Tag Archive | "Pelajar"

Salah Guna Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)


Insentif kerajaan Malaysian untuk membantu pelajar-pelajar mungkin tidak tercapai Objektifnya kalau wujud kegiatan seumpama ini.

voucher 300x148 Salah Guna Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

BB1M RM200 + Harga yang tertera = RM ??

So kepada IbuBapa pastikan anak-anak anda manfaatkan Baucer Buku yang kerajaan bagi, al-maklum, senang duit dapat maka senang la habis.

Sedikit info BB1m :

KADAR BB1M  = Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

Contoh Baucer :

cth baucer 225x300 Salah Guna Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Posted in Education, NewsComments (0)

Sembah tuhan loceng untuk keputusan cemerlang peperiksaan?


Pelajar universiti sekarang dah terlampau terdesak nak berjaya dalam peperiksaan, sehinggakan sanggup menyembah “Bell Curve God” (Dewa/Tuhan Loceng Bengkok?)

Perkara yang berlaku di Singapura ini bukan satu perkara yang memeranjatkan, malah ianya sebenarnya telah begitu lama berlaku dan diamalkan pelajar-pelajar universiti disana.

bell curve god 2 Sembah tuhan loceng untuk keputusan cemerlang peperiksaan?

Nah kau, siap ada tokong lagi khas untuk dewa loceng ni.

Dikatakan setiap kali menjelang musim peperiksaan, pelajar-pelajar akan membuat tawaran ‘tribute’ penyembahan kepada dewa loceng ini bagi memberikan mereka keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Dan tawaran yang diberikan berupa makanan, seperti mee segera cawan, biskut, minuman.

Siap ada tulis amaran lagi, barang siapa yang memasuki kuil penyembahan itu tanpa membawa makanan, mereka akan disumpah dalam menghadapi peperiksaan. (Lihat gambar dalam galeri dibawah)

Mungkin ada yang menganggap perkara ini sebagai lawak, tapi apa pula yang berlaku kalau ianya menjadi serius, dan pelajar lebih fokus menyembah-nyembah dari mengulangkaji pelajaran?

Jangan sampai berlaku di Malaysia sudah lah, minta-minta pelajar di sini lebih bijak dan cerah akal fikirannya.

Sumber : Stomp.com.sg

Posted in Random, WeirdComments (0)

Ariff Alfian Rosli, pelajar hilang kahwin Gay di Dublin


Ariff Alfian Rosli mengejutkan ramai orang apabila tokoh pelajar cemerlang SPM itu hilang, dan kemudiannya ditemui berkahwin dengan lelaki Gay di Dublin, Ireland!

Ariff Alfian yang berumur 28 tahun ketika ini, pernah suatu ketika dulu membanggakan keluarganya dengan jawatan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001 .

Dia yang kemudiannya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianugerahkan tajaan pinjaman boleh ubah daripada PETRONAS untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom.

Namun, akibat beberapa isu dan masalah dalam pengajiannya, dia kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di University College Dublin (UCD), meskipun pada asalnya PETRONAS hanya menajanya untuk pengajian di United Kingdom.

Akibat masalah lanjut dengan pengajiannya disana, PETRONAS menarik semula tajaan itu setelah dia gagal untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh yang ditawarkan.

Dia yang enggan kembali ke tanah air untuk menyambung pengajian, kemudiannya mempunyai beberapa masalah hubungan dengan keluarganya setelah bapanya selaku penjamin pertama, dituntut oleh PETRONAS untuk membayar kembali pinjaman RM890,000 selepas Ariff Alfian tidak berjaya menamatkan pengajiannya.

Konflik itu yang berlaku sejak 3 tahun dahulu, mendesak bapanya, Rosli Haron untuk terus berusaha mencari anak kesayangannya itu.

Lebih mengejutkan, dilaporkan juga Ariff telah selamat diijabkabulkan dengan seorang LELAKI GAY bernama Jonathan dimana majlis perkahwinan itu dilangsungkan di Dublin, Ireland.

Ariff Alfian Rosli gay melayu dublin Ariff Alfian Rosli, pelajar hilang kahwin Gay di Dublin

Memalukan!

Usaha untuk memujuk dan membawa pulang Ariff amat sukar kerana kesukaran menjejaki dia yang mempunyai dokumen perjalanan sah disana.

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (2)

Gadis hina keluar dating dengan motor


Ni lagi satu kes memalukan, hina sangatkah lelaki yang pakai motor ajak dating? Apa jenis perempuan yang Materialistik melampau ni? Naik motor tak ada ‘Standard?‘.

Amboi bukan main lagi anak gadis seorang ni, beri komen mengalahkan artis terkenal atau supermodel paling hangat di muka bumi ni. Kalau tak nak dating dengan penunggang motor tu tak apa, tapi kalau sampai hina orang pakai motor itu melampau!

Cuba baca kenyataan dari keratan akhbar dibawah ni,

awek hina dating dengan motor Gadis hina keluar dating dengan motor

Adik ni baru umur 17 tahun, belajar pun belum habis lagi, dah sibuk fikir pasal dating-dating ni.

Memang betul, faham sangat-sangat kalau taknak keluar dating dengan penunggang motorsikal je. Mana la tahu ada pengalaman buruk dengan motorsikal sampai trauma ke kan, pernah kemalangan ke, gayat ke.

Atau mungkin rasa keluar dating dengan penunggang motorsikal ni nanti takut dituduh minah rempit pula ke, atau terpaksa belanja duit makan ke. Mungkin!

Tapi tak perlu lah sampai hina penunggang motorsikal sampai cakap tak ada standard.

Bukan apa, mana lah tahu dia tu cuma menguji anda je ke, nak tahu anda ni jenis macam mana. Materialistik ke, Spastik ke, Plastik ke,

Mungkin dia tidak tahu, ada lelaki yang cuma menunggang motorsikal kerana mahu simpan wang lebih untuk masa hadapan, dan tidak perlu berhutang.

Apa-apa pun, semoga hidup pelajar ni bahagia, semoga akhirnya dapat ketemui lelaki yang cukup tinggi standard sama dengan standard dirinya juga.

Posted in RandomComments (0)

Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq


Pelajar Malaysia di London, Ashraf Haziq mendapat perhatian seluruh England atas tragedi yang dihadapinya. Pesalah laku ditangkap, Ashraf diberi dermaan.

Reece Donovan, tertuduh yang terlibat dalam tragedi yang berlaku terhadap Ashraf Haziq, tempohari ditahan oleh pihak mahkamah diatas dakwaaan mencuri sebuah telefon bimbit Nokia dan Sony PSP milik Ashraf Haziq Rosli.

Ashraf Haziq Rosli dalam kejadian itu mengalami kesakitan dan kecederaan pada rahang mulut.

Dan respon warga dunia terutamanya England terhadap kejadian itu adalah pengumpulan dana untuk Ashraf, bagi meringankan beban kesusahan yang dihadapinya.

something nice for ashraf haziq Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq

Dalam kempen tersebut, sebanyak £22,314 Euro atau sebanyak RM95,400 berjaya dikumpul dimana purata dana yang diberi adalah sebanyak £10 Euro.

derma ashraf haziq Reece Donovan ditahan dan derma untuk Ashraf Haziq

http://www.justgiving.com/somethingniceforashraf/

Banyak kan? Pemurah betul orang-orang disana! Semoga derma yang diberi ini dapat meringankan beban yang dihadapi orang Ashraf Haziq.

Dengar-dengarnya, ibu-bapa Ashraf telah diterbangkan ke London menggunakan dana tersebut, untuk melihat keadaan beliau.

Bagi yang tidak jelas dengan apa yang berlaku kepada Ashraf, boleh semak pada entri sebelum ini : http://bit.ly/qgmBYT 

Posted in News, WorldComments (0)

Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!


Tahukah anda Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (National College Entrance Exams) di China mengunakan CCTV dan ada pantauan pihak polis? Hebat tu! Jom tengok,

Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan merupakan sesuatu yang amat penting dalam sistem akademik di China. Setiap tahun lebih 9 juta pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Jun, setiap tahun.

Jadi tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut membuatkan ramai yang cuba meniru, malah ada juga yang menggunakan pelbagai gajet canggih atau paling tidak menggunakan ‘walkie-talkie’ untuk menipu dalam peperiksaan.

scan exam china Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Disebabkan itu, Pihak Polis berkerjasama untuk membanteras gejala tersebut dengan turut menggunakan teknologi untuk menangkap pelajar yang cuba meniru. Gambar diatas memaparkan pihak polis menggunakan alat untuk mengesan isyarat radio.

Malah, setiap dewan peperiksaan turut dilengkapi CCTV selain daripada pemeriksa yang akan berjalan di sekitar dewan peperiksaan.

cctv exam china Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Dahsyat kan?

Baru tahu kan, kalau Malaysia buat macam ni, agak-agak berapa ramai yang tertangkap? Opps, icon razz Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Mungkin, sangat jarang ada orang yang ditangkap meniru dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kot. Atau mungkin langsung tiada kes meniru untuk SPM. Bagus pelajar Malaysia ni,

Posted in Internet, RandomComments (0)

Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas


Sebuah video mengejutkan tersebar di YouTube dan telah dibuang, memaparkan Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas. Video tersebut ada dipaparkan di bawah.

Tindakan melampau yang melibatkan sekumpulan pelajar perempuan berbangsa cina ini dilihat bertindak kejam ke atas salah seorang pelajar perempuan lain dalam kelas yang sama.

Seperti yang dapat dilihat dalam video dibawah, sekumpulan pelajar perempuan tersebut bertindak memukul kepala pelajar tersebut. Pembulian tersebut bukan sekadar memukul, malah sehingga bertindak menggunting rambut mangsa.

Video pelajar perempuan cina SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas

Terdapat juga pukulan di kepala yang menggunakan buku teks dan tamparan tangan. Selain itu, mangsa juga dijerut kepala dengan objek dipercayai tali leher pelajar lelaki.

Punca pembulian ini tidak dapat dipastikan, tetapi mangsa kelihatan amat menyeksakan dan menangis sepanjang dalam video tersebut. Manakala pelajar yang membuli kelihatan seperti sedang gembira dan suka ria, seumpama ianya cuma permainan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian pembulian kejam ini berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, yang terletak di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Diharap barang siapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, melaporkan kes ini kepada pihak sekolah dan juga pihak polis.

Video pelajar perempuan cina SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (0)

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011


Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis10Comments (2)

Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011


Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.

Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.

International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.

Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!

Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!

tiket international culture night utp 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!

Nor Atiqah – 017 277 2141
tqaz90@gmail.com

Khairulanwar – 017 513 7156
nuarbudakbaik@gmail.com

Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.

International culture Night UTP 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Maklumat lengkap International Culture Night 2011 UTP :

Masa : 7.45PM – 12.00AM
Tempat : Dewan Kanselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak
Harga Tiket : RM10 (RM5 untuk pelajar UTP)

Dapatkan makluman terkini dari http://www.facebook.com/icnutp.

Jumpa anda disana!

P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!

Posted in EventsComments (1)

Senarai Biasiswa Pendidikan di Malaysia 2011


Khas bagi pelajar lepasan SPM, STPM ataupun Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran, berikut adalah senarai beberapa Biasiswa Pendidikan di Malaysia yang boleh dipohon.

Terutamanya bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru sahaja menerima keputusan SPM anda beberapa hari yang lalu, diharap senarai berikut dapat membantu anda.

JPA / MARA
http://esilav2.jpa.gov.my/
piln2011@jpa.gov.my /informasibpp@mara.gov.my
Tel: 03-2693666 (MARA) Tel: 03-88853704 (JPA)

PETRONAS
http://spmonline.petronas.com.my/
Tel : 03-2331 2277

GUS Archie Scholarship (Kejuruteraan Petroleum)
http://www.spe.org/spe-app/spe/about/foundation/gus_archie.htm
http://www.spe.org/spe-app/spe/about/foundation/index.htm
http://www.spe.org/spe-app/jsp/siteFunctionality/scholarships.jsp

YAYASAN BURSA MALAYSIA
http://www.bursamalaysia.com.my

MAXIS SCHOLARSHIP AWARD (MSEA)
http://www.maxis.com.my/personal/about_us/scholarship/index.asp
scholar@maxis.com.my

HONG LEONG SCHOLARSHIP
http://hongleongfoundation.org/scholarship/
Hong Leong Secretariat: 03 2164 8228

ASTRO SCHOLARSHIP AWARD 2011
http://www.arcanesol.com/
astroscholarshipawards@astro.com.my

BANK NEGARA SCHOLARSHIP
http://www.bnm.gov.my/

GENTING MALAYSIA SCHOLARSHIP 2011
http://www.rwgenting.com

IJM CORPORATION
http://www.ijm.com/v2/scholarship2011/
hr_scholarship@ijm.com

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS
http://www.malaysiaairports.com.my
edusponsor@malaysiaairports.com.my

Sebelum itu, tahniah kepada mereka semua yang berjaya mencapai keputusan cemerlang bagi SPM 2010.

Selamat memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dan semoga berjaya.

senarai biasiswa SPM Malaysia 2011 Senarai Biasiswa Pendidikan di Malaysia 2011

Posted in Education, NewsComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com