Tag Archive | "PDRM"

PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!


NAZA World tempohari menganjurkan satu majlis penyerahan 3 biji kereta polis baru, Chevrolet, kepada PDRM sebagai inisiatif baru pemodenan PDRM. Jom tengok!

Majlis penyerahan dan penerimaan 3 biji model kenderaan polis berjenama Chevrolet ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Pengerusi NAZA Group, SM Faisal Nasimuddin.

3 biji model kenderaan polis itu adalah terdiri dari 2 biji Chevrolet Captiva (Warna putih dan warna hitam), dan sebiji Chevrolet Cruze. Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan peralatan yang akan digunakan bagi anggota polis

Sebelum ini, PDRM juga pernah bercadang untuk menaiktaraf kereta perondanya dengan memperbanyakkan kenderaan pelbagai guna SUV. Dengan munculnya Chevrolet Captiva SUV ini, PDRM sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kereta perondanya.

Jom tengok gambar kenderaan Chevrolet Polis Di-Raja Malaysia yang dinanti-nantikan!

chevrolet polis pdrm baru 1 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 2 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 3 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 4 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 5 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 6 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!

Tahniah NAZA World atas satu usaha yang murni, semoga kenderaan baru yang dibekalkan ini akan memberi manfaat besar kepada PDRM.

Sumber : @SMFaisal10

 

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (0)

Isu Kontroversi Novel INTERLOK


Awal minggu lepas, kontroversi mengenai penggunaan Novel INTERLOK sebagai novel rasmi sastera untuk pelajar tingkatan lima (SPM) begitu hangat diperkatakan, apa sebenarnya isu tersebut?

Ianya bukan hanya kontroversi, dikatakan telah berlaku beberapa perdebatan sebelum ini di Parlimen, sehinggakan pada sambutan Thaipusam yang lalu, dikatakan terdapat demonstrasi diadakan, dimana beberapa telah ditahan pihak polis sebagai tahan soal siasat.

Novel sastera INTERLOK menjadi isu apabila masyarakat india di Malaysia menyatakan bahawa novel tersebut mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum india, dan kemudiannya timbul pula kenyataan terbaru dari Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, mengatakan bahawa penggunaan Novel INTERLOK tidak mengikut dasar kerajaan iaitu semangat 1Malaysia.

Novel INTERLOK mengisahkan mengenai kisah suka dan duka kehidupan masyarakat Melayu, Cina, dan India ketika zaman sebelum kemerdekaan dikecapi, ketika zaman penjajahan jepun dan zaman darurat komunis.

Novel tulisan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain pada tahun 1971 itu menjadi isu sensitif apabila terdapatnya rujukan penulis terhadap pendatang dari selatan india dengan panggilan sistem kasta, ‘Pariah’, seumpama menghina masyarakat india.

Terbaru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini dalam situasi berjaga-jaga atas dakwaan akan berlakunya protes besar-besaran oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF), dimana dikatakan merupakan dalang disebalik pembakaran buku novel INTERLOK di hadapan Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam yang lalu.

Beberapa ahli politik lain berpendapat tiada unsur rasisme atau perkauman pada kandungan buku novel.

Perkara ini masih lagi dibincangkan, dan belum ada kata putus dari mana-mana pihak.

Apa-apa pun, diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera tanpa sebarang kesulitan berlaku.

buku pelajar interlok 629x1024 Isu Kontroversi Novel INTERLOK

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Polis PDRM guna Naza Kia Forte?


Eh, kalau berita tentang Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) guna Mitsubishi Lancer dah selalu dengar, tapi PDRM guna Naza Kia Forte? Betul ke?

Gambar ni dah mula tersebar, tapi masih belum ada maklumat apa-apa mengenai apa kegunaan sebenar Naza Kia Forte ni.

Berbanding Lancer PDRM yang berwarna putih, Kia Forte PDRM ini pula nampaknya diwarnakan ‘Matt Black’ (Hitam Mati). Memang garang habis!

Malah, rekaan pada kereta tersebut juga lebih kurang iras-iras dengan Helang Lancer PDRM.

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, Naza Forte merupakan kereta yang dibawa masuk oleh Naza Motor dan merupakan CKD bagi model Kia Forte.

Mungkin kereta ronda Kia Forte ini merupakan sumbangan dari Naza kepada PDRM sebagai usaha membantu kegiatan PDRM?

Mungkin juga ianya digunakan hanya sebagai kenderaan pengiring bagi VIP-VIP?

Apa-apa pun, memang menarik Naza Kia Forte ni.

kia forte polis pdrm Polis PDRM guna Naza Kia Forte?kia forte polis pdrm 3 Polis PDRM guna Naza Kia Forte?kia forte polis pdrm 2 Polis PDRM guna Naza Kia Forte?

Sumber : FB

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (5)

Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?


Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem  yang berasal dari Muar, Johor.

Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.

Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.

Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.

Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.

Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.

Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .

Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .

Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot   : http://www.namewee.blogspot.com/

NAMEWEE Wee Meng Chee malaysia gambar 768x1024 Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?

Posted in Celebrity, Malaysia, MusicComments (7)








Partly powered by CleverPlugins.com