Tag Archive | "Lembu"

Gambar Sultan Kelantan sembelih lembu korban


Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut meriah. Lembu dijadikan korban sebagai ibadah, dan ini pula gambaran di Kelantan dimana Sultan Kelantan sendiri sembelih lembu korban.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sendiri menyembelih salah seekor dari 40 lembu yang dikorbankan dalam program korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan di Kompleks Agama Panji, Kelantan.

sultan kelantan sembelih lembu 1 Gambar Sultan Kelantan sembelih lembu korbansultan kelantan sembelih lembu 2 Gambar Sultan Kelantan sembelih lembu korbansultan kelantan sembelih lembu 3 Gambar Sultan Kelantan sembelih lembu korban

Menarik bukan? Bukan senang untuk Sultan turun sendiri dan berjumpa dengan rakyat, apatah lagi kalau yang sanggup turun bersama untuk menyembelih lembu. Membuktikan betapa Sultan Kelantan amat menghormati rakyatnya, dan begitu juga rakyat yang sayangkan Sultannya.

Mungkin agak pelik, tapi inilah kenyataannya bagi Sultan Kelantan.

Kredit Gambar : Topeng Perak

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?


Nampaknya selepas beberapa kes mengenai pemalsuan makanan oleh China, kini timbul pula kes terbaru dimana China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

Teknik hasilkan daging babi berperisa daging lembu ini adalah dengan menggunakan bahan kimia yang dikatakan sebagai ‘ekstrak’ perisa daging lembu!.

Jom tengok bagaimana DAGING HARAM ni dihasilkan :

ekstrak daging babi china China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

1 : Gunakan ekstrak perisa daging untuk tukarkan rasa babi kepada daging lembu

glazing agent daging babi china China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

2 : Bahan kimia untuk hilangkan rasa daging babi. Sepeket ni mampu digunakan untuk 50kg daging babi

marinate dengan perisa lembu China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

3 : Gaulkan dengan ekstrak perisa daging lembu

perbandingan daging babi dan daging lembu palsu China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

4 : Perbandingan daging lembu palsu dan daging babi asal

daging babi dan daging lembu selepas 2 jam masak China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

5 : Perbandingan daging babi dan daging lembu palsu selepas 2 jam dimasak

bahan ingredient membuat daging lembu palsu China hasilkan daging halal palsu guna DAGING BABI?

6 : Bahan-bahan untuk menghasilkan daging lembu palsu dari daging babi

Macam-macam sekarang ni, benda yang haram pun dah berani cuba di-halalkan. Bayangkan kalau produk penghasilan daging lembu palsu ini sampai ke Malaysia, berapa ramai pula yang akan termakan daging babi yang sememangnya haram ni?

Proses peng-halal-an daging babi ini dikatakan mengambil masa 90 minit dan dari segi kos, ianya lebih murah berbanding membeli daging lembu asli. Mungkin ini kerana di China, penternakan babi adalah lebih besar berbanding daging domestik lain seperti Lembu.

Apa-apa pun, diharap pihak berkuasa tempatan akan berjaga-jaga dan tidak mengambil leka isu ini. Sedangkan beras palsu dan telur palsu pun dah sampai ke Malaysia, daging babi ni tunggu masa je lagi.

Posted in Food, News, WorldComments (4)

McDonald’s Beef Prosperity Burger kembali lagi!


Nampaknya McDonald’s bawakan lagi Prosperity Burger yang sudah pasti terkenal apabila menjelang Tahun Baru Cina! (Chinese New Year)

Siapa pun tak boleh lupa dengan kepingan daging lembu burger yang disaluti dengan sos lada hitam istimewa, dengan tambahan bawang yang segar dan kepingan roti burger yang enak!

McDonald’s Prosperity Burger sudah mula dijual di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia bermula 7 Disember 2010 (Hari ini).

Harga tak pasti, tapi dapatkan selagi masih ada stok dan masih dijual~

prosperity burger mcdonalds McDonalds Beef Prosperity Burger kembali lagi!

Posted in FoodComments (4)

Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger


Wow, Menu hidangan terbaru dari Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger!

Burger terbaru dari Burger King ini didatangkan dengan burger daging lembu asli 100% dibakar, ditambah dengan kepingan keju asli dari Amerika, dicelup dengan sos steak pekat istimewa, bawang istimewa, mayonis, kepingan tomato segar, sayur bayam dan roti sandwich dengan bijiran jagung!

Ianya dijual dengan harga RM15.90 untuk set regular, dilengkapi air bikarbonat dan french fries saiz regular. Dan untuk set burger sahaja, ia cuma berharga RM12.50.

Yang menarik, bagi sesiapa yang memilih set regular, anda juga berpeluang untuk dapatkan free upgrade tanpa sebarang bayaran bertukar ke set Large!, apa motif sebenar ye? kenapa tak bagi je terus set Large? Psikologi kot ni,

Burger King turut ada menganjurkan peraduan khas sempena Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger ini, rujuk pada laman Facebook rasmi Burger King.

Apa-apa pun, jangan ketinggalan!

burger king steakhouse burger Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burgerangus steakhouse premium beef Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger

Posted in FoodComments (5)

Bapak kecik lembu ni!!!


Seekor lembu betina berwarna hitam telah dicatatkan sebagai Lembu paling kecil di dunia!

Lembu hitam yang diberi nama Swallow ini hanya mempunyai ketinggian setinggi 0.8m (33 inci) dari kaki ke kepala yang mencatatkan ia sebagai Lembu paling kecil di dunia dalam Guinness World Records 2011.

Pemilik lembu tersebut, Caroline Ryder berkata, Swallow umpama seorang selebriti di ladang ternakannya. Swallow kelihatan sangat unik dan berbeza berbanding lembu-lembu yang lain.

Sebelum ni, NK pernah juga kongsi mengenai wujudnya Kuda yang paling kecil di dunia.

Jadi kepada semua pemilik haiwan ternakan, kalau ada haiwan ternakan anda yang agak unik, jangan rasa sedih, anda dapat tumpang populariti haiwan ternakan tersebut apabila nama anda disebut sebagai pemilik haiwan ternakan yang unik!. icon razz Bapak kecik lembu ni!!!

Jom mulakan misi mencari haiwan-haiwan unik~

lembu paling kecik dunia Bapak kecik lembu ni!!!

Posted in LOL, Weird, WorldComments (2)

Lembu berkepala dua lahir di Serbia


Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.

Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.

Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.

Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.

two headed cow in serbia Lembu berkepala dua lahir di Serbialembu kepala dua Lembu berkepala dua lahir di Serbia

Posted in LOL, Weird, WorldComments (8)

Lembu berkaki enam!!


Lembu 4 kaki kan? dan kali ni terjumpa pula dengan lembu 6 kaki! terkejut tak korang? Anak lembu berkaki 6 ini telah dijumpai di Daerah Guandong, China.

2 kaki lebihan yang tumbuh ini bukan lah tumbuh seperti kaki-kaki yang lain, tetapi ianya tumbuh di atas belakang anak lembu tersebut, maka kalau ada yang nak kata lembu ni akan lari lebih laju dari kuda, itu adalah tidak betul la ye, sebab kaki tu tak boleh digunakan pun.

Tapi sedih jugak la bila tengok gambar lembu ni, bukan sediih sebab kaki dia, cuma sedih dengan keadaan sekeliling lembu tu. Tengokla, dah kalau hidup membesar cari makan pun dekat kawasan sampah, memang tak pelik la lepas ni kalau kaki tu tumbuh jadi 12 pula. Ish3, mana la tuan punya lembu ni, tak jaga ke…

article 1268654481498 08B92BEB000005DC 952136 636x473 Lembu berkaki enam!!

Tom Phillips

Six-legged cow born in China

A farmer in China was surprised by a newborn calf – when it turned out to have an extra two legs and a second tail growing out of its back.

The calf was born on March 7 in Leizhou, in Guangdong Province in the south of China.

It has two short legs – complete with hooves – and a tail growing out of the centre of its back. The calf doesn’t seem to be particularly disadvantaged by its extra legs – it now stands 45cm tall and weighs 15kg.

The calf’s owner, a farmer from Fujiayuan village in Leizhou, says he plans to keep the calf until he can find a buyer for it.

Previous animals with an unusual number of limbs covered by Metro include a five legged piglet from China, a seven-legged lamb from New Zealand, a six-legged cow from Colombia, a seven-legged intersex deer from Wisconsin, and a piglet born in Croatia with six legs, two penises and two anuses who was nicknamed ‘Octopig’.

Source : http://www.metro.co.uk/weird/817481-six-legged-cow-born-in-china

Posted in LOL, PictureComments (2)








Partly powered by CleverPlugins.com