Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.
Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.
Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.
We’re kind of puzzled. What do you think this means?
(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)
Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.
4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)
Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)
Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini
Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?
Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,
Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~
Nampaknya Maxis dan Digi sedang bersiap sedia untuk lancarkan Apple iPhone 4 bersama-sama dengan pengumuman mengenai Plan dan Pakej talian.
Khabar angin yang mungkin 100% benar ini boleh disahkan melalui pengumuman terkini dari laman web Digi dan Maxis mengenai Apple iPhone 4.
Berdasarkan maklumat yang NK dapat, berkemungkinan tinggi Apple iPhone 4 dan Plan panggilannya akan diperkenalkan pada minggu hadapan. Dan kedua-dua Maxis dan Digi masing-masing mempunyai Pakej Plan Panggilan dan Data yang amat menarik untuk pengguna.
Berdasarkan ura-ura yang belum dapat disahkan juga, Apple iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi akan diletakkan harga yang lebih murah berbanding Maxis, namun perbezaan dalam Pakej Plan Panggilan dan Data akan mempengaruhi pilihan pembelian pengguna.
Keterangan lanjut mengenai Apple iPhone 4 telah NK kongsi pada kiriman yang lalu. Namun disini terdapat sedikit maklumat mengenai Apple iPhone 4 :
Retina Display
Kamera 5 MP
Lebih nipis berbanding model Apple iPhone yang sebelumnya
Mempunyai kamera depan untuk fungsi Facetime
Maklumat lanjut sila layari laman web Maxis atau Digi.
Nampaknya terdapat ura-ura terbaru mengenai pelancaran Perodua Myvi baru menggantikan rupa Perodua Myvi yang sekarang pada April 2011.
Setelah banyak model facelift Myvi yang telah diperkenalkan, contohnya seperti Myvi SE, Myvi LE, malah Myvi EE, akhirnya rupa Perodua Myvi ini akan diubah bentuk sepenuhnya.
Malah, rupa Perodua Myvi baru yang bakal menggantikan yang lama ini akan berdasarkan Model yang telah diperkenalkan di Jepun, iaitu Daihatsu Boon tahun 2010.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perodua Myvi baru ini akan turut dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang baru. Sebelum ini Perodua Myvi hanya dilengkapi dengan enjin berkuasa 1.0L dan juga 1.3L, tetapi, Perodua Myvi 2011 ini akan turut didatangkan dengan enjin pilihan 1.5L.
Mengenai rupa luaran Perodua Myvi baru ini pula, keseluruhanya akan kemungkinan berdasarkan model Daihatsu Boon 2010 yang akan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Yang menarik, berkemungkinan besar model Perodua Myvi 2011 ini akan didatangkan lengkap dengan lampu depan Projektor!.
Rupa dalaman Perodua Myvi 2011 ini berkemungkinan akan berlainan sepenuhnya dengan rupa yang sebelum ini. Aksesori tambahan pilihan berkemungkinan turut menjadi pilihan ialah pilihan untuk menambah skrin LCD bersaiz 5 inci atau 7 inci.
Namun tiada maklumat mengenai Harga Perodua Myvi 2011 baru ini yang dapat diperoleh, berkemungkinan besar ianya akan menghampiri RM60,000 tanpa insuran spesifikasi penuh.
Apa-apa pun, berikut merupakan gambar model kereta Daihatsu Boon 2010 yang menjadi asas Perodua Myvi 2011.
Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!
Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.
Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.
Apple iPod Touch 4
Retina Display dengan skrin 3.5 inci
Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
Mempunyai Speaker dan Mikrofon
Dilengkapi iOS 4.1
Harga bermula RM829
Apple iPod Nano 6th Gen
46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
Skrin dengan teknologi multitouch
Bateri tahan selama 24 jam
Harga bermula RM549
Apple iPod Shuffle
Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
Bateri tahan selama 15 jam
Simpanan sebanyak 2GB
Harga bermula RM179
*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia
Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.
Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :
Bermula
7 September 2010 : 9 Malam
Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi
Bermula
15 September 2010 : 9 Malam
Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi
Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.
Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.
Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.
Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.
Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.
Recent Comments