Tag Archive | "Pahang"

Rozaliya Mat Lazim tipu penculikan elak dari Kahwin


Rozaliya Mat Lazim yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu telah ditemui pihak polis, dan perkara pertama yang diminta ialah membatalkan perkahwinan.

Rozaliya ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dan beliau didapati bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam berhampiran situ.

Penemuan Rozaliya ini dibantu oleh penyelia kedai serbaneka tersebut yang terlihat akan gambar Rozaliya yang terpampang di muka akhbar beberapa hari sebelum.

Rozaliya ketika ditemui tidak menolak atau melawan untuk dibawa pulang, malah beliau rela dan cuma permintaan beliau ialah supaya majlis perkahwinan beliau tidak diteruskan.

Rozaliya Mat Lazim yang sepatutnya bakal disandingkan dengan Mohd Helmi Mohd Noor, selepas setahun melalui ikatan pertunangan, dikatakan sudah tidak selesa dengan Mohd Helmi yang telah berubah sikap sepanjang pertunangannya.

Rozaliya mendakwa tunangnya itu terlalu mengongkong dan merupakan seorang yang panas baran.

Pihak Polis mengatakan bahawa tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kes ini, dan ianya lebih kepada masalah berunsurkan peribadi.

SMS yang diterima oleh Mohd Helmi juga dikatakan hanyalah rekaan Rozaliya semata-mata.

Maklumat lanjut mengenai kehilangan Rozaliya boleh didapati pada kiriman sebelum ini.

Rozaliya Mat Lazim culik tipu Rozaliya Mat Lazim tipu penculikan elak dari Kahwin

Posted in Malaysia, NewsComments (4)

Rozaliya Mat Lazim hilang dipercayai diculik


Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan, Rozaliya Mat Lazim, 20 tahun telah diculik, dipercayai di Pekan Kuantan, Pahang.

Mangsa yang akan bersanding pada 12 November ini dikatakan sedang sibuk membeli-belah untuk persiapan perkahwinan beliau tidak lama lagi.

Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian blaus warna hitam dan seluar jeans gelap.

Sebelum itu, mangsa keluar bersama tunangnya bernama Mohd Helmi Mohd Nor, 24 tahun, ke sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan.

Namun Helmi terpaksa pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh seketika kerana ada urusan penting, dan berjanji untuk kembali semula dalam jam 3 petang.

Ketika itu, Helmi mendakwa beliau menerima satu SMS dari Rozaliya yang menyatakan dia diekori oleh 2 orang lelaki, “abang datang cepat, saya takut”. Berdasarkan SMS tersebut, mereka mengesyaki Rozaliya telah diculik oleh 2 lelaki yang mengekorinya itu.

Helmi terus mencari tunangnya itu sehingga 6 petang, sebelum pencarian disambung semula bersama ahli keluarga yang lain sehingga 11 malam di kawasan berdekatan situ.

Kemudian mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, apabila jam mencecah 12 malam itu juga.

Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222.

Diharap sesiapa yang menyaksikan kejadian penculikan yang berlaku, atau saksi yang mengesyaki berlakunya penculikan sila hubungi pihak polis dengan segera.

Rozaliya Mat Lazim Rozaliya Mat Lazim hilang dipercayai diculik

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!


Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, TravelComments (5)

RM20,000 untuk Mat Rempit paling perlahan


Wang hadiah tunai berjumlah RM20,000 telah disediakan untuk Mat Rempit yang berjaya untuk berlumba sebagai Mat Rempit paling perlahan. Tak pernah dalam sejarah manusia rasanya ada pertandingan seumpama ini diwujudkan untuk Mat Rempit.

rempit RM20,000 untuk Mat Rempit paling perlahan

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menyatakan bahawa lebih 1,600 remaja telah dikenalpasti sebagai Mat Rempit. Kesemua remaja tersebut adalah dijemput untuk turut serta pertandingan ini.

Perlumbaan Mat Rempit paling perlahan ini akan dibahagikan kepada beberapa Kategori, dan jarak yang dipertandingkan ialah 50 Meter.

“Mereka dibenarkan berlumba dalam apa gaya sekalipun, namun mereka perlu mempunyai kemahiran untuk tiba ke garisan penamat dan memenangi perlumbaan”, begitulah apa yang diberitahu oleh beliau.

Turut dinyatakan ialah ianya merupakan pertama kali diadakan, dan merupakan salah satu langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah sosial di negeri itu. Pelbagai lagi aktiviti dan program untuk rakyat akan diadakan.

Sumber : NST

Macam-macam kan? NK tak pasti macam mana dengan perlumbaan ini akan menyedarkan Mat-mat Rempit ni. Macam lagi seronok je Mat Rempit nanti ada la kot, menang RM20,000, ubahsuai motor lagi la kan.

Nah kalau siapa yang tak kenal Mat Rempit, yang kat bawah ni Mat Rempit.

mat rempit RM20,000 untuk Mat Rempit paling perlahan

Posted in LOL, Malaysia, WeirdComments (10)

Zul Ariff Abdullah nak jadi doktor – titah Tengku Puan Pahang


Ingat lagi tentang kes pelajar pintar yang menyamar jadi Tuan Muda Tengku Mahkota Pahang tu? Kes yang dahulu ada NK paparkan sebelum ni. Pelajar tersebut yang bernama Zul Ariff Abdullah sebenarnya bercita-cita hendak ke Ireland dan menuntut pelajaran untuk menjadi seorang Doktor pakar. Namun beliau tidak ditawarkan biasiswa kerana hanya memperoleh 9A dan 1B, lalu ini menyebabkan beliau kecewa. Itulah antara kandungan dalam keratan dari artikel di Kosmo Online.

Read the full story

Posted in LOL, Malaysia, PictureComments (1)

Pelajar bijak jadi Tengku Mahkota Pahang


Pandai betul pelajar seorang ni, berjaya menipu ramai orang besar berjawatan tinggi dalam kerajaan dengan menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang. Pelajar ini berjaya menceroboh dua Kem PLKN dengan menyamar sebagai kerabat diraja Pahang. Malah beliau juga berjaya memalsukan dokumen dengan menyatakan surat yang kononnya dari Istana untuk membuat lawatan rasmi ke kem PLKN tersebut.

Pelajar ini yang berjaya memperoleh 9A dan 1B dalam keputusan SPM baru-baru ini merupakan pelajar terbaik dalam Sekolah Menengh beliau di Bera.

Ish ish ish, kesian juga kat pelajar ni, rugi betul jadi pelajar pintar, tapi salah guna untuk menipu orang ramai.

Read the full story

Posted in LOL, Malaysia, PictureComments (25)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com