Tag Archive | "Mesej"

Scam Facebook : Video gadis 21 tahun bunuh diri


Sebuah lagi scam mula tersebar di Facebook sejak 2-3 minggu lalu dimana, kononnya sebuah video gadis bunuh diri sempat dirakam di Facebook sebelum beliau bunuh diri.

Pelbagai mesej scam ini mula tersebar di status Facebook tanpa anda sedari, dan jikalau ada sesiapa yang terkena secara tidak sengaja, ianya akan turut muncul di ‘wall’ Facebook anda.

Contoh mesej-mesej yang dapat dikenalpasti :

suicide cam Scam Facebook : Video gadis 21 tahun bunuh diri

Eleena, A 21 yrs old girl from North Carolina did a Suicide infront of cam | First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam !(warnning for weak heart pplz to Watch )

Natasha, 22 yrs Girl from Florida committed Suicide before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam

Kate, 22 yrs Girl from Miami killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Sunny, 22 yrs Girl from Miami committed Suicide before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam

Rebecca, 22 yrs Girl from Miami committed Suicide before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam

Emma, 22 yrs Girl from Texas killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Alyssa, 22 yrs Girl from Miami killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Sofia, 22 yrs Girl from Chicago committed Suicide before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Kristina, a 23 years old girl from Miami Florida did a Suicide in front of cam! First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam! [Warning for weak heart people to Watch] ->

Rose, a 19 years old girl from New York did a Suicide in front of cam! First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam! [Warning for weak heart people to Watch] ->

Samantha, a 21 years old girl from New York did a Suicide in front of cam! First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam! [Warning for weak heart people to Watch] ->

Barbara, 22 yrs Girl from USA killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Julia, 21 yrs Girl from Miami Florida killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Lindaah, A 18 yrs old girl from Texas did a Suicide On the Live cam !An Unseen Live Suicide death Video of true Lovers in the world !!(warnning for weak heart Peoples to watch this )

Jessy, 21 yrs Girl from Miami Florida killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Nicole, 22 yrs Girl from Miami killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Sasha, 22 yrs Girl from Chicago committed Suicide before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Jeniffer, A Young old girl from Texas,US did a Suicide infront of cam | First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam !(warnning for weak heart pplz to Watch )

Clara, 22 yrs Girl from Texas killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Sonia, 21 yrs Girl from NJ killed her self before a Cam after breakup. First time a Live suicide death video of true lovers in the history on a Cam (Weak hearts dont watch)

Dan bile anda tekan pada url yang disertakan, anda akan dibawa ke satu aplikasi dalam Facebook, contohnya seperti dibawah.

suicide cam facebook app Scam Facebook : Video gadis 21 tahun bunuh diri

Apabila anda klik pada “Allow”, Aplikasi Spam ini akan mula dapat akses pada akaun anda dan anda akan dibawa ke satu laman lain, dimana anda akan diminta untuk lengkapkan beberapa survey yang disertakan. Apabila anda siapkan survey tersebut, penipu, atau pereka aplikasi tersebut akan mendapat wang dari survey itu. Sedangkan anda telah ditipu dan apa yang dijanjikan pada anda adalah penipuan semata-mata.

suicide cam survey scam Scam Facebook : Video gadis 21 tahun bunuh diri

Oleh kerana anda telah memberikan akses pada aplikasi tersebut, kini ianya akan mula menyebarkan mesej tipu tersebut pada rakan-rakan dengan mengirimkannya pada ‘wall’ anda tanpa anda sedari.

Maka dengan itu lebih ramai orang akan terpedaya dan pereka aplikasi tersebut akan mendapat lebih banyak wang! Dan anda buang masa anda!

Berhati-hati dan berjaga-jaga dengan segala aktiviti anda di Facebook!

Posted in Internet, RandomComments (3)

Mesej Spam dari gadis palsu di Facebook?


Alamak, nampaknya Facebook makin lama makin dipenuhi dengan profile spam dan profile tipu yang dicipta dengan tujuan tidak baik dan menipu pengguna yang lain.

Mungkin sudah ramai yang sudah sedar akan masalah yang berlaku di Facebook ini, tapi apa yang anda boleh lakukan agar ianya tidak lagi berleluasa?

Setiap kali anda temui profile spam atau profile palsu, contohnya profile yang dicipta menggunakan nama perempuan lain dan gambar perempuan lain, sila klik pada bahagian ”Report/Block This Person”, dan serahkan tugas seterusnya kepada pihak Facebook.

Manakala mesej Spam yang diterima pula jangan lupa untuk anda laporkannya dengan klik pada bahagian “Report Spam”.

Contoh mesej Spam di Facebook.

lol facebook Mesej Spam dari gadis palsu di Facebook?

Apa-apa pun, yang penting anda jangan mudah percaya dan tertipu dengan segala tawaran di Laman Sosial selagi ianya tidak wujud secara terang dan nyata.

Macam mana kalau anda terima mesej mengenai perniagaan contohnya MLM? Terpulang pada anda untuk tentukan kesahihannya, tapi jangan mudah percaya tanpa buat sebarang kajian terlebih dahulu.

Posted in Internet, RandomComments (2)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com