Tag Archive | "Lelaki"

Kehebatan kosmetik, Lelaki = Gadis Comel


Apa agaknya yang berlaku kalau lelaki pun pandai pakai alat kosmetik? Kalau anda minat gadis comel yang bermekap, anda wajib tengok entri ini!

Comel tak gadis dibawah ni?

gadis comel pondan Kehebatan kosmetik, Lelaki = Gadis Comel

Sangat comel bukan? Nak tahu apa rahsia sebenar gadis comel ni? Klik pada ‘Spoiler’ dibawah ni :

Spoiler SelectShow

Gila hebat! Dan menakutkan!! Siapa sangka kalau lelaki pakai mekap pun boleh berubah menjadi perempuan! Kalau macam ni, lelaki tulen pun boleh tertipu!

Pondan rupanya!!

Nak tengok lebih banyak lagi kehebatan mekap? Boleh lihat disini : Rahsia wanita bermekap tebal.

Posted in China, RandomComments (0)

Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?


Bintang filem dewasa terkenal Jepun, Maria Ozawa (Miyabi) dikatakan, mungkin akan turun ke Malaysia buat pertama kalinya tak lama lagi, betul ke? Jom tengok ni!

maria ozawa malaysia Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

Pertama kali juga Maria Ozawa menyebut nama Malaysia ni,

Benar atau palsu, ramai yang sudah menyebut kononnya memang ada dalam perancangan pelakon filem dewasa untuk hadir ke Malaysia.

Kalau ke Indonesia sudah, siap berlakon dalam filem disana lagi. Mungkin di Malaysia nanti akan berlakon dalam filem baru keluaran Dr. Rozmey pula? Mana lah tau, sebut-sebut je kan….

Macam mana? Nak ke Maria Ozawa ni datang ke Malaysia? icon razz Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

p/s : bahasa kasarnya, Maria Ozawa ni ‘Pornstar’ terkenal rupanya, amboi, habis la kalau dia ke Malaysia, lelaki hidung belang yang gatal semua naik bulu kaki,

Sumber : kiriman peminat tegar OzawaZone

 

Posted in Japan, RandomComments (0)

Lagi kes lelaki melayu kahwin gay, di Greece pula


Selepas kes Melayu Kahwin Gay Ariff Alfian sebelum ini terbongkar, makin banyak pula kes melayu kahwin gay yang terdahulu terbongkar, mana tau, ada juga berlaku di Greece.

Cuba lihat gambar pasangan di bawah ini, dipercayai satu gambar yang sempat dirakam ketika pasangan gay melayu dan mat saleh (Greek?) berkahwin di Greece.

melayu gay greece Lagi kes lelaki melayu kahwin gay, di Greece pula

Menurut sumber, gambar ini sebenarnya telah lama, dan perkahwinan gay ini sudah lama berlaku sebelum dari kes melayu kahwin gay Ariff Alfian lagi.

Mungkin lepas ni lebih banyak lagi kes Lelaki Melayu Kahwin Gay yang berlaku di luar negara akan terbongkar, sebelum ini ianya dipandang cuma sebelah mata.

Benar atau tidak, palsu atau fakta, masih lagi menjadi persoalan, tapi berdasarkan gambar diatas, kelihatan seperti amat asli sekali.

p/s : agak-agak bagaimana pula dengan lesbian yang lari berkahwin di Singapura? bakal terbongkar tak? Mungkin tidak, jika lesbian itu tiada kaitan dengan pinjaman pendidikan PETRONAS.

Posted in Malaysia, News, WorldComments (1)

Gadis hina keluar dating dengan motor


Ni lagi satu kes memalukan, hina sangatkah lelaki yang pakai motor ajak dating? Apa jenis perempuan yang Materialistik melampau ni? Naik motor tak ada ‘Standard?‘.

Amboi bukan main lagi anak gadis seorang ni, beri komen mengalahkan artis terkenal atau supermodel paling hangat di muka bumi ni. Kalau tak nak dating dengan penunggang motor tu tak apa, tapi kalau sampai hina orang pakai motor itu melampau!

Cuba baca kenyataan dari keratan akhbar dibawah ni,

awek hina dating dengan motor Gadis hina keluar dating dengan motor

Adik ni baru umur 17 tahun, belajar pun belum habis lagi, dah sibuk fikir pasal dating-dating ni.

Memang betul, faham sangat-sangat kalau taknak keluar dating dengan penunggang motorsikal je. Mana la tahu ada pengalaman buruk dengan motorsikal sampai trauma ke kan, pernah kemalangan ke, gayat ke.

Atau mungkin rasa keluar dating dengan penunggang motorsikal ni nanti takut dituduh minah rempit pula ke, atau terpaksa belanja duit makan ke. Mungkin!

Tapi tak perlu lah sampai hina penunggang motorsikal sampai cakap tak ada standard.

Bukan apa, mana lah tahu dia tu cuma menguji anda je ke, nak tahu anda ni jenis macam mana. Materialistik ke, Spastik ke, Plastik ke,

Mungkin dia tidak tahu, ada lelaki yang cuma menunggang motorsikal kerana mahu simpan wang lebih untuk masa hadapan, dan tidak perlu berhutang.

Apa-apa pun, semoga hidup pelajar ni bahagia, semoga akhirnya dapat ketemui lelaki yang cukup tinggi standard sama dengan standard dirinya juga.

Posted in RandomComments (0)

Apa yang pertama perempuan akan lihat pada lelaki


Nak tahu rahsia paling penting bagi orang perempuan? Rahsia apa yang pertama sekali akan menjadi fokus perhatian pandangan perempuan jika bertemu dengan lelaki!

Biasa la lelaki kacak kan, mesti la orang perempuan akan tertarik betul tak? Tapi kan, jom kita tengok video kajian menarik yang menunjukkan apa yang orang perempuan akan tengok pada lelaki.

what girls look at Apa yang pertama perempuan akan lihat pada lelaki

Terdapat 4 kamera diletakkan di bahagian badan lelaki yang kacak dan tegap sebagai ujikaji, dan kemudiannya lelaki ini akan berjalan dan konon-kononnya bertanya kepada mana-mana gadis cantik yang ditemui.

4 kamera diletakkan di bahagian mata, lengan tangan, pinggul dan juga kangkang lelaki itu. Dan setiap wanita akan memberikan pandangan yang berlainan kepada bahagian berlainan.

Menariknya, ramai perempuannya yang memberi lebih perhatian dan tumpuan pada bahagian kangkang! Pandang apa la agaknya tu ya?

Jom saksikan video ni! What Girls Look At when first meet A Guy

Ada perempuan diluar sana yang nak nafikan? icon razz Apa yang pertama perempuan akan lihat pada lelaki

Posted in RandomComments (0)

Masalah pelik lelaki bernafsu dengan gadis purdah


Macam-macam sekarang ni, kalau dah lelaki, sampai perempuan berpurdah tutup litup pun boleh bernafsu juga. Amaran : ini bukan entri lucah!

Ini sebenarnya entri pesanan semata-mata. Kadang-kadang ni, orang lain-lain citarasanya. Nak cerita pasal kes mesej di Facebook di bawah ni, cuba tengok dulu,

bernafsu purdah Masalah pelik lelaki bernafsu dengan gadis purdah

Ada la seorang manusia ni, yang cuba luahkan masalah yang dihadapi kepada seorang Ustaz terkenal di Facebook, Ustaz Azhar Idrus namanya.

Ini apa yang cuba diluahkan,

ustaz.. kalo org puang tu paka purdoh do pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz? nampok ye makin cantik jelita bila berpurdoh berbanding mase ye berpakaian biase.. sapa kelu lidoh nok ucap subhanallah ke astaghfirullah

Alih bahasa : Ustaz, kalau orang perempuan tu berpurdah labuh lengkap, tapi saya jadu syok tengok lama-lama macam mana ustaz? nampak makin cantik bila berpurdah berbanding ketika berpakaian biasa. Sampai terkelu nak ucap Subhanallah atau Astaghfirullah

Lepas tu, nasib baik penulis asal tulis ianya cuma situasi yang direka, dan cuma mengharapkan nasihat Ustaz Azhar bagaimana kalau menghadapi situasi ini.

Jawab Ustaz Azhar sangat mudah, katanya, “Bila dah berpurdah, kita masih lagi suka, tu bukan salah yang berpurdah, tapi salah kita yang tengok dengan nafsu”.

Agak-agak, situasi sebegini wujud tak sebenarnya? Pelik la macam ni, wanita berpurdah untuk berlindung dari pandangan nafsu lelaki, tetapi ada pula lelaki yang bernafsu lain dari yang lain? Agaknya pakai purdah ni seksi bagi dia kot?

Posted in IslamicComments (0)

Lelaki tua di China tumbuh tanduk


Ingat lagi dulu kisah mengenai nenek tua di China tumbuh tanduk? Kali ni seorang datuk pula tumbuh tanduk, tapi di bahagian belakang kepala! Dahsyat!

Huang Yuanfan, 40 tahun, berasal dari daerah Ziyuan selatan China, mempunyai tanduk berukuran 3 inci setakat ini, dan ianya semakin memanjang!

Beliau sedar akan wujudnya penumbuhan tanduk tersebut sejak dua tahun lepas, dan ianya sehingga kini masih belum berhenti untuk memanjang. Doktor berkata bahawa tidak pasti apa yang menyebabkan penumbuhan tanduk tersebut, dan jikalau mereka cuba membuangnya, ianya akan tumbuh semula.

datuk china tumbuh tanduk Lelaki tua di China tumbuh tanduk

Adakah ini berpunca dari masyarakat di China yang sering mencipta produk makanan tiruan dan palsu?

Sampaikan Beras, Telur, Pau segalanya dipalsukan! Macam mana tak tumbuh tanduk, betul tak?

Macam-macam China ni, tak lama lagi agak-agaknya semua orang di sana pun tumbuh tanduk.

Posted in LOL, Random, WeirdComments (0)

(18SX) Lelaki makan anai-anai untuk kuatkan seks


Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang kawalan serangga mendakwa bahawa mengamalkan makan serangga ratu anai-anai mampu merangsangkan aktiviti seks.

Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun, berkata, beliau telah mengamalkan pemakanan ratu anai-anai selama 7 tahun. Cara untuk makan ratu anai-anai ini adalah paling berkesan dalam lingkungan 15 minit sebelum memulakan aktiviti seks.

Kata beliau, memakan ratu anai-anai mempunyai kesan seperti memakan Viagra.

Beliau turut mendakwa bahawa beliau turut menjual serangga tersebut bagi mereka yang berminat. Harganya bernilai diantara RM2,500 sehingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan warna ratu anai-anai tersebut. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika beliau menjual 3 ekor ratu anai-anai dengan jumlah RM7,000!

ratu anai anai (18SX) Lelaki makan anai anai untuk kuatkan seks

Namun demikian, Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Ismail Thamby, berkata kenyataan Abdul Rahim cuma merupakan rekaan dongeng semata-mata. Tiada bukti saintifik sebenar untuk mengesahkan kenyataan ini.

Dr Ismail berkata bahawa segalanya cuma efek psikologi pemakannya yang memikirkan bahawa perbuatan tersebut boleh berkesan.

Macam-macam….

Posted in Health, Malaysia, NewsComments (1)

Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3


17 April yang lalu, sebuah rumah di Subang Jaya USJ 3/3 telah dirompak dan dikira sebagai kes pecah rumah, melibatkan 4 orang lelaki berbangsa india yang memakai topeng.

Berikut merupakan kenyataan yang ditulis mengenai tragedi yang berlaku ini :

My friend’s house was broken into last night (17/4/11) at around 10.20 pm in the USJ 3/3 area. 4 Indian guys dressed totally in black and wearing masks and gloves scaled her wall and prised up her inner grille gate (pls see attached photo). Shocking!

She and her husband were upstairs while her 12 yr old son and maid were downstairs. Her son heard the sound of the robbers breaking in and ran upstairs but the robbers were so fast. One held a parang to my friend’s neck while another held a sword to her husband’s neck. Fortunately, after taking their jewellery, money, laptop and handphones, they left. No one was injured.

Please be on the alert.

grill pecah rumah Gambar kes rompakan pecah rumah di Subang Jaya USJ 3

Bahaya betul, pintu pagar dah kunci pun boleh dibuka sampai bengkok-bengkok. Mungkin besi pagar tu besi pagar murahan? Made in China? Atau kerana besi pagar tersebut jenis besi kosong yang sememangnya mudah untuk dilenturkan?

Apa-apa pun, sila berjaga-jaga dan amalkan keselamatan yang lebih unutk diri anda dan keluarga. Nasib baik ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?


David Beckham tempohari membuat penampilan istimewa di sebuah rancangan televisyen, Jimmy Kimmel Live! dan bercerita mengenai bakal anak perempuan beliau.

David Beckham kemudiannya ditanya mengenai perasaan beliau dan Victoria Beckham ketika mendapat tahu berita mengenai bakal jantina anak keempat mereka itu.

Pada mulanya, pasangan selebriti itu mendapat tahu bahawa kandungan Victoria tersebut berjantina lelaki, disebabkan itu Victoria pun berseloroh dengan berkata, ‘Ahh, another penis in the house’.

david beckham victoria beckham daughter Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?

Setelah membuat pemeriksaan kali kedua dan ketiga, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa anak kandungan Victoria sebenarnya merupakan anak perempuan.

Beckham kemudiannya bertanya pendapat kepada anak-anak beliau, apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada bakal adik mereka ini?

Ketika pemeriksaan pertama dimana doktor berkata bahawa kandungan Victoria merupakan lelaki, anak beliau mencadangkan nama Justin Bieber. Dan kini apabila doktor mengesahkan ianya adalah anak perempuan, anak beliau mencadangkan Justine Bieber. Anak-anak lelaki David Beckham sememangnya peminat Justin Bieber sejati. “The True Belieber”. icon razz Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?

Apa-apa pun, jom tengok video YouTube slot rancangan Jimmy Kimmel Live! dengan penampilan khas David Beckham.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com