Tag Archive | "Malaysia"

Nazmi Faiz sah ke Beira Mar, pemain Malaysia pertama di Eropah!


Nazmi Faiz sah ke S.C. Beira Mar! Mengesahkan tempatnya sebagai pemain pertama Malaysia yang bakal bermain di Eropah, sekaligus sebagai bintang baru dunia.

Kelab dari Liga Primeira Portugal, Sport Clube Beira-Mar mengesahkan perkara tersebut dengan memaparkan gambar Nazmi Faiz yang sedang menandatangai kontrak untuk kelab divisyen satu Portugal itu.

nazmi faiz beira mar Nazmi Faiz sah ke Beira Mar, pemain Malaysia pertama di Eropah!

Menurut sumber, Nazmi Faiz sudah menandatangi kontrak selama 3 tahun, yang akan menempatkan bintang muda Malaysia itu bersama pemain profesional Beira Mar sehingga tahun 2015.

Kelab itu yang menamatkan musim 2012 dengan kedudukan ke-12, akan bersaing dengan nama besar dalam liga bola sepak Eropah seperti Sporting Lisbon, Benfica dan juga FC Porto. Kemungkinan untuk melihat Nazmi Faiz bermain menentang mereka mungkin agak tipis, tapi tak mustahil dalam tempoh setahun lagi, nama Nazmi Faiz pula yang akan disebut peminat di Portugal sana.

Mengesahkan tempatnya untuk bermain bersama Beira Mar, Nazmi Faiz akan digugurkan dari skuad Harimau Muda A yang sedang dalam buruan kejuaraan Liga Singapura, Liga S. Nazmi Faiz juga akan dikehendaki untuk mempelajari bahasa Portugis bagi memudahkan peralihan dirinya disana.

nazmi faiz beira mar 2 Nazmi Faiz sah ke Beira Mar, pemain Malaysia pertama di Eropah!

“It’s hard to describe what I feel right now. This was my big chance and luckily I did. Playing in Europe was a long time, my big dream. I am extremely happy and motivated for this step I have to go. I liked the Beira-Mar from the first moment and I’ve found the right place to evolve, I was very well received by all, but I emphasize the words of coach Ulisses Morais and Captain Hugo. His teachings are precious to me and my learning at the Beira-Mar and Portuguese football, which is famous anywhere in the world. Everything I do to take this opportunity to become a better player and honor my country. Those are my big goals.” – Nazmi Faiz

“Sukar untuk saya jelaskan apa perasaan saya ketika ini. Ini adalah peluang besar saya dan saya bertuah. Bermain di Eropah sudah lama menjadi impian diri. Saya berasa teramat gembira dan rasa bersemangat untuk haluan ini. Saya meminati Beira-Mar dari saat awal dan peluang untuk berkembang, saya diterima baik semua orang tetapi menekankan ajaran jurulatih Ulisses Morais dan Kapten Hugo. Ajarannya amat berharga dan pembelajaran saya di Beira-Mar dan permainan Portugis adalah amat terkenal di serata dunia. Segala yang saya lakukan dengan peluang ini adalah untuk menjadi pemain yang lebih baik serta mengharumkan nama negara. Ini adalah sasaran utama saya.” – Nazmi Faiz

Hebat Nazmi Faiz, semoga berjaya di Eropah!

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia 2012


Skuad hoki remaja Malaysia berjaya merangkut pingat emas pertama dalam saingan Junior Asia Cup Hockey selepas 25 tahun, menewaskan Pakistan.

Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk skuad remaja itu menewaskan juara 3 kali, Pakistan dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Bukit Serendit, Melaka.

malaysia juara piala hoki asia 2012 Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia 2012

Faisal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke-2 perlawanan, dan kemudiannya Mohd Syamim Mohd Yusof menambah keperitan Pakistan pada minit ke-18. Malaysia kelihatan langsung tidak goyah sepanjang separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampilkan kebangkitan Pakistan untuk mengejar mata. Irfan membawa pulang satu jaringan untuk Pakistan pada minit ke 42, dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Ketua jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, K. Dharmaraj berkata, semoga dengan kemenangan kejuaraan perlawanan itu, akan menjadi detik untuk kemajuan sukan hoki di negara ini.

Perlawanan itu disaksikan oleh lebih 7,000 peminat yang hadir ke stadium sebelum jam 8 malam lagi.

Tahniah Malaysia! Tahniah Skuad Hoki Remaja Malaysia!

Berikut adalah video jaringan sepanjang perlawanan tempohari.

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Arab Saudi bakal sekat jemaah Haji Malaysia, kerana Bersih 3.0


Kerajaan Arab Saudi mungkin menyekat jemaah Haji Malaysia untuk menunaikan Haji kerana perhimpunan haram Bersih 3.o yang dilangsungkan disana.

Maklum kerajaan disana, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di negara itu tanpa permit dan diadakan di kota Mekah dan kota Madinah.

bersih 3 gagalkan haji Arab Saudi bakal sekat jemaah Haji Malaysia, kerana Bersih 3.0

Oleh kerana kerajaan Arab Saudi amat mengambil berat keselamatan para jemaah seluruh dunia yang datang menunaikan ibadah haji dan umrah di negara itu,  Arab Saudi mungkin mengambil langkah drastik untuk menyekat jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Penggantungan ini masih lagi belum muktamad, dan masih di tahap perbincangan.

Kerajaan Arab Saudi amat sensitif dengan isu berhimpun apatah lagi perhimpunan-perhimpunan haram, ini kerana berlakunya pelbagai pergolakan yang digelar sebagai ‘kebangkitan Arab’ di negara-negara Timur Tengah, di mana wujud pelbagai hasutan untuk rakyat menentang kerajaan.

p/s: Hmm, ini bukan agenda asal dalam Bersih 3.0 ni, harap-harap jelaskan isu ini, jangan sampai terkilan ramai orang yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

Posted in News, WorldComments (0)

Manchester City sah ke Malaysia Julai 2012 Asia Tour


Salah satu dari kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah disahkan akan hadir ke Malaysia sempena latihan pra-musim mereka Julai ini!

Pengurus dan ketua jurulatih kelab Manchester City, Roberto Mancini bakal menghidangkan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris tempatan dengan skuad yang sudah ramai sedia maklum, penuh dengan ramai bintang-bintang ternama seperti David Silva, Sergio Aguero, dan juga Carlos Tevez!.

Manchester City akan bertemu dengan pasukan pilihan Malaysia (Malaysia XI Selection), Harimau Malaya, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai nanti, lebih kurang seminggu selepas Harimau Malaya bertemu dengan sebuah lagi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC.

Manchester City malaysia tour 2012 Manchester City sah ke Malaysia Julai 2012 Asia Tour

Dengan kehadiran Manchester City kali ini, Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang pernah dikunjungi kelab Manchester City ini.

Maklumat mengenai harga tiket dan pakej yang ditawarkan akan dikeluarkan oleh ProEvents pada masa akan datang.

Terbukti minat mendalam terhadap Liga Perdana Inggeris sangat tinggi di Malaysia sehinggakan ada rancangan dimana RTM akan turut menyiarkan perlawanan pilihan dari Liga Perdana Inggeris!

 

Posted in News, SportComments (0)

Video Polis Malaysia biadap dengan pelancong


Jom tengok ni, satu video memalukan mula tersebar dimana pelancong luar dikatakan disoal di-’serang’ dengan Polis Malaysia secara tidak berhemah didalam bas.

Eh, garangnya polis ni? Sampai menjerit-jerit ketika bersoal.

Video yang dikirim ini kelihatan agak tidak jelas apabila cuma sedikit bahagian yang ditayangkan, dan tidak pasti dan jelas apa punca berlakunya pertelingkahan ini.

Dalam erti kata lain, pelancong ini juga silap kerana tidak membawa passport dirinya ketika berjalan-jalan di kawasan awam, kerana itu adalah satu kewajipan bagi sesiapa sahaja yang melancong di Malaysia.

Dan juga polis ini tidak sepatutnya meninggikan suara, kerana bukanlah adab sebenar rakyat Malaysia apabila bertindak kurang-ajar terhadap tetamu negara kita.

Apa pendapat anda?

Posted in Random, YouTubeComments (2)

Hard Disk Western Digital palsu dijual di PC Fair!


Anda biasa beli barang elektronik atau gajet komputer di PC Fair? Tanpa sedar, anda mungkin telah ditipu. Jom tengok kes Hard Disk HDD Western Digital palsu yang dijual ini!

Dalam sekali pandang dari segi luaran, memang tidak syak yang Hard Disk External Western Digital ini merupakan palsu kerana ia dilihat amat menyerupai produk yang sebenar!

hardisk pendrive palsu 2 Hard Disk Western Digital palsu dijual di PC Fair!

Lagi mengejutkan, berdasarkan resit yang digunakan untuk jual beli antara pengedar ini, harga yang dijual dan dinyatakan adalah amat hampir sama dengan harga yang dijual untuk  Hard Disk External Western Digital yang asli. Jadi amat sukar jikalau pembeli hendak mengesyaki sesuatu masalah mengenai penjual Hard Disk ini.

hardisk pendrive palsu 3 Hard Disk Western Digital palsu dijual di PC Fair!

Winz Tech Supply Ent (C0021789-B)

22-2, 2nd Floor, Jalan 12/118A, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.

Tel : 016 651 9733

500GB HD – RM185

Namun selepas pembeli itu membawa pulang pembelian itu, dia dapati yang Hard Disk itu beroperasi dalam keadaan yang terlalu senyap (Umpama pendrive), dan cuba membuka Hard Disk itu.

Mengejutkan, apa yang ditemui adalah seperti dalam gambar berikut :

hardisk pendrive palsu 1 Hard Disk Western Digital palsu dijual di PC Fair!

Hard Disk itu cuma mengandungi sekeping Pendrive yang telah terbuka dan terdedah, dan juga ketulan besi tidak berkaitan sebagai pemberat!!!

Dengan jelas, ini bukanlah kandungan yang sepatutnya ada dalam sebuah Hard Disk External!

Memalukan!

Berdasarkan kajian lanjut, rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, dan produk palsu ini datangnya dari negara China dan telah lama tersebar di seluruh pasaran Malaysia, tanpa sedari atau tidak disedari pelanggan.

Malah, diluar negara juga sudah banyak berlaku kes sebegini.

Sebarkan pada orang ramai semoga semua sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah tertipu! Dapatkan belian gajet komputer anda dari pengedar yang tulen dan sah!

Posted in News, TechnologyComments (0)

Arsenal FC sah ke Malaysia untuk Asia Tour 2012!


Tahun lepas, Arsenal FC telah menjejak kaki ke Kuala Lumpur untuk EPL Tour 2011, dan kali ni, mereka akan singgah di Kuala Lumpur lagi untuk Arsenal FC Asia Tour 2012!

Arsenal FC Asia Tour 2012 ini akan membawa skua Arsenal FC menjelajah ke Malaysia, China dan juga Hong Kong. Mereka akan bertemu dengan skuad Harimau Malaya (Malaysia XI) di Stadium Bukit Jalil, Manchester City di Beijing, dan Kitchee FC di Hong Kong.

Arsenal FC akan berada di Kuala Lumpur pada 23 Julai, dan pada hari yang sama akan diadakan acara latihan secara terbuka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akan diadakan pada 24 Julai, sepak mula tepat pada jam 9.35 malam.

arsenal malaysia asia tour 2012 Arsenal FC sah ke Malaysia untuk Asia Tour 2012!

Apa lagi, nampaknya peminat Arsenal di Malaysia ni berpeluang lagi lah untuk bertemu dengan bintang-bintang kegemaran mereka seperti Jack Wilshere (Dalam gambar), Ryo Miyaichi (Dalam gambar), dan tak lain dan tak bukan, penjaring terbanyak Liga Bola Sepak Inggeris ketika ini, Kapten Robin Van Persie!!

Harga tiket, dan maklumat lanjut perlawanan persahabatan ini akan diumumkan kemudian.

Posted in News, SportComments (0)

FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan ke Malaysia!


FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan nampak sudah hampir sah untuk hadir ke Malaysia dalam Asia Tour mereka dijangka pada bulan Jun nanti! Jom tengok!

barcelona acmilan manchester asia tour 2012 FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan ke Malaysia!

PERLAWANAN PERSAHABATAN : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ASIA TOUR 2012

FC Barcelona : 16 Jun 2012, 8.30 malam

Manchester United : 19 Jun 2012, 9.30 malam

AC Milan : 23 Jun 2012, 10 malam

Akan ditayangkan Live di Astro Arena dan Astro Supersport

Tak pasti gambar yang dikirim ini adalah sah dan boleh dipercayai, tapi berdasarkan maklumat, jadual ini hampir benar dan maklumat lanjut akan dihebahkan kemudian.

Cuma agak tertanya-tanya dengan jadual waktu siaran 9.30 malam dan 10 malam tu. Nampak macam terlalu lewat kalau untuk waktu sepak mula di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa-apa pun, menarik ni! Bagi peminat bola sepak liga Eropah, kehadiran tiga pasukan gergasi dari England, Sepanyol dan Itali ni sememangnya dinanti-nantikan!

Maklumat lanjut akan disampaikan segera mungkin.

Posted in News, SportComments (2)

Laman web FAM kena hack, lagi


Aduhai tak sudah-sudah laman web FAM ni kena hack. Dah jadi macam tiap-tiap bulan kena hack. Apa ke tak buat kerja ke webmaster laman web FAM ni?

fam kena hack lagi Laman web FAM kena hack, lagi

Klik untuk paparan besar

Penuh laman web tu ditulis dengan pelbagai maki dan marah memaksa ahli jawatan tertinggi FAM (Football Association of Malaysia) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk meletakkan jawatan.

Ini semua adalah akibat berlakunya pelbagai kes melibatkan sukan bolasepak tanah air, dan juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia di pentas antarabangsa yang semakin merundum, sehinggakan baru-baru ini kedudukan Malaysia semakin jatuh menjunam.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila lah ke http://www.fam.org.my/ untuk lihat apa yang berlaku.

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Gambar Aeon Jusco Ipoh Station 18 baru


Ramai yang menantikan sudahnya pembinaan pusat membeli-belah baru Aeon Jusco di Pengkalan, atau dikenali dengan nama Station 18. Jom tengok gambarnya disini!

Aeon Ipoh Jusco Station 18 a Gambar Aeon Jusco Ipoh Station 18 baruAeon Ipoh Jusco Station 18 b Gambar Aeon Jusco Ipoh Station 18 baruAeon Ipoh Jusco Station 18 c Gambar Aeon Jusco Ipoh Station 18 baruAeon Ipoh Jusco Station 18 d Gambar Aeon Jusco Ipoh Station 18 baru

Klik pada gambar kecil dibawah untuk paparan yang lebih besar.

Cantik bukan?

Aeon Jusco Ipoh Station 18 baru ini akan dilancarkan secara rasminya pada esok hari, 29 Mac 2012.

Katanya, pusat membeli-belah Aeon Jusco ini akan dinobatkan sebagai pusat membeli-belah Aeon Jusco yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia!! Lebih besar berbanding di Pulau Pinang dan juga yang sedia ada di Kinta City Ipoh!

Hmm, bila agaknya boleh ke sini ni? Hehe.

Kredit Gambar : Ipoh.com

Posted in Malaysia, NewsComments (0)







Partly powered by CleverPlugins.com