Tidak hairan kalau ada sesetengah diantara kita yang tidak suka makan apatah lagi bau durian. Tapi tahukah anda, kucing pun minat makan durian tau?
Dikatakan kalau makan durian dalam jumlah yang banyak, badan akan terasa panas, dan suhu badan pula akan meningkat. Bagaimana pula dengan kucing? Suhu badan kucing pun boleh meningkat macam manusia kalau makan durian?
Orang kata, kalau anda tak minat makan durian, bermakna anda dah kerugian satu nikmat dunia!
Ada antara kucing ni, sampai memilih kalau makan durian. Nak durian yang gred mahal je, Musang King la, D24 la. Kalau durian gred murah, bau je dah lari. Amboi, kucing pun pandai memilih durian.
Apa-apa pun, jom tengok video YouTube gelagat kucing yang minat makan durian dibawah ini.
Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.
Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.
Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.
Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :
UAE – RM1.22 / L
Baharin – RM0.89 / L
Qatar – RM0.72 / L
Kuwait – RM0.69 / L
Libya – RM0.46 / L
Arab Saudi -RM0.39 / L
Iran -RM0.36 / L
Nigeria – RM0.33 / L
Turkmenistan – RM0.26 / L
Venezuela – RM0.16 / L
Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.
Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.
Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!
Nampaknya selain dari Proton Pahlawan Series, Proton membawa lebih kejutan dengan menampilkan PROTON Satria NEO R3 Concept car di KLIMS 2010.
Kereta Konsep Proton yang sudah terang dan nyatanya berasaskan Proton Satria Neo ini dibangunkan oleh bahagian Race, Rally, Research (R3) Proton sendiri.
Ianya dilengkapi dengan enjin Proton CAMPRO CPS Turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 200hp dan 250Nm torque!
Malah ianya diisytiharkan sebagai Proton Satria Neo paling laju pernah dihasilkan oleh Proton!
Satria Neo ini dihasilkan dalam warna Hitam eksklusif R3 menggantikan warna rasmi R3 yang sebelum ini warna merah.
Spesifikasi PROTON Satria NEO R3 Concept
BODY
PROTON SATRIA NEO
2 door compact
R3 bolt-on CDS 4-point half roll-cage
DIMENSIONS
Overall length – 4473mm
Width – 1821mm
Wheelbase – 2600mm
Track front – 1488mm
Track rear – 1488mm
ENGINE
16V 1597cc CAMPRO 4-cylinder in line DOHC
R3 forged pistons 11:1 comp ratio
R3 steel conrod
R3 performance camshafts
R3 reworked cylinder head
R3 4-2 exhaust system stage 3
R3 carbon airbox
R3 management computer
170PS/200hp & 200Nm @ wheel
TRANSMISSION
R3-spec close ratio gearbox
INTERIOR
R3-designed interior wrapped with Alcantara and Nappa leather
SPARCO steering wheel R323, 330mm with R3 60mm spacer
R3 4-point half roll-cage, colour-coded yellow
SUSPENSION
Front
McPherson strut with stabiliser bar
R3-tuned Ohlins coilovers
Rear
Multi link with stabiliser bar
R3-tuned Ohlins coil over
WHEELS AND TYRES
R3-designed 15” wheels M7510 Wheel Assy 15 x 7 ET 37
Bridgestone Potenza RE55S semi slick tyre 190/50 R15
BRAKES
AP Racing 4-pot brake system
AP Racing floating disc 295mm
AP Racing performance brake pads
@Lyn Fnf
Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa harganya?
Disebabkan ini hanyalah kereta konsep, ianya tidak akan dijual oleh Proton, dan ianya hanya sekadar menampilkan apa yang Proton mampu lakukan untuk terus maju pada masa hadapan.
Melayu moden boleh cium-cium? Dahsyat budak-budak melayu sekarang ni, semakin berani, semakin panas, semakin…. bodoh?
Aksi mereka ini dirakam dalam sebuah video di YouTube, lokasi kejadian, KLCC
Sepasang kekasih yang terlalu asyik memadu kasih ni, tanpa memikirkan bahawa mereka berada di khalayak ramai dan di tengah-tengah ibukota boleh bertindak panas pula.
Tanpa segan silu dengan orang yang lalu-lalang, pasangan kekasih ni dengan suka hati melakukan aksi ghairah mereka pulak.
Dipercayai kedua-dua lelaki dan perempuan ini masih lagi bawah umur, bermaksud mereka ini masih lagi pelajar sekolah menengah mungkin.
Antara perbualan dalam video tersebut,
“Tadi dia nak balik,”
“Nak buat macam mana, Aku tak penting,”
“Break je awek kau ni,”
“Aku bagi dia pilihan tadi, nak KLCC ke nak aku,”
“Kau nak tinggalkan dia ke? bodoh!”
“Kat New York bai!”
Malah, yang memalukan, mereka yang merakam video ini ialah rakan-rakan kepada pasangan tersebut.
Bangga dengan kononnya tindakan mereka ni umpama orang di luar negara, konon-konon moden dengan cara kehidupan orang barat.
Apa la perasaan mak bapak kedua-dua orang ni ye? “Get a room please,”
Nantikan Video yang akan dimasukkan lewat malam ini.
Sementara itu saksikan gambar-gambar dari video tersebut.
Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.
Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.
Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.
Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.
Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.
Harga di Semenanjung Malaysia
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga di Sabah dan Sarawak
Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga di Langkawi (Bebas Cukai)
Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.
Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.
Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.
Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.
Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.
Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!
Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!
Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.
Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.
Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.
Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.
Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.
Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,
Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.
Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira!
Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini turut dikatakan akan diumumkan kepada masyarakat umum atau ‘soft launch’ pada 16 Oktober ini.
Berkenaan dengan harga Proton Inspira pula, ura-ura adalah seperti berikut :
Hmm, Nampaknya harga Proton Inspira ini kelihatan seperti agak mahal atau lebih premium berbanding model Proton yang lain selama ini,
Yang menarik, Proton Inspira baru ini turut akan diberi tambahan ekstra servis PERCUMA selama 2 tahun! PERCUMA termasuk upah kerja dan juga segala alat gantian!
Nantikan UPDATE gambar baru mengenai Proton Inspira ini!
Buat masa sekarang, berikut merupakan keratan iklan Proton Inspira yang tersebar luas.
Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!
Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.
Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!
Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.
Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.
Recent Comments