Tag Archive | "Kumpulan"

Ditipu RM51,000 pakej Umrah oleh kumpulan Nasyid


Sebuah keluarga 12 bersaudara ditipu dengan jumlah sehingga RM51,000 oleh sebuah syarikat kumpulan Nasyid mengenai pakej Umrah.

Hamidah Ismail, 57, dan suaminya, Zahari Edin, 54, beserta 4 lagi ahli keluarnya Fatimah Karman, 76, Khatijah Ismail, 51, Mohd Yasah, 58, dan Khartinai Idin, 58, lepas dengan wang berjumlah RM4,000 setiap seorang.

Manakala 6 lagi mangsa, iaitu saudara dekat kepada mereka, Maryam Mustafa, 54, dan suaminya Abdul Manan, 57, beserta Muzaffar Shah, 31, Marzuki Manan, 26, Maslina Manan, 29, dan Raha Rohaizad, 27, kesemua mereka ditipu dengan jumla RM4,500 setiap seorang.

ditipu pakej umrah nasyid Ditipu RM51,000 pakej Umrah oleh kumpulan Nasyid

Mereka yang telah ditipu semenjak 2 tahun yang lalu itu berkata, penganjur pakej umrah itu adalah sebuah syarikat kumpulan Nasyid terkenal tanah air.

Mereka tertarik dengan pakej umrah itu apabila mendengar ceramah promosi yang diberikan oleh wakil syarikat itu di sebuah surau di Kampung Cahaya Masai, Johor Bahru.

Pada mulanya, mereka dikehendaki membayar RM4,000 setiap seorang, setelah menceritakan tawaran itu kepada saudara mereka, saudara mereka yang berminat perlu membayar ekstra RM500 atas dasar tawaran asal cuma untuk pembeli terawal.

Mereka menjadi syak wasangka apabila penganjur cuma terima wang tunai, dan tidak menerima pembayaran cek.

Setelah lama menanti, apabila menghubungi wakil penganjur, mereka sering diberitahu lawatan umrah tersebut terpaksa ditunda atas sebab hotel yang telah ditempah telah dirobohkan, dan terpaksa ditempah semula.

Semakan terakhir mereka lebih kurang setahun selepas itu dengan pihak penganjur di ibu pejabat mereka di Petaling Jaya, mengejutkan mereka apabila diberitahu pihak pengajur yang mereka tidak maklum dengan tempahan yang dibuat keluarga itu dan nama mereka sekeluarga langsung tidak tersenarai walau seorang pun.

Semakan media dengan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) mendapati bahawa Agensi Pelancongan kumpulan Nasyid itu telah diberhentikan lesen oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sejak dari 24 Januari tahun lepas.

Apakah?? Melampau sungguh kes penipuan sekarang ni sampaikan Pakej Lawatan Umrah pun diguna sebagai modal menipu. Yang lagi menyedihkan, penipuan ini dijalankan oleh syarikat yang mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah Kumpulan Nasyid!

Hidup makin susah, orang ramai makin terdesak, orang-orang tua ditipu, apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni?

Posted in Islamic, NewsComments (0)

Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas


Sebuah video mengejutkan tersebar di YouTube dan telah dibuang, memaparkan Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas. Video tersebut ada dipaparkan di bawah.

Tindakan melampau yang melibatkan sekumpulan pelajar perempuan berbangsa cina ini dilihat bertindak kejam ke atas salah seorang pelajar perempuan lain dalam kelas yang sama.

Seperti yang dapat dilihat dalam video dibawah, sekumpulan pelajar perempuan tersebut bertindak memukul kepala pelajar tersebut. Pembulian tersebut bukan sekadar memukul, malah sehingga bertindak menggunting rambut mangsa.

Video pelajar perempuan cina SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas

Terdapat juga pukulan di kepala yang menggunakan buku teks dan tamparan tangan. Selain itu, mangsa juga dijerut kepala dengan objek dipercayai tali leher pelajar lelaki.

Punca pembulian ini tidak dapat dipastikan, tetapi mangsa kelihatan amat menyeksakan dan menangis sepanjang dalam video tersebut. Manakala pelajar yang membuli kelihatan seperti sedang gembira dan suka ria, seumpama ianya cuma permainan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian pembulian kejam ini berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, yang terletak di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Diharap barang siapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, melaporkan kes ini kepada pihak sekolah dan juga pihak polis.

Video pelajar perempuan cina SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (0)

Gadis K-POP SNSD sebelum dan selepas?


Bagi peminat muzik genre K-POP dari Korea, sudah pasti tidak asing lagi dengan kumpulan artis wanita, SNSD (Girls’ Generation). Namun pernahkah anda lihat rupa mereka sebelum jadi artis?

Kumpulan Artis Wanita yang dianggotai oleh 9 ahli, Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun, ini mendapat begitu banyak perhatian disebabkan oleh rupa mereka yang sungguh jelita.

Tapi tahukah anda rupa ahli-ahli SNSD ini bukan dari muda remaja lagi cantik? Malah, ada dakwaan mengatakan ada antara ahli SNSD yang pernah melakukan pembedahan plastik!

Tak percaya? Jom tengok gambar sebelum dan selepas beberapa ahli SNSD dibawah.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Jessica SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Jessica SNSD

Tae yeon SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Tae yeon SNSD

Yuri SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Yuri SNSD

Hyo Yeon SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Hyo Yeon SNSD

Sunny SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Sunny SNSD

Tiffany SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Tiffany SNSD

Yoona SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Yoona SNSD

Hebat betul kuasa kosmetik dan mekap ni ya? Cuba baca entri ni pula mengenai transformasi perempuan yang memakai mekap : http://notakosong.com/2190/random/lol/rahsia-wanita-di-sebalik-mekap-tebal/

Takut pula nanti kalau ada peminat SNSD yang marah, takpelah, ni ada bagi gambar SNSD satu.

SNSD Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (7)

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan


Baru-baru ini video yang menayangkan kekejaman terhadap haiwan semakin tersebar luas. Video yang terbaru menyaksikan seorang remaja perempuan membunuh seekor arnab.

Mungkin ada antara anda memikirkan bahawa tindakan kejam ini adalah cuma satu kemalangan atau mungkin gadis tersebut mungkin hanya pesakit mental.

Namun tidak, ini adalah kerana, dimaklumkan adalah video tersebut adalah milik sebuah kumpulan kejam di internet, yang menggelarkan diri mereka sebagai “Crush Fetish”.

Kumpulan ini, “Crush Fetish”, membuat video ini dengan tujuan memperoleh keuntungan.

Dimana video-video rakaman kejam ini akan dijual kepada pelanggan berkenaan dalam bentuk DVD keluar negara dengan harga yang tinggi.

Malah, gadis-gadis atau ‘pelakon’ dalam video tersebut bukanlah ahli secara terus kepada kumpulan “Crush Fetish” ini, namun, para pelakon ini dibayar dengan harga tinggi untuk melakukan aksi tersebut.

Segala video ini dibuat di China, ini kerana setakat ini China masih belum mempunyai akta undang-undang terhadap kekejaman binatang. Saksikan saja berapa ramai orang di China yang memakan binatang secara hidup-hidup, malah kucing pun jadi makanan secara hidup-hidup.

Untuk setiap video tersebut, harga yang dibayar adalah serendah 3,000 Yuan (RM 1,412.23) sehingga 6,000 Yuan (RM 2,824.35)

Video tersebut tidak dapat ditayangkan oleh kerana atas dasar unsur-unsur kekejaman yang terlampau, sila email secara personal untuk saksikan video tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan beberapa screenshot video tersebut yang menunjukkan seorang gadis duduk diatas seekor arnab sehingga mati.

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 3 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 4 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

Posted in Internet, Random, VideoComments (6)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Konflik Indonesia hina Malaysia – Respon pemuda Umno


Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.

Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.

Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.

Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.

Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.

Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.

Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

indonesia hina malaysia Konflik Indonesia hina Malaysia   Respon pemuda Umno

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com