Tag Archive | "Negara"

Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)


30 Oktober, Ahad, satu protes jalanan telah dibuat terhadap Namewee, dan dijalankan oleh Gerakan Anti Namewee (GAN). Jom tengok gambar bantahan terbuka ini,

Protes ini dijalankan bagi menyuarakan bantahan dan tidak puas hati terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan Namewee yang kini dianggap sebagai pembelot, dan penghina negara.

Cuba lihat pada kepingan ‘flyers’ yang disebarkan kepada umum, dan juga melalui media sosial internet.

gerakan anti namewee Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)gerakan anti namewee 2 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)

Kemudiannya, perhimpunan protes Namewee ini memang dijalankan dan agak ramai sokongan yang hadir dari orang awam.

Protes ini berlangsung secara aman dan dijalankan di depan MPKJ Lama sebelah Balai Polis Kajang (IPD).

Seluruh perjalanan bantahan dan protes ini dirakamkan dalam gambar dibawah :

gerakan anti namewee 3 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)gerakan anti namewee 4 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)gerakan anti namewee 5 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)gerakan anti namewee 6 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)gerakan anti namewee 7 Protes dan Gerakan Anti Namewee (GAN)

 

Berdasarkan pengalaman dan pelbagai kejadian sama sebelum ini, protes ini kemungkinan besar tidak akan memberi makna apa-apa dan akhirnya akan dilupakan orang ramai begitu sahaja.

Jikalau betul motif dan tujuan protes ini dilakukan, sewajarnya ianya dilakukan secara terancang dan lebih berkesan. Bak kata orang, sekadar protes kosong begini, akhirnya cuma Namewee yang akan mendapat nama dan publisiti murahan.

Wajar atau tidak wajar?

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s kembali lagi!


Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Ianya akan mula dijual di McDonald’s seluruh negara bermula pada 16 Jun 2011 (Khamis) akan datang dan sudah ianya akan menjadi menu pilihan peminat McDonald’s.

Agak-agaknya, mungkin tak lama lagi turut akan ditawarkan menu istimewa Ramadhan seperti tahun lepas iaitu, Double Grilled Chicken Burger Ramadhan Special!

Harga? Mungkin sama dengan tawaran tahun lepas agaknya.

Jom tengok keratan iklan yang dikeluarkan McDonald’s.

ingredient gcb mcdonalds malaysia Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!Mcdonalds grilled chicken burger Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!

Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Posted in FoodComments (2)

Bunyi Siren pelbagai negara ketika Perang Dunia ke-2


Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika perang dunia kedua, bunyi siren digunakan untuk memberi amaran kepada semua orang, jom tengok bunyi siren dari pelbagai negara.

Bunyi Siren inilah yang akan memberi amaran kepada semua orang, bahawa mungkin terdapatnya situasi merbahaya di luar dan meminta semua orang untuk mencari tempat perlindungan.

world war 2 air siren british Bunyi Siren pelbagai negara ketika Perang Dunia ke 2

Kebiasaanya digunakan untuk memberi amaran bahawa terdapatnya kapal terbang pesawat pejuang musuh yang menghampiri satu-satu kawasan itu.

Jom tengok bunyi siren untuk beberapa negara ini.

BRITISH

JERMAN

JEPUN

AMERIKA SYARIKAT

Kuat dan mengejutkan bukan bunyi Siren tersebut? Ianya sememangnya berguna ketika Perang Dunia Kedua, kerana dapat menyelamatkan ramai nyawa.

Agak-agaknya siren ni digunakan atau tidak ketika berlakunya bencana alam? sebagai memberi amaran kepada penduduk setempat untuk berjaga-jaga. Malaysia pun kena ada juga satu ni, agak-agaknya ada simpan lagi dalam Muzium kot.

Posted in RandomComments (0)

Fatine Gay tinggalkan suami di UK selepas terima Visa


Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari, pernah mendapat perhatian media berkenaan dikenakan tindakan imigresen di UK (United Kingdom), beliau tidak mahu pulang ke Malaysia.

Kes beliau yang berlaku pada hujung tahun 2009 dahulu, mendapat perhatian media antarabangsa dan tempatan, apabila beliau, yang secara terang-terang mengadakan hubungan homoseksual tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut pada undang-undang negara dimana  transeksual diharamkan, dan takut penghinaan dari masyarakat.

Beliau kemudiannya tinggal di UK setelah mengahwini ‘suaminya’ Ian Young, seorang rakyat British yang ditemuinya di Starbucks KLCC ketika Young sedang bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan.

fatine gay rakyat Malaysia Fatine Gay tinggalkan suami di UK selepas terima Visa

Setelah hampir 2 tahun menghabiskan masa dengan proses menguruskan isu imigresen beliau, beliau akhirnya diberi Visa untuk tinggal menetap di UK 2 minggu yang lalu. Yang mengejutkan beliau kemudianya membuat keputusan untuk meninggalkan suami beliau dan putuskan hubungan.

Menurut The Daily Mail, UK, Young ketika ditemui menyatakan beliau telah menghabiskan lebih £12,000 Pound Sterling ( lebih kurang RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.

Katanya, “Saya menggunakan setiap sen dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,”.

Dalam permohonan Fatine yang dikemukakan untuk memohon Visa, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak boleh pulang ke negara asal ekoran ugutan yang diterima beliau jikalau beliau pulang, mengancam nyawa beliau.

Macam-macam, orang dah lupakan kes dia ni, tapi kini timbul kes lain pula. Apa la agaknya anggapan warga British pada Kerajaan Malaysia lepas ni, tindakan beliau ni seumpama menghina agama, negara dan bangsa.

Posted in LOL, RandomComments (4)

Video : Rosmah Mansor kritik tragedi Jepun sebagai pengajaran


Selepas Berita Harian didakwa sebagai tidak sensitif dengan kisah tragedi di Jepun, kini Rosmah Mansor pula dikatakan mengeluarkan kenyataan yang dikritik ramai.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengeluarkan kenyataan berikut dalam satu temubual,

Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain, untuk apa-apa pun mereka nak buat, ataupun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan, seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan climate change dan green technology, termasuk juga negara kita.

Kenyataan beliau itu dikritik ramai oleh kerana pendapat beliau seolah-olah meletakkan salah berlakunya malapetaka semulajadi ini adalah kerana pembangunan di Jepun yang terlalu pesat sehingga leka pada alam sekitar.

rosmah mansor Video : Rosmah Mansor kritik tragedi Jepun sebagai pengajaran

Ramai orang mengatakan bahawa pendapat Rosmah tersebut adalah salah, kerana menurut fakta, Jepun merupakan negara yang jauh lebih maju dan membangun dalam teknologi Hijau berbanding kebanyakan negara maju lain, termasuk Malaysia.

Ramai juga yang mengatakan pendapat Rosmah adalah tidak masuk akal kerana tiada kaitan antara teknologi hijau dan bencana alam sekitar. Sudah terang dan nyata negara Jepun berada pada lingkaran kawasan yang berpotensi berlaku gempa bumi, bukan seperti Malaysia yang jauh dari lingkaran tersebut.

Video temubual tersebut.

Antara pelbagai komen umum di YouTube :

rosmah, stop embarrasing Malaysia will you?? I’m a malaysian and I’m telling you this, Japan is more concern about green technology compare to OUR own country okay. The earthquake and tsunami has nothing to do with what they did. What pengajaran are you talking about? Show some mercy please. I doubt you are even feel sorry - lsanguine

Nak cakap pasal teknologi hijau? Kita ada tak sistem kitar semula macam Jepun? – malaysianews

with tis statement, its even clearer that why our beloved malaysia took FOREVER to become a developed country…cause wif tis kind of leader and if they continue to bcome our leader.. imagine how malaysia can bcome… - lapdswat1988

if this statement was made by an average joe, it would be forgiven. But from one of our LEADER, it is unacceptable, it only shows how ignorant and shallow she is, and makes us wonders how on earth did she end up in such high position. – TheRaylance

Makes me wonder what she learned in school back then. She don’t even know how an earthquake happened. The more she speak, the more she make fool of herself. I’m so ashamed to have her as the “first lady” of this country – Cholic

It’s better to not say anything and at least look smart than to say the wrong things and demonstrate shallow level of general knowledge. – alliloveschocs

let me know if you can make a building that can hold an earthquake and tsunami scene without failing. You cant even make your own house leak free and here you are talking about weak building structure?! Where the hell you get your resources and common sense?! – shogunvitto

PENGAJARAN MY FOOT IF THIS HAPPEN TO MALAYSIA NOT EVEN AN ANT WILL SURVIVE CUZ OUR BUILDING CONSTRUCTION IS 10000000 TIMES WORST THAN JAPAN - wynelee

I hope CNN and Reuters and Al Jazeera get to watch this video, translated. They need to know what type of people handling my country. – enixism

Apa pendapat anda? Suarakan pendapat anda pada ruang komen dibawah, atau terus ke Twitter @notakosong

Posted in Malaysia, News, WorldComments (9)

Justin Bieber sambut Hari Lahir dengan derma air


Hari ini, 1 Mac 2011, merupakan Hari Lahir ke-17 Justin Bieber dan artis muda popular tersebut menggesa peminat beliau untuk menderma kepada badan kebajikan.

Badan Kebajikan yang dipilih oleh Justin Bieber tersebut ialah Charity Water. Charity Water merupakan pertubuhan kebajikan yang menfokuskan derma dari orang awam kepada aktiviti membekalkan bekalan air bersih di negara-negara membangun.

justin bieber charity water birthday Justin Bieber sambut Hari Lahir dengan derma air

Justin Bieber, melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook berkata, beliau berharap untuk dapat berkongsi tahun yang gemilang bagi beliau dan sambutan hari lahirnya dengan mengumpul dana sekurang-kurang USD$ 17,000 untuk didermakan kepada Charity Water.

Beliau menyeru jikalau setiap seorang dari ribuan peminat beliau mampu menderma USD$17, ianya tidak akan memakan masa yang lama untuk mencecah jumlah yang dinyatakan.

Beliau turut menyeru peminat beliau untuk menyebarkan niat murni untuk menderma tersebut dengan hashtag #makeachange.

Peminat sudah menderma, Justin Bieber tak ada nak menderma apa-apa?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Tawon – Kereta Nasional ciptaan Indonesia


Telah wujud beberapa jenama kereta ciptaan negara jiran kita, Indonesia. Namun hanya beberapa jenama yang masih kekal dalam penghasilan, salah satunya ialah Tawon.

Dari rupa luaran, mungkin ramai akan berpendapat bahawa hasil ciptaan original dari Indonesia ini mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki, dan amat ketinggalan rupa bentuknya berbanding banyak jenama lain.

Kereta Tawon ini merupakan hasil ciptaan dan binaan sebuah syarikat di Jakarta, Indonesia, PT Super Gasindo Jaya.

Kereta ini dilengkapi dengan enjin bersaiz 650cc dan mempunyai saiz yang kecil.

Oleh kerana kapasiti enjin yang kecil, Kereta Tawon memberikan penjimatan minyak bagi setiap pemiliknya.

Malah, saiz yang kecil itu memberi jaminan untuk kemudahan bergerak didalam bandar utama yang sesak seperti bandar Jakarta.

Spesifikasi Tawon,

Tawon Specification

Engine: 4 Stroke 3 silinder Dual Fuel
Engine combustion chamber capacity: 650 cc
Fuel: Premium and Gas
Manual transmission: 4 Speed
Passenger capacity: 4 people
Estimate selling price: IDR 48 million (Indonesia) (+-RM 16,779.967)

Sehingga kini, syarikat yang menghasilkan Tawon, PT Super Gasindo Jaya, masih dalam peringkat kajian untuk menambaik Tawon dengan menambah kelengkapan Power Steering dan juga penghawa dingin.

Apa pendapat anda?

Gambar Kereta Tawon

tawon car Tawon   Kereta Nasional ciptaan Indonesia

Tawon indonesia car Tawon   Kereta Nasional ciptaan Indonesia

Posted in Automotive, NewsComments (9)

Matahari jadi milik wanita dari Sepanyol


Angeles Duran yang berasal dari Galician, Sepanyol, menyatakan dirinya sebagai pemilik sah bagi bintang paling besar, Matahari.

Angeles Duran mendakwa, oleh kerana beliau merupakan pemilik Matahari, beliau akan berusaha untuk mengutip cukai dari sesiapapun yang menggunakan tenaga hasil dari matahari.

Menurut beliau, selama ini memang ada perjanjian antarabangsa dimana tidak ada satu negara atau bangsa pun yang boleh mendakwa mereka sebagai pemilik bulan-bulan dan planet-planet.

Namun, tidak ada satu pun kenyataan yang mendakwa seseorang individu tidak boleh menjadikan bintang sebagai milik mereka.

Beliau melalui peguam beliau telah mengesahkan bahawa beliau merupakan pemilik bintang Matahari.

Duran berkata, hasil dari cukai yang bakal dikutip beliau tersebut akan disumbangkan 50% kepada bajet negeri, 20% bajet minimum pencen, 10% untuk bidang pengajian dan pembangunan, dan 10% untuk menghentikan kelaparan dalam dunia.

Beliau dikatakan cuma mahu 10% dari hasil kutipan cukai tersebut.

Beliau mendakwa bintang matahari yang terletak lebih 149,600,000 batu itu menghasilkan begitu banyak sumbangan lebih-lebih lagi dalam penghasilan tenaga solar.

Angeles Duran matahari Matahari jadi milik wanita dari SepanyolAngeles Duran Matahari jadi milik wanita dari Sepanyol

Posted in News, WorldComments (10)

Program Transformasi Ekonomi : Lebih banyak kelab malam akan dibina?


Berdasarkan Program Transformasi Ekonomi, Datuk Seri Najib Razak ingin memajukan lagi industri pelancongan dalam negara.

Dan berdasarkan perancangan, turut terlibat ialah penubuhan beberapa kelab malam baru, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan menaikkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP

Ini dengan tujuan memperkasakan sektor pelancongan agar dapat menarik lebih ramai pelancong hadir ke Malaysia.

Beberapa kawasan telah dicadangkan untuk dibangunkan, seperti Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Melalui beberapa kerjasama lain, lain kawasan yang akan dibangunkan sebagai kawasan hiburan baru ialah kawasan di sekitar Central Market (CM).

Dikatakan juga kawasan yang diberi tumpuan tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan 24 jam, kawalan keselamatan, pengangkutan dan infrastruktur,

Namun, kawasan hiburan yang dibangunkan akan terletak jauh dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Apa pendapat anda?

kelab malam Program Transformasi Ekonomi : Lebih banyak kelab malam akan dibina?

Posted in Malaysia, NewsComments (4)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)







Partly powered by CleverPlugins.com