Tag Archive | "Media"

Gambar Interior Proton Inspira Baru


Pelbagai gambar baru mengenai Proton Inspira telah dikeluarkan. Nampaknya gambar-gambar interior (dalaman), Proton Inspira yang dinantikan telah tiba.

Untuk spesifikasi sila rujuk kiriman sebelum ini.

Untuk senarai harga termasuk kiraan bayaran pinjaman, sila rujuk kiriman sebelum ini.

Amaran, kesemua gambar ini adalah dalam saiz resolusi yang besar.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

Gambar Proton Inspira yang ditayangkan mungkin adalah Proton Inspira Premium 2.0.

New Proton Inspira Interior Picture/Images

Proton Inspira interior 1 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 2 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 3 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 4 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 5 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 6 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 7 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 8 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 9 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 10 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 11 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira Baru

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Senarai Harga Proton Inspira Baru


Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.

Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.

Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.

Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.

Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!

Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!

Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.

Senarai Harga Proton Inspira Baru


senarai harga proton inspira Senarai Harga Proton Inspira Baru

senarai harga proton inspira sabah serawak Senarai Harga Proton Inspira Baru

Untuk Sabah/Sarawak - Semenanjung kurang RM2,500

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Penyokong Kelantan maut ketika perlawanan Bola Sepak


Takziah kepada keluarga arwah Che Karma Sulaiman yang maut ketika berlakunya kekecohan semasa perlawanan Bola Sepak antara Kelantan dan Selangor.

Al-fatihah disampaikan kepada arwah Che Karma Sulaiman. Arwah dipercayai maut disebabkan sesak nafas.

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam tersebut mula kecoh ketika perlawanan sedang berlangsung.

Namun, pihak polis masih mengadakan siasatan lanjut mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kekecohan yang berlaku. Setakat ini, masih-masing hanya mampu menuding jari terhadap kemalangan yang berlaku.

Jenazah Che Karma Sulaiman telah selamat dikebumikan di kampung beliau iaitu di Kampung Telong Bachok, Kelantan. Turut hadir ketika solat jenazah adalah Tan Sri Annuar Musa dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Perlawanan yang berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 ini akan bersambung untuk aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kelantan.

Apa yang masih menjadi persoalan ialah bagaimana pihak pengurusan Stadium boleh terlepas pandang terhadap punca bagaimana tragedi ini boleh berlaku. Adakah peminat bola sepak dari kedua-dua negeri ini begitu mudah membawa masuk segala objek yang mampu membawa mudarat?

Diharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang, diharap pihak berkuasa dapat mainkan peranan bagi mengelak tragedi ini dari berulang.

stadium shah alam kelantan vs selangor1 Penyokong Kelantan maut ketika perlawanan Bola Sepak

Sumber Gambar : theredwarrior.com

Posted in Malaysia, News, SportComments (1)

Gambar Test Drive Proton Inspira (P3-90A) baru


Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.

Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.

Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.

Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.

Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,

Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.

proton inspira 1 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 2 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 3 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 4 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 6 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 5 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baru

Posted in Automotive, MalaysiaComments (9)

“International Burn A Koran Day” di Amerika?!


Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.

Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.

Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.

Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.

Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.

Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.

Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.

Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.

Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook

International Burn A Koran Day Terry Jones International Burn A Koran Day di Amerika?!

Terry Jones

Posted in News, WorldComments (1)







Partly powered by CleverPlugins.com