Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.
Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.
International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.
Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!
Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!
Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!
Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.
P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!
Khas bagi pelajar lepasan SPM, STPM ataupun Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran, berikut adalah senarai beberapa Biasiswa Pendidikan di Malaysia yang boleh dipohon.
Terutamanya bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru sahaja menerima keputusan SPM anda beberapa hari yang lalu, diharap senarai berikut dapat membantu anda.
UPDATE : Pembetulan mengenai beberapa fakta kes ini telah diwarnakan biru. Pembunuh merupakan kawan rapat sejak darjah enam. Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam
Tiffany Wong, seorang pelajar perempuan lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM beliau kelmarin, pagi tadi dijumpai dibunuh dengan kejam.
Beliau yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah St Joseph, Miri, ditemui terbunuh dengan kejam selepas pembunuh beliau menyerah diri kepada pihak polis selepas melakukan perbuatan keji tersebut.
Pembunuh beliau, juga merupakan bekas teman lelaki beliau (Kawan rapat sejak darjah enam), merupakan seorang remaja berusia 19 tahun, dan menurut sumber, merupakan seorang pelajar di ‘Curtin University of Technology’ di Sarawak.
Berikutkan dengan kes itu, sebuah Facebook Page berkaitan kes pembunuhan tersebut telah dibina oleh teman-teman rapat beliau. Facebook R.I.P, My dear Tiffany.
Gambar diatas ialah gambar Tiffany Wong yang dibunuh kejam sehari selepas menerima keputusan SPM. (Kredit kepada Facebook)
Berdasarkan laporan polis, pembunuh tersebut mengaku bahawa sebelum berlakunya pembunuhan tersebut, berlakunya pergelutan antara beliau dan Tiffany, dimana beliau cuba untuk memaksa Tiffany melakukan hubungan seks, tetapi ditolak dan ditentang oleh Tiffany.
Berikutan dengan itu, pembunuh tersebut bertindak kasar dan menyebabkan Tiffany pengsan dan tidak sedar. Beliau kemudian mengerat kepala Tiffany dan meletakkannya kedalam sebuah beg plastik. Badan Tiffany yang terpisah dicampak berjauhan dengan kepala Tiffany. (Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam)
Ketika mayat Tiffany ditemui, ianya dalam keadaan yang sangat kejam namun masih lengkap berpakaian.
Pembunuh menyatakan bahawa beliau tidak bertindak kejam dengan merogol Tiffany sebelum membunuh mangsa, namun pihak Polis berkata segalanya hanya akan diketahui selepas keputusan autopsi dikeluarkan.
Diharap kes ini dapat diselesaikan pihak polis dan pembunuh tersebut menerima hukuman yang setimpal.
UPDATE : Kandungan artikel adalah berlainan dengan maklumat sebenar, sila baca perubahan yang sebenar pada nota UPDATE di bawah artikel.
Satu kejadian mengejutkan berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan apabila seorang gadis dikatakan cuba untuk terjun dari bangunan yang dipercayai pusat membeli-belah KB Mall.
Khabar angin mengatakan bahawa gadis tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan baru sahaja menerima dan mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
Malah, mengapa beliau cuba bunuh diri dengan cuba untuk terjun dari bangunan tersebut juga dipercayai berkaitan dengan keputusan SPM yang diterima.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3 petang, semalam. Pelajar tersebut yang dirahsiakan namanya akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba setelah dipujuk. Namun pelajar tersebut dikatakan
Keadaan yang penuh getir tersebut bertambah panik apabila pada beberapa ketika, pelajar perempuan tersebut kelihatan seperti tergantung dan nyaris-nyaris jatuh mendarat bukan di kawasan yang selamat.
Beberapa orang awam yang berada ketika itu turut membantu pihak bomba menjalankan tugas.
Tahniah kepada pihak bomba, dan kalau benarlah kes ini berlaku oleh kerana disebabkan keputusan SPM, pesanan kepada adik tersebut, ingatlah, usaha untuk berjaya lagi adalah lebih penting berbanding keputusan SPM kini. Malah, SPM masih lagi boleh diambil secara ulangan untuk diperbaiki.
Apa-apa pun, diharap kes sebegini tidak berlaku lagi.
Saksikan video berlakunya kejadian tersebut yang sempat dirakam mereka yang berada disitu.
UPDATE : Gadis yang cuba untuk bunuh diri tersebut bukanlah pelajar seperti yang dinyatakan di atas, namun adalah seorang wanita berumur 20 tahun, dan punca tindakan beliau adalah kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Sebuah video telah tersebar di internet dimana seorang pelajar sekolah yang dibuli, tetapi pembuli tersebut menerima padah apabila, pelajar tersebut mengamuk!
Video yang menjadi viral ini hangat dibincangkan di Reddit 2-3 hari yang lalu, malah video mengenai pembulian ini telah beberapa kali dimuatnaik ke YouTube, tetapi atas sebab polisi YouTube, ianya segera dipadamkan.
Video tersebut memaparkan seorang budak berbadan besar, dibuli seorang budak lain. Budak yang lebih gemuk tersebut diejek dan dibuli oleh sebab saiz fizikal badan beliau.
Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila budak berbadan besar tersebut mengamuk dan mencederakan pembuli tersebut.
Saksikan situasi yang berlaku dalam video dibawah.
Masturah Abu Bakar, calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) pilihan raya kampus diculik awal pagi semalam, berikut merupakan rentetan kisah penculikan beliau.
Menurut sumber, beliau telah selamat ditemui dan kini sedang selamat berada bersama-sama keluarga beliau.
Masturah Abu Bakar sebelum beliau diculik dikatakan sedang giat berkempen di luar kampus Universiti Malaya, di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam. Dimana di pangsapuri tersebut terdapat ramai pelajar UM yang tinggal di luar kampus.
Rakan beliau, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, berkata beliau kemudiannya tidak diketemui selepas sahabatnya itu beredar seketika untuk membeli kredit tambahan telefon bimbitnya.
Menurut laporan, Masturah sebelum itu pernah menerima SMS ugutan yang memberi amaran berbunyi “woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat”.
Lewat malam semalam, satu makluman dari Majlis Politik Nasional mengeluarkan kenyataan bahawa Masturah telah diketemui.
.: Pilihan Raya Kampus 2011 :. [UM - Calon UMUM PRK UM (U14) ; Saudari Masturah Abu Bakar sudah dijumpai di Masjid Teras Jernang, Bangi. Beliau masih dalam keadaan lemah & kini sudah dibawa pulang oleh keluarganya ke. Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan keselamatan beliau]
Macam-macam, politik di Universiti sampai begini sekali. Sememangnya telah umum maklum bahawa politik di beberapa Universiti awam di Malaysia ini sememangnya radikal. Sehinggakan pelbagai jenis perdebatan boleh berlaku antara pelajar.
Namun, apabila kes sebegini berlaku, kes yang melibatkan nyawa pelajar sendiri. Seharusnya perkara ini patut dicegah lebih awal. Pelajar sendiri pula perlu sedar bahawa betapa hidup di Universiti adalah untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman yang bermakna. Bukan penglibatan dalam politik semata-mata.
Apa-apa pun, gadis yang diculik, sudahpun selamat. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi, dan dijadikan sebagai pedoman.
Sebuah video yang menampilkan seorang pelajar India dibuli di sekolah telah tersebar di Youtube, pembuli dipercayai berbangsa melayu dan tindakan beliau amat memalukan.
Pelajar india tersebut dipercayai dibuli oleh pelajar berbangsa melayu yang lebih senior daripada beliau. Pelajar india tersebut dipaksa menghina bangsa beliau sendiri, meskipun telah beberapa kali cuba menolak paksaan tersebut.
Perkataan “Keling Babi” yang dipaksa pelajar senior untuk diungkapkan oleh pelajar india tersebut adalah amat menghina bangsa india.
Tindakan pelajar senior tersebut yang bersikap rasis, dan amat terserlah sikap penghinaan pada perkauman itu sudah pasti akan diambil tindakan. Namun sehingga kini pelajar senior tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Adegan berikut dipercayai berlaku antara dua pelajar, dan dihalaman SMK Shah Bandar, Klang, Selangor.
Apa pandangan anda? Apa tindakan pihak sekolah, ibu bapa, mahupun pihak berkuasa sendiri?
Pada hari Jumaat yang lalu, 28 Januari 2011. Satu Rusuhan besar-besaran telah berlangsung di Mesir dimana melibatkan ribuan rakyat mesir memprotes rejim Presiden Mubarak.
Sebelum itu, beberapa siri protes dan demonstrasi telah berlangsung sejak dari 25 Januari lagi. Rusuhan ini bermula beberapa minggu selepas peristiwa “Kebangkitan Tunisia” di Tunisia, malah ketika rusuhan di Mesir berlangsung, beberapa golongan perusuh mengkibarkan bendera Tunisia sebagai simbol pengaruh Protes tersebut.
Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebesan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya.
Selain itu isu seperti penggangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.
Pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak dipanggil sebagai Rejim Mubarak dikatakan sebagai punca sebenar 30 tahun korupsi pemerintahan di Mesir.
Presiden Mubarak bertindak mengenakan perintah berkurung bagi menyekat perusuh dari teruskan mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah dan Suez.
Turut diarahkan untuk menyekat rusuhan adalah pihak polis dan tentera. Namun walau bagaimana sekalipun cubaan untuk menyekat perusuh, semangat inginkan kebebasan dan hak bersuara menggagalkan sekatan pihak polis dan tentera.
Malah, menurut sumber dikatakan juga bahawa segelintir pihak polis sudah mula putus asa untuk menyekat rusuhan, malah ada antaranya yang turut menyertai rusuhan.
Pihak tentera pula dikatakan dari awal lagi sudah pun menyokong demonstrasi bagi melihat perubahan pada pemerintahan di Mesir. Pihak tentera dikatakan telah diberi pilihan oleh pihak perusuh, “Pilih antara Mubarak ataupun Negara Mesir?”.
Mohamed Mustafa ElBaradei, mantan direktor International Atomic Energy Agency (IAEA), dan juga penerima anugerah Nobel Laurette Keamanan, ketika ini bertindak menyokong penggulingan pemerintahan rejim Mubarak.
Pihak Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood, yang sehingga kini masih lagi didakwa sebagai Militan Islam dan bertindak sebagai parti pembangkang dikatakan bersedia untuk menyerahkan tugas mengetuai reformasi Mesir kepada ElBaradei.
ElBaradei pula mengeluarkan kenyataan beliau bersedia dan menantikan kerjasama dengan pihak tentera untuk mengekalkan keamanan mesir dan reformasi politik.
Sehingga kini 102 orang telah terbunuh semenjak Protes bermula dan lebih 2,000 orang telah tercedera.
Menurut sahabat pelajar dari Mesir, dikatakan bahawa harga tiket dan makanan disana telah meningkat sehingga 7 kali ganda lebih tinggi dari harga asal.
Sebarang perjumpaan diantara pelajar asing, meskipun hanya untuk usrah atau ber-tarannum sekalipun, adalah dilarang sama sekali, malah naskhah kitab Al-Quran juga turut akan dirampas.
Apa-apa pun, khabarnya kerajaan sedang dalam usaha untuk membawa pulang kesemua pelajar kita disana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini. Malah ada juga pelajar yang telah pulang ke tanah air dengan usaha sendiri.
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita disana dan semoga segalanya beransur tenang dan aman semula.
Dapatkan maklumat mengenai “Crisis in Egypt” secara terus menerus di http://english.aljazeera.net/ . Notakosong.com turut akan dapatkan informasi lanjut dengan cuba berhubung dengan sahabat pelajar di sana.
112 Orang Mat Rempit ditahan ketika operasi Road Block di Jalan Bukit Gambier, Gelugor pada 12 Malam hingga 3 Pagi semalam.
Turut ditahan adalah seorang pelajar sekolah perempuan, dikatakan Minah Rempit berusia 16 Tahun.
Yang menarik, ketika keluarga minah rempit tersebut hadir ke Balai Polis untuk meminta melepaskan minah rempit tersebut, kakak kepada minah rempit tersebut bertindak bukan sahaja memarahi beliau, malah turut melempang minah rempit tersebut!.
Menurut sumber, kedengaran juga kakak tersebut menjerit berkata, “You janji you akan bertukar!“, “jangan sentuh aku!“.
Ketika dilepaskan, turut juga terdengar keluarga tersebut menyatakan yang minah rempit tersebut selalu ponteng sekolah.
Dikatakan juga Minah rempit tersebut bukanlah pemandu motosikal tersebut, namun cuma hanya pembonceng belakang.
Sebelum itu, kesemua 112 Penunggang Motosikal yang disyaki Mat Rempit yang ditahan itu diminta untuk menolak motorsikal dari Jalan Bukit Gambier ke IbuPejabat Balai Polis Negeri di Jalan Penang.
Dianggarkan jarak tersebut adalah 15KM, namun kesemua mereka dibenarkan berhenti rehat untuk setiap 2KM perjalanan.
Perjalanan yang mengambil masa 3 jam 30 minit tersebut bermula dari jam 4.30 Pagi.
Kesemua mereka diuji dengan ujian air kencing untuk Dadah namun kesemua mereka didapati Negatif.
Recent Comments