Kim Jong-il, Pemimpin Agung Korea Utara, diumumkan meninggal dunia tempohari, dan berikut merupakan beberapa gambar rahsia dan detik bersejarah kehidupan beliau.
12 Gambar rahsia dan sejarah Kim Jong-il, Pemimpin Korea Utara
Gambar Kim Jong-il sekeluarga. Duduk kanan, Kim Jong Nam. Berdiri dari Kiri, Sung Hye Ryang, Lee Nam Ok, Lee Il Nam. 19 Ogos 1981.
Kim Jong-il berjalan menghadap orang ramai bersama bapanya, Kim il Sung. 1982.
Kim Jong-il bersama Kim il Sung di Kompleks Sukan Korea Utara. Oktober 1992.
Kim Jong-il melambai tangan kepada tentera di Perarakan 50 tahun pemerintahan Parti Buruh. 10 Oktober 1995.
Kim Jong-il berlatarbelakangkan pergunungan Paekdoo San. Februari 1994.
Kanak-kanak Korea Utara meraikan pelantikan Kim Jong-il, dihadapan gambar Kim il Sung dan Kim Jong-il. 18 Oktober 1997.
Kim Jong-il berlatarbelakangkan Kim il Sung ketika Persidangan Agung Rakyat di Pyongyang, Korea Utara. 7 April 1999.
Kim Jong-il bersemuka dengan pegawai Komunis di sebuah kawasan terpencil di Korea Utara.
Kim Jong-il ketika melawat pegawai komando Tentera Rakyat Korea Utara.
Kim Jong-il bersama anaknya, Kim Jong-Un di sebuah gala meraikan pemerintahan Parti Buruh yang ke-65. 10 Oktober 2010.
Kim Jong-il bersama Kim Jong-Un ketika lawatan kerajaan di bandar Kanggye, Korea Utara. Hari yang sama Jong-Un dinaikkan jawatan tinggi kerajaan.
Kim Jong-il melambai kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev selepas sebuah perjumpaan di Buryatia. 24 Ogos 2011.
Menarik bukan?
Siapa sangka, walaupun negara Korea Utara dianggap sebagai negara yang paling penuh dengan rahsia, dan paling tersingkir dari masyarakat dunia, ada juga peluang untuk media merakamkan detik-detik sejarah Kim Jong-il ini.
Kim Jong-il telah meninggal dunia pada 17 Disember 2011 ketika dalam perjalanan dalam sebuah kereta api dalam urusan kerajaan.
Diberi jolokan sebagai Diktator terbesar Korea, kematian beliau mengejutkan dunia atas dasar dan tanggapan media Propaganda Korea Utara yang memberi jolokan kepadanya sebagai Raja dan Tuhan di Pyongyang.
Berikutan demonstrasi BERSIH 2.0 yang diadakan hari ini (9 Julai), Pihak Polis mengadakan sekatan jalan mulai semalam dan berikut beberapa maklumat untuk dikongsi.
Beberapa senarai sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang disampaikan melalui email :
Beberapa senarai Sekatan Jalan pihak Polis mulai semalam hingga hari ahad :
Putrajaya ke Kuala Lumpur, menghala Tol Kajang dari Bangi,
Jalan Enggang menghala AU2 danAU3,
Dari Damansara menghala Penchala,
Selepas Bukit Jelutong/Shah Alam trafik ke Kampung Subang,
Tol Damansara ke Kayu Ara,
Jalan sekitar Lapangan Terbang Subang,
Jalan Haji Sirat menghala ke Taman Sri Pekan, Klang,
Di hadapan Monash University, menghala ke Cyberjaya,
Jalan Kampung Pandan menghala ke Kuala Lumpur.
Bagi yang merancang untuk keluar dari Kuala Lumpur atau masuk ke kawasan Kuala Lumpur, anda boleh semak laporan trafik secara online di beberapa Lebuhraya melalui http://www.llmtrafik.gov.my/traffic.aspx dan jika anda mempunyai akaun Twitter, dapatkan maklumat melalui http://twitter.com/kltrafficupdate.
Bagi maklumat mengenai beberapa kawasan yang dikawal ketat oleh pihak polis, anda boleh semak pada http://twitter.com/insider_latest dan untuk beberapa ketika, maklumat juga boleh didapatkan melalui maklumat berita yang disampaikan agensi berita terkenal, Al-Jazeera http://english.aljazeera.net/watch_now/.
Jika anda berminat untuk melihat situasi di sekitar Kuala Lumpur, boleh lihat pada gambar-gambar yang di ambil oleh wartawan MalaysiaKini di http://bit.ly/oULoHy.
Pihak Polis mengeluarkan kenyataan agar anda tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 ini dan semua orang dinasihatkan untuk tidak keluar dan berada di rumah masing-masing.
Kawalan ketat pihak Polis di KL Sentral
Jikalau anda mempunyai lebih maklumat mengenai kawasan kawalan polis, maklumat trafik, dan sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur, harap dapat kongsikan bersama.
Seperti yang anda sudah tahu, berita mengenai kematian Osama bin Laden, atau lebih dikenali dengan “Bin Laden” beberapa hari lepas begitu hangat dibincangkan di media internet.
Namun, menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, gambar bocor telah disebarkan di internet dimana memaparkan seorang askar Amerika Syarikat mengusung mayat Osama Laden yang ditembak di kepala.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, Osama Laden maut setelah menerima tembakan di kepala, bahagian atas kepada mata kiri beliau.
Namun gambar dibawah dengan jelas menunjukkan bahawa perkara sebaliknya yang berlaku, dimana kesan tembakan didapati berada pada atas mata kanan Osama Laden.
Ada beberapa maklumat lain turut menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh White House mungkin ada fakta yang dipalsukan, ini kerana terdapat beberapa versi lain yang mengatakan bahawa gambar diatas sebenarnya berada dalam posisi yang salah dan telah silap tafsir.
Berikut merupakan gambar sama, yang telah di ubah posisi secara melintang.
Nampak? Kini dengan jelas kesan tembakan tersebut berada di atas bahagian kiri mata Osama Laden.
Gambar yang dikeluarkan juga dipercayai bukan dari Kamera, namun merupakan keratan gambar yang diambil dari sedutan video asal tragedi tersebut.
Namun, masih ada persoalan yang timbul di sekitar internet. Benarkah Osama bin Laden telah berjaya dibunuh? Adakah gambar diatas BENAR atau PALSU?
Tambahan : Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat hari ini mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak mudah percaya pada kandungan dalam emel yang kononnya mengandungi gambar Osama bin Laden dibunuh, kerana ianya mungkin mengandungi virus.
Sebuah video klip yang tersebar di YouTube mengejutkan dunia apabila memaparkan penemuan bangkai seekor (seorang?) Makhluk Asing di Rusia.
Bangkai makhluk asing (Alien) tersebut ditemui di Wilayah Irkutsk, Rusia.
Dikatakan bahawa penemuan yang dipercayai telah lebih sebulan lamanya itu, pada mulanya mengejutkan ratusan orang di sebuah perkampungan dengan kelihatan kelibat piring terbang (UFO). Piring terbang yang mengeluarkan cahaya merah jambu dan biru dipercayai menjunam ke bumi sebelum terhempas dalam sebuah hutan berhampiran perkampungan tersebut.
Video bangkai Makhluk Asing yang ditemui tersebut (Amaran : Video mempunyai kandungan yang memualkan) :
Insiden tersebut dikatakan mendapat perhatian luas media di Rusia, namun segala maklumat berkenaan penemuan tersebut dirahsiakan dari penemuan media luar dan lebih-lebih lagi media di Barat.
Makhluk Asing (Alien) tersebut dipercayai mati kerana tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk dan kasar di Rusia.
Maxis sebentar tadi baru sahaja melancarkan Google Phone pertama dari Maxis, Nexus S. Turut diumumkan adalah harga dan plan untuk Nexus S.
Pelancaran dihadiri ramai pihak media termasuk rakan-rakan blogger lain. Turut menyertai pelancaran tersebut sudah pasti penerima program #Maxis10 untuk review Nexus S.
Maxis Google Nexus S dilancarkan oleh COO Maxis, Jean Pascal, dan MD Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Yu Jai Sul. Video pelancaran akan dimuat naik kemudian, nantikan ruangan ini.
Bertambah lagi keluarga telefon bimbit Android dari Maxis! Ehem, bila nak bawa masuk Samsung Galaxy S 2 (II)?
Bagi yang tertanya-tanya berapa harga Nexus S dari Maxis, boleh dapatkan maklumat di laman web maxis, atau perhatikan pada keratan flyers dari Maxis ketika pelancaran tersebut. (Ekslusif di Notakosong.com)
Hebat, apa-apapun tahniah kepada Maxis kerana berjaya untuk membawa gajet canggih ini ke Malaysia, dan merupakan pengedar Google Nexus Phone rasmi pertama di Malaysia!
P/s : Nantikan kejutan berkaitan dari Notakosong.com~
Berita Harian sebentar tadi meminta maaf atas gambar kartun yang dicetak pada surat khabarnya yang dengan jelas menghina malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun. Berikut adalah gambar tersebut.
Gambar kartun tersebut yang dicetak pada akhbar Berita Minggu hari ini, di kritik hebat sehinggakan mendapat perhatian media luar negara seperti CNN. Berita Harian didakwa sebagai tidak mempunyai citarasa dan tidak menghormati masyarakat dunia.
Kartun yang bukan dengan tujuan unutk menghina sesiapa itu memaparkan imej Ultraman (Watak kartun ciptaan Jepun yang terkenal) lari sambil dikejar oleh Tsunami. Beberapa menteri dan pegawai tempatan telah menggesa Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka.
Berita Harian kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf terbuka pada laman sosial Facebook.
Bagi yang masih mencari-cari kartun yang dikatakan, dan tidak sempat untuk mendapatkan naskhah suratkhabar Berita Minggu, berikut adalah gambar kartun dari keratan akhbar tersebut,
Apa pendapat anda? Jangan lupa sampaikan komen anda dibawah atau ke Twitter @notakosong.
Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters
Proton R3 Satria Neo baru sahaja dilancarkan dan sudah mula dijual kepada orang awam. Saksikan gambar yang diedarkan untuk pihak media.
Satria Neo R3 ini dilancarkan dengan pilhan warna merah garang yang semestinya lambang asli Proton R3. Harga yang ditawarkan pula ialah RM79,797 seunit, termasuk insuran.
Pelbagai peningkatan dibuat berbanding Proton Satria Neo yang asal. Berikut merupakan spesifikasi Proton R3 Satria Neo.
Berikut merupakan gambar-gambar lain Proton R3 Satria Neo.
Notakosong.com dengan bangganya dipilih sebagai rakan media rasmi bagi acara gilang-gemilang International Culture Night (ICN) Universiti Teknologi PETRONAS 2011.
Acara ini yang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS ( UTP ) akan melibatkan pelajar pelbagai bangsa, terdiri dari pelajar tempatan dan juga pelajar luar negara.
Dengan Tema Bumi Hijau, acara ini berharap agar dapat menyatukan dan meningkatkan integrasi pelajar berlainan latar belakang untuk lebih sedar dan waspada akan perubahan yang berlaku disekeliling tidak kira berkenaan alam sekitar mahupun terhadap saling satu sama lain.
Moto rasmi acara ini tahun ini adalah “Our Cultures, Our World”.
Tahun ini acara ini bukan sahaja mempunyai acara kemuncak dimana, pelajar berlainan bangsa akan mengadakan persembahan bagi menampilkan budaya dan seni dari negara masing-masing, malah pelbagai acara sampingan akan diadakan bagi mempromosikan tujuan utama ICN.
Pelbagai acara sampingan seperti ICN Go Green, Healing the Earth, Green Expo dan Educational Talk akan diadakan sehingga tarikh kemuncak acara ini berlangsung iaitu pada 1 April 2011.
Notakosong.com dengan ini akan membuat liputan bagi kesemua acara sampingan dan juga acara kemuncak International Culture Night 2011!
21 Januari yang lalu, pengeluar sportcar dari Itali, Ferrari mengumumkan penghasilan kereta 4WD pertamanya, yang bakal digelar sebagai Ferrari FF (Ferrari Four).
Dan pengumuman rasmi dan penampilan kepada umum akan diadakan di Motor Show Geneva, di Geneva, Switzerland, bulan depan.
Menurut Ferrari, penghasilan Ferrari FF ini adalah bagi menggantikan model lama iaitu 612 Scaglietti, selain memperkenalkan enjin baru Ferrari dengan kapasiti yang paling tinggi pernah dihasilkan Ferrari iaitu 6.3L V12.
Apa-apa pun, jom layan gambar rasmi media yang dikeluarkan oleh Ferrari ini.
Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.
Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.
Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.
Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.
Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.
Harga di Semenanjung Malaysia
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga di Sabah dan Sarawak
Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga di Langkawi (Bebas Cukai)
Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.
Recent Comments