Tag Archive | "Malaysia"

Russell Peters Live in Kuala Lumpur May 2012


Kenalkah anda dengan Russell Peters? Pelawak paling rasis yang pernah anda temui ini akan datang ke Kuala Lumpur untuk persembahan pertama kalinya disini!

Perkara ini disahkah melalui laman Facebook rasminya :

russell peters live in malaysia Russell Peters Live in Kuala Lumpur May 2012

Bukan sahaja Malaysia, Russell Peters akan turun membuat persembahan dibeberapa negara Asia lain seperti Hong Kong, Bangkok, Singapore, dan juga Jakarta. Tarikh persembahan yang dirancang adalah pada bulan Mei 2012 ini.

Maklumat tiket, lokasi persembahan dan tarikh sebenar masih belum lagi dihebahkan. Segalanya boleh dikatakan 90% sudah boleh disahkan.

Nampaknya berdasarkan ruang komen di laman Facebook itu, ramai juga yang tidak sabar-sabar untuk menantikan kehadiran Russell Peters ke Kuala Lumpur. Ramai juga peminat dia di Malaysia rupa-rupanya.

russell peters live in kuala lumpur Russell Peters Live in Kuala Lumpur May 2012

Russell Peters merupakan pelawak yang amat bijak menggunakan lawak memperlekehkan kaum lain seperti Arab, Cina, India dan juga Orang Putih. Belum pernah lagi dengar dia ni memperlekehkan bangsa melayu, mungkin lepas ni boleh dengar la kot.

 

Posted in EntertainmentComments (0)

Isu konsert dan tatu kalimah ALLAH di badan Erykah Badu


Anda kenal Erykah Badu? Tak kenal? Kalau anda nak tahu, konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur dibatalkan kerana penyanyi itu didapati mempunyai tatu dengan kalimah ALLAH!

Konsert Erykah Badu ni sebenarnya dijadualkan berlangsung esok, di Planery Hall, KLCC.

Menurut maklumat, pihak penganjur cuba memadamkan tatu pada gambar badan Erykah ini bagi kononya tidak menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Dimana sudah sedia maklum, tatu adalah haram disisi Islam, dan apatah lagi menggunakan kalimah ALLAH sebagai tatu di badan!

facebook erykah badu Isu konsert dan tatu kalimah ALLAH di badan Erykah Badu

Nampak dengan jelas bukan? Tak sangka pihak penganjur sanggup mencuba untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan mengolah gambar asal Erykah Badu.

Setelah mendapat desakan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) mengambil tindakan membatalkan konsert Erykah Badu itu.

Dalam hal lain, beberapa editor akhbar The Star dipanggil dan direman setelah memaparkan gambar Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah itu secara terbuka dalam akhbarnya.

Tak sangka kan?

p/s : entah siapa entah Erykah Badu ni, ada ke orang nak datang konsert dia? tak terkenal kot? Haha

Posted in Concert, EntertainmentComments (0)

Ngeri! Gambar pencuri kabel elektrik hangus terbakar!


Dahsyat, kalau ada pencuri kabel elektrik tengok ni, sah lepas ni terus bersara dan insaf! Tengok ni gambar pencuri kabel elektrik hangus terbakar ketika cubaan mencuri!

pencuri kabel elektrik Ngeri! Gambar pencuri kabel elektrik hangus terbakar!

AMARAN : Gambar kategori NGERI, kalau agak-agak anda sedang makan atau tak berapa minat, sila abaikan SPOILER.

Spoiler SelectShow

Lokasi kejadian dipercayai luar negara. Nasib baik bukan di Malaysia betul tak?

Tapi memang wujud kes kecurian kabel sebegini di Malaysia, dan memang sudah berlaku pun kes pencuri yang terbakar satu badan atau ‘Major Burn’ dan pencuri itu maut. Cuma ianya tidaklah diwar-warkan di surat khabar kerana cuma kes terpencil.

Dahsyat bukan? Mengerikan!

Posted in RandomComments (0)

Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism


Jom tengok video temubual mangsa pukul pekerja KFC ketika perjumpaan dengan media. Nak tahu betul atau tidak kisah yang tersebar, kena dengar juga dakwaan pihak mangsa.

Tak pasti nak huraikan apa  dan nak jelaskan apa, mungkin anda boleh lihat sendiri dalam video yang dirakam oleh pihak MalaysiaKini.tv.

Mungkin sedikit kesimpulan yang boleh dihuraikan disini, mangsa mendakwa dirinya bukan punca pergaduhan, dan pekerja KFC yang memulakan pertelingkahan itu. Dan segala kata-kata kesat adalah berpunca dari pekerja itu sendiri.

Turut dinyatakan adalah pelanggan itu mula marah kerana Ayam Goreng KFC itu didakwa tidak mencukupi walaupun mereka telah membayar terlebih dahulu untuk menggunakan kupon baucar KFC di restoran KFC cawangan I-City itu.

Mungkin ini agaknya kupon yang dinyatakan? : Kupon KFC Groupon Malaysia.

Hmm, macam-macam ni, dah macam terbalik pula dengan dakwaan asal dalam entri sebelum ini.

Rasanya, cara mudah untuk mencari punca sebenar pertelingkahan ini adalah dengan memanggil saksi-saksi yang ada ketika kejadian untuk memberikan kenyataan sebenar (Macam ramai je di kawasan kejadian? Berdasarkan video), atau dengan melihat kembali kejadian itu menggunakan rakaman CCTV yang ada? (Kalau cawangan itu ada pasang CCTV la kan, takkan la tak ada).

Apa-apa pun, boleh layan dulu Komik ‘Parody’ kes KFC ni hasil karya Hexism /k/.

komik kfc hexism Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism

Hahahahaha. Adakah gambar terakhir itu gambar maskot McDonalds?

Posted in Food, Malaysia, NewsComments (0)

Eh, kereta Cadillac Pink Elvis di Kuala Lumpur?


Amboi, antara kereta yang paling unik dilihat di Malaysia, apatah lagi di Kuala Lumpur. Cadillac Pink Elvis ini dilihat amat menyerupai model asli dan dalam keadaan cantik!

elvis pink cadillac in malaysia Eh, kereta Cadillac Pink Elvis di Kuala Lumpur?

Model Cadillac ini terlalu panjang, sehinggakan nak di letakkan di tempat parking dalam posisi normal pun tak boleh! Terpaksa disengetkan sedikit kerana panjang belakang kereta itu yang melebihi ruang parking yang disediakan.

Model Cadillac berwarna Pink ini, yang mempunyai nombor pendaftaran T-ELVIS ini amat menyerupai model asli Cadillac yang popular milik Artis terkenal Amerika, Elvis Presley.

Wah, tak sangka orang Malaysia pun ada yang menjadi pemilik model replika ini kan? Dah pasti banyak berhabis wang untuk pelihara model unik dan amat jarang dilihat ini.

Posted in RandomComments (0)

Nazmi Faiz bakal bermain bersama Cardiff City FC


Pemain tengah pasukan bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz yang berumur 17 tahun, dikatakan bakal bermain dengan pasukan barunya, Cardiff City FC, setelah ditawarkan kontrak.

nazmi faiz cardiff city Nazmi Faiz bakal bermain bersama Cardiff City FC

Cardiff City sebelum ini pernah memberi peluang kepada penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali, dan juga Kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim, untuk menyertai latihan bersama pasukan kelab liga kejuaraan Inggeris itu.

Namun faktor usia dikatakan membuatkan Nazmi Faiz merupakan pilihan yang lebih berpotensi kerana usianya yang baru 17 tahun berbanding Safee, 27 tahun, dan Safiq, 24 tahun.

Menurut laporan, Cardiff City bersedia untuk menawarkan Nazmi dengan kontrak setahun, demi menyerlahkan lagi potensi bintang muda negara itu. Dan jikalau Nazmi mampu menandingi dan menggilap bakal sebagai bakal bintang, kontrak itu mampu dipanjangkan mengikut tawaran dari kelab terkemuka Wales itu.

Yang pasti, gol Nazmi Faiz ketika menentang Bahrain tempohari, menjadi perhatian utama kemampuan bintang muda Harimau Malaya ini.

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Barcelona dan Manchester United Malaysia/Asia Tour 2012?


Hampir 99% sudah disahkan yang kelab gergasi bolasepak dunia, Barcelona FC dan Manchester United akan singgah di Malaysia sebagai destinasi Asia Tour 2012!

Barcelona dan Manchester United akan juga membuat kunjungan di China, Indonesia dan India di sepanjang perjalanan Asia Tour 2012 mereka.

Kelab Manchester United kelihatan adalah lebih cenderung untuk tiba di Malaysia setelah sebelum ini Malaysia pernah menjadi destinasi mereka pada tahun 2009, dengan keputusan berpihak kepada mereka 3-2, dan 3-0.

Manakala kelab Barcelona, yang dikhabarkan kos membawa mereka ke Malaysia adalah lebih kecil dari kelab-kelab ternama lain, sedang dalam pertimbangan untuk hadir ke Malaysia. Berdasarkan maklumat, polisi kelab itu yang sedang giat memikat peminat dari rantau ini mungkin membuatkan mereka singgah di Malaysia.

Pada tahun lepas, pasukan bolasepak Malaysia juga pernah menerima kunjungan kelab gergasi bola sepak Inggeris Arsenal, Chelsea dan Liverpool dalam EPL Asia Tour.

Hebat! Bermakna lepas ni boleh la berpeluang bertemu dengan Lionel Messi dari Barcelona dan juga Wayne Rooney dari Manchester United!!

lionel messi Barcelona dan Manchester United Malaysia/Asia Tour 2012?

Lionel Messi

wayne rooney Barcelona dan Manchester United Malaysia/Asia Tour 2012?

Wayne Rooney

Bila tarikh? Berapa harga tiket? Tak ada apa-apa maklumat la pula kan. Tak apa, bila ada je maklumat, anda orang yang pertama akan tahu disini!

p/s : Untungla Malaysia, Queens Park Rangers pun nak datang Malaysia lawan dengan Kelantan FA.

p/s/s : Ramli main tak untuk Manchester United nanti?

Posted in News, SportComments (0)

Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?


Bintang filem dewasa terkenal Jepun, Maria Ozawa (Miyabi) dikatakan, mungkin akan turun ke Malaysia buat pertama kalinya tak lama lagi, betul ke? Jom tengok ni!

maria ozawa malaysia Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

Pertama kali juga Maria Ozawa menyebut nama Malaysia ni,

Benar atau palsu, ramai yang sudah menyebut kononnya memang ada dalam perancangan pelakon filem dewasa untuk hadir ke Malaysia.

Kalau ke Indonesia sudah, siap berlakon dalam filem disana lagi. Mungkin di Malaysia nanti akan berlakon dalam filem baru keluaran Dr. Rozmey pula? Mana lah tau, sebut-sebut je kan….

Macam mana? Nak ke Maria Ozawa ni datang ke Malaysia? icon razz Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

p/s : bahasa kasarnya, Maria Ozawa ni ‘Pornstar’ terkenal rupanya, amboi, habis la kalau dia ke Malaysia, lelaki hidung belang yang gatal semua naik bulu kaki,

Sumber : kiriman peminat tegar OzawaZone

 

Posted in Japan, RandomComments (0)

Safee Sali penyerang pilihan kesebelasan terbaik Asia!


Penyerang sensasi pasukan Malaysia, penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali terpilih sebagai salah satu penyerang terbaik Asia, lapor sebuah artikel laman sukan.

safee sali malaysia Safee Sali penyerang pilihan kesebelasan terbaik Asia!

Safee Sali, disenaraikan sebagai penyerang gantian dalam pilihan 18 pemain bola sepak terbaik di rantau Asia oleh Goal.com.

Safee Sali menjadi salah seorang pilihan dalam formasi 4-4-2 yang dihasilkan itu, dan dikatakan sebagai pasukan impian Asia.

Pilihan 11 Utama

Penjaga Gol
Ali Al-Habsi (OMAN dan Wigan Athletic)

Pemain Pertahanan
Makoto Hasebe (JEPUN dan VfL Wolfsburg)
Lee Jung-Soo (KOREA SELATAN dan Al Sadd)
Li Weifeng (CHINA dan Tianjin Teda)
Yuto Nagatomo (JEPUN dan Inter Milan)

Pemain Tengah
Park Ji-Sung (KOREA SELATAN dan Manchester United)
Mojtaba Jabbari (IRAN dan Esteghlal)

Server Djeparov (UZBEKISTAN dan Al-Shabab)
Matt McKay (AUSTRALIA dan Rangers)

Penyerang
Lee Dong-Gook (KOREA SELATAN dan Jeonbuk Motors)
Joshua Kennedy (AUSTRALIA dan Nagoya Grampus)

Pemain Simpanan

Mark Schwarzer – Penjaga Gol (AUSTRALIA)
Safee Sali – Penyerang (MALAYSIA)
Hadi Aghily – Pertahanan (IRAN)
Ahmad Bustomi – Pemain Tengah (INDONESIA)
Shinji Kagawa – Pemain Tengah (JEPUN)
Park Chu-Young – Penyerang (KOREA SELATAN)
Mike Havenaar – Penyerang (JEPUN)

Sumber : http://www.goal.com/en/news/14/asia/2012/01/01/2821499/goalcoms-asian-best-xi-of-2011-park-ji-sung-yuto-nagatomo

Hebat juga Safee Sali walaupun cuma disenaraikan sebagai penyerang simpanan.

Apa-apa pun, semoga Safee Sali kekal cergas dan terus dapat bermain untuk mengharumkan lagi nama negara Malaysia di dunia sukan bola sepak!

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Galeri gambar #OccupyDataran #VforMerdeka malam tahun baru


Flashmob #OccupyDataran #VforMerdeka semalam berjaya? Jom tengok beberapa galeri gambar yang dikongsi bersama berkenaan acara ketika sambutan tahun baru semalam.

OccupyDataran VforMerdeka 1 Galeri gambar #OccupyDataran #VforMerdeka malam tahun baruOccupyDataran VforMerdeka 2 Galeri gambar #OccupyDataran #VforMerdeka malam tahun baruOccupyDataran VforMerdeka 3 Galeri gambar #OccupyDataran #VforMerdeka malam tahun baruOccupyDataran VforMerdeka 4 Galeri gambar #OccupyDataran #VforMerdeka malam tahun baru

Gambar milik galeri ChiFong Foo.

Menurut sumber, dikatakan hampir 400 pemuda yang turut serta secara sukarela dalam acara flashmob yang diadakan dengan motif dan objektif yang bermakna ini. Menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

Inspirasi khas dari filem fiksyen ‘V for Vendetta’, digunakan meluas bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada kuasa dan pengaruh yang mampu dilakukan oleh orang awam, dan membantah kekangan pihak berkuasa.

Dikatakan juga, sejurus selepas perhimpunan itu, terdapat 3 orang pemuda yang ditahan pihak polis, namun 15 minit kemudian dilepaskan atas sebab tiada alasan ataupun motif untuk mendakwa mereka.

Galeri gambar acara #OccupyDataran #VforMerdeka milik Pik-Svonn Lew.

Menarik!

Dibawah ini pula video YouTube kiriman kw4785/PeterParkerKL :

Apa pendapat anda?

Berkesan atau tidak, mungkin itu tidak perlu diutamakan, yang penting, semangat dan mencuba itu perlu.

Apa-apa pun, Selamat menyambut Tahun Baru 2012! Semoga tahun ini membawakan anda lebih banyak rezeki lagi dan kelapangan diri!

 

Posted in Malaysia, PictureComments (0)







Partly powered by CleverPlugins.com