Anda biasa makan sushi? Suka makan sushi? Apa kata anda cuba fenomena sushi terbaru ni, Sushi yang boleh menyala dalam gelap, atau Sushi ‘Glow in the dark’!
Cuba tengok beberapa gambar sushi menyala dalam gelap di bawah ini :
Sebenarnya, sushi ‘glow in the dark’ itu dibuat menggunakan ikan-ikan yang telah diubah genetiknya. Ikan-ikan itu disuntik dengan genetik obor-obor yang mampu mengeluarkan warna florousen dari badannya.
Yang menariknya, pelbagai warna yang mampu dihasilkan! Ada warna merah, oren, hijau, biru, dan juga ungu!
Tak cukup dengan tu, siap ada video rancangan memasak sendiri pula tu di YouTube! Tengok ni :
Perempuan Indonesia berumur 38 tahun ini bernama Miskaulah, berasal dari Dusun Jangan Asem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabo, Sidoarjo, Indonesia.
Dia memakan 3 hingga 5 ekor ayam hidup setiap hari, tanpa dimasak, tanpa disembelih, dan juga tanpa dicabut bulu-bulu ayam itu. Bukan saja memakan ayam itu hidup-hidup, malah darah ayam itu juga dijadikan minuman begitu saja oleh Miskaulah ini!.
Jijik sangat!
Berat badan si Miskaulah ni dah menjangkau 101KG!
Tak haram ke kalau makan ayam hidup tak disembelih tu? Najis tu!
Tidak hairan kalau ada sesetengah diantara kita yang tidak suka makan apatah lagi bau durian. Tapi tahukah anda, kucing pun minat makan durian tau?
Dikatakan kalau makan durian dalam jumlah yang banyak, badan akan terasa panas, dan suhu badan pula akan meningkat. Bagaimana pula dengan kucing? Suhu badan kucing pun boleh meningkat macam manusia kalau makan durian?
Orang kata, kalau anda tak minat makan durian, bermakna anda dah kerugian satu nikmat dunia!
Ada antara kucing ni, sampai memilih kalau makan durian. Nak durian yang gred mahal je, Musang King la, D24 la. Kalau durian gred murah, bau je dah lari. Amboi, kucing pun pandai memilih durian.
Apa-apa pun, jom tengok video YouTube gelagat kucing yang minat makan durian dibawah ini.
Seorang profesor dari Universiti Okayama, Jepun, telah menghasilkan makanan daging burger menggunakan najis melalui kajian yang beliau jalankan.
Profesor tersebut, Mitsuyuki Ikeda, kajian yang dijalankan beliau adalah bagi persediaan untuk menghadapi krisis makanan yang akan berlaku di dunia ini.
Makanan yang dihasilkan menggunakan najis manusia ini dipanggil sebagai daging artifisial moden dimana ianya mengandungi zat serupa dengan daging haiwan yang sebenar.
Menggunakan ekstrak Protein dari najis beliau sendiri, beliau berjaya menghasilkan kepingan daging burger yang boleh dimakan dan mempunyai rasa serupa seperti daging.
Saksikan kajian ini dalam video dibawah:
Menurut beliau juga, tidak mustahil untuk manusia memakan daging palsu najis ini kerana apa yang jadi penghalang hanyalah pemikiran psikologi manusia sendiri.
Alamak, biar betul si Ikeda ni, sanggup pula dia makan najis sendiri? Habis tu, galakkan orang lain makan najis sendiri pula.
Tapi masalahnya, betul ke wujud masalah krisis kurang makanan? Macam tak pernah berlaku je setakat ni. Menurut Ikeda juga, daging ‘najis’ ni lebih mahal dari harga daging sebenar!
Macam-macam orang Jepun ni, teknologi terlalu canggih sampaikan ada masa untuk buat kajian sebegini.
JAKIM mengesahkan produk HP Sauce, dan Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi dan ianya disahkan Haram.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Sazali Harun, meminta pemegang dan pemohon sijil Halal yang menggunakan produk tersebut untuk melakukan proses samak dan mengemukan bukti kepada JAKIM.
Pihak terbabit juga diminta menggantikan penggunaan produk berkenaan dengan produk lain yang mempunyai perakuan sijil Halal.
Nampaknya Tabasco kini dah tak boleh lagi diletakkan di rak bahagian penambah rasa makanan di mana-mana pasaraya. Kini ianya akan dialihkan ke bahagian ‘Non-Halal’.
Bagaimana pula bagi mereka yang sememangnya menggemarkan sos Tabasco ini? Anda perlu mencari pengganti bagi sos ini dan sememangnya banyak lagi alternatif lain untuk produk sos ini.
Ianya akan mula dijual di McDonald’s seluruh negara bermula pada 16 Jun 2011 (Khamis) akan datang dan sudah ianya akan menjadi menu pilihan peminat McDonald’s.
Hangat betul isu mengenai makanan IKEA Meatball yang dikatakan haram, dan menurut maklumat mengatakan ianya masih ditutup sehingga sekarang. Nak resipinya?
Anda boleh tengok sendiri kandungan isi yang digunakan dan juga cara membuatnya, tapi tak pasti pula kalau di Malaysia pun sama cara penghasilan dan memasaknya.
How to make your own meatballs:
Ingredients:
250gm minced beef
250gm minced pork
1 egg
200-300ml cream and water (or milk and water)
2.5 tbsp. finely-chopped onion
50ml unsweetened rusk flour
2 cold boiled potatoes
4-5 tbsps butter, margarine or oil
Salt and pepper
Instructions:
Heat the onion till golden in a couple of tablespoons of lightly browned butter.
Mash the potatoes and moisten the rusk flour in a little water.
Mix all the ingredients until there is consistency and flavour generously with salt, white pepper and (optional) a little finely crushed allspice.
Use a pair of spoons to shape the mixture into relatively large, round balls and transfer to a floured chopping board.
Fry them slowly in plenty of butter.
How to make the cream sauce:
Ingredients:
100ml cream
200ml beef stock
Chinese soya sauce
1 tbsp white flour
Salt, white pepper
Instructions:
Swirl the boiling water or beef stock in a pan.
Add cream and thicken with white flour if preferred.
Season well with salt and pepper.
Serve the meatballs with the sauce, freshly boiled potatoes, uncooked lingonberry jam and salad.
Anda tahu apa kandungan penting dan istimewa lagi ekslusif IKEA Swedish Meatball ni? Minced Pork! (Daging Babi Cincang)
Harap-harap yang dimasak di Malaysia ni tidak mengandungi daging babi, ke dah disahkan memang mempunyai daging babi? Apa status Meatball ni? Halal ke Haram?
Hebat, tahukah anda di Kelantan terdapat restoran yang menggabungkan citarasa restoran makanan segera McDonalds, KFC dan Pizza Hut? MAC’ DE Pizza Hir – Hanya di Kelantan!
Siap dengan Delivery tu! Cuba telefon 019-9996981, ada tak?
Apa-apa pun, belum cuba lagi makan makanan di restoran ni, mungkin sama hebat dengan McDonalds, KFC dan Pizza Hut agaknya.
Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang kawalan serangga mendakwa bahawa mengamalkan makan serangga ratu anai-anai mampu merangsangkan aktiviti seks.
Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun, berkata, beliau telah mengamalkan pemakanan ratu anai-anai selama 7 tahun. Cara untuk makan ratu anai-anai ini adalah paling berkesan dalam lingkungan 15 minit sebelum memulakan aktiviti seks.
Kata beliau, memakan ratu anai-anai mempunyai kesan seperti memakan Viagra.
Beliau turut mendakwa bahawa beliau turut menjual serangga tersebut bagi mereka yang berminat. Harganya bernilai diantara RM2,500 sehingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan warna ratu anai-anai tersebut. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika beliau menjual 3 ekor ratu anai-anai dengan jumlah RM7,000!
Namun demikian, Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Ismail Thamby, berkata kenyataan Abdul Rahim cuma merupakan rekaan dongeng semata-mata. Tiada bukti saintifik sebenar untuk mengesahkan kenyataan ini.
Dr Ismail berkata bahawa segalanya cuma efek psikologi pemakannya yang memikirkan bahawa perbuatan tersebut boleh berkesan.
Recent Comments