Habis kecoh kat Facebook, semua orang kongsikan mengenai seorang lelaki ni yang benci sangat dengan orang Terengganu sampaikan hina bahasa negeri Terengganu, apa kes ni?
Aduhai, ini apa isu ni mengamuk tak tentu hala tak pasal-pasal ni? Habis dihina habis-habisan loghat bahasa percakapan orang Terengganu sampai dikatakan sebagai bahasa yang membuat bunyi sumbang, dan bahasa aneh!
Apa la masalah lelaki ni agaknya, berdasarkan maklumat yang diberi, lelaki ini merupakan warga negeri Kelantan, dan tidak dikenalpasti apa sebab caci dan maki hamun ini.
Ditinggalkan kekasih orang Terengganu mungkin? Tunang orang Terengganu putuskan tunang?
Apa-apa pun, tak perlu lah sampai bermaki hamun macam tu sekali, cuba fikirkan perasaan orang lain juga. Aduhai, sesama bangsa Melayu pun nak bergaduh siap hina menghina lagi. Harap-harap dijadikan pedoman dan pesanan.
Siapa yang tak kenal dengan Namewee, pengarah dan pelakon filem Nasi Lemak 2.0 ni selalu sangat jadi bahan kontroversi, selepas dikutuk Utusan, jom tengok reaksi dia.
Dalam artikel bertajuk ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…’, tulisan Fauziah Arof itu, banyak menceritakan pandangan penulis artikel itu yang tidak akan memberi sokongan kepada filem hasil karya Namewee walau ianya menerima pujian sebanyak mana sekalipun.
Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep ’1Malaysia’.
Kata Fauziah Arof, ianya bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu. Tetapi kerana ianya hasil karya Namewee, yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara Malaysia ini, pernah juga hina lagu Negaraku.
Amboi, bukan main lagi. Silap silam Namewee tu memang tidak dipandang remeh penulis artikel di Utusan Malaysia ni.
Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam Artikel tu. Alamak, dah jadi pergaduhan internet la ni… Antara Utusan Malaysia dengan Namewee ya, bukan antara Utusan Malaysia dengan Filem Nasi Lemak 2.0.
Biasa la Utusan Malaysia kan, surat khabar utama yang penuh dengan cerita-cerita kontroversi bukan tabloid ciptaan penulis-penulis panas lagi sensasi. Contohnya isu kartun hina Islam Utusan Malaysia sebelum ni.
Macam-macam, apa-apa pun, anda dah tonton filem Nasi Lemak 2.0 ni? Apa komen? Menarik? Bosan? Rasis ke?
Siapa yang tak kenal dengan Khairy Jamaluddin, menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, yang giat dalam politik.
Nampaknya ada lagi perkara yang google terlepas pandang nampaknya, kali ni giliran Khairy Jamaluddin pula yang kena.
Mungkin bukan tanpa niat mengutuk, namun apa kan daya sampaikan Google pun boleh hina Khairy Jamaluddin, Google nampaknya telah samakan Khairy Jamaluddin dengan Beruk.
Cuba anda gunakan Search Engine di Google, taip ‘beruk’ cuba tengok apa yang keluar sebagai keputusan yang paling atas?
Beruk = Khairy Jamaluddin??
Malah, entri wikipedia mengenai Beruk sendiri pun tewas pada entri Khairy Jamaluddin, entri Khairy Jamaluddin pada kedudukan pertama, manakala entri Beruk pada kedudukan kedua!
Itu belum lihat pada Google Image lagi, lagi bermacam-macam gambar yang ada.
Mungkin ini perkara yang sudah lama diperkatakan, namun, rasanya masih ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini.
Lawak betul la Google ni, macam-macam.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas, ataupun anda boleh cuba sendiri di Google.
Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.
Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.
Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,
Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.
Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.
Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.
Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.
Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.
Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.
Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.
Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.
Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.
Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.
Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.
Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?
Laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, teruk dihina dan dimaki pada status nya yang terkini.
Status beliau tersebut yang berbunyi,
Looking forward to my meeting with Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam later for our 14th annual consultation.
Status itu kemudiannya menerima beribu komen yang berunsur kebencian tidak kurang juga yang cuba menangkis komen berunsur benci tersebut.
Antara komen-komen menghina dan memaki tersebut ialah,
Najib Pukimak : Kahkah… Mana jepon? Sdh pigi ngocok ke? Kahkah
Tuntaskan hasrat kau na dl
Najib Pukimak : SEMOGA MALAYSIA TERTIMPA BENCANA BESAR
Kahkah
dan banyak lagi komen hina yang tersiar pada ruang komen status tersebut.
Perbuatan memalukan ini dikatakan adalah perbuatan dari segelintir rakyat Indonesia di Facebook, namun ini masih tidak dapat dipastikan kerana mungkin ini cuma perbuatan orang dalam negara yang cuba menyemarakkan api kebencian.
Malah, turut dihina bukan sahaja Perdana Menteri kita, tetapi juga Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin!
Berikut merupakan imej gambar paparan Facebook tersebut.
Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.
Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.
Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.
Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.
Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.
Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.
Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.
Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.
Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook
Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.
Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.
Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.
Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.
Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.
Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.
Bayangkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di hina oleh Search Engine nombor satu dunia, Google.
Mungkin ianya hanya kebetulan, namun, ia tetap mampu memberikan kesan yang tidak baik terhadap imej pemimpin negara Malaysia ini.
Pernahkah anda Cuba untuk taip pada laman carian Google, “Najib buka puasa” ?
Apa kata anda cuba sekarang, dan saksikan apa yang dipaparkan hasil carian tersebut.
Click image to view larger
Mungkin pada sesetengah orang ianya hanya kebetulan yang tidak dijangka, dan tidak memberi apa-apa makna, namun, apa pula pendapat segelintir yang lain??
Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.
Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.
Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.
Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.
Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.
Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.
Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.
Recent Comments