Isu mengenai Barbican Halal atau Haram semakin merungsingkan kerana minumin Bir yang berasal dari UAE (Emiriyah Arab Bersatu) itu dikatakan mengandungi alkohol.
Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa segala minuman dengan paras alkohol melebihi 0.01 peratus adalah haram, dan berdasarkan kaji siasat yang dibuat, minuman malta Barbican mempunyai kandungan alkohol sekurang-kurangnya 0.05 peratus.
Berdasarkan fatwa ini, mengatakan bahawa meskipun ianya tidak memabukkan, tetapi dalam kuantiti yang besar ianya mampu memudaratkan minda manusia. Dan sebarang apa yang memudaratkan manusia adalah haram, meskipun dalam kuantiti sikit ataupun besar.
Namun, ada pula yang mempersoalkan mengenai makanan dan minuman lain yang mungkin besar atau sikit, mempunyai kandungan alkohol didalamnya. Contohnya makanan Tapai, yang dikatakan mempunyai sedikit kandungan alkohol meskipun ianya tidak disahkan, dan juga beberapa minuman ringan lain yang luas dipasarkan.
Adakah dengan persoalan tersebut, membuatkan status halal minuman ini diragui?
Kenyataan lain memberitahu bahawa, amalan meminum bir tanpa alkohol ini menjadi persoalan apabila ianya seolah-olah cuba meniru pada amalan dunia barat di negara bukan negara islam dimana ianya seumpama amalan meminum minuman alkohol (Arak) yang sudah menjadi kebiasaan disana.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri lain telah pun diarahkan untuk memantau dan jika perlu, menyekat penjualan minuman-minuman yang berkaitan dari dijual.
Hebat, tahukah anda di Kelantan terdapat restoran yang menggabungkan citarasa restoran makanan segera McDonalds, KFC dan Pizza Hut? MAC’ DE Pizza Hir – Hanya di Kelantan!
Siap dengan Delivery tu! Cuba telefon 019-9996981, ada tak?
Apa-apa pun, belum cuba lagi makan makanan di restoran ni, mungkin sama hebat dengan McDonalds, KFC dan Pizza Hut agaknya.
Ingat lagi dulu kisah mengenai nenek tua di China tumbuh tanduk? Kali ni seorang datuk pula tumbuh tanduk, tapi di bahagian belakang kepala! Dahsyat!
Huang Yuanfan, 40 tahun, berasal dari daerah Ziyuan selatan China, mempunyai tanduk berukuran 3 inci setakat ini, dan ianya semakin memanjang!
Beliau sedar akan wujudnya penumbuhan tanduk tersebut sejak dua tahun lepas, dan ianya sehingga kini masih belum berhenti untuk memanjang. Doktor berkata bahawa tidak pasti apa yang menyebabkan penumbuhan tanduk tersebut, dan jikalau mereka cuba membuangnya, ianya akan tumbuh semula.
Adakah ini berpunca dari masyarakat di China yang sering mencipta produk makanan tiruan dan palsu?
Sampaikan Beras, Telur, Pau segalanya dipalsukan! Macam mana tak tumbuh tanduk, betul tak?
Macam-macam China ni, tak lama lagi agak-agaknya semua orang di sana pun tumbuh tanduk.
Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?
Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.
Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.
Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?
Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.
Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.
Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.
Ingat lagi bulan lepas dengan promosi Big Breakfast McDonald’s? Bukan main hebat lagi sambutannya! Kali ini, McDonald’s datang lagi dengan Percuma Sausage McMuffin with Egg!
Kali ini, anda tidak lagi berbelanja apa-apa pun untuk menggunakan kupon ini, apa yang anda perlu lakukan cuma paparkan kupon tersebut dan anda boleh nikmati Sausage McMuffin with Egg percuma anda! Malah, jika anda berminat, terdapat menu Add-on dengan diskaun menarik untuk anda!.
Namun, agak dukacita sedikit mungkin, kupon ini tidak boleh di cetak sendiri dan kupon ini adalah terhad pemberiannya. Anda cuma perlu dapatkan kupon ini di restoran McDonald’s berdekatan anda, dan gunakannya.
Contoh kupon tersebut adalah seperti dibawah, harap maklum ya, walaupun anda cetak sendiri, kupon ini tetap tidak dapat digunakan. Cuma Kupon Asal yang diterimapakai.
Ingat lagi entri sebelum ini mengenai International Culture Night (ICN) di Universiti Teknologi Petronas? Mulai hari ini, pelbagai acara sampingan diadakan sebelum berlangsungnya ICN.
Acara sampingan yang bermula hari ini dan bermula sejak awal pagi tadi, ialah Green Globe Expo dan International Culture Exhibition.
Pelbagai gerai-gerai kecil dibuka di ekspo tersebut. Antaranya gerai-gerai menjual pelbagai hidangan makanan ringan dan minuman, pakaian dan aksesori kecantikan, malah tidak kurang juga gerai-gerai khas yang menampilkan keunikan berlainan bangsa yang dipaparkan oleh pelajar-pelajar antarabangsa.
Kalau itu tidak cukup, ada pelbagai aktiviti dan permainan menarik untuk dicuba! Malah, permainan ekstrem seperti Paintball turut disediakan!
Ingin dapatkan tiket untuk International Culture Night yang berlangsung pada 1 April? Jangan lupa singgah ke gerai jualan tiket yang disediakan Khas!
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Green Glove Expo dan International Culture Exhibition :
Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011
Tempat : Poket D dan Poket C, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak.
Baru-baru ini video yang menayangkan kekejaman terhadap haiwan semakin tersebar luas. Video yang terbaru menyaksikan seorang remaja perempuan membunuh seekor arnab.
Mungkin ada antara anda memikirkan bahawa tindakan kejam ini adalah cuma satu kemalangan atau mungkin gadis tersebut mungkin hanya pesakit mental.
Namun tidak, ini adalah kerana, dimaklumkan adalah video tersebut adalah milik sebuah kumpulan kejam di internet, yang menggelarkan diri mereka sebagai “Crush Fetish”.
Kumpulan ini, “Crush Fetish”, membuat video ini dengan tujuan memperoleh keuntungan.
Dimana video-video rakaman kejam ini akan dijual kepada pelanggan berkenaan dalam bentuk DVD keluar negara dengan harga yang tinggi.
Malah, gadis-gadis atau ‘pelakon’ dalam video tersebut bukanlah ahli secara terus kepada kumpulan “Crush Fetish” ini, namun, para pelakon ini dibayar dengan harga tinggi untuk melakukan aksi tersebut.
Segala video ini dibuat di China, ini kerana setakat ini China masih belum mempunyai akta undang-undang terhadap kekejaman binatang. Saksikan saja berapa ramai orang di China yang memakan binatang secara hidup-hidup, malah kucing pun jadi makanan secara hidup-hidup.
Untuk setiap video tersebut, harga yang dibayar adalah serendah 3,000 Yuan (RM 1,412.23) sehingga 6,000 Yuan (RM 2,824.35)
Video tersebut tidak dapat ditayangkan oleh kerana atas dasar unsur-unsur kekejaman yang terlampau, sila email secara personal untuk saksikan video tersebut.
Gambar dibawah menunjukkan beberapa screenshot video tersebut yang menunjukkan seorang gadis duduk diatas seekor arnab sehingga mati.
Wow, Menu hidangan terbaru dari Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger!
Burger terbaru dari Burger King ini didatangkan dengan burger daging lembu asli 100% dibakar, ditambah dengan kepingan keju asli dari Amerika, dicelup dengan sos steak pekat istimewa, bawang istimewa, mayonis, kepingan tomato segar, sayur bayam dan roti sandwich dengan bijiran jagung!
Ianya dijual dengan harga RM15.90 untuk set regular, dilengkapi air bikarbonat dan french fries saiz regular. Dan untuk set burger sahaja, ia cuma berharga RM12.50.
Yang menarik, bagi sesiapa yang memilih set regular, anda juga berpeluang untuk dapatkan free upgrade tanpa sebarang bayaran bertukar ke set Large!, apa motif sebenar ye? kenapa tak bagi je terus set Large? Psikologi kot ni,
Burger King turut ada menganjurkan peraduan khas sempena Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger ini, rujuk pada laman Facebook rasmi Burger King.
Wow, nampaknya KFC Malaysia bawakan lagi kelainan dalam pilihan hidangan untuk anda dan keluarga, KFC Egg Tart!.
Hebat, makanan tradisional masyarakat Cina dan Portugis sedunia ini nampaknya diberi sentuhan unik tersendiri oleh KFC dan dijadikan sebagai menu sampingan terbaru.
Mungkin ianya akan lebih sedap berbanding sememangnya enak Egg Tart dari Hong Kong dan Portugal? Belum cuba, belum tahu!
” Rich, Creamy, and Simply Irresistible “,
Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk mencuba KFC Egg Tart ini, dapatkan Voucher diskaun untuk anda dibawah.
Kini anda boleh dapatkan KFC Egg Tart dengan hanya RM1 setiap satu! (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Recent Comments