Posted on 07 September 2010. Tags: Digital, Download, Free, Google, Hari Raya Aidilfitri, Internet, Kad, Kad Raya, Kad Raya Digital, Koleksi, Mahal, Murah, Percuma, Puasa, Ramadhan, Raya, SMS, Syawal
Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?
Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.
Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?
Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?
Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.
Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.
Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.





Posted in Internet, Picture
Posted on 30 August 2010. Tags: Bateri, Battery, C-Trix, DRB-Hicom, DRB-Hicom Bhd, Elektrik, Eropah, Green, Harga, Hibrid, Hijau, Jimat, JPJ, Kementerian Tenaga, Modenas, Modenas C-Trix, Motosikal, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd, Murah, Parlimen, Teknologi Hijau dan Air
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), iaitu anak syarikat kepada DRB-Hicom Bhd mengumumkan bahawa akan memperkenalkan motosikal elektrik pertama keluaran anak tempatan (Modenas).
Motosikal elektrik yang dikatakan akan diberi nama Modenas C-Trix akan menggunakan kuasa yang dijana oleh Bateri 1 Kilowatt.
Modenas C-Trix juga dikatakan akan dilancarkan pada hujung tahun ini, dan turut ada kemungkinan dimana ianya akan diletakkan tanda harga dengan nilai bawah RM5,000. Murah dan berbaloi!
Modenas C-Trix tersebut kini sedang berada dalam ujian dan persiapan membabitkan undang-undang dan menunggu kelulusan JPJ, sebelum kemudiannya akan diluluskan di Parlimen.
Apa yang telah dimaklumkan, Modenas C-Trix ini menepati piawaian pencemaran udara dan bunyi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Modenas C-Trix ini menggunakan lima biji bateri dan dikatakan mampu bertahan sehingga 65 kilometer dengan kelajuan minimum 60 kilometer sejam sehingga 110 kilometer sejam.
Motosikal elektrik Modenas C-Trix ini juga dikatakan hanya memerlukan penyelanggaraan 50 peratus lebih rendah dari motosikal biasa.
Motosikal Modenas C-Trix ini akan menggunakan plug soket 3 pin yang boleh didapati di rumah, di hentian rehat dan di mana saja untuk tujuan pengecasan.
Motosikal ini turut akan di tawarkan di Eropah dimana ia mungkin akan menarik minat pembeli di sana yang kini lebih mengutamakan teknologi hijau sebagai langkah menjaga alam sekitar.
Apa pendapat anda?




Posted in Automotive, Malaysia
Posted on 15 August 2010. Tags: Apple, Blackberry, Brother, Canon, Celcom, CSL, Digi, Events, HP, HTC, IPhone, Low Yat, Maxis, Murah, Nikon, Nokia, P1Wimax, Plaza, Plaza Low Yat WAREHOUSE CLEARANCE SALE, Promosi, Sale, Samsung, Sony, Toshiba
Plaza Low Yat akan mengadakan jualan penghabisan gudang pada 15 – 31 Ogos 2010 di Plaza Low Yat Boulevard.
Pelbagai barangan akan ditawarkan dengan tawaran menarik sehingga 70% diskaun!
Antara jenama-jenama terkenal yang terlibat ialah HP, Toshiba, Samsung, Sony, Brother, Nokia, HTC, Canon, Nikon, CSL, Digi, Maxis, Celcom, P1Wimax, Apple, Blackberry dan lain-lain!
Maka kalau ada di antara anda yang bercadang untuk membeli telefon bimbit baru, barangan komputer baru mahupun peralatan kamera dan gajet elektronik terkini dengan harga yang menarik, jangan lupa hadirkan diri ke Plaza Low Yat WAREHOUSE CLEARANCE SALE!

Posted in Events, Malaysia, Technology
Posted on 13 June 2010. Tags: Bahaya, Budak, Censored, Children, China, Girl, Lelaki, LOL, Lucah, Mahal, Malaysia, Miri, Murah, News, Panas, Pelacur, Polis, Promosi, Prostitute, Sarawak, Seks, Seksi, Sex, Sexy, The Star, Toyota, Toyota Alphard
Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.
Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.
Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.
Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.

Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.
Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.
Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.
Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.
Source : The Star
Posted in LOL, Malaysia, News
Recent Comments