Tag Archive | "LOL"
Posted on 25 July 2010. Tags: Ancient, Arrow, Blog, Game, Handphone, Hold, Internet, LOL, Main, Menarik, Nokia, Porn, Rahsia, Rahsia Youtube, Secret, Snake, Telefon, Video, Video Game, Video Games, Vuvuzela, YouPorn, Youtube, YouTube Secret
Anda pernah main game Snake? Ala game yang biasa datang dengan semua Handphone Nokia sejak dari dulu lagi, game snake dalam Telefon Bimbit seperti 3210, 3310, macam tu la.

Game snake ni boleh dikatakan sebagai antara game-game yang menjadi peneraju kepada game-game sekarang yang teramat la canggih manggih.
Kalau dulu NK pernah cerita tentang Layan Vuvuzela sambil layan Youtube, kali ni NK nak kongsi lagi tentang rahsia YouTube!
Sebenarnya, sambil-sambil anda tunggu buffer dari YouTube nak habis loading, anda boleh main game Snake!
Contoh macam gambar kat bawah ni,

Nampak kan ada Snake putih tu? itu lah rahsia Youtube sebenarnya!
Cara untuk main game snake ni senang je, ikut langkah-langkah seperti dibawah ni,
- Buka video di youtube, contohnya : http://www.youtube.com/watch?v=qTCYb9PqbqE
- Sambil tunggu video tu habis loading, tekan butang Pause.
- Kemudian tekan anak panah kiri pada keyboard anda dan Hold anak panah tersebut sehingga ular tersebut muncul.
- Main game Snake seperti biasa.
- Anda dah tahu Rahsia Youtube!
Menarik kan?
Posted in Internet, LOL, Video
Posted on 17 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Bola, Bola Sepak, Brazil, Cup, Euro, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Italy, Jabulani, Jadual, Juara, Lelaki, Live, LOL, Malaysia, Menang, Mexico, Myanmar, Naib Juara, Netherlands, Piala, Ranking, Ranking FIFA, Sepanyol, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, UK, USA, World, World Cup
Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.
Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.

Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.
Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.
Boleh tahan la kan?
Sumber : Fifa.com
Posted in Sport, World
Posted on 16 July 2010. Tags: /k, Aduan, Bahaya, Brek, Car, Complaint, Harga, Honda, Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda Jazz, Honda Malaysia, Kemalangan, Kereta, Komen, LOL, Lowyat.net, lyn, Malaysia, Pemandu, Rosak, Sistem
Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.
Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”


Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,
- Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
- Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
- Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
- Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)
Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!
Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!



Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!
Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?
Credit to Lyn FNF
Posted in LOL, Malaysia
Posted on 12 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Astro, Bola, Bola Sepak, Brazil, Bunyi, Cup, Euro, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Netherlands, Piala, RTM, Sepanyol, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Dengan jaringan cantik dari Iniesta pada masa tambahan minit ke 116, terus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini. Ini merupakan kekalahan buat kali ketiga Netherlands di Perlawanan Akhir World Cup.
Bagi yang masih memikirkan apa yang tertulis pada baju Iniesta tersebut, ianya ialah “DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS” membawa maksud, “Dani Jarque sentiasa bersama kami”, dedikasi khas seluruh pasukan Spain kepada bekas Kapten Spain, Dani Jarque.
Spain, sebuah pasukan yang buat pertama kali tiba ke perlawanan akhir Piala Dunia, turut menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya, merupakan negara kedua yang berjaya menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia berturut-turut selepas Jerman.
Perlawanan akhir kali ini yang turut dikatakan perlawanan paling kontroversi, merupakan perlawanan akhir yang mempunyai paling banyak kad dilayangkan. Sebanyak 14 kad dilayangkan pengadil Howard Webb.
Man of the Match bagi perlawanan akhir kali ini, semestinya Andres Iniesta, penjaring gol kemenangan Spain. Namun bagi NK, Iker Casillas adalah lebih layak.
Netherlands sememangnya cukup hebat kerana berjaya menampan banyak cubaan menarik dari pemain-pemain Spain, contohnya cubaan menarik Fabregas pada masa tambahan.
Kelemahan Netherlands dapat dilihat pada jentera serangannya yang diterajui oleh Robin Van Persie yang sememangnya dapat dilihat sepanjang FIFA World Cup ini sebagai kurang menyerlah.

Kita tunggu dan lihat berjayakah Spain mempertahankan kejuaraaan mereka di EURO 2012 di Poland-Ukraine.
Jumpa anda lagi di World Cup 2014 di Rio de Janeiro, Brazil.
Posted in Sport, World
Posted on 10 July 2010. Tags: 2010, Abu Dhabi, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Agama, Arab, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, CCTV, Cup, Dubai, Facebook, Fatwa, FIFA, Fifa.com, Food, Football, Freekick, Gambar, Goal, Goal Keeper, Haram, Instrumen, Islam, Jadual, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Muzik, RTM, Sepakan Percuma, Siaran, Soccer, South Africa, Stadium, TV, TV1, TV2, UAE, UK, URL, Vuvuzela, World, World Cup

Bunyi yang terhasil dari penggunaan Vuvuzela difatwa haram di DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ini kerana ia dikatakan menghasilkan bunyi yang terlalu menyakitkan telinga orang ramai.
Vuvuzela turut diharamkan di Dubai oleh kerana bunyi Vuvuzela yang melebihi 100 decibels – iaiu lebih kurang bunyi sebuah kereta api yang bergerak! Dan Bunyi Vuvuzela pula dikatakan menghasilkan sebanyak 127 Decibels!
Sebuah suratkhabar nasional di Abu Dhabi mengesahkan berita pengeluaran fatwa tersebut setelah Jabatan Agama disana mendapati banyak Vuvuzela yang di import masuk ke Ibu Negara itu sepanjang demam FIFA World Cup 2010. Adalah dikhuatiri ianya akan digunakan ketika perlawanan bola sepak tempatan di sana.
Vuvuzela diharamkan atas fakta bahawa ianya mampu merosakkan pendengaran manusia, dan segala yang memudaratkan adalah haram.
Sumber : AP
Posted in LOL, World
Posted on 10 July 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Apple, Asia Cafe, Astro, Bangsar, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Cup, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Food, Football, Free, Germany, Hadiah, Holland, Ipod, Ipod Touch, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Lotus, Lotus Elise, Lowyat.net, lyn, Makan, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Muzik, Netherlands, Parking, Parti, Party, Percuma, Piala, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, Telawi, TV, TV1, TV2, UK, URL, Uruguay, USA, Vuvuzela, World, World Cup

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar. Jom join nak?
Akan ada cabutan bertuah bagi semua pengunjung yang datang, cuma datang duduk, lihat, dan nikmati kemeriahan menonton perlawanan akhir Piala Dunia, Netherlands menentang Spain!
Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah iPod Touch, Kamera Digital, PSP, Telefon Bimbit, Jersi Bla, MP3 Players, dan lain-lain! Malah anda mungkin berpeluang membawa pulang sebuah Kereta Lotus Elise!
Masuk adalah PERCUMA, namun untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja ye. Semakan Kad Pengenalan akan diadakan di pintu masuk.
Sambil-sambil tu, jom undi pasukan mana yang akan menang Piala Dunia FIFA tahun ini! Netherlands atau Spain! UNDI DI SINI
Kalau anda ada Vuvuzela, jangan lupa bawa VUVUZELA anda ye!
Siapa yang datang bersama pun boleh~
Credit to lowyat.net
Posted in Events, Malaysia, Sport
Posted on 08 July 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Cup, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Food, Football, Germany, Hadiah, Holland, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Muzik, Netherlands, Parking, Piala, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, Uruguay, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Dengan Keputusan terkini FIFA World Cup 2010 pada pusingan Separuh Akhir ini,
SPAIN 1-0 Germany
Uruguay 2-3 NETHERLANDS
Ini bermakna pasukan SPAIN akan bertemu dengan pasukan NETHERLANDS pada pusingan Akhir FIFA World Cup 2010. Manakala pasukan Uruguay pula akan bertemu dengan pasukan Germany bagi merebut tempat Ketiga perlawanan.
Pasukan Spain yang pada ketika ini merupakan pasukan ranking kedua dunia selepas Brazil akan menentang dengan pasukan Netherlands yang berada pada ranking keempat.
Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu sesama sendiri dalam apa-apa perlawanan World Cup sebelum ini. Juara Eropah 2008, Spain sebelum ini tidak pernah berpeluang ke pusingan akhir bagi merebut Piala Dunia.
Sememangnya aksi Final yang akan dinanti-nanti. Jangan lupa saksikan Perlawanan merebut tempat ketiga pada 2.30 pagi 11 Julai, dan Perlawanan Akhir pada 2.30 pagi 12 Julai.

Apa pendapat anda? Siapa yang akan menang Piala FIFA World Cup tahun ini? Sila la undi ye~
Posted in Sport, World
Posted on 03 July 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Camera, CCTV, Cup, England, Facebook, FIFA, Fifa.com, Food, Football, Frank Lampard, Freekick, Gambar, Germany, Glenmarie, Goal, Goal Keeper, Instrumen, Jabulani, Jadual, Lagu, Lampard, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Mexico, Muzik, Neuer, Parking, Rakaman, RTM, Sepakan Percuma, Siaran, Soccer, South Africa, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup, Youtube

Kalau sebelum ni NK pernah kirim tentang cara untuk layan bunyi monotone Vuvuzela sambil melayari internet, kali ni NK nak kongsi cara untuk layan Vuvuzela sambil layan YouTube pula.
Sangat senang, tak perlu buat apa pun, cuma tekan lambang bola yang terdapat pada timeline video di Youtube. Macam yang NK tunjuk pada gambar di bawah.

Contoh video yang NK tengan layan tadi, video YouTube mengenai Gol Lampard ketika menentang Germany tempohari. Link Youtube.
Jadi sambil layan video YouTube, boleh la anda yang minat bunyi Vuvuzela layan bunyi monotone tu sekali ye.
VuuuuuVUuuvuuuuuuuuuuuVUuuuuu
Posted in Sport, Technology, Video
Posted on 24 June 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Cup, Facebook, FIFA, Fifa.com, Food, Football, Glenmarie, Instrumen, Jabulani, Jadual, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Mexico, Muzik, Parking, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Berminat ke dengan bunyi Vuvuzela yang monotone ni? Apakata anda cuba layan bunyi Vuvuzela ni sambil layari internet, buat-buat macam anda tengah dengar lagu la kan kononnya.
Langkah pertama, pastikan volume speaker anda telah dipasang pada nada yang sekuat mungkin ye, kalau perlahan nanti macam mana jiran sebelah nak marah. Pasang kuat baru jiran marah kan,.
Untuk contoh laman web NK yang berlatarkan bunyi Vuvuzela ni, Klik pada URL di INI
Menarik kan? Ke menyakitkan hati? Haha, itulah bunyi yang didengari setiap hari oleh penonton stadium untuk FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan.
Mudah je caranya, anda perlu ke laman http://www.vuvuzela-time.co.uk/

Masukkan URL yang anda kehendaki, kemudian tunggu je mamat kat sebelah tu bunyikan Vuvuzela untuk anda ye,
Selamat berVuvuzela~
Posted in LOL, Sport, Weird, World
Posted on 21 June 2010. Tags: Asia, Berita Harian, Bola, Bola Sepak, Bukit Jalil, Cardiff City, Cardiff City FC, EPL, FAM, Football, Friendly, Jose Mourinho, Kaka, LOL, Malaysia, Merdeka, Panas, Persahabatan, Puasa, Real Madrid, Ronaldo, Sepanyol, Soccer, Spain

Perlawanan persahabatan antara skuad Bola Sepak Malaysia menentant pasukan gergasi dari Sepanyol, Real Madrid berkemungkinan besar akan dibatalkan.
Sebelum ini, Football Asia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan Real Madrid akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia pada 21 Ogos nanti. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium nasional Bukit Jalil.
Kelab itu yang sebelum ini pernah bercadang untuk hadir ke Malaysia pada tahun 2003 tapi dibatalkan, dikatakan tidak dapat ke Malaysia atas sebab yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh FAM, wujud masalah kewangan untuk membawa Real Madrid ke Malaysia.
Malah, FAM menyatakan kekhuatiran prestasi pemain Malaysia yang perlu bermain dalam bulan Ramadan. Kesibukan ketika melakukan ibadah berpuasa mungkin akan menjejaskan permainan skuad Malaysia.
Walaubagaimanapun, kelab Liga Inggeris, Cardiff City yang kini dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Chan Tien Ghee akan tetap hadir ke Malaysia untuk dua perlawanan persahabatan, pada 15 Julai, dan juga 17 Julai nanti.
Sumber : Malaysian Insider
Kesian peminat Pasukan Real Madrid, kempunan tak dapat nak tengok Christiano Ronaldo dan Kaka beraksi depan mata kan?
Posted in News, Sport
Recent Comments