Telah wujud beberapa jenama kereta ciptaan negara jiran kita, Indonesia. Namun hanya beberapa jenama yang masih kekal dalam penghasilan, salah satunya ialah Tawon.
Dari rupa luaran, mungkin ramai akan berpendapat bahawa hasil ciptaan original dari Indonesia ini mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki, dan amat ketinggalan rupa bentuknya berbanding banyak jenama lain.
Kereta Tawon ini merupakan hasil ciptaan dan binaan sebuah syarikat di Jakarta, Indonesia, PT Super Gasindo Jaya.
Kereta ini dilengkapi dengan enjin bersaiz 650cc dan mempunyai saiz yang kecil.
Oleh kerana kapasiti enjin yang kecil, Kereta Tawon memberikan penjimatan minyak bagi setiap pemiliknya.
Malah, saiz yang kecil itu memberi jaminan untuk kemudahan bergerak didalam bandar utama yang sesak seperti bandar Jakarta.
Spesifikasi Tawon,
Tawon Specification
Engine: 4 Stroke 3 silinder Dual Fuel
Engine combustion chamber capacity: 650 cc
Fuel: Premium and Gas
Manual transmission: 4 Speed
Passenger capacity: 4 people
Estimate selling price: IDR 48 million (Indonesia) (+-RM 16,779.967)
Sehingga kini, syarikat yang menghasilkan Tawon, PT Super Gasindo Jaya, masih dalam peringkat kajian untuk menambaik Tawon dengan menambah kelengkapan Power Steering dan juga penghawa dingin.
Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.
Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.
Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.
Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.
Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,
Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.
Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira!
Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini turut dikatakan akan diumumkan kepada masyarakat umum atau ‘soft launch’ pada 16 Oktober ini.
Berkenaan dengan harga Proton Inspira pula, ura-ura adalah seperti berikut :
Hmm, Nampaknya harga Proton Inspira ini kelihatan seperti agak mahal atau lebih premium berbanding model Proton yang lain selama ini,
Yang menarik, Proton Inspira baru ini turut akan diberi tambahan ekstra servis PERCUMA selama 2 tahun! PERCUMA termasuk upah kerja dan juga segala alat gantian!
Nantikan UPDATE gambar baru mengenai Proton Inspira ini!
Buat masa sekarang, berikut merupakan keratan iklan Proton Inspira yang tersebar luas.
Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.
Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.
Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.
Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.
Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Kadar faedah sewa beli yang sebelum ini sebanyak 4.0 peratus setiap tahun untuk 9 tahun, 3.9 peratus setiap tahun untuk 7 tahun, 3.75 peratus setiap tahun untuk 5 tahun, bagi kereta nasional akan dinaikkan sebanyak 0.1 peratus bagi setiap tahun.
Menjadikan kadar faedah sewa beli baru bagi kereta nasional sebanyak 4.1 peratus setiap tahun untuk 9 tahun, 4.0 peratus setiap tahun untuk 7 tahun, dan 3.85 peratus setiap tahun untuk 5 tahun.
Bagi kereta buatan luar (import) pula, kadar faedah sewa beli akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. Menjadikan faedah kadar sewa beli untuk 9 tahun dari 3.60 kepada 3.85, 7 tahun dari 3.50 kepada 3.75, dan 5 tahun dari 3.25 kepada 3.50.
Contoh pengiraan pinjaman :
Katakan pinjaman penuh untuk kereta bernilai RM60,000, tempoh bayar balik 9 tahun.
Dengan kadar faedah sewa beli sebanyak 4.1 peratus setahun, untuk 9 tahun = 4.1 X 9 = 36.9 peratus dari harga asal kereta.
Jadi harga kereta sekarang ialah, = RM60,000 X 1.369 = RM 82,140 (Jumlah hutang dengan bank) (Beza dengan harga asal kereta sebanyak RM22,140)
Jumlah yang perlu dibayar setiap bulan pula, 12 bulan X 9 tahun = 108 bulan
RM 82,140 / 108 = +-RM761 (sebulan)
Untuk memiliki kenderaan bernilai RM60,000, seseorang itu sebaik-baiknya perlu memiliki gaji sebanyak RM2,500!
Ish ish ish, berita buruk kepada yang tengah merancang nak beli kereta ni, kena cepat-cepat uruskan pinjaman sebelum hari isnin depan la ye. Seronoknya bila terkenangkan pada satu masa dulu kadar faedah sewa beli kereta cuma 2.5 peratus setahun.
Bila kadar faedah sewa beli kereta nasional dan import dah semakin dekat, nampaknya rakyat tiada pilihan lain la selain terpaksa beli kereta nasional kan. Bagusnya kalau kualiti dan taraf kereta nasional tinggi seperti kenderaan import lain.
Apa-apa pun, semoga tiada yang teraniaya disebabkan peningkatan faedah sewa beli ni ye.
Wow, Selepas hampir 3-4 tahun Proton Persona berada di pasaran, Proton akhirnya mengeluarkan ‘Facelift’ bg model tersebut. Facelift membawa maksud menambahbaik rupa model kereta tersebut tanpa lari dari bentuk dan rupa yang asal. Bermakna Proton Persona Elegance ini akan mendapat lebih ciri-ciri dan rupa ekstra dan segala penambahan dari Proton.
Namun, NK agak kecewa dengan spesifikasi Proton Persona ini kerana agak kurang penambahan dari segi keselamatan. Cuma terdapat penambahan dari segi kosmetik seperti lampu belakang led serta penambahan bodykit. Namun, SRS Airbag tetap hanya terdapat pada model Hi-line dan Med-line. Tetapi, berlainan dengan model-model kereta dari jenama lain, Proton mempunyai kelebihan harga dengan spesifikasi yang disenaraikan,
Berikut merupakan harga yang telah dicadangkan,
Base Line (M) RM46,499
Base Line (A) RM49,499
Medium Line (M) RM52,999
Medium Line (A) RM55,999
High Line (A) RM59,499
Seperti yang dipaparkan, nampaknya model Hi-Line hanya terdapat pilihan transmisi automatik.
Lihat paparan gambar Proton Persona Elegance Facelift berikut
Recent Comments