Idea ‘Concept’ yang dipersembahkan oleh Proton, ‘Proton Pahlawan Series’, didatangkan dengan 5 Model Konsep iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu, dan Proton Kasturi.
Sepertimana yang anda boleh agak, nama-nama kenderaan konsep dari Proton tersebut mendapat inspirasi dari nama 5 Pahlawan bersaudara dari Hikayat Kisah Melayu.
Kesemua kenderaan konsep tersebut dibangunkan berasaskan model Proton yang terkini, dan terdapat juga model yang dibangunkan oleh Lotus dan Proton.
Senarai Kereta Konsep Proton dan platform kenderaan yang dikongsi :
Proton Tuah : Proton Persona (Proton Persona R / Replacement ?)
Proton Jebat : Proton Inspira (Mitsubishi Lancer)
Proton Lekir : Lotus Europa S
Proton Lekiu : Proton Exora
Proton Kasturi : Proton Saga
Meskipun kesemuanya dinyatakan sebagai kereta konsep, namun ada yang berpandangan bahawa model-model tersebut kelihatan seperti sudah bersedia untuk dihasilkan secara meluas.
Tahniah Proton! Pencapaian yang membanggakan pada penglibatan KLIMS kali ini!
Jom ramai-ramai ke KLIMS 2010 di PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep dari Proton ini!
Saksikan sedikit gambar-gambar setiap Model Kereta Konsep dari Proton ini.
Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.
Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.
Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.
Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.
Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.
Harga di Semenanjung Malaysia
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga di Sabah dan Sarawak
Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga di Langkawi (Bebas Cukai)
Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.
Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.
Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.
Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.
Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.
Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!
Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!
Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.
Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.
Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.
Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.
Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.
Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,
Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.
Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira!
Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini turut dikatakan akan diumumkan kepada masyarakat umum atau ‘soft launch’ pada 16 Oktober ini.
Berkenaan dengan harga Proton Inspira pula, ura-ura adalah seperti berikut :
Hmm, Nampaknya harga Proton Inspira ini kelihatan seperti agak mahal atau lebih premium berbanding model Proton yang lain selama ini,
Yang menarik, Proton Inspira baru ini turut akan diberi tambahan ekstra servis PERCUMA selama 2 tahun! PERCUMA termasuk upah kerja dan juga segala alat gantian!
Nantikan UPDATE gambar baru mengenai Proton Inspira ini!
Buat masa sekarang, berikut merupakan keratan iklan Proton Inspira yang tersebar luas.
Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.
Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.
Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.
Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Recent Comments