Agak-agak macam mana nak buktikan kekayaan anda? Mudah je, belilah baju T-shirt paling mahal dalam dunia ni dengan cuma RM1.2 Juta! Berbaloi!
Kononnya, baju T ini diperbuat menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy), dan mempunyai pengurangan 90% Karbon Dioksida berbanding penghasilan baju T secara konvensional (Tak pasti apa maksudnya pun, baju ni mesra alam mungkin?).
Mungkin sebab paling utama baju ni mahal adalah kerana 16 butiran berlian yang dijahit bersama sebagai rekaan baju itu! 8 butiran batu berlian putih, dan 8 butiran batu berlian hitam!
BAJU BERLIAN TU!
Baju ini berharga USD $400,000, atau bersamaan lebih kurang RM1,200,000.00!
Dan, baju ini mempunyai ‘warranty’ jikalau kainnya rosak, selama 1 tahun.
Tidak hairan kalau ada sesetengah diantara kita yang tidak suka makan apatah lagi bau durian. Tapi tahukah anda, kucing pun minat makan durian tau?
Dikatakan kalau makan durian dalam jumlah yang banyak, badan akan terasa panas, dan suhu badan pula akan meningkat. Bagaimana pula dengan kucing? Suhu badan kucing pun boleh meningkat macam manusia kalau makan durian?
Orang kata, kalau anda tak minat makan durian, bermakna anda dah kerugian satu nikmat dunia!
Ada antara kucing ni, sampai memilih kalau makan durian. Nak durian yang gred mahal je, Musang King la, D24 la. Kalau durian gred murah, bau je dah lari. Amboi, kucing pun pandai memilih durian.
Apa-apa pun, jom tengok video YouTube gelagat kucing yang minat makan durian dibawah ini.
Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.
Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.
Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.
Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :
UAE – RM1.22 / L
Baharin – RM0.89 / L
Qatar – RM0.72 / L
Kuwait – RM0.69 / L
Libya – RM0.46 / L
Arab Saudi -RM0.39 / L
Iran -RM0.36 / L
Nigeria – RM0.33 / L
Turkmenistan – RM0.26 / L
Venezuela – RM0.16 / L
Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.
Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.
Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!
Harga rokok akan dinaikkan sebanyak 70 sen mulai esok. Ini merupakan kenaikan tertinggi yang pernah dibuat semenjak beberapa tahun yang lalu.
Sekotak rokok yang mengandungi sebanyak 20 batang rokok, dahulunya berharga RM9.30, namun selepas kenaikan ini ia akan berharga RM 10 sekotak.
Malah, ada sesetengah rokok premium akan dinaikkan harga sehingga RM14!
Menurut kajian, dengan kenaikan harga rokok ini, jualan rokok seluruh negara akan berkurangan sebanyak 10 peratus, namun, ini juga akan menjadikan penyeludupan rokok lebih giat dan radikal.
Menurut sumber, setiap kotak mengandungi 20 batang rokok seludup dijual dengan lingkungan harga cuma RM3.00 hingga RM3.50 sahaja.
Menurut statistik, kes penyeludupan rokok cuma 14.4% pada tahun 2004, namun sehingga kini, kes penyeludupan rokok telah meningkat hingga setinggi 150% setahun! Dan ini turut dijangka akan lebih meningkat lagi dari tahun ke tahun akan datang.
Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan meningkatkan lagi kes rokok seludup? Serahkan saja pihak berkuasa.
Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan mengurangkan lagi tabiat rokok perokok? Serahkan saja pada perokok untuk memikirkannya.
Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.
Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.
Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~
For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.
Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..
Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.
Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya
Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran
1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!
Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.
Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~
Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.
Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?
Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.
Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?
Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?
Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.
Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.
Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri.
Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok, 16 Julai 2010.
Usul mengenai kenaikan harga minyak Petrol ini baru sahaja diluluskan dalam kabinet pada hari ini. Bukan sahaja Minyak Petrol, malah harga gula akan meningkat 25 sen sekilogram dan harga diesel naik 5 sen seliter.
Ini menjadikan harga terkini Minyak Petrol Ron 95 kepada RM1.85 seliter. Manakala Harga bagi minyak Petrol Ron 97 pula masih dikekalkan buat masa ini.
Keputusan ini berdasarkan perbincangan terkini mengenai rasionalisasi pengsubsidian kerajaan.
Sumber : BHarian
Hmm, nampaknya malam ni penuh la Stesen Minyak orang nak Pam bagi minyak Ron 95 dengan harga lama RM1.80 seliter. Naik basikal je la pergi kerja nanti…
Anda selalu cuai ketika menggunakan peralatan Elektrik? Selalu terkena kejutan Elektrik tapi anda bernasib baik masih hidup? Sekarang sudah ada produk yang akan menjadi penyelamat segala kesusahan anda itu.
Shohero Technologies, sebuah syarikat berasal dari Taiwan telah memperkenalkan produk terbarunya yang dinamakan Wet Circuits, iaitu merupakan sebuah soket elektrik yang kalis air!
Produk yang berharga USD35 ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan selain kalis air berbanding soket elektrik biasa,
Water Resistant
Touch Protection
Overheat Protection
Spark Prevention
4x Lifespan
Berikut merupakan Contoh eksperimen yang telah dilakukan bagi membuktikan kehebatan Soket Elektrik ini.
Hebat kan? Lepas ni boleh anda nak kenakan rakan-rakan anda ke kan, sambil basah-basah terus cucuk jari kat soket tu. Hehe
Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.
Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.
Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.
Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.
Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.
Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.
Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.
Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.
Kadar faedah sewa beli yang sebelum ini sebanyak 4.0 peratus setiap tahun untuk 9 tahun, 3.9 peratus setiap tahun untuk 7 tahun, 3.75 peratus setiap tahun untuk 5 tahun, bagi kereta nasional akan dinaikkan sebanyak 0.1 peratus bagi setiap tahun.
Menjadikan kadar faedah sewa beli baru bagi kereta nasional sebanyak 4.1 peratus setiap tahun untuk 9 tahun, 4.0 peratus setiap tahun untuk 7 tahun, dan 3.85 peratus setiap tahun untuk 5 tahun.
Bagi kereta buatan luar (import) pula, kadar faedah sewa beli akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. Menjadikan faedah kadar sewa beli untuk 9 tahun dari 3.60 kepada 3.85, 7 tahun dari 3.50 kepada 3.75, dan 5 tahun dari 3.25 kepada 3.50.
Contoh pengiraan pinjaman :
Katakan pinjaman penuh untuk kereta bernilai RM60,000, tempoh bayar balik 9 tahun.
Dengan kadar faedah sewa beli sebanyak 4.1 peratus setahun, untuk 9 tahun = 4.1 X 9 = 36.9 peratus dari harga asal kereta.
Jadi harga kereta sekarang ialah, = RM60,000 X 1.369 = RM 82,140 (Jumlah hutang dengan bank) (Beza dengan harga asal kereta sebanyak RM22,140)
Jumlah yang perlu dibayar setiap bulan pula, 12 bulan X 9 tahun = 108 bulan
RM 82,140 / 108 = +-RM761 (sebulan)
Untuk memiliki kenderaan bernilai RM60,000, seseorang itu sebaik-baiknya perlu memiliki gaji sebanyak RM2,500!
Ish ish ish, berita buruk kepada yang tengah merancang nak beli kereta ni, kena cepat-cepat uruskan pinjaman sebelum hari isnin depan la ye. Seronoknya bila terkenangkan pada satu masa dulu kadar faedah sewa beli kereta cuma 2.5 peratus setahun.
Bila kadar faedah sewa beli kereta nasional dan import dah semakin dekat, nampaknya rakyat tiada pilihan lain la selain terpaksa beli kereta nasional kan. Bagusnya kalau kualiti dan taraf kereta nasional tinggi seperti kenderaan import lain.
Apa-apa pun, semoga tiada yang teraniaya disebabkan peningkatan faedah sewa beli ni ye.
Recent Comments