Wah, lepas ni dah tak perlu lagi cas bateri laptop anda guna ‘wall charger’, anda boleh guna USB anda sendiri untuk cas laptop anda terus tanpa henti. Cuba tengok produk ini.
Pandai sungguh orang yang meletakkan iklan alat ni di Mudah.my, produk ni nampak sangat lah secara terang-terangan memang produk palsu dan tipu.
Yang menarik perhatian, macam mana la produk palsu macam ni boleh diiklankan di Mudah.my ye, nasib baik la harganya cuma RM5 sahaja, harap-harap tiada sesiapa yang tertipu. Mungkin pengiklan ni saja-saja nak troll pembeli agaknya.
Anda pernah membuat pembelian secara online? Atau anda sememangnya selalu membeli barang-barang yang anda mahukan secara online? Berjaga-jaga dengan penjual ini.
Mohd Azam bin Puteh, atau lebih dikenali dengan nama online beliau toiletbowl, khinzircute, NatiayS dan pelbagai nama nickname lain merupakan seorang penipu penjualan online (Online Scammer) yang sudah lama bergiat aktif dalam bidang tipu-menipu ini.
Beliau bergiat aktif menipu pelanggan di forum-forum jualan online di internet contohnya seperti Lowyat.net dan juga laman web pengiklanan seperti Mudah.my. Dan barang-barang yang sering menjadi bahan jualan kononnya milik beliau adalah barang-barang elektronik dan gajet-gajet terkini seperti Apple iPhone 3GS, iPhone 4 malah juga Apple iPad.
Beberapa maklumat yang didapati mengenai penipu besar ini :
NAMA :-MOHD AZAM BIN PUTEH (NRIC:740111115323)
ISTERI :- YUSNITA BINTI HASHIM (NRIC:750903115072) Maybank Akaun – 1630 6417 0052
Alamat :- No.9, Jalan Sultan Omar, Taman Alamanda 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Nombor Telefon Yang digunakan:
0139502726
0145397889
0145424552
0199746729
0199540023
0145413364
0145414117
Nickname dalam Forum : natiayS, toiletbowl, khinzircute, BuduBelacan.
Telah banyak orang yang melaporkan kehilangan wang ditipu oleh Azam ini, dan ada juga yang ditipu dengan jumlah wang setinggi RM3,000!
Diharap semua pembaca yang aktif dalam melakukan transaksi online sentiasa berjaga-jaga dan jangan terlalu mudah percaya pada penjual yang meletakkan harga yang terlalu murah pada barangan jualannya. Tentukan kesahihan penjualannya sebelum itu sebelum membuat transaksi.
Video dibawah adalah dipercayai merupakan Mohd Azam bin Puteh yang pernah ditangkap oleh beberapa orang satu ketika dahulu. Namun tiada maklumat lanjut dapat diketahui daripada video tersebut. http://www.facebook.com/video/video.php?v=1763542404365
Kalau sebelum ni pernah dengar orang jual diri di Ebay, kali ni tak disangka-sangka ada pula yang nak cuba jual diri di Mudah.my? Ada orang nak beli? Laku ke?
Tak pasti la bila lagi iklan ni disiarkan, tapi yang pasti, sememangnya iklan ni dah tak boleh dicari lagi di Mudah.my.
Yang hairannya, betul ke jual diri sendiri ni? atau kena dajal dengan kawan-kawan je ni???
Berapa harga ni dik? Tak tulis pun, mana tahu boleh mintak diskaun ke.
Apa-apa pun, kena tanya pada si penjual badan sendiri, encik Haizul…
Isi kandungan iklan tersebut.
hai…
saya haizul…
berumur 20 tahun…
saya ingin menjual diri kepada sesiapa yg berminat…
just contact..
im desperate…:))
Semoga pemilik baru badan Haizul ni berpuas hati la dengan pembelian beliau ni ya,
Dari Malaysia, untuk Malaysia. Begitulah apa yang boleh dikatakan mengenai 1Tradezone.my.
Laman web baru yang berasaskan pengiklanan ini menawarkan pengguna untuk mengiklankan produk-produk yang ingin dijual, malah iklan untuk barang-barang terpakai anda. Yang menarik, pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran untuk ruang iklan tersebut!
Ianya PERCUMA!
Seperti yang tertera pada nama laman web tersebut, 1Tradezone.my, ianya dengan jelas membawa maksud, sebuah ruang perniagaan maya bagi rakyat Malaysia. Dimiliki oleh rakyat Malaysia, diasaskan di Malaysia, khas untuk pasaran Malaysia!
Bermakna juga, laman web ini dapat diakses dengan lebih lancar dan pantas kerana ia turut dihoskan di Malaysia.
Berbekalkan ruang niaga yang lebih interaktif, 1Tradezone.my mempunyai kelebihan yang besar berbanding laman web lain yang menawarkan khidmat yang serupa. Ruang untuk pengiklanan, serta ruang carian iklan lebih mesra pengguna serta memaparkan rekaan grafik yang sangat menarik.
Yang menjadi keunikan bagi 1Tradezone.my ialah, laman web ini menyahut seruan Perdana Menteri kita, iaitu dengan menyahut seruan semangat kempen 1Malaysia. Ini dapat dilihat dengan wujudnya imej lambang 1Malaysia pada lambang 1Tradezone.my.
Apa-apa pun, cuba dulu baru tahu. Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila ke laman web tersebut sendiri la ye. Apa yang pasti, laman web 1Tradezone.my ini mampu untuk memberi saingan pada laman web lain dengan caranya tersendiri.
Klik pada gambar di bawah untuk terus ke laman 1Tradezone.my!
Recent Comments