Tag Archive | "Lagu"

Chant Ultras Malaya untuk Malaysia vs Singapura 27 Julai 2011!


Semua peminat sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan pertarungan sengit antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Singapura. Jom hafal sorakan Harimau Malaya!

Kalau anda memang peminat dan penyokong tegar pasukan kebangsaan Harimau Malaya kita, sudah pasti anda tidak akan lupa dengan lagu sorakan ‘chant’ dibawah ini yang sentiasa berlaung dimana sahaja pasukan kebangsaan kita bermain,

Ole-Ole ‘Berjuanglah pahlawanku’ – Ultras Malaya

Ole ole!! Ole ole!!
Berjuanglah!!, Pahlawanku!!
Satu kan lah tekad semangatmu!
Kami rela!!, Korban nyawa!!
Demi daulat negara tercinta!
Ole ole!! Ole ole!!

Dan ada banyak lagi sorakan laungan semangat lain untuk Harimau Malaya yang dihasilkan oleh Ultras Malaya, jom sama-sama gegarkan stadium Bukit Jalil malam esok dengan pelbagai lagu ‘Chant’ Ultras Malaya.

Jom dengarkan variasi ‘Chant’ Ultras Malaya di sini : Soundcloud Sound Of UM07

Walaupun tewas pada perlawanan pertama di tempat lawan, perlawanan kedua di tempat sendiri ini bakal memberikan kelebihan tersendiri buat Malayasia bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia ini.

SEMOGA BERJAYA HARIMAU MALAYA!

malaysia vs singapore world cup 2012 Chant Ultras Malaya untuk Malaysia vs Singapura 27 Julai 2011!

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Diana Danielle cipta album bersama Akon


Aktres pelakon filem dan drama terkenal, Diana Danielle, dengar katanya bakal mencipta nama dalam bidang nyanyian dengan kemunculan album debut solo gandingan bersama Akon.

Diana Danielle, atau nama penuh beliau Diana Danielle Danny Beeson merupakan aktres muda yang mempunyai darah kacukan British-Malaysia ini sedang dalam perbincangan bersama artis antrabangsa terkenal Akon, dan juga produser/penulis lirik terkenal Mary J. Blige.

Siapa yang tidak kenal dengan Akon, nama besar bintang Amerika dalam bidang nyanyian, dan juga Mary J. Blige, merupakan orang utama dalam menaikkan nama bintang lain seperti Michael Jackson dan lain-lain lagi.

Menurut Diana Danielle, lagu single pertama beliau hasil karya beliau berjudul, ‘Tak Pernah Ada‘ akan disiarkan keudara mula Jun ini, dan sememangnya menjadi impian beliau untuk menembusi pasaran nyanyian di medan antarabangsa.

Diana danielle beeson album akon Diana Danielle cipta album bersama Akon

Gadis berusia 19 tahun tersebut sebelum ini sememangnya terkenal dengan lakonan beliau dalam filem-filem tempatan seperti Evolusi KL Drift, Magika, dan terbaru Dalam Botol.

Kini beliau mencuba bakat dalam bidang nyanyian pula.

Hebat, macam-macam bakat Diana Danielle ni, malah menurut pihak yang berminat, mengatakan Diana Danielle ini sememangnya ada pakej dalam bidang nyanyian.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (2)

FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!


Anda pernah main pemainan terkenal FarmVille di Facebook? Tak lama lagi versi baru FarmVille bertemakan Lady Gaga akan dilancarkan, bersedia untuk ke GagaVille!

Lady Gaga tidak lama lagi akan menawan dunia permainan internet pula setelah pengumuman dari Zynga (Pengeluar FarmVille), akan melancarkan GagaVille yang akan menggunakan Lady Gaga sebagai motif utama dalam permainan internet tersebut.

GagaVille akan dibina bertemakan album terbaru Lady Gaga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, yang memuatkan lagu seperti “Born This Way”. Malah, para pengguna FarmVille yang akan bermain GagaVille akan dapat memperoleh lagu tersebut, “Born This Way” secara percuma melalui permainan tersebut.

farmville lady gaga version FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Segala binaan dalam GagaVille ini akan bertemakan Lady Gaga. Contohnya pokok kristal, kuda unicorn, biri-biri menunggang motorsikal, dan sebagainya.

Selain dari itu, para pemain juga mampu untuk membuka pelbagai ganjaran istimewa seperti muat turun percuma lagu terbaru Lady Gaga, sebelum ianya dimainkan di stesyen radio!

Macam-macam Lady Gaga ni, jangan sampai ada pemain yang sampai habis duit beribu main FarmVille seperti sebelum ini cukuplah ya.

gagaville lady gaga FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Sumber : http://www.zynga.com/ladygaga/gaga.php

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Najwa Latif – Cinta Muka Buku : Artis muda YouTube?


Siapa kenal dengan Najwa Latif? Gadis muda yang sedang meningkat nama dalam arena muzik tempatan ini sudah mula menghasilkan single pertama beliau, “Cinta Muka Buku”.

Najwa Latif, atau nama penuh beliau Imratul Najwa bte Abdul Latif mula menghasilkan video nyanyian lagu dan menyiarkannya di YouTube semenjak Ogos 2010 lagi. Malah beliau banyak menyanyikan lagu ‘cover’ untuk lagu-lagu yang terkenal, dengan iringan gitar yang dimainkannya sendiri.

najwa latif cinta muka buku Najwa Latif   Cinta Muka Buku : Artis muda YouTube?

Baru-baru ini, beliau mula berkerjasama dengan NAR Records, dan dari situlah terhasilnya single baru dari beliau iaitu “Cinta Muka Buku”, hasil ciptaan beliau dan kakak beliau.

Dengar-dengarnya, single lagu Najwa Latif ini akan mula dikeluarkan pada hujung bulan Mac.

Hebat, baru saja berumur 16 tahun, sudah mula menghasilkan lagu single sendiri. Yang menarik, sudah ramai pula yang mengatakan beliau sebagai ala-ala ‘Ana Raffali Junior’.

Apa gelaran yang sesuai? Gadis Gitar atau Gadis YouTube?.

Nak tahu lagi kisah Najwa Latif? Teruskan ke blog blogspot beliau : http://najwalatifs.blogspot.com atau silakan saja ke Facebook Fanpage beliau di http://www.facebook.com/pages/Najwalatif/161004417265295.

Apa-apa pun, semoga berjaya, walau apa pun, jangan lupakan pelajaran ya, jom layan video Teaser “Cinta Muka Buku” – Najwa Latif.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Kisah Yuna diterbitkan di New York Post


Yuna, seorang artis yang tidak asing lagi di Malaysia, dan juga pemegang anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke-17. Kini lebih dikenali di Luar Negara!

Beliau, kini merupakan sorang artis yang bernaung di bawah FADER Label, New York.

Kisah mengenai kejayaan Yuna disana turut mendapat perhatian media disana, dan artikel mengenai beliau turut dikeluarkan oleh New York Post. Boleh baca liputan media disana di laman ini.

Yuna dikenali disana dengan iringan muzik ciptaan dan nyanyian beliau yang begitu menyerupai Colbie Caillat, dengan lagu beliau “Decorate”.

Saksikan video klip lagu “Decorate”, keluaran FADER Label.

yuna music malaysia new york post Kisah Yuna diterbitkan di New York Post

EP pertama beliau disana akan dikeluarkan pada tarikh 15 Mac 2011, dan album penuh beliau akan dikeluarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Teruskan mengikuti maklumat terkini Yuna di Yuna Music.

Apa-apa pun, Tahniah kepada Yuna, semoga terus berjaya dan membawa nama Malaysia ke persada Antarabangsa.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Konsert Maroon 5 Live in Kuala Lumpur


Hebat, Baru sahaja Justin Bieber sah akan datang ke Malaysia, kini band terkemuka Maroon 5 pula disahkan akan mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur.

Ketika album pertama ‘Songs about Jane’ dihasilkan, semua orang tergilakan dengan lagu ‘She will be loved’ yang begitu memukau suatu masa dahulu. Tidak lupa juga lagu hit singles yang lain seperti ‘This Love’.

Lagu ‘Makes me wonder’ dari album kedua, ‘It Won’t Be Soon Before Long’ juga menarik begitu ramai peminat kepada band dari California ini.

Dan apabila terdengar ura-ura bahawa Maroon 5 akan dibubarkan, tiba-tiba mereka tiba pula dengan album ketiga, dimana dinyatakan sebagai album terakhir sebelum dibubarkan terhasil, ‘Hands All Over’, dengan lagu hit seperti, ‘Misery’.

Apa-apa pun, bagi semua peminat Maroon 5, jangan lupa untuk dapatkan peluang anda ke konsert Maroon 5 ini. Harga Tiket bermula dengan serendah RM115 hingga ke RM485.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 29 April 2011 dan lokasi konsert sudah pasti Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket boleh didapati dari Ticketpro.com.my.

maroon 5 live in kuala lumpur Konsert Maroon 5 Live in Kuala Lumpur

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Lirik Lawak : Lonely Island – I just had Sex (feat. Akon)


Mungkin pernah dengar, mungkin tidak, pernah dengar lagu Lonely Island – I just had Sex (feat. Akon) ? Lagu ni sekarang sedang hangat di luar negara.

Tapi masalah dengan lagu ni, dah kehabisan idea ke untuk buat lagu?

Kenapa la lagu pasal persetubuhan juga yang nak dibuat, haha.

Mungkin lagu ni bunyi sedap dalam bahasa Inggeris, tapi cuba anda melayukan semua liriknya, tengok jadi apa.

Aku Baru Bersetubuh

Kadang-kadang
Sesuatu yang indah terjadi
di dunia ini

Oh
Akon
Dan Lonely Island

Anda tidak tahu bagaimana mengekspresikan diri anda sehingga
Anda hanya perlu menyanyi

Aku baru bersetubuh
Dan rasanya begitu baik (merasa begitu baik)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (dia)
Aku hanya melakukan hubungan seks (Hei!)
Dan aku tidak akan pernah kembali (tidak pernah kembali)
Untuk jenis-tidak-mempunyai
Cara masa lalu

Adakah anda pernah berhubungan seks?
Aku punya, rasanya luar biasa
Rasanya sangat baik ketika saya melakukannya dengan zakar saya

Seorang gadis biarkan aku melakukannya
Secara harfiah saja terjadi
Berhubungan seks bisa membuat orang baik keluar ‘paling kejam

Anda tidak akan pernah tahu di mana aku baru saja datang dari
Aku baru bersetubuh
Jika saya harus menggambarkan perasaan itu adalah yang terbaik

Ketika saya telah seks
‘Yang dimaksudkan zakar saya merasa besar
Dan aku menelefon orang tua saya tepat setelah aku selesai

Oh hei, tidak melihat anda ada
Tebak apa yang saya baru saja melakukannya
Berhubungan seks, telanjang, melihat boobies dan selebihnya

Yah yakin
Nice dia membiarkan anda melakukan hal itu

Nice dari setiap gadis yang pernah

Sekarang bernyanyi

Aku baru bersetubuh
Dan rasanya begitu baik (merasa begitu baik)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (dia)
Aku Ingin memberitahu dunia

Harus jujur
Aku hairan ia bahkan ingin aku melakukannya

Tidak benar-benar masuk akal

Tetapi manusia, skru itu

Aku tidak satu untuk berdebat dengan hal yang baik

Dia boleh menjadi isteriku

Itu bagus?

30 terbaik saat dalam hidupku

Aku sangat rendah hati kerana kemampuan wanita untuk membiarkan saya melakukan dia

Cuz jujur aku berhubungan seks dengan tumpukan pupuk kandang
Dengan pemikiran gadis itu, lembut bagus-smellin ‘lebih baik

Dia membiarkan saya memakai rantai saya dan sweater leher kura-kura saya

Jadi yang ini didedikasikan kepada mereka gadis-gadis
Yang membolehkan kita flop sekitar di atas mereka
Jika anda dekat atau jauh, baik jangka pendek atau tinggi
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk lettin ‘kita f*** anda

Dia terus melihat arlojinya

Tidak masalah, saya berhubungan seks

Tapi aku menangis sepanjang masa

Tidak masalah, saya berhubungan seks

Saya fikir dia mungkin telah menjadi rasis

Tidak masalah, saya berhubungan seks

Dia menaruh tas di kepalaku

Masih menghitung
Aku baru bersetubuh
Dan mimpi saya menjadi kenyataan (mimpi menjadi kenyataan)
Jadi, jika anda pernah berhubungan seks dalam 30 minit terakhir maka anda memenuhi syarat untuk menyanyi dengan saya
Aku hanya melakukan hubungan seks (semua orang bernyanyi!)
Dan rasanya begitu bagus (kita semua bersetubuh!)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (saya ingin memberitahu seluruh dunia!)
Aku baru bersetubuh (Aku baru bersetubuh!)
Dan aku tidak akan pernah kembali (tidak, tidak, tidak!)
Untuk jenis-tidak-mempunyai
Cara masa lalu

http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=en&tl=ms&u=http://www.metrolyrics.com/i-just-had-sex-lyrics-the-lonely-island.html

Macam-macam, dari lagu sedap, terus jadi pelik, dan akhirnya kelakar pula. Terima kasih Google Translate.

lonely island feat akon i just had sex Lirik Lawak : Lonely Island   I just had Sex (feat. Akon)

Posted in Entertainment, MusicComments (1)

Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?


Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.

Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.

Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.

Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.

Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.

Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.

A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.

This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.

http://itunes.apple.com/my/app/namewee/id400451633?mt=8

Wah, hebat betul.

Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.

Tak kenal siapa itu Namewee? boleh rujuk kiriman lama NK : http://notakosong.com/1814/news/malaysia/biodata-siapa-itu-namewee-wee-meng-chee-yang-sebenarnya/

Hmm, agaknya tak lama lagi ada ke aplikasi khas untuk Notakosong.com pula? icon razz Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

namewee iphone apps Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Justin Bieber : Never Say Never The Movie


Artis remaja yang menjadi kegilaan ramai ini nampaknya tidak lama lagi akan turut bergelar seorang pelakon! Makin terkenal la nampaknya selebriti muda ni nanti!.

Justin Bieber dikatakan sedang menjalani penggambaran untuk filem beliau yang pertama nanti.

Filem tersebut akan diberi tajuk “Justin Bieber: Never Say Never“, dimana Never say never ialah tajuk kepada salah satu single beliau yang terkenal gandingan nyanyian beliau dan Jaden Smith.

Menurut beliau, filem yang akan mengisahkan cerita mengenai beliau ini sememangnya ada kena mengena dengan lagu tersebut.

Dimana beliau menceritakan ketika beliau masih kanak-kanak, ramai orang yang lebih berusia dari beliau menghalang beliau untuk melakukan segala apa yang diingini.

When he was a kid, some people said, ‘You can’t play the drums,’ and he did. Or, ‘You can post it on the Internet, but no one will see it.’ Then millions of people saw it.”

- Pengarah : John Chu

Hmm, boleh ke si Justin Bieber ni berlakon? Menari boleh la kot?

justin bieber never say never Justin Bieber : Never Say Never The Movie

Posted in Celebrity, Entertainment, MovieComments (0)

Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?


Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem  yang berasal dari Muar, Johor.

Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.

Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.

Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.

Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.

Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.

Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .

Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .

Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot   : http://www.namewee.blogspot.com/

NAMEWEE Wee Meng Chee malaysia gambar 768x1024 Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?

Posted in Celebrity, Malaysia, MusicComments (7)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com