Mungkin anda sedang tertanya-tanya, macam mana nak tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online? Mudah sahaja. Ada 3 cara.
Cara Pertama, kalau anda masih ingat, dahulu NK pernah ceritakan bagaimana untuk tonton perlawanan Piala Thomas secara live dan online yang ditayangkan di TV1. Cara pertama ialah menggunakan teknik yang sama iaitu tonton menggunakan software yang boleh di-muatturun secara percuma, ‘Readon TV Movie Radio Player‘.
Cara Kedua, tonton TV secara online melalui Tonton.com.my. Apa tu Tonton.com.my? Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk pada entri NK mengenai Tonton.com.my sebelum ini.
Cara terakhir, dan cara Ketiga yang rasanya telah ramai yang tahu. Tonton secara langsung (Live) dan online melalui laman rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang disediakan oleh TV3, http://live.tv3.com.my/abpbh/default.aspx.
Apa-apa pun, kalau anda sememangnya peminat tegar industri hiburan tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di TV3, bermula jam 9.00 Malam.
Anda peminat Justin Bieber? Anda tidak cukup BieberFever kalau anda belum dapat menewaskan peminat Justin Bieber yang lain ni.
Jessica Mazon dari Santa Carina, Brazil. Buat Tattoo ukiran sendiri pada tangan beliau untuk Justin Bieber
Menurut apa yang tertulis pada Blog beliau,
My name Jessica Mazon, 15 from Santa Catarina. I am somewhat complicated and somewhat confusing. I’m sincere too, have many quirks, my love of music is indescribable. I always want to get what I want and dream high, love to write about everything, especially feelings. I like using all-star and jeans. I do not like clothes too much. Sometimes I like to stay at home watching film, sometimes I like to hang out with my friends. One of my dreams is to go Paris. I do not like people shoved?, nobody is better than anyone. I’m passionate about children, dogs and shot?. I tell myself. I do not like guys who do everything to show off, I believe everyone has something special inside, waiting to fit into someone else.
I think love is the foundation of everything that can transform people and change the world. I’m shy, but outrageous. I am confident, discreet and indiscreet. I need friends around me, sometimes I feel lonely even when surrounded by people. I often keep my feelings just for me, I hide the tears drop. I Love teddy bears in particular “Fufi” (my bear), high heels, food and dancing wildly, scream, jump and do whatever I want. I want to go further back, love to travel, I love perfumes, and voices calms me.
And finally I can say that the most important person to me in the world is, yes it’s Justin Bieber, my greatest inspiration, which makes me believe, my biggest dream, my fantasy, the one guy can make me lose reason, make my heart race, make me able to have the courage to face everything in life .. Yes he is not the average boy but I love him, And he is so much more than that.
When the PAIN inside is too BIG, we need to make it better in any way..
That’s me, full of defects and failures.
Emah Hira Matiu dan Beki Diamon, dari New Zealand. Curi topi ungu Justin Bieber sebagai ugutan terhadap Justin Bieber.
Tapi akhirnya pulangkan topi tersebut selepas meminta Justin Bieber untuk memeluk setiap sorang dari mereka dan mengambil gambar bersama.
Louise, seorang Ibu sanggup dapatkan tatu “Tramp Stamp” untuk dapatkan Tiket Konsert Justin Bieber.
Ini semua kerana kempen Y100 FM “Tatts For Tickets” sorang radio DJ dari Miami.
Ibu tersebut dikendaki mendapatkan Tatu dengan muka DJ Radio tersebut, “Mack At Nite”, untuk dapatkan dua tiket dan memberi peluang anak perempuanya untuk menonton konsert Justin Bieber secara Live!.
Mick Follers dari Condell Park, Australia.
Sanggup bayar lebih 440$ AUD untuk dapatkan nombor plet kereta dengan perkataan “BIEBER”.
Beliau menyatakan beliau merupakan peminat No.1 Justin Bieber. Kemudian beliau berkata bahawa mungkin mampu untuk dapatkan lebih wang dengan menjual nombor plet tersebut kepada sesiapa yang berminat.
Peminat Justin Bieber dari New Zealand.
Seorang peminat sanggup membeli botol air minuman bekas buangan dari Justin Bieber, yang dilelong dengan harga 683$!. Pembeli tersebut tidak diketahui namanya.
Yang menarik, duit hasil lelongan tersebut, menurut penjualnya akan didermakan kepada persatuan amal kanser, “Canteen”
Jadi, cukup gilakah anda sebagai peminat Justin Bieber??
Nantikan ketibaan Justin Bieber di Malaysia, mana tahu anda pula yang gila, “BieberFever”!
Pelik kan? Antara 50 wanita paling terkenal di internet, Justin Bieber diletakkan sebagai kedudukan ke-7? Betul ke ni? Pelik tapi benar.
Dalam senarai 10 teratas bagi senarai 50 wanita paling terkenal di internet, Justin Bieber menewaskan selebriti terkenal lain seperti Avril Lavigne, Paris Hilton dan Miley Cyrus untuk memperoleh tempat ke-7!
Dan semua ini berdasarkan statistik yang diberikan oleh google.
Senarai penuh TOP 50 Most Popular Women On The Web
50. Eva Longoria – 7,460,000
49. Scarlett Johansson – 7,600,000
48. Carmen Electra – 7,620,000
47. Tina Fey – 7,910,000
46. Adriana Lima – 7,930,000
45. Lily Allen – 9,200,000
44. Sarah Jessica Parker – 9,470,000
43. Kelly Clarkson – 9,690,000
42. Carrie Underwood – 9,740,000
41. Amy Winehouse – 10,000,000
40. Vanessa Hudgens – 10,100,000
39. Katie Price – 10,200,000
38. Ashley Tisdale – 10,700,000
37. Hilary Duff – 11,700,000
36. Marilyn Monroe – 11,800,000
35. Heidi Montag – 12,200,000
34. Demi Moore – 12,700,000
33. Jennifer Aniston – 13,300,000
32. Hillary Clinton – 13,800,000
31. Ciara – 14,300,000
30. Kristen Stewart – 14,400,000
29. Betty White – 14,500,000
28. Pamela Anderson 15,200,000
27. Fergie – 15,600,000
26. Jessica Alba – 16,400,000
25. Christina Aguilera – 16,900,000
24. Sandra Bullock – 18,400,000
23. Kim Kardashian – 19,700,000
22. Katy Perry – 19,900,000
21. Michelle Obama – 19,100,000
20. Lindsay Lohan – 20,100,000
19. Jessica Simpson – 20,900,000
18. Sarah Palin – 21,000,000
17. Mariah Carey – 22,200,000
16. Jennifer Lopez – 24,200,000
15. Megan Fox – 24,200,000
14. Oprah – 24,300,000
13. Angelina Jolie – 28,500,000
12. Taylor Swift – 28,600,000
11. Shakira – 28,700,000
10. Avril Lavigne – 28,900,000
9. Paris Hilton – 33,200,000
8. Miley Cyrus – 34,100,000
7. Justin Bieber – 34,200,000
6. Britney Spears – 46,600,000
5. Rihanna – 53,900,000
4. Beyonce – 55,200,000
3. Madonna – 61,300,00
2. Ke$ha – 76,100,000
1. Lady GaGa – 85,900,000
Justin Bieber LIVE in KL??! Wah, Habis la semua gadis-gadis di Malaysia ni bukan main lagi bersorak apabila idola kegilaan ramai ni datang pula ke Malaysia!
Hebat sungguh Tune Talk, sebelum ini mereka berjaya bawakan Paramore ke Kuala Lumpur, dan kini Justin Bieber pula!
Menurut apa yang diwar-warkan, Konsert Justin Bieber Live in KL ini akan diadakan pada 21 April 2011, namun tapak lokasi konsert masih belum dinyatakan dengan jelas, dan boleh diagak kemungkinan tempat yang sama dengan konsert Paramore, Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan.
Harga tiket pun belum lagi diumumkan, masih menjadi rahsia. Tetapi, bertuah bagi semua pelanggan Tune Talk anda sudah boleh dapatkan tiket anda seawal 15 Januari 2011 ini di Bangsar Village 2!
Datuk Lee Chong Wei baru sahaja tadi ditewaskan oleh pesaing, musuh ketat beliau dari China, Lin Dan dalam Final Badminton Sukan Asia 2010.
Lin Dan yang beraksi sebagai tuan rumah nampaknya begitu kental dan teguh dalam permainan membuatkan Lee Chong Wei akhirnya tersungkur kekalahan.
Sememangnya kualiti perlawanan yang amat menarik ditunjukkan kedua-dua pemain,
Diibaratkan, bertemu buku dan ruas.
Keputusan Final Badminton perseorangan Lelaki Sukan Asia
1ST
2ND
3RD
LCW (Malaysia)
13
21
10
LD (China)
21
15
21
Pusingan pertama menyaksikan banyak kesilapan dari Datuk Lee Chong Wei, dan setiap kesilapan itu dihukum oleh Lin Dan dengan bertalu-talu. Nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei apabila beberapa kesilapan Lin Dan gagal dimanfaatkan Lee Chong Wei.
Pusingan kedua, Datuk Lee Chong Wei beraksi cemerlang sejak perlawanan bermula, dan terus-menerus menyerang Lin Dan, dan berpuas hati dengan keputusan pusingan kedua.
Pusingan ketiga, pusingan penentuan agak mengecewakan bagi Malaysia, Datuk ketinggalan jauh 9-1 sebelum bersusah payah untuk mengejar. Akhirnya Lin Dan menguasai seluruh perlawanan dan Lee Chong Wei tewas.
Dan akhirnya Datuk Lee Chong Wei perlu berpuas hati sekadar memenangi pingat /perak perlawanan, Lin Dan dengan pingat Emas.
Namun yang menjadi perbualan ialah, perbualan juru komen perlawanan sepanjang perlawanan tersebut ditayangkan secara langsung di TV2.
Juru Komen tersebut kerap kali tersalah sebutan, malah seumpama tidak sedar dan terus berulangkali tersalah sebutan.
Antaranya, “Datuk Lin Dan”, “Wong Chong Wei”, Siapa tu?
Macam-macam dunia. Apa-apa pun, Tahniah Lin Dan!, Tahniah juga Datuk Lee Chong Wei!
Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!
Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.
Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.
Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!
Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??
“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”
- Adam Lambert
Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~
Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.
Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.
Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.
Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.
Dengan jaringan cantik dari Iniesta pada masa tambahan minit ke 116, terus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini. Ini merupakan kekalahan buat kali ketiga Netherlands di Perlawanan Akhir World Cup.
Bagi yang masih memikirkan apa yang tertulis pada baju Iniesta tersebut, ianya ialah “DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS” membawa maksud, “Dani Jarque sentiasa bersama kami”, dedikasi khas seluruh pasukan Spain kepada bekas Kapten Spain, Dani Jarque.
Spain, sebuah pasukan yang buat pertama kali tiba ke perlawanan akhir Piala Dunia, turut menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya, merupakan negara kedua yang berjaya menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia berturut-turut selepas Jerman.
Perlawanan akhir kali ini yang turut dikatakan perlawanan paling kontroversi, merupakan perlawanan akhir yang mempunyai paling banyak kad dilayangkan. Sebanyak 14 kad dilayangkan pengadil Howard Webb.
Man of the Match bagi perlawanan akhir kali ini, semestinya Andres Iniesta, penjaring gol kemenangan Spain. Namun bagi NK, Iker Casillas adalah lebih layak.
Netherlands sememangnya cukup hebat kerana berjaya menampan banyak cubaan menarik dari pemain-pemain Spain, contohnya cubaan menarik Fabregas pada masa tambahan.
Kelemahan Netherlands dapat dilihat pada jentera serangannya yang diterajui oleh Robin Van Persie yang sememangnya dapat dilihat sepanjang FIFA World Cup ini sebagai kurang menyerlah.
Kita tunggu dan lihat berjayakah Spain mempertahankan kejuaraaan mereka di EURO 2012 di Poland-Ukraine.
Jumpa anda lagi di World Cup 2014 di Rio de Janeiro, Brazil.
Bunyi yang terhasil dari penggunaan Vuvuzela difatwa haram di DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ini kerana ia dikatakan menghasilkan bunyi yang terlalu menyakitkan telinga orang ramai.
Vuvuzela turut diharamkan di Dubai oleh kerana bunyi Vuvuzela yang melebihi 100 decibels – iaiu lebih kurang bunyi sebuah kereta api yang bergerak! Dan Bunyi Vuvuzela pula dikatakan menghasilkan sebanyak 127 Decibels!
Sebuah suratkhabar nasional di Abu Dhabi mengesahkan berita pengeluaran fatwa tersebut setelah Jabatan Agama disana mendapati banyak Vuvuzela yang di import masuk ke Ibu Negara itu sepanjang demam FIFA World Cup 2010. Adalah dikhuatiri ianya akan digunakan ketika perlawanan bola sepak tempatan di sana.
Vuvuzela diharamkan atas fakta bahawa ianya mampu merosakkan pendengaran manusia, dan segala yang memudaratkan adalah haram.
World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar. Jom join nak?
Akan ada cabutan bertuah bagi semua pengunjung yang datang, cuma datang duduk, lihat, dan nikmati kemeriahan menonton perlawanan akhir Piala Dunia, Netherlands menentang Spain!
Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah iPod Touch, Kamera Digital, PSP, Telefon Bimbit, Jersi Bla, MP3 Players, dan lain-lain! Malah anda mungkin berpeluang membawa pulang sebuah Kereta Lotus Elise!
Masuk adalah PERCUMA, namun untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja ye. Semakan Kad Pengenalan akan diadakan di pintu masuk.
Sambil-sambil tu, jom undi pasukan mana yang akan menang Piala Dunia FIFA tahun ini! Netherlands atau Spain! UNDI DI SINI
Kalau anda ada Vuvuzela, jangan lupa bawa VUVUZELA anda ye!
Recent Comments