Tag Archive | "Merdeka"

New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness


Sambut hari kemerdekaan anda yang ke-53 dengan menikmati Ais Krim New Zealand Natural!

Dapatkan 30% diskaun dengan setiap pembelian Take Home Packs di New Zealand Natural! Promosi 5 hari ini akan bermula hari ini, 27 Ogos.

Promosi Ais Krim Merdeka ini berlangsung dari 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010!

Dapatkan rasa enak sempena kemerdekaan ini dengan pelbagai perisa yang berlainan~ Cuma jangan cuba waktu berpuasa ye, cuba di malam hari~

Merdeka Ice Cream new zealand New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Posted in Food, PromotionComments (2)

Peraduan fotografi Merdeka TM dan SONY


Telekom Malaysia Berhad (TM), telah bekerjasama dengan Sony Malaysia untuk bersama-sama menganjurkan peraduan fotografi gambar Merdeka, sempena Sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

Peraduan ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 9 September 2010. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan TM dan juga Sony.

Peserta dikehendaki untuk membeli kad prabayar iTalk dengan nilai belian minimum RM10 untuk menyertai peraduan ini.

Gambar yang digunakan sebagai penyertaan hendaklah mempunyai lambang logo TM dan juga Sony, bersama-sama dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan tidak melebihi saiz 500kb setiap satu.

Berikut merupakan hadiah-hadiah yang ditawarkan :

hadiah Peraduan fotografi Merdeka Sony dan tm Peraduan fotografi Merdeka TM dan SONY

Apa tunggu lagi? Anda mungkin berpeluang memenangi Kamera DSLR dari Sony!

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.tm.com.my

Posted in Contest, MalaysiaComments (1)

Real Madrid vs Malaysia – Batal?


3906043079 a9ffe85f54 Real Madrid vs Malaysia   Batal?

Perlawanan persahabatan antara skuad Bola Sepak Malaysia menentant pasukan gergasi dari Sepanyol, Real Madrid berkemungkinan besar akan dibatalkan.

Sebelum ini, Football Asia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan Real Madrid akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia pada 21 Ogos nanti. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium nasional Bukit Jalil.

Kelab itu yang sebelum ini pernah bercadang untuk hadir ke Malaysia pada tahun 2003 tapi dibatalkan, dikatakan tidak dapat ke Malaysia atas sebab yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh FAM, wujud masalah kewangan untuk membawa Real Madrid ke Malaysia.

Malah, FAM menyatakan kekhuatiran prestasi pemain Malaysia yang perlu bermain dalam bulan Ramadan. Kesibukan ketika melakukan ibadah berpuasa mungkin akan menjejaskan permainan skuad Malaysia.

Walaubagaimanapun, kelab Liga Inggeris, Cardiff City yang kini dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Chan Tien Ghee akan tetap hadir ke Malaysia untuk dua perlawanan persahabatan, pada 15 Julai, dan juga 17 Julai nanti.

Sumber : Malaysian Insider

Kesian peminat Pasukan Real Madrid, kempunan tak dapat nak tengok Christiano Ronaldo dan Kaka beraksi depan mata kan?

Posted in News, SportComments (10)

Real Madrid vs Malaysia


3906043079 a9ffe85f54 Real Madrid vs Malaysia

Agak-agak kalau dua pasukan bola sepak ni berlawan nanti siapa yang menang? Kalau dulu Manchester United datang, Manchester United menang tipis 3-2 ke atas pasukan kebangsaan Malaysia, agaknya berapa keputusan Real Madrid vs Malaysia?

Bayangkan pemain-pemain terkenal seperti Christiano Ronaldo, Kaka, dan Karim Benzema datang dan mempersembahkan skill-skill bolasepak yang mengagumkan.

Read the full story

Posted in LOL, Malaysia, PictureComments (14)







Partly powered by CleverPlugins.com