Tag Archive | "Model"

Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!


Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan  penggunaan nama SE pada Saga ini.

Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.

Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.

Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)

spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE baru Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.

Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.

Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Laman jualan baju online paling rasis! (Lawak)


Cuba tengok ni, tak sangka betul ada juga kedai atas talian yang begitu rasis dengan produk jualannya. Mungkin atas tujuan lawak agaknya,

Memang lawak, sebab untuk rekaan baju yang berwarna-warni, model mat saleh berkulit cerah yang akan digunakan, tapi apabila pilihan produk warna hitam, model berkulit gelap pula yang menggayakan!

Jom cuba ini :

  1. Pergi ke URL ini : http://shop.lululemon.com/products/clothes-accessories/men-tops/Pacific-Run-Long-Sleeve-28632?cc=9547&skuId=3431023&catId=men-tops (Jangan risau, bukan virus)
  2. Anda akan dapat lihat warna yang dipilih ialah warna ‘Black Herringbone’ dengan model mat saleh berkulit cerah, sama juga untuk warna lain seperti warna ‘plum’ dan warna biru cair.
  3. Tapi cuba klik pada pilihan warna hitam di sebelah kiri sekali.
  4. Model berkulit gelap pula menggayakan pakaian gelap! (Black = Black)
  5. RASIS! (agak-agak lawak sikit sebenarnya)

Dari model asal yang ini,

 Laman jualan baju online paling rasis! (Lawak)

Dan ini pula model berkulit gelap,

 Laman jualan baju online paling rasis! (Lawak)

HAHAHAHAHAHA,

Posted in RandomComments (0)

Gambar rahsia model baru Proton P3-21A terdedah!


Mengejutkan! Sekeping gambar rahsia yang memaparkan model baru Proton P3-21A yang dijangkakan dilancarkan tahun hadapan, telah tersebar di serata internet! Jom tengok!

leak image proton p3 21a Gambar rahsia model baru Proton P3 21A terdedah!

Kurang jelas? Memang la kurang jelas, dah nama pun gambar rahsia kan, macam mana boleh terdedah tak pasti, tapi apapun tetap berterima kasih pada ‘pendedah’ yang sekurang-kurangnya mampu melegakan rasa ingin tahu peminat-peminat Proton di luar sana.

Berdasarkan maklumat, Proton P3-21A ini berwarna kuning adalah kerana mungkin ianya dibina khas dan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kelasakan dan ketahanan ataupun ‘crash test’. Maklumlah, model baru ini akan dijadikan sebagai batu loncatan Proton untuk mencabar jenama terkemuka antarabangsa yang lain!.

Menarik? Kalau nak tahu kisah sebelum ini berkenaan Proton P3-21A, boleh ikut entri sebelum ini.

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Proton P3-21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!


Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.

Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.

Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.

Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari Proton Pahlawan Series‘.

proton p321A 2012 Proton P3 21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!

Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).

Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.

Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.

Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.

Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Seni lukisan palsu yang menarik!


Cuba tengok gambar-gambar di pameran seni ni, gambar yang disangka merupakan lukisan, sebenarnya adalah palsu! dan ianya adalah gambar orang yang sebenar!

Seni Fotografi unik dan menarik hasil Alexa Meade ni konon-kononya menghasilkan seni lukisan gambar potret akrilik atau lukisan menggunakan cat minyak. Walhal sebenarnya ianya adalah seni mekap menggunakan alat akrilik terus pada badan model dan diambil foto dan pelbagai gaya.

Hasilnya? Alexa mampu mendapatkan ilusi berupa Tiga Dimensi (3D) pada gambar fotografinya, dan ianya kelihatan sungguh realistik, malah ada yang kata lebih realistik dari lukisan tangan yang belum tentu mampu mendapatkan bayangan cahaya sebaik itu!.

Kurang faham? Teruskan saja melihat pada gambar-gambar di bawah ni, pasti anda boleh faham.

fake painting alexa meades 1 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 2 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 3 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 4 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 5 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 6 Seni lukisan palsu yang menarik!

Menarik bukan? Sungguh nampak ‘Real’ mekap yang Alexa ni buat. Nak tengok lagi hasil seni akrilik palsu Alexa? Boleh tengok lebih lagi pada Portfolio beliau.

Posted in Random, WeirdComments (4)

Gambar Proton P3-21A / Proton Tuah (Proton Persona baru?)


Selain dari Exora turbo yang sudah pasti akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, Proton sedang bersiap sedia dengan model baru dengan kod nama, Proton P3-21A.

Beberapa gambar ‘Spyshot’ telah dikirimkan kepada Paultan oleh pembacanya yang terserempak dengan model-model baru Proton yang sedang diuji diatas lebuhraya. Jom tengok!

Proton Persona baru Gambar Proton P3 21A / Proton Tuah (Proton Persona baru?)Proton Persona baru 1 Gambar Proton P3 21A / Proton Tuah (Proton Persona baru?)Proton Persona baru 2 Gambar Proton P3 21A / Proton Tuah (Proton Persona baru?)Proton Persona baru 3 Gambar Proton P3 21A / Proton Tuah (Proton Persona baru?)

Menarik bukan? Nampak macam ada gaya eropah pada rekabentuk baru ni. Nama rasmi model ni sememangnya masih menjadi rahsia dan tanda tanya, rupa sebenar model ini juga masih lagi jauh dari bayangan.

Kemungkinan besar ia akan kelihatan lebih kurang sama seperti model konsep proton sebelum ini, Proton Tuah.

Sama ada ianya akan menjadi model gantian kepada Proton Persona atau tidak, itu masih belum ada sebarang spekulasi, mungkin ya kerana model Proton Persona yang dilancarkan pada tahun 2007 sudah hampir dengan 5 tahun usia kitaran model.

Atau ianya menjadi model ganti Proton GEN-2? Proton GEN-2 sudah berada di pasaran semenjak tahun 2004 lagi, dan sememangnya sudah sampai masanya untuk Proton menggantikannya dengan model yang lebih menepati citarasa kini.

Soal spesifikasi, langsung tiada maklumat.

Nantikan maklumat lanjut pada masa akan datang!

Sumber : Paultan.org

Posted in Automotive, NewsComments (2)

Sayur pun boleh jadi seksi?


‘The Fantasies Of Chinese Cabbage’, Itulah nama projek seni yang diperkenalkan oleh artis dari China yang mempamerkan sayur menyerupai model seksi.

Ju Duoqi, berasal dari Beijing, China, mempunyai caranya tersendiri untuk mempamerkan bakat seni beliau dengan mengukir dan membentukkan sayur-sayuran.

Beliau ‘mengukir’ bentuk-bentuk yang menarik pada sayuran, dan yang paling mendapat perhatian adalah ukiran-ukiran sayur beliau yang menyerupa model perempuan.

Malah, ada antaranya menyerupai artis-artis terkenal seperti Marilyn Monroe dan juga Lady Gaga.

marilyn monroe cabbage sexy Sayur pun boleh jadi seksi?

Jom tengok hasil seni ukiran beliau :

gambar sayur seksi lucah 2 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 3 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 4 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 5 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah Sayur pun boleh jadi seksi?

Posted in LOL, RandomComments (1)

Perodua Myvi Baru – Gambar dan Harga


Baru sahaja tadi Perodua Myvi generasi baru 2011 dilancarkan di Putra World Trade Center (PWTC). Dan kini ianya secara rasmi mula dijual dan diiklankan Perodua.

Laman web rasmi Perodua juga telah mula memaparkan variasi model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Perodua Myvi Standard. Perodua Myvi Premium dan juga Perodua Myvi Elegance.

Screen shot 2011 06 16 at 10.17.05 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan HargaScreen shot 2011 06 16 at 10.16.25 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan Harga

Harga untuk model yang dilancarkan pula adalah seperti berikut :

Myvi 1.3 Standard
Manual – RM43,900 (Solid), RM44,400 (Metallic), RM44,800 (Special Metallic)
Automatic –  RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Premium
Manual – RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,700 (Special Metallic)
Automatic –  RM49,900 (Solid), RM50,400 (Metallic), RM50,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Elegance
Manual – RM53,900 (Solid), RM54,400 (Metallic)
Automatic –  RM56,900 (Solid), RM57,400 (Metallic)

Setakat ini model yang ditawarkan masih menggunakan enjin D54T 1.3L sahaja, manakala model yang dinantikan dan masih menjadi tanda-tanya, model Myvi Ekstrem dengan enjin 1.5L masih belum diumumkan.

Model yang sama juga akan dieksport ke negara luar seperti Singapore, Brunei, Mauritius, Nepal dan Fiji. Dan penjualan model Perodua ini juga akan dieksport ke Indonesia dan diperkenalkan sebagai Daihatsu Sirion.

Pertimbangan untuk dieksport ke Thailand dan juga Afrika Selatan kini masih dibincangkan.

Boleh dikatakan, dengan pelancaran model generasi baru Perodua Myvi ini, Perodua akan cuba melebarkan industri automotifnya ke luar negara dengan lebih rancak lagi.

Apa-apa pun, Jom ke laman web Perodua untuk maklumat lanjut model baru Myvi ini.

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Gambar Perodua Myvi 2011 bakal dilancarkan 16 Jun


Gambar Perodua Myvi 2011 generasi baru ini bakal dilancarkan dengan rasminya pada 16 Jun. Berikut merupakan gambar pra-tayang model Perodua Myvi generasi baru ini.

Kredit kepada blogger Funtasticko Design yang memaparkan beberapa gambar pra-tayang Perodua Myvi baru ini. Gambar dengan jelas menunjukkan beberapa perubahan fizikal pada bahagan hadapan, belakang, dan dalaman Perodua Myvi Baru 2011 ini.

gambar perodua myvi baru 2011 internal Gambar Perodua Myvi 2011 bakal dilancarkan 16 Jungambar perodua myvi baru 2011 rear Gambar Perodua Myvi 2011 bakal dilancarkan 16 Jungambar perodua myvi baru 2011 Gambar Perodua Myvi 2011 bakal dilancarkan 16 Jun

Harga belum diumumkan, tetapi dijangka dalam lingkungan RM48,000 hinga ke RM54,000 untuk model 1.3L.

Yang bakal dilancarkan cuma adalah model Standard dan model Premium. Maklumat mengenai model Ekstrem pula bakal dilancarkan dijangka pada bulan Ogos 2011.

Variasi pilihan yang mungkin bakal dilancarkan adalah :

  • Myvi 1.3 Standard Auto/Manual
  • Myvi 1.3 Premium Auto/Manual
  • Myvi 1.3 Elegance Auto/Manual
  • Myvi 1.5 Special Edition Auto/Manual (Ogos)
  • Myvi 1.5 Extreme Auto/Manual (Ogos)
Sumber Gambar : Funtasticko Design

Posted in Automotive, NewsComments (2)

Perodua Myvi Baru 2011 boleh mula ditempah 4 Jun


Setelah pelbagai khabar angin mengenai model Myvi baru, akhirnya telah diumumkan bahawa Perodua Myvi 2011 baru boleh ditempah mulai 4 Jun.

Pada asalnya, Perodua Myvi 2011 baru ini dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan April, namun kemudiannya ditunda pada tarikh lain oleh kerana gempa bumi dan tsunami di Jepun sedikit sebanyak mengganggu pelancaran model ini.

Beberapa gambar ‘Spyshot’ juga telah tersebar di internet, termasuk gambar yang diambil oleh penulis sendiri ketika terserempak dengan model Myvi 2011 yang sedang di pandu uji. Maklumat lanjut dalam entri sebelum ini.

new perodua myvi 2011 spyshot Perodua Myvi Baru 2011 boleh mula ditempah 4 Jun

Kini, model Perodua Myvi 2011 yang hangat diperkatakan itu sudah boleh mula ditempah di pusat edar Perodua bermula 4 Jun 2011, iaitu bermula Sabtu ini.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan Perodua sendiri, Datuk Aminar Rashid Salleh, yang turut memaklumkan, bahawa permintaan bagi kenderaan kompak yang jimat minyak sudah pasti meningkat dengan harga minyak petrol yang semakin meningkat ini.

Namun, kadar faedah sewa beli Bank yang semakin meningkat mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah jualan model baru Perodua Myvi ini.

Tarikh rasmi pelancaran model ini masih belum diumumkan, namun besar kemungkinan adalah tarikh sama dimana model ini boleh mula ditempah. Segala maklumat mengenai spesifikasi dan harga akan diumumkan kemudian.

Nantikan entri dengan maklumat rasmi mengenai model ini akan datang. Yang pasti, enjin apa yang digunakan untuk model ini sudah pasti menjadi tanda tanya.

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com