Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.
Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.
Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.
Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :
UAE – RM1.22 / L
Baharin – RM0.89 / L
Qatar – RM0.72 / L
Kuwait – RM0.69 / L
Libya – RM0.46 / L
Arab Saudi -RM0.39 / L
Iran -RM0.36 / L
Nigeria – RM0.33 / L
Turkmenistan – RM0.26 / L
Venezuela – RM0.16 / L
Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.
Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.
Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!
Maklumat yang diberi oleh seorang pelajar UTP ini agak kelakar apabila difikirkan, bayangkan hanya kerana sebuah perabot kayu pun boleh menjadi satu isu besar.
Dikatakan bahawa, kerusi dimana kebiasaannya Penjaga Keselamatan atau lebih gemar dipanggil Pak Guard selalu duduk ini hilang tanpa diketahui pagi ini.
Oleh kerana ini menyukarkan kerja Pak Guard, satu Notis amaran mengenai ‘pencuri’ kerusi itu telah dikeluarkan.
Notis tersebut berbunyi :
To All Students,
For those who accidentally taken a chair belonging to Security Department (Which had been placed at security post), kindly return it back or otherwise security department will inspect from room to room.
Disciplinary action will be taken to the student who found retaining the chair.
Habis la lepas ni pencuri kerusi tu kena Saman dengan Pak Guard UTP, baik pulangkan cepat.
Seorang pelajar UTP sampaikan kepada NK ayat ni, “Eh, Kerusi hilang sibuk pula diperhebohkan, cuba kalau Laptop hilang, Motorsikal hilang atau paling tidak pun Basikal hilang, mana ada satu pun pengumuman atau notis macam ni, apatah lagi kalau nak cuba cari bilik ke bilik. Kerusi hilang rajin pula Pak Guard ni nak cari bilik ke bilik.”
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Sebuah video yang menunjukkan sikap biadab pekerja Perodua Service Centre telah tersebar di Laman Facebook dan juga YouTube.
Video tersebut yang memaparkan pekerja bangsa cina tersebut bergaduh dengan pelanggan yang juga merupakan bangsa cina tersebut dikatakan telah mendapat perhatian di internet sejak awal minggu ini.
Dikatakan bahawa ianya berpunca apabila kenderaan milik pelanggan tersebut didapati rosak dan pekerja Perodua tersebut enggan untuk membantu pelanggan tersebut.
Berdasarkan apa yang dipaparkan pada video tersebut, pekerja tersebut kemudian bertindak kasar terhadap pelanggan tersebut, dimana pekerja tersebut telah mencekik pelanggan tersebut, dan juga memukul teman wanita pelanggan tersebut.
Saksikan video yang menjadi perhatian di YouTube tersebut,
Disebabkan kecewa dengan tindakan kasar yang diterima tersebut, pelanggan terbabit telah membuat laporan polis.
Click image to view larger
Jikalau ada yang sudi untuk tolong alih bahasa, silakan la ye.
Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok, 16 Julai 2010.
Usul mengenai kenaikan harga minyak Petrol ini baru sahaja diluluskan dalam kabinet pada hari ini. Bukan sahaja Minyak Petrol, malah harga gula akan meningkat 25 sen sekilogram dan harga diesel naik 5 sen seliter.
Ini menjadikan harga terkini Minyak Petrol Ron 95 kepada RM1.85 seliter. Manakala Harga bagi minyak Petrol Ron 97 pula masih dikekalkan buat masa ini.
Keputusan ini berdasarkan perbincangan terkini mengenai rasionalisasi pengsubsidian kerajaan.
Sumber : BHarian
Hmm, nampaknya malam ni penuh la Stesen Minyak orang nak Pam bagi minyak Ron 95 dengan harga lama RM1.80 seliter. Naik basikal je la pergi kerja nanti…
Dikatakan bahawa harga minyak petrol Ron 95 yang kini berada pada RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 15 sen menjadi RM 1.95 di antara Jun hingga Disember 2010. Dan harga minyak Petrol akan terus meningkat sepanjang 5 tahun yang akan datang bagi mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap subsidi. Ini bagi membolehkan kerajaan menyalurkan wang subsidi tersebut kepada fokus bidang luar yang lain.
Begitulah cadangan PEMANDU, sebuah badan yang bertindak sebagai penasihat utama kerajaan Malaysia mengenai isu subsidi Minyak.
Menurut laporan yang dicadangkan kepada Kerajaan lagi, mula Januari 2011, harga minyak Petrol akan terus meningkat sebanyak 10 sen bagi setiap tempoh 6 bulan. Berikut merupakan salinan dari laporan tersebut mengenai anggaran harga petrol dari tahun 2011 hingga 2015 :
RM 2.16 pada tahun 2011
RM 2.20 pada tahun 2012
RM 2.34 pada tahun 2013
RM 2.52 pada tahun 2014
RM 2.60 pada tahun 2015
Ini berdasarkan ramalan harga minyak dunia yang akan meningkat sepanjang tahun akan datang. Sumber
Berdasarkan cadangan dalam laporan PEMANDU tersebut, harga bagi setiap Pintu Tol utama juga akan dinaikkan, dikatakan pada tahun 2010 ini, ianya akan dinaikkan dengan kemungkinan dalam anggaran 10 ke 67 Peratus.
Wah, memang sudah dijangka yang harga petrol akan naik lagi. Tapi tak sangka pula harga Tol pun akan naik. Pendapat NK, Harga petrol memang sudah sampai masanya untuk dinaikkan secara perlahan-perlahan, tetapi perlu berlandaskan peningkatan ekonomi negara.
Sebabnya, rakyat perlu belajar untuk tidak bergantung kepada subsidi kerajaan lagi. Dan bagi NK, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada wujudnya alternatif bagi penjimatan, contohnya kenderaan elektrik malah juga sistem pengangkutan awam. Dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan memperbaikkan sistem pengangkutan awam sebelum bertindak menaikkan harga minyak.
Mungkin ini yang dikatakan dengan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” ?.
Tapi jangan risau, rancangan ini masih belum diluluskan kerajaan, dan kerajaan akan mengambil pendapat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Yang Penting, Hapuskan Korupsi.
Recent Comments