Anda pernah cuba mengorat di Facebook? Tengok ni, konon-kononnya seksi la memikat guna ayat seluar dalam. Lucah sungguh kau ni dik, dah habis idea dah?
Aduhai, nasib baik dapat info setakat itu je, kalau ada sambungan lagi lepas tu mesti lagi menarik.
Ni pula transkrip penuh bagi yang kurang jelas :
Lelaki : Hello, berminat tak awak nak jual seluar dalam terpakai dan tak dibasuh milik awak?
Perempuan : Kenapa, berminat ke?
Lelaki : Saya cuma minat yang awak punya, boleh jualkan kat saya?
Perempuan : Berapa harga tawaran?
Lelaki : Awak ada G-String? (Tolong jangan Google ni,)
Perempuan : Yup,
Lelaki : Emm.. Awak ada warna apa? Kalau G-String siap dengan *censored* saya bayar $25-$35, atau awak nak berapa?
Perempuan : Apa kata awak pergi kehidupan sebenar dan beli je yang mak awak punya?
p/s : transkrip sembang penuh telah ditapis sewajarnya, hahaha!
Hmm, agaknya teknik mengorat lucah sebegini pernah berkesan kot?
Ada yang berani nak cuba? Tak pun, ada gadis-gadis diluar sana nak buat perniagaan macam ni? Jual seluar dalam terpakai je, pakai sehari, sehelai dah boleh dapat pulangan 25-35 dollar tu!
Kedua-dua diatas katanya berasal dari Singapura, betul atau tidak? Sumber tak sedia maklum…..
Cuba tengok status-status Facebook ni yang di luahkan warga Indonesia ketika perlawanan Piala AFF 2010 yang lalu, adakah status sama juga untuk Sukan SEA 2011 kali ini?
Yang peliknya, mungkin tersilap terjemahan agaknya. Nak tulis “Garuda di dadaku” dalam bahasa inggeris, tapi tersilap maksud jadi “Garuda di payudaraku”. Aduhai…. kalau ubah sikit lagi dah jadi lucah dah maksudnya.
Eh silap tu, kalau ‘Garuda di dadaku’ sepatutnya tulis ‘Garuda on my CHEST’. Baru jelas maksudnya..
Apa-apa pun, kesilapan kecil macam ni peminat Malaysia pun ada juga yang buat, betul tak?
Tak sabar nak saksikan perlawanan Indonesia bertemu Malaysia, Garuda bertemu Harimau Malaya dalam perlawanan pusingan akhir Sukan SEA 2011 esok! Auuummm!
Ianya menjadi kontroversi setelah pelajar membuat aduan terhadap Kem orientasi yang paling lucah pernah di buat, dan ianya berlaku di Singapura!
Kejadian yang berlaku ketika kem orientasi Singapore Institute of Management-University of London’s (SIM-UOL) itu, mendapat perhatian oleh kerana beberapa aktiviti yang dikatakan kononnya sebagai aktiviti suai kenal, berubah menjadi satu aktiviti yang secara terang-terangan mempunyai unsur lucah.
Kesemua pelatih yang menyertai aktiviti di kem orientasi itu diminta untuk berpasangan dengan berlainan jantina, lelaki dan perempuan. Kononnya untuk memupuk semangat lebih terbuka dan mesra.
Dalam salah satu aktiviti yang dilakukan, pelajar diminta untuk berkongsi makan sekeping biskut yang sama, sehingga akhirnya akan bercium mulut dan berpeluk.
Dalam satu lagi aktiviti yang lain, masih diantara pelajat yang berlainan jantina, pelajar lelaki diminta untuk melakukan aktiviti tekan-tubi (push-up/pumping), dimana pelajar perempuan akan berbaring terlantar di bawah dan hadapan pelajar lelaki tersebut.
Mengarut bukan? Ada antara pelajar perempuan yang mendakwa, terdapat pelajar lelaki yang sengaja melepaskan dan menjatuhkan badan ke atas pelajar perempuan dan kemudiannya ketawa sinis, fasilitator pula tidak mengambil tindakan apa-apa kerana menggangap ianya normal.
Ramai pelajar yang mempersoalkan aktiviti tersebut, antaranya ada yang menggangap ianya seumpama ‘permainan seks, sambil berpakaian penuh’. Malah ada yang mempersoalkan kewajaran aktiviti-aktiviti tersebut, dan mengapa ianya tidak boleh dibuat untuk jantina yang sama?
Kenapa perlunya pasangan berlainan jantina?
Macam-macam Singapura, terlalu terbuka sehinggakan tidak sedar, dan tidak menghormati perasaan perempuan yang mungkin tidak rela diperlakukan sedemikian. Dimana maruah pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat ni?
Pernahkah anda terfikir, apa yang ada di kebanyakan tandas di Malaysia? Yang pasti, banyak yang kelakar, pelik, dan tak kurang juga yang tidak senonoh dan jijik.
Cuba tengok beberapa gambar di bawah ni :
Dan yang paling jijik sekali! (Amaran : Bukan untuk yang lemah jantung)
Alamak…. memalukan, sebenarnya banyak lagi benda yang tak sepatutnya dan amat tak senonoh ditampal dalam tandas ni, dengan macam-macam motif lagi. Yang pasti, yang paling banyak benda yang ada dalam tandas ni sudah tentu berunsurkan lucah dan seks.
Mungkin ini cuma berlaku dalam tandas lelaki agaknya, tak tahu la di tandas perempuan macam mana pula ye tak?
Macam-macam sekarang ni, kalau dah lelaki, sampai perempuan berpurdah tutup litup pun boleh bernafsu juga. Amaran : ini bukan entri lucah!
Ini sebenarnya entri pesanan semata-mata. Kadang-kadang ni, orang lain-lain citarasanya. Nak cerita pasal kes mesej di Facebook di bawah ni, cuba tengok dulu,
Ada la seorang manusia ni, yang cuba luahkan masalah yang dihadapi kepada seorang Ustaz terkenal di Facebook, Ustaz Azhar Idrus namanya.
Ini apa yang cuba diluahkan,
ustaz.. kalo org puang tu paka purdoh do pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz? nampok ye makin cantik jelita bila berpurdoh berbanding mase ye berpakaian biase.. sapa kelu lidoh nok ucap subhanallah ke astaghfirullah
Alih bahasa : Ustaz, kalau orang perempuan tu berpurdah labuh lengkap, tapi saya jadu syok tengok lama-lama macam mana ustaz? nampak makin cantik bila berpurdah berbanding ketika berpakaian biasa. Sampai terkelu nak ucap Subhanallah atau Astaghfirullah
Lepas tu, nasib baik penulis asal tulis ianya cuma situasi yang direka, dan cuma mengharapkan nasihat Ustaz Azhar bagaimana kalau menghadapi situasi ini.
Jawab Ustaz Azhar sangat mudah, katanya, “Bila dah berpurdah, kita masih lagi suka, tu bukan salah yang berpurdah, tapi salah kita yang tengok dengan nafsu”.
Agak-agak, situasi sebegini wujud tak sebenarnya? Pelik la macam ni, wanita berpurdah untuk berlindung dari pandangan nafsu lelaki, tetapi ada pula lelaki yang bernafsu lain dari yang lain? Agaknya pakai purdah ni seksi bagi dia kot?
Ribuan penunggang basikal menunggang basikal secara berbogel sempena sambutan World Naked Bike Ride di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Acara ini telah diadakan sejak tahun 2004 lagi dan sehingga tahun ini ianya telah menarik lebih seribu orang penyertaan dari penunggang basikal tempatan dan juga luar negara.
Pada asalnya, tujuan World Naked Bike Ride ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan penunggang basikal dan juga pejalan kaki. Malah turut dikaitkan dengan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Namun konvoi yang diadakan kali ini adalah bertujuan mempromosikan penggunaan basikal sebagai pengangkutan alternatif. Tujuan lain adalah bagi menggalakkan penggunaan tengan boleh diperbaharui.
Salah seorang penunggang berkata, “Sememangnya cara ini dapat menarik perhatian orang ramai, menunggang sambil berbogel adalah cara yang efektif untuk mendapat perhatian orang ramai terhadap isu ini”.
Macam-macam orang di Amerika Syarikat ni. Dah kehabisan idea agaknya, sampai perlu guna idea lucah macam ni?
Kalau macam tu kat Malaysia pun boleh juga buat agaknya untuk mempromosikan “Cuti-cuti Malaysia”?
Kesian, macam ni ke pasangan sehidup-semati, sehati-sejiwa, sesengal-sebodohan, sejambu-sejiwang? Bile dah hilang rasa sayang, habis benci diluahkan.
Sabar la adik berdua ye, apa la yang nak dikecoh-kecohkan pada satu dunia ni. Kalau dah tulis kat Facebook tu, memang tak dapat lagi la nak diundur ye.
Ingat, Facebook memang tak lindungi hal peribadi anda.
Memang silap anda kalau perkara melibatkan kemaluan ni di sebar-sebar di Facebook.
Selagi ada masa ni, bertenang-bertenang la ye, bawak berdamai, kalau tak pun, habiskan je la bergaduh tu dekat dalam inbox, takde orang nak baca pun kalau tulis-tulis kat status, berebut-berebut lawan nak menang tu.
Satu lagi, yang lelaki pun, apa la buat malu macam penakut jerit seorang diri dekat status Facebook, kalau rasa ada yang tak kena tu, jumpa la depan-depan.
Ish3, bukan selalu NK nak sibuk hal rumah tangga orang, cuma nak kalau ada lagi remaja-remaja macam ni kat luar sana, beringatlah, jangan sampai perkara malu ni orang lain ingat sampai ke hujung nyawa.
Tak rasa malu ke bila membawa diri ke masyarakat luar nanti, semua orang tahu macam mana perangai korang berdua sebagai pasangan bercinta, haha.
Apa-apa pun, amaran terlebih dahulu ye, bahasa yang digunakan dalam gaduh-bergaduh ni bukanlah bahasa Malaysia, tapi bahasa pasar yang teramat pelik. Maaf la NK tak sediakan alih bahasa, cuba la terjemahkan sendiri ya.
Peringatan juga, bahasa yang digunakan memang kebanyakannya teramatlah kurang sopan dan lucah, jadi kalau anda rasa anda tak akan suka apa yang anda baca, cepat-cepatlah tukar ke kiriman entri yang lain ya.
Melayu moden boleh cium-cium? Dahsyat budak-budak melayu sekarang ni, semakin berani, semakin panas, semakin…. bodoh?
Aksi mereka ini dirakam dalam sebuah video di YouTube, lokasi kejadian, KLCC
Sepasang kekasih yang terlalu asyik memadu kasih ni, tanpa memikirkan bahawa mereka berada di khalayak ramai dan di tengah-tengah ibukota boleh bertindak panas pula.
Tanpa segan silu dengan orang yang lalu-lalang, pasangan kekasih ni dengan suka hati melakukan aksi ghairah mereka pulak.
Dipercayai kedua-dua lelaki dan perempuan ini masih lagi bawah umur, bermaksud mereka ini masih lagi pelajar sekolah menengah mungkin.
Antara perbualan dalam video tersebut,
“Tadi dia nak balik,”
“Nak buat macam mana, Aku tak penting,”
“Break je awek kau ni,”
“Aku bagi dia pilihan tadi, nak KLCC ke nak aku,”
“Kau nak tinggalkan dia ke? bodoh!”
“Kat New York bai!”
Malah, yang memalukan, mereka yang merakam video ini ialah rakan-rakan kepada pasangan tersebut.
Bangga dengan kononnya tindakan mereka ni umpama orang di luar negara, konon-konon moden dengan cara kehidupan orang barat.
Apa la perasaan mak bapak kedua-dua orang ni ye? “Get a room please,”
Nantikan Video yang akan dimasukkan lewat malam ini.
Sementara itu saksikan gambar-gambar dari video tersebut.
Filem “Dalam Botol” hasil tulisan Raja Azmi Raja Sulaiman nampaknya telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia untuk ditayangkan pada awal Februari 2011.
Filem yang bertemakan homoseksual atau kehidupan seorang lelaki gay tersebut mendapat tentangan keras umum di Malaysia.
Namun LPF meluluskan tayangan filem tersebut dengan syarat beberapa adegan seperti adegan ghairah perbualan antara watak lelaki utama, di buang terus dari filem tersebut.
Malah, tajuk asal Filem tersebut iaitu Anu Dalam Botol turut diminta diubah kepada tajuk Dalam Botol sahaja.
Filem ini juga harus bebas dari segala adegan yang berunsur lucah dan menampilkan adegan seks.
Filem tersebut yang telah di pra-tayang 3 bulan sebelum tarikh sebenar, kepada sekumpulan Bloggers Filem mendapat pujian daripada beberapa Bloggers tersebut.
Malah ada yang memberi komen, filem ini lain dari yang lain, sesuatu yang baru dan pasti menjadi persoalan bagi mereka yang tidak menontonnya.
Filem ini mengisahkan mengenai sepasang pasangan lelaki gay. Namun tindakan salah seorang pasangan tersebut yang menjalani pembedahan jantina dari lelaki ke perempuan, ditentang keras oleh pasangannya, dan bermula masalah dalam hubungan mereka.
Dalam pada masa yang sama, muncul seorang gadis yang memikat hati lelaki gay yang masih lagi lelaki tersebut.
Kesudahan filem ini menceritakan mengenai penyesalan yang dialami oleh lelaki gay yang menjalani pembedahan jantina tersebut.
Apa motif sebenar filem ni?
Adakah cuba untuk menumpang populariti filem Hollywood lain seperti Brokeback Mountain?
Recent Comments