Tag Archive | "Paramore"

Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!


Justin Bieber LIVE in KL??! Wah, Habis la semua gadis-gadis di Malaysia ni bukan main lagi bersorak apabila idola kegilaan ramai ni datang pula ke Malaysia!

Hebat sungguh Tune Talk, sebelum ini mereka berjaya bawakan Paramore ke Kuala Lumpur, dan kini Justin Bieber pula!

Menurut apa yang diwar-warkan, Konsert Justin Bieber Live in KL ini akan diadakan pada 21 April 2011, namun tapak lokasi konsert masih belum dinyatakan dengan jelas, dan boleh diagak kemungkinan tempat yang sama dengan konsert Paramore, Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan.

Harga tiket pun belum lagi diumumkan, masih menjadi rahsia. Tetapi, bertuah bagi semua pelanggan Tune Talk anda sudah boleh dapatkan tiket anda seawal 15 Januari 2011 ini di Bangsar Village 2!

Justin Bieber di Malaysia? Maaf la, bukan peminat tegar JB, cukup la dah kecewa hati dengan kisah Justin Bieber dan Selena Gomez, Sigh,

Nantikan entri penuh mengenai konsert Justin Bieber Live in Kuala Lumpur.

Oh lupa pula, perkara ni memang sudah disahkan berdasarkan status Twitter @TuneTalk.

p/s : Agak-agak, konsert ni ada bantahan orang ramai tak? demonstrasi benci Justin Bieber ke kan? Eh, Selena Gomez ikut tak? Haha,

tune talk justing bieber Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!justin bieber live in kl konsert Justin Bieber LIVE in KL dibawakan oleh Tune Talk!

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (4)

Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010


Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!

Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.

Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.

Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!

Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??

“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”

- Adam Lambert

Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~

 Adam Lambert The Glam Nation Konsert di Malaysia 2010

http://www.adamofficial.com/my/news/adam-lambert-glam-nation-tour-live-malaysia-2010

Posted in Celebrity, EventsComments (8)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com