Sepertimana mana yang umum sudah jelas, Lotus Group adalah anak buah Proton. Bagi membangunkan Lotus, Proton nampaknya bersedia untuk melabur dengan jumlah yang besar.
Dan menurut berita terkini, nampaknya Proton Holdings sudah membuat anggaran pelaburan sejumlah RM2.35bil dan akan cuba dijana melalui suntikan ekuiti, wang pengiklanan dan promosi, dan sebahagian besar dari jumlah tersebut akan ditampung melalui pinjaman Bank.
Proton Holdings kini dalam perbincangan dengan CIMB Bank berkenaan dengan pinjaman tersebut.
Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin, beliau yakin Group Lotus akan berjaya hasilkan sesuatu yang membanggakan hasil pembangunan kewangan tersebut.
Ini kerana Lotus akan mula menghasilkan dan mempasarkan 5 model serba baru Lotus bermula 2012, dan dengan pengenalan 5 model baru itulah Lotus akan maju lebih dari tahapnya kini.
5 Model baru yang akan diperkenalkan adalah Lotus Elite, Lotus Elise, Lotus Elan, Lotus Esprit dan Lotus Eterne.
Perancangan ini juga sudah difikirkan beratus-ratus kali sebelum akhirnya diputuskan bersama oleh Proton Holdings.
Nampaknya satu perkembangan menarik dari syarikat automotif utama negara kita, namun diharap pengurusan kewangan tersebut akan tidak dipengaruhi sebarang unsur negatif dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Mungkin ini juga menunjukkan masa depan cerah bagi penglibatan Proton untuk menghasilkan ‘sportcar’ tersendiri.
Memang sah apa yang tersebar dari buah mulut sebelum ini. Sememang pelaburan Proton dalam Renault F1 membuahkan hasil dengan Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement.
Seperti mana umum sudah tahu, Renault-Nissan merupakan pemegang saham terbesar dalam Renault F1, dan Lotus Group (Anak Syarikat Proton) sebagai pemegang saham kedua terbesar.
Hasil dari pelaburan tersebut, terhasillah perkongsian teknologi antara Nissan dan Proton, dan yang boleh disahkan ialah mengenai pembinaan pengganti model Proton Perdana.
Namun, sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, penggunaan Nissan Fuga sebagai pengganti model Proton Perdana ini cuma akan dilaksanakan bagi menggantikan model Proton Perdana yang digunakan sebagai kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, dan bukan untuk dijual kepada umum.
Tetapi tidak dinafikan kemungkinan bahawa model Proton-Nissan Fuga ini turut akan dijual kepada umum jikalau ianya mendapat maklum balas positif.
Proton-Nissan Fuga yang masih belum didedahkan nama rasmi itu akan menggunakan kapasiti enjin 2.5 liter.
Apa yang pasti, ianya akan menggunakan lambang Proton.
Nampaknya penglibatan anak syarikat Proton, Lotus dalam Formula 1 dengan kerjasama dari Renault telah secara rasmi dibentuk dengan terhasilnya Lotus Renault GP Limited.
CEO Lotus Group, Dany Bahar turut berkata, tidak mustahil pada satu masa nanti, syarikat pengeluar supercar tersebut mampu untuk mencipta enjin Formula 1 sendiri hasil dari kerjasama tersebut.
Sebelum ini, kumpulan syarikat Formula 1 tersebut memegang nama Renault F1 Team Limited, dan kini secara rasmi pada 16 Disember 2010 diubah kepada Lotus Renault GP Limited.
Lotus sehingga kini masih belum lagi mempunyai ciptaan enjin sendiri, namun kenyataaan dimana mereka akan mencipta enjin untuk perlumbaan IndyCar pada tahun 2012, ini akan membolehkan Lotus menjadi salah satu pengeluar enjin di masa hadapan
Rujuk maklumat rasmi pendaftaran syarikat dibawah,
Nampaknya selain dari Proton Pahlawan Series, Proton membawa lebih kejutan dengan menampilkan PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010.
Kereta Konsep Proton yang sudah terang dan nyatanya berasaskan Proton Satria Neo ini dibangunkan oleh bahagian Race, Rally, Research (R3) Proton sendiri.
Ianya dilengkapi dengan enjin Proton CAMPRO CPS Turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 200hp dan 250Nm torque!
Malah ianya diisytiharkan sebagai Proton Satria Neo paling laju pernah dihasilkan oleh Proton!
Satria Neo ini dihasilkan dalam warna Hitam eksklusif R3 menggantikan warna rasmi R3 yang sebelum ini warna merah.
Spesifikasi PROTON Satria NEO R3 Concept
BODY
PROTON SATRIA NEO
2 door compact
R3 bolt-on CDS 4-point half roll-cage
DIMENSIONS
Overall length – 4473mm
Width – 1821mm
Wheelbase – 2600mm
Track front – 1488mm
Track rear – 1488mm
ENGINE
16V 1597cc CAMPRO 4-cylinder in line DOHC
R3 forged pistons 11:1 comp ratio
R3 steel conrod
R3 performance camshafts
R3 reworked cylinder head
R3 4-2 exhaust system stage 3
R3 carbon airbox
R3 management computer
170PS/200hp & 200Nm @ wheel
TRANSMISSION
R3-spec close ratio gearbox
INTERIOR
R3-designed interior wrapped with Alcantara and Nappa leather
SPARCO steering wheel R323, 330mm with R3 60mm spacer
R3 4-point half roll-cage, colour-coded yellow
SUSPENSION
Front
McPherson strut with stabiliser bar
R3-tuned Ohlins coilovers
Rear
Multi link with stabiliser bar
R3-tuned Ohlins coil over
WHEELS AND TYRES
R3-designed 15” wheels M7510 Wheel Assy 15 x 7 ET 37
Bridgestone Potenza RE55S semi slick tyre 190/50 R15
BRAKES
AP Racing 4-pot brake system
AP Racing floating disc 295mm
AP Racing performance brake pads
@Lyn Fnf
Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa harganya?
Disebabkan ini hanyalah kereta konsep, ianya tidak akan dijual oleh Proton, dan ianya hanya sekadar menampilkan apa yang Proton mampu lakukan untuk terus maju pada masa hadapan.
Idea ‘Concept’ yang dipersembahkan oleh Proton, ‘Proton Pahlawan Series’, didatangkan dengan 5 Model Konsep iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu, dan Proton Kasturi.
Sepertimana yang anda boleh agak, nama-nama kenderaan konsep dari Proton tersebut mendapat inspirasi dari nama 5 Pahlawan bersaudara dari Hikayat Kisah Melayu.
Kesemua kenderaan konsep tersebut dibangunkan berasaskan model Proton yang terkini, dan terdapat juga model yang dibangunkan oleh Lotus dan Proton.
Senarai Kereta Konsep Proton dan platform kenderaan yang dikongsi :
Proton Tuah : Proton Persona (Proton Persona R / Replacement ?)
Proton Jebat : Proton Inspira (Mitsubishi Lancer)
Proton Lekir : Lotus Europa S
Proton Lekiu : Proton Exora
Proton Kasturi : Proton Saga
Meskipun kesemuanya dinyatakan sebagai kereta konsep, namun ada yang berpandangan bahawa model-model tersebut kelihatan seperti sudah bersedia untuk dihasilkan secara meluas.
Tahniah Proton! Pencapaian yang membanggakan pada penglibatan KLIMS kali ini!
Jom ramai-ramai ke KLIMS 2010 di PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep dari Proton ini!
Saksikan sedikit gambar-gambar setiap Model Kereta Konsep dari Proton ini.
Richard Branson pemilik Virgin Airlines tewas dalam pertaruhan yang dibuat dengan bos kepada AirAsia, Tony Fernandes, berkenaan dengan Formula 1.
Lotus Racing berjaya duduki tangga yang lebih tinggi berbanding Virgin Racing dalam kejuaraan Formula 1.
Maka taruhan awal yang dibuat antara mereka perlu diterima oleh Sir Richard Branson.
Taruhannya adalah, jikalau salah satu Team Formula 1 tersebut berada lebih bawah dari kedudukan satu sama lain, pemilik syarikat Airlines tersebut perlu menjadi pramugari untuk syarikat Airlines yang menang selama satu hari!.
Pramugari! bukan Pramugara ye.
Maka Richard Branson akan dikehendaki memakai pakaian Pramugari untuk AirAsia selama sehari.
Beliau akan dikehendaki menjalani kekalahan tersebut dalam salah satu penerbangan AirAsia, Kuala Lumpur – London, pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Yang menarik, penumpang boleh membida harga tawaran untuk tempat duduk penerbangan tersebut!
Dan menurut Tony Fernandes, hasil wang pembidaan tersebut akan diderma kepada badan atau persatuan kebajikan yang dipilih oleh Richard.
Macam-macam idea golongan ahli perniagaan ni. Publisiti sambil perniagaan sambil aktiviti sosial. Syabas AirAsia dan Virgin Airlines!
Sebastian Vettel baru sahaja ditakhtakan sebagai Juara Dunia Formula 1 musim 2010 setelah menjuarai tempat pertama Abu Dhabi Grand Prix.
Beliau turut dinobatkan sebagai Pelumba Formula 1 yang paling muda menjuarai perlumbaan berprestij tersebut.
Pesaing beliau yang terdekat, pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang cuma perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat gagal untuk dinobatkan juara dunia apabila beliau gugur ke tempat yang ketujuh.
Ini membolehkan Vettel memintas Alonso dan menduduki tempat pertama keseluruhan kejuaraan dengan hanya beza 4 mata, Vettel (256). Alonso (252).
Senarai ranking kedudukan penuh Pelumba Formula 1.
1
Sebastian Vettel
German
RBR-Renault
256
2
Fernando Alonso
Spanish
Ferrari
252
3
Mark Webber
Australian
RBR-Renault
242
4
Lewis Hamilton
British
McLaren-Mercedes
240
5
Jenson Button
British
McLaren-Mercedes
214
6
Felipe Massa
Brazilian
Ferrari
144
7
Nico Rosberg
German
Mercedes GP
142
8
Robert Kubica
Polish
Renault
136
9
Michael Schumacher
German
Mercedes GP
72
10
Rubens Barrichello
Brazilian
Williams-Cosworth
47
11
Adrian Sutil
German
Force India-Mercedes
47
12
Kamui Kobayashi
Japanese
BMW Sauber-Ferrari
32
13
Vitaly Petrov
Russian
Renault
27
14
Nico Hulkenberg
German
Williams-Cosworth
22
15
Vitantonio Liuzzi
Italian
Force India-Mercedes
21
16
Sebastien Buemi
Swiss
STR-Ferrari
8
17
Pedro de la Rosa
Spanish
BMW Sauber-Ferrari
6
18
Nick Heidfeld
German
BMW Sauber-Ferrari
6
19
Jaime Alguersuari
Spanish
STR-Ferrari
5
20
Heikki Kovalainen
Finnish
Lotus-Cosworth
0
21
Jarno Trulli
Italian
Lotus-Cosworth
0
22
Karun Chandhok
Indian
HRT-Cosworth
0
23
Bruno Senna
Brazilian
HRT-Cosworth
0
24
Lucas di Grassi
Brazilian
Virgin-Cosworth
0
25
Timo Glock
German
Virgin-Cosworth
0
26
Sakon Yamamoto
Japanese
HRT-Cosworth
0
27
Christian Klien
Austrian
HRT-Cosworth
0
Namun, yang menjadi persoalan adalah, sepanjang musim 2010, Sebastian Vettel tidak pernah sekalipun mendahului senarai pelumba sebagai tempat pertama. Dengan tiba-tiba pada litar terakhir beliau muncul sebagai juara dan terus dinobatkan sebagai Juara Dunia musim 2010.
Lotus Racing yang menggunakan enjin Cosworth pula muncul dalam kedudukan yang membanggakan tempat ke-10 meskipun baru tahun pertama penglibatan, menewaskan Virgin Racing dan Hispania Racing.
Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.
Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.
Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.
Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.
Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.
Harga di Semenanjung Malaysia
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga di Sabah dan Sarawak
Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga di Langkawi (Bebas Cukai)
Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.
Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.
Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.
Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.
Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.
Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!
Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!
Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.
Recent Comments