Tag Archive | "lyn"

StarCraft II FTZ Asia Gaming Lan Party


Sendi Mutiara Multimedia (SMM) kembali lagi dengan membawa sebuah lagi LAN Gaming Party kali ini dengan StarCraft II Battle.net tournament yang membawakan hadiah bernilai lebih dari RM18,000.

Sesi LAN Gaming Party ini akan diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya, pada awalnya, sebuah lagi sesi telah berjaya diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café di Pulau Pinang.

Keterangan mengenai LAN Gaming Party adalah seperti berikut :

Tempat : FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya
Tarikh   :  18 September 2010 (Sabtu)
Masa      : 12:00pm – 10:00pm

Tiada yuran penyertaan dikenakan, namun, apa yang anda perlu buat hanyalah hantar email kepada gamingparty@in2.com.my lengkap dengan nama penuh anda, umur anda, dan nombor telefon bimbit anda. Ataupun, anda boleh terus ke FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya untuk mendaftar. Tarikh terakhir untuk mendaftar ialah 14 September 2010 (Selasa).

Kemudian, anda cuma dikehendaki membawa Desktop anda (CPU System Unit sahaja) yang menggunakan CPU dari Intel ke sana.

Apa yang akan berlangsung ialah StarCraft II Tournament, Best Customized PC dan juga Cabutan Bertuah!

Hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan adalah :

StarCraft II Tournament :

1st Prize – Products worth of RM 5, 000 + Trophy
RAZER : Carcharis, Lycosa Keyboard, Lachesis
WD : WD6000HLHX VelociRaptor
GIGABYTE : P55A-UD3P Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products

2nd Prize – Products worth of RM 3, 000
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
RAZER : Lycosa Keyboard, Lachesis
GIGABYTE : P55-USB3L Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products

3rd Prize – Products worth of RM 1, 000
GIGABYTE : H55M-USB3 Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
RAZER : Lachesis, Destructor
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player

Best Customized PC :

1st Prize – Products worth of RM 5, 000 + Trophy
WD : WD6000HLHX VelociRaptor
GIGABYTE : P55A-UD3P Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
INTEL : Intel Core i7-930 Processor (BONUS)

2nd Prize – Products worth of RM 3, 000
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
GIGABYTE : P55-USB3L Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
INTEL : Intel Core i5-655k Processor (BONUS)

3rd Prize – Products worth of RM 1, 000
GIGABYTE : H55M-USB3 Motherboard
COOLER MASTER : Gaming Chasis & Products
SEAGATE : Seagate freeAgent Theater+ HD Media player
INTEL : Intel Core i5-630 Processor (BONUS)

starcraft 2 lan party ftz asia StarCraft II FTZ Asia Gaming Lan Party

Sumber : Lowyat.net / Spotgamers.com

Posted in Events, TechnologyComments (0)

Honda Accord tak guna, komen pemandu


Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.

Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”

Honda tak guna Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 2 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,

  • Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
  • Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
  • Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
  • Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)

Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!

Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!

Honda tak guna 3 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 4 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 5 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!

Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?

Credit to Lyn FNF

Posted in LOL, MalaysiaComments (28)

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar


World Cup street party World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar. Jom join nak?

Akan ada cabutan bertuah bagi semua pengunjung yang datang, cuma datang duduk, lihat, dan nikmati kemeriahan menonton  perlawanan akhir Piala Dunia, Netherlands menentang Spain!

Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah iPod Touch, Kamera Digital, PSP, Telefon Bimbit, Jersi Bla, MP3 Players, dan lain-lain! Malah anda mungkin berpeluang membawa pulang sebuah Kereta Lotus Elise!

Masuk adalah PERCUMA, namun untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja ye. Semakan Kad Pengenalan akan diadakan di pintu masuk.

Sambil-sambil tu, jom undi pasukan mana yang akan menang Piala Dunia FIFA tahun ini! Netherlands atau Spain! UNDI DI SINI

Kalau anda ada Vuvuzela, jangan lupa bawa VUVUZELA anda ye!

Siapa yang datang bersama pun boleh~

Credit to lowyat.net

Posted in Events, Malaysia, SportComments (9)

Maklumat transaksi resit Maybank2u tersebar di Internet?


Anda pernah guna Online Banking? Pernah guna Maybank2u?

Ingat lagi masa dulu heboh tentang email Phishing dari hacker untuk dapatkan maklumat akaun pengguna Maybank2u, ramai orang yang terkena dan banyak kerugian berlaku. Tapi pihak Bank tidak dapat buat apa-apa sebab ianya kesalahan pengguna sendiri, apa yang bank mampu buat cuma hebahkan mengenai kegiatan Phishing dan Scam yang berleluasa,

Yang terbaru NK dapat tahu, orang umum boleh dapat tahu segala transaksi online Maybank2u hanya dengan menggunakan Google je. Online Transaction yang sepatutnya private dan confidential ni terdedah begitu sahaja di internet.

Cuba anda Google : site:maybank2u.com.my +”receipt”

Anda akan dapat result seperti di bawah.

afdawfaw Maklumat transaksi resit Maybank2u tersebar di Internet?

Dan kalau anda cuba tekan satu link url tersebut, anda akan dapat lihat Transaksi bagi url tersebut,

imyi Maklumat transaksi resit Maybank2u tersebar di Internet?

Menakutkan bukan? Mesti anda semua risau mengenai privacy anda akan tersebar di internet kan? Maklumat Transaksi ini sepatutnya menjadi rahsia kerana ia boleh mendedahkan maklumat peribadi, yang mungkin akan disalahguna!

NK akan cuba semak mengenai kebenaran perkara tersebut atau ianya hanya kesilapan cache index dari Google.

Nantikan kiriman akan datang.

Posted in Malaysia, Picture, TechnologyComments (7)

Patung mainan Barack Obama


Dahsyat kan? Kreatif betul orang sekarang ni, patung mainan berupa tokoh politik terkenal pun boleh dijadikan mainan. Hampir sama pula tu, dengan saiz skala 1/6 yang agak besar tu. NK tak pasti kalau ada yang tak kenal dengan Barack Obama, tapi bagi mereka yang tak kenal beliau, beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat sekarang, menggantikan George W. Bush setelah menang dalam Pilihanraya Umum pada tahun 2008. Saksikan gambar patung mainan yang dikatakan tersebut.

Read the full story

Posted in LOL, PictureComments (8)

Simpati


Hari ni NK nak kongsi sebuah cerita yang NK dapat dari Lowyat.net/Kopitiam. Cerita yang menyayatkan hati ini mengenai Kisah seorang pemuda cuba untuk menyelamatkan nyawa seekor anjing yang dalam kesakitan dan derita. Apa yang NK faham dalam, pemuda ini adalah seorang lelaki melayu bersama rakannya seorang pemuda cina. Malah dua orang gadis lain yang membantu beliau dalam kisah ini juga merupakan melayu.

Kopitiam yang selalu dengan kisah-kisah mengarut ni pun ada juga diselitkan kisah-kisah bermoral macam ni. Teruskan membaca,

Read the full story

Posted in PictureComments (0)

Nasi Briyani KFC!!!!!!


kfc logo file www ComVort Nasi Briyani KFC!!!!!!

KFC ada menu terbaru!! Selepas Nasi Ayam dan juga Shrimp Hearties KFC, sekarang KFC memperkenalkan, Colonel’s Royal Briyani!

Dihidangkan bersama 1 ayam goreng original dan 1 ayam goreng spicy, Nasi Briyani KFC ni dah pasti akan membuatkan anda lapar kan? Maka cepat-cepat pergi KFC dan makan~

NK baru je makan tadi, sedap la juga, walaupun Nasi Briyani yang dibekalkan, tidak la terlalu sedap, tapi masih menyelerakan!, kombinasi ayam original dan ayam spicy sangat mantap!

Read the full story

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (10)

Binatang diseksa di stesyen KTM Kepong


Memang amat sedih. Dalam zaman bertamadun macam ni pun ada orang yang sanggup menyiksa binatang. Walaupun ianya seekor anjing (haram bagi umat islam), namun ini tidak bermakna anjing tersebut boleh disiksa begitu sahaja.

Bayangkan, anjing tersebut sudah diikat kaki dan tangan, sudah tu dijolok pula mulutnya dengan kayu. Kalau lihat betul-betul dalam gambar dibawah, boleh dilihat dengan jelas bahawa anjing tersebut diseksa sehinggakan terpaksa bergelumang dalam najisnya sendiri.

Read the full story

Posted in Malaysia, News, PictureComments (17)

KFC ade udang??


p cl shrimphearties KFC ade udang??wah kfc ada promosi makanan baru!!

udang disaluti ayam berperisa udang dalam bentuk naget ayam… <– ape tu?

ok, sebab tak nak jadi selowpok sangat dengan berita ni, seorang forumer dari lyn dah pergi cuba, dan review dia,

KFC Shrimp Stix KFC ade udang??KFC Shrimp Stix actual KFC ade udang??LOL, confirm sangat sedih… ditipu sedemikian rupa… kesian kesian…

ok la tu bro, dapat orang lain tahu rupa sebenar dia, thanks sebab sudi bagi review..

Posted in LOL, Malaysia, News, PictureComments (3)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com