Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.
Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.
Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.
Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.
Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari ‘Proton Pahlawan Series‘.
Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).
Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.
Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.
Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.
Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.
Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!
Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.
Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!
Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.
Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.
Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~
Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.
Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.
Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!
Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.
Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS.
Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.
Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)
Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.
Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.
Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!
Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!
Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!
Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.
Maxis telah mula menawarkan penjualan Apple iPhone 4 di kebanyakan Maxis Centre, dan pelanggan kini boleh mula menempah pembelian Apple iPhone 4 dari Maxis.
Maklumat mengenai Apple iPhone 4 akan mula ditawarkan di Maxis Centre terpilih di Lembah Klang mulai 26 September 2010 (Ahad).
Berikut merupakan Maxis Centre terpilih yang akan menawarkan Apple iPhone 4 pada 26 September.
Dimana untuk dapatkan Apple iPhone 4?
Maxis Centre KLCC
Ground Floor,
Menara Maxis,
50088 Kuala Lumpur.
Maxis Centre TTDI
43, Jalan 2/71,
Off Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Pavillion
Lot 1.31, Level 1,
The Pavillion Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Sunway Pyramid
Lot F1.99, First Floor,
Sunway Pyramid Phase 2,
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
46150 PJ, Selangor.
Maxis Centre MidValley Gardens
Lot T-231, 3rd Floor,
The Gardens,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
Manakala bagi penjualan di Maxis Centre lain seluruh negara maklumat mengenai penjualan Apple iPhone 4 akan ditawarkan bermula 27 September 2010 (Isnin).
Menurut Maxis, Harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 manakala bagi model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290.
Berikut pula merupakan Harga untuk setiap Pakej dan Plan Data dan harga Apple iPhone 4 dari Maxis.
Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.
Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.
Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.
We’re kind of puzzled. What do you think this means?
(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)
Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.
4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)
Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)
Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini
Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?
Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,
Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~
Nampaknya Maxis dan Digi sedang bersiap sedia untuk lancarkan Apple iPhone 4 bersama-sama dengan pengumuman mengenai Plan dan Pakej talian.
Khabar angin yang mungkin 100% benar ini boleh disahkan melalui pengumuman terkini dari laman web Digi dan Maxis mengenai Apple iPhone 4.
Berdasarkan maklumat yang NK dapat, berkemungkinan tinggi Apple iPhone 4 dan Plan panggilannya akan diperkenalkan pada minggu hadapan. Dan kedua-dua Maxis dan Digi masing-masing mempunyai Pakej Plan Panggilan dan Data yang amat menarik untuk pengguna.
Berdasarkan ura-ura yang belum dapat disahkan juga, Apple iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi akan diletakkan harga yang lebih murah berbanding Maxis, namun perbezaan dalam Pakej Plan Panggilan dan Data akan mempengaruhi pilihan pembelian pengguna.
Keterangan lanjut mengenai Apple iPhone 4 telah NK kongsi pada kiriman yang lalu. Namun disini terdapat sedikit maklumat mengenai Apple iPhone 4 :
Retina Display
Kamera 5 MP
Lebih nipis berbanding model Apple iPhone yang sebelumnya
Mempunyai kamera depan untuk fungsi Facetime
Maklumat lanjut sila layari laman web Maxis atau Digi.
Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!
Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.
Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.
Apple iPod Touch 4
Retina Display dengan skrin 3.5 inci
Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
Mempunyai Speaker dan Mikrofon
Dilengkapi iOS 4.1
Harga bermula RM829
Apple iPod Nano 6th Gen
46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
Skrin dengan teknologi multitouch
Bateri tahan selama 24 jam
Harga bermula RM549
Apple iPod Shuffle
Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
Bateri tahan selama 15 jam
Simpanan sebanyak 2GB
Harga bermula RM179
*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia
Selepas terdapat banyak khabar angin bahawa Google akan melancarkan perkhidmatan email, Gmail Versi baru, ia kini telah tiba! Nampaknya perubahan yang terdapat pada versi baru agak menyerupai seperti yang ada pada khabar angin sebelum ini.
Rupa Gmail Sebelum,
Rupa Baru Gmail terkini,
Seperti yang anda boleh lihat ada gambar diatas, terdapat beberapa perubahan yang agak ketara pada interface Gmail yang baru ini, seperti :
Lambang Gmail yang telah berubah sedikit
Fungsi Compose Mail yang dahulunya sekadar URL kini dah jadi Button
Fungsi Select dengan pilihan seperti All, None, Unread, kini telah dijadikan drop-down button.
Recent Comments