuk lebih memahami hak anda apabila disoal siat apabila anda ditahan oleh pihak polis.

When the police stops you, do you know your rights? What are the information you can give to the police? Watch this educational video to understand what exactly are your rights when you are being arrested by the police.

Producer/Penerbit: SUARAM, Pusat KOMAS, Rumah Anak Teater, Amnesty International (Malaysia) dan LLG Cultural & Developtment Centre. http://youtu.be/iExMSubmOiw

Kalau anda nak tahu, SUARAM ini bermaksud Suara Rakyat Malaysia, iaitu sebuah organisasi awam yang selama ini memainkan peranan besar untuk melupuskan Internal Security Act (ISA).

Wah, tak sangka bukan? Rupa-rupanya bukan senang kalau nak berhadapan dengan Polis jika ditahan ni. Dan tak sangka juga rupanya banyak hak orang awam yang perlu diamalkan jika ditahan Polis. Ye la kan, sekarang ni takut juga banyak kes Polis salah guna kuasa.

Malah, ada pula yang buka cerita dengan komen sebegini,

Yeah, right. If you so rude wif the polis i heard they can walk around yr car and slip a small packet of ganja into your car and they say “saya syaki anda bawa dadah dan kita mau check”. That time you straight away pee in yr pants when they found the packet of ganja….

Eh, ada wujud ke kes macam ni? Kalau orang awam yang ditahan kereta tidak menghormati Polis, Polis pula akan cuba selinap ganja pada kereta sebagai bukti penahanan? Tak pernah dengar lagi kes ni setakat ni.

Apa-apa pun, lepas ni jika ditahan Polis, bolehlah praktikkan seperti dalam video ni.

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak


Apabila Artis terkenal di Malaysia beri pendapat mereka mengenai perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia, ada yang mengarut, ada pula yang wajar. Jom tengok!

apa kata artis mengenai hukum hudud Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak

Dapat baca kesemuanya? Mungkin ada yang kurang jelas paparannya, tapi mudah untuk dirumuskan yang, bukan kesemua Artis Malaysia yang ditemuduga ni betul-betul faham dengan hukum Hudud Islam. Cara perlaksanaan hukuman yang sememangnya termaktub dalam Islam sendiri.

Beberapa kesalahan yang dilaksanakan dalam hukum Hudud :

  1. Berzina – Iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak.
  2. Minum arak – Menghadam minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  3. Mencuri – Mengambil atau memindahkan atau sembunyikan harta benda dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  4. Dan lain-lain….

Cuba anda teliti kata-kata dari artis yang ditemuduga seperti Heliza AF, Datuk Aziz Sattar, Alif Satar, Enot, Cat Farish dan Ayu Raudah tersebut. Wajar atau tak wajar? Ada kebenaran atau tiada kebenaran?

Atau banyak yang mengarut je? betul? ramai yang mengarut ikut suka je? ada tak? Apa komen anda terhadap komen-komen yang artis komen tu?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (3)

Video : Penjual air soya di Bangi ludah dalam minuman!


Sebuah video mula tersebar di YouTube dan Facebook, seorang penjual air soya jalanan di Bangi, meludah air liur dalam minuman yang dijualnya!

Lokasi penjual tersebut, berdasarkan komen di YouTube, terletak di Bandar Baru Bangi, dan bertentangan dengan stesyen minyak Shell. Berdasarkan dialog dalam video, turut dinyatakan adalah bahawa terdapat cawangan Bank Maybank berhampiran lokasi penjual tersebut.

Penjual tersebut, yang dipercayai merupakan seorang perempuan warga Indonesia nampaknya telah lama beroperasi dan akhirnya berdasarkan syak wasangka pembeli, sebuah video memaparkan tindak-tanduk penjual tersebut yang menjijikkan berjaya dirakam dalam video.

Menurut beberapa orang yang mengeluarkan komen pada video YouTube tersebut, dipercayai tindakan penjual ini adalah sebagai pelaris hasil jualan beliau.

Malah, terdapat juga mereka-mereka yang telah melaporkan tindakan jijik penjual tersebut kepada Majlis Perbandaran.

Berikut merupakan Video YouTube yang dinyatakan :

Penjual air soya di Bangi ludah dalam minuman Video : Penjual air soya di Bangi ludah dalam minuman!

Apa-apa pun, diharap para pembaca dapat lebih berjaga-jaga dan berwaspada pada penjual gerai-gerai di tepi jalan, pastikan ianya betul-betul bersih.

Sila sampaikan komen-komen anda di bawah atau terus ke Twitter Notakosong.

Posted in Random, YouTubeComments (0)

Maxis10 : Video unboxing dan spesifikasi Nexus S


Wow, setelah beberapa hari bersama dengan Nexus S, baru kali ini sahaja NK sempat untuk paparkan video unboxing Google Nexus S, jom lihat video dan spesifikasi Nexus S.

Sebelum tu, kalau ada yang masih belum kenal apa tu Google Nexus S, boleh lihat gambar yang ada pada entri sebelum ini, Notakosong.com dan Maxis10.

Google Nexus S yang dibawa khas ini mempunyai spesifikasi yang canggih berbanding kebanyakan telefon bimbit lain, yang pasti, Google semestinya mahukan yang terbaik untuk gajet yang menggunakan Operating System (OS) ciptaannya, Android.

Spesifikasi Google Nexus S :

spesifikasi google nexus s maxis Maxis10 : Video unboxing dan spesifikasi Nexus S

http://www.maxis.com.my/personal/android/SpecSheets/Google_NexusSpecs.pdf

Hmm, nampaknya agak berlainan sedikit berbanding spesifikasi Nexus S untuk pasaran antarabangsa, Nexus S dari Maxis menggunakan skrin jenis Super-LCD berbanding Super-AMOLED.

Video unboxing? Saksikan video unboxing dibawah ini, semoga terhibur! Kredit kepada krew Theseplay untuk video yang gempak!

Bagi yang tidak dapat layar YouTube, sila saksikan video ini di Facebook Notakosong. URL Video

Berikan komen atau pendapat anda dibawa, atau terus ke Twitter Notakosong.

Posted in Maxis10, News, TechnologyComments (4)

Maybank merompak pekerja miskin Malaysia? Betul ke?


Agak terkejut apabila ternampak satu kain rentang yang terpapar tulisan, “Maybank merompak pekerja miskin Malaysia”, sebentar tadi. Cuba lihat gambar dibawah.

maybank rompak pekerja miskin 1 Maybank merompak pekerja miskin Malaysia? Betul ke?

Situasi yang berlaku di satu kawasan di Brickfields ini rasanya sudah agak lama berlaku. Namun demikian, apa punca sebenar berlakunya kejadian ini masih tidak diketahui.

Kandungan ayat pada kain rentang (banner) tersebut,

MAYBANK MEROMPAK PEKERJA MISKIN MALAYSIA

MAYBANK ROBS POOR MALAYSIA WORKERS

Kain rentang tersebut boleh dilihat tergantung di hadapan bangunan National Union of Bank Employees (NUBE), di Jalan Tun Sambanthan.

maybank rompak pekerja miskin 2 Maybank merompak pekerja miskin Malaysia? Betul ke?

Apa pandangan anda? Jangan lupa tinggalkan komen di bawah atau terus ke Twitter @Notakosong.

Posted in NewsComments (4)

Jothys Fish Head Curry Restaurant saman Blogger dan Google


Seorang blogger, bernama Poh Huai Bin, pemilik kepada sixthseal.com sedang disaman oleh pemilik Jothy’s Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant.

Turut dikemukakan saman adalah search engine nombor 1 dunia, Google.

Direktor kepada Jothys Sdn Bhd, Tharumaraj Sivaperumal, mengemukakan saman sebanyak RM6juta ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap defendan pertama, blogger tersebut dan defendan kedua, Google.

Beliau mendakwa Blogger tersebut telah memburukkan imej restoran beliau dan perniagaan beliau merosot dan merundum diatas sebab komen yang ditulis di blog blogger tersebut.

Saman tersebut dikemukakan atas sebab memalukan perniagaan beliau dan menghancurkan perniagaan beliau.

Pemilik restoran tersebut turut menyatakan bahawa Restoran beliau belum pernah terima kritikan buruk, malah pernah disyorkan oleh majalah panduan pelancong antarabangsa, Lonely Planet sebagai salah satu tempat perlu dilawat di Kota Kinabalu, Sabah.

Komen beliau terhadap kenapa Google turut disaman, menurut beliau, search engine lain tidak memaparkan blog sixthseal.com apabila digunakan, namun apabila menggunakan Google, blog tersebut dipaparkan sebagai salah satu komen terhadap Restoran beliau.

Antara kenyataan dan komen dalam blog sixthseal.com tersebut :

“The Worst Fish Head Curry and Banana Leaf Restaurant in the Known Universe”

“our fish roe had the same taste and texture of cardboard”

“It’s a tourist trap. Avoid it like a bad case of herpes”

http://sixthseal.com/2010/05/jothys-fish-head-curry-banana-leaf-restaurant/

Apa pendapat anda?

Perlu ke sampai blogger tersebut disaman? Malah jikalau apa yang ditulis adalah benar, mengapa tidak restoran tersebut menerimanya dengan terbuka, dan cuba tingkatkan mutu hidangan mereka? Dan kalau benar ianya sudah ditingkatkan kualiti, panggil semula blogger tersebut, dan buktikan ianya memang berkualiti.

Opss, jangan lebih-lebih, nanti notakosong.com pula kena saman, susah nanti. icon razz Jothys Fish Head Curry Restaurant saman Blogger dan Google

jothys fish head curry banana leaf rice sixthseal Jothys Fish Head Curry Restaurant saman Blogger dan Google

Credit to sixthseal.com

Posted in FoodComments (4)

Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki


Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.

Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.

Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.

Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.

Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.

Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.

Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.

Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.

Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?

#Kesian jutawan melayu kita, DDR…

2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook benci dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakidr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki2 alam Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakitwitter 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakiposter filem 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki

Posted in Entertainment, LOL, MovieComments (8)

Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimaki


Laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, teruk dihina dan dimaki pada status nya yang terkini.

Status beliau tersebut yang berbunyi,

Looking forward to my meeting with Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam later for our 14th annual consultation.

Status itu kemudiannya menerima beribu komen yang berunsur kebencian tidak kurang juga yang cuba menangkis komen berunsur benci tersebut.

Antara komen-komen menghina dan memaki tersebut ialah,

Najib Pukimak : Kahkah… Mana jepon? Sdh pigi ngocok ke? Kahkah
Tuntaskan hasrat kau na dl

Najib Pukimak : SEMOGA MALAYSIA TERTIMPA BENCANA BESAR
Kahkah

dan banyak lagi komen hina yang tersiar pada ruang komen status tersebut.

Perbuatan memalukan ini dikatakan adalah perbuatan dari segelintir rakyat Indonesia di Facebook, namun ini masih tidak dapat dipastikan kerana mungkin ini cuma perbuatan orang dalam negara yang cuba menyemarakkan api kebencian.

Malah, turut dihina bukan sahaja Perdana Menteri kita, tetapi juga Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin!

Berikut merupakan imej gambar paparan Facebook tersebut.

Facebook Datuk Seri Najib Razak : http://www.facebook.com/najibrazak

facebook najib razak dihina Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimakifacebook perdana menteri najib razak Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimaki

Posted in MalaysiaComments (6)

Honda Accord tak guna, komen pemandu


Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.

Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”

Honda tak guna Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 2 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,

  • Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
  • Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
  • Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
  • Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)

Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!

Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!

Honda tak guna 3 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 4 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 5 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!

Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?

Credit to Lyn FNF

Posted in LOL, MalaysiaComments (28)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com