Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.
Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.
Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.
Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.
Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,
Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.
Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira!
Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini turut dikatakan akan diumumkan kepada masyarakat umum atau ‘soft launch’ pada 16 Oktober ini.
Berkenaan dengan harga Proton Inspira pula, ura-ura adalah seperti berikut :
Hmm, Nampaknya harga Proton Inspira ini kelihatan seperti agak mahal atau lebih premium berbanding model Proton yang lain selama ini,
Yang menarik, Proton Inspira baru ini turut akan diberi tambahan ekstra servis PERCUMA selama 2 tahun! PERCUMA termasuk upah kerja dan juga segala alat gantian!
Nantikan UPDATE gambar baru mengenai Proton Inspira ini!
Buat masa sekarang, berikut merupakan keratan iklan Proton Inspira yang tersebar luas.
Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.
Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.
Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.
Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Nampaknya Proton telah mengeluarkan Proton Gen2 dengan rupa yang telah diubahsuai. Sekali pandang, saling tak tumpah macam rupa Proton Saga SE, sebab bumbungnya yang berlainan warna kan. Tidak banyak yang berubah dari segi luaran, apa yang boleh nampak dengan jelas sudah pasti bumbung yang diwarnakan hitam. Hmm… itu je kot? lain macam tak berubah.
Saksikan Gambar Proton Gen2 dengan rupa baru ini dibawah. Tekan pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas dan besar.
Yang menariknya, walaupun ada perubahan rupa fizikal sedikit, harga untuk Proton Gen2 Model High-Line tetap sama dan tidak berubah, kekal dengan harga asal. Dan yang sudah pasti, model High-Line didatangkan dengan Enjin Campro CPS yang mampu menghasilkan 125hp berbanding Campro IAFM dengan hanya 110HP.
Dikatakan juga, Model Medium-Line yang sebelum ni hanya dilengkapkan dengan enjin Campro IAFM, turut akan disuaikan dengan enjin Campro CPS. Malah bertambah menarik apabila diumumkan penurunan RM1,500 dari harga asal untuk Proton Gen2 Model Medium-Line ini!
Wah, berita ni sangat menarik. NK baru je baca artikel dari paultan.org tentang Proton Satria Neo R3 yang diubahsuai dengan kerjasama Lotus Racing ni. Kereta ni dijual dengan harga RM115,ooo! Mungkin ramai yang akan kata, Kenapa mahal sangat??!!
Ok, kenapa sebabnya adalah, Proton Satria Neo R3 ini berupaya menghasilkan kuasa kuda setinggi 145hp! Ekstra 20hp berbanding Proton Satria Neo CPS biasa!. Tapi bukan tu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Kaliper Brek 4-pot dari AP Racing dan Sistem Suspensi dari Öhlins. NK baca dari komen-komen kat situ, dua barang tersebut sahaja sudah boleh mencecah harga hampir RM40,000! Tambah lagi dengan bodykit dan styling kit dari Lotus, serta juga sistem kendalian “Tuned by Lotus”. NK akan kata, betul, memang harga itu agak logik.
Tapi kan, untuk kereta jenis NA, memang Proton Satria Neo R3 sangat hebat, tetapi, dalam lingkungan harga tersebut, NK rasa lebih berbaloi beli kereta yang lengkap dengan turbocharge contoh pling dekat ialah Peugeot 308 Turbo.
Saksikan paparan dari paultan.org ini.
Proton today launched a very special version of their Neo CPS – the Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Priced at RM115,000 it has various equipment upgrades including an engine tune-up. Now producing 145 bhp and 168 Nm of torque, the R3 engine is a substantial 25 bhp and 18 Nm up on the standard CPS motor. 0-100 km/h is now done in 9.2 seconds and top speed is 200 km/h, compared to 10.5 seconds and 190 km/h for the standard Neo CPS manual.
——–
R3 has plans to make 25 units of the Satria Neo R3 Lotus Racing Edition. Our sources say that 11 units are already accounted for, and we reckon that Proton will have no problems selling off the remaining units. They will of course come up with a second batch if response and demand is sufficient.
Wow, Selepas hampir 3-4 tahun Proton Persona berada di pasaran, Proton akhirnya mengeluarkan ‘Facelift’ bg model tersebut. Facelift membawa maksud menambahbaik rupa model kereta tersebut tanpa lari dari bentuk dan rupa yang asal. Bermakna Proton Persona Elegance ini akan mendapat lebih ciri-ciri dan rupa ekstra dan segala penambahan dari Proton.
Namun, NK agak kecewa dengan spesifikasi Proton Persona ini kerana agak kurang penambahan dari segi keselamatan. Cuma terdapat penambahan dari segi kosmetik seperti lampu belakang led serta penambahan bodykit. Namun, SRS Airbag tetap hanya terdapat pada model Hi-line dan Med-line. Tetapi, berlainan dengan model-model kereta dari jenama lain, Proton mempunyai kelebihan harga dengan spesifikasi yang disenaraikan,
Berikut merupakan harga yang telah dicadangkan,
Base Line (M) RM46,499
Base Line (A) RM49,499
Medium Line (M) RM52,999
Medium Line (A) RM55,999
High Line (A) RM59,499
Seperti yang dipaparkan, nampaknya model Hi-Line hanya terdapat pilihan transmisi automatik.
Lihat paparan gambar Proton Persona Elegance Facelift berikut
Nampaknya hasil kerjasama Proton dan Italdesign-Giugiaro berjaya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan rakyat malaysia! Di Motor Show di Geneva, Proton telah mendedahkan Proton Concepts Cars iaitu Proton EMAS. Proton EMAS ini walaupun bersaiz kecil, tapi mempunyai keluasan dalaman kereta yang sama dengan sebuah SUV.
EMAS yang membawa maksud ‘Eco Mobility Advance Solution’ merupakan hasil teknologi kenderaan Hibrid (Hybrid) gabungan teknologi kejuruteraan dari LOTUS. Dibekalkan dengan enjin 1200cc, dikatakan kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 170km/h!.
Lotus Evora akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan depan. Namun Harga bagi kereta tersebut belum lagi ditetapkan secara rasmi. Kalau kat United Kingdom, kereta ni dijual lebih kurang 50,000 pound, jadi NK rasa lingkungan haraga kereta ni lebih kurang RM300,000 – RM400,000. Tapi masih dalam perbincangan dengan kerajaan, kemungkinan struktur harga ini akan ditukar. Mungkin kerana Lotus merupakan milik Proton, maka Lotus juga akan dikira cukai sama seperti kereta Nasional. Wah, itu berita baik tu. Mungkin Lotus Evora nanti dijual dengan harga RM200,000 ke kan, boleh NK beli kereta baru . Cantik tu Lotus Evora, malah ia dikatakan lebih cantik dari Lotus sebelum ni, Lotus Exige dan Lotus Elise, malah lagi besar pula tu.
Menurut apa yang NK baca juga, Proton akan lancarkan enjin Proton Campro Turbo baru hujung tahun ni, cuba baca kenyataan dari Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir ni,
“Kami sedang memajukan enjin campo turbo yang boleh didapati menjelang akhir tahun atau paling lewat menjelang awal tahun depan. Ini bakal menjadi ciri bagi semua kereta kami,” katanya.
Selepas 25 tahun beroperasi, Syed Zainal Abidin berkata Proton berhasrat menceburi arena antarabangsa dan Geneva Motor Show adalah langkah pertama ke arah itu dan “kami akan meneruskannya dari situ.”
Dr Mahathir yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, banyak perubahan telah dibuat sejak lawatan terakhirnya ke Lotus kira-kira enam tahun lalu.
Beliau berkata, Lotus telah mencapai banyak kemajuan, baik dari segi prestasi sebenar mahupun idea yang dikemukakan oleh pengurusan.
“Saya telah melihat sebahagian daripada kemajuan teknologi yang telah mereka capai, dan seperti yang kita tahu, kereta yang saya pandu tadi, Evora, adalah daripada teknologi Lotus kerana kita berdepan dengan keperluan meningkatkan kuasa enjin.
“Jadi, ini soal sama ada kita tukar enjin atau naikkan taraf enjin. Lotus sebenarnya telah membantu menaikkan taraf enjin; ia sekarang sebagus 2,000cc,” katanya. – Bernama
Recent Comments