Tag Archive | "Pelik"

Pelik! Bayi berkepala dua lahir di Brazil!


Seorang ibu di Brazil, melahirkan seorang bayi yang berkepala kembar, atau, berkepala dua dengan satu badan di Brazil. Bayi mutan atau keajaiban?

Maria de Nazare, ibu kepada bayi ‘kembar’ itu melahirkan anak tersebut dengan berat yang normal iaitu lebih kurang 4.5Kg.

bayi berkepala dua brazil Pelik! Bayi berkepala dua lahir di Brazil!

Dan sempena bayi itu yang lahir pada awal pagi hari Krismas, mereka berdua dinamakan dengan Emanoel dan Jesus.

Menurut doktor, bayi kembar yang unik itu mempunyai dua otak yang berasingan, dan juga mempunyai tulang belakang berlainan. Tetapi mereka berkongsi menggunakan fungsi jantung dan hati yang sama.

Ibu kepada kembar itu, sudah sedia maklum dengan laporan doktor yang pada awalnya mengesahkan kemungkinan bayi yang lahir adalah bayi kembar, namun langsung tidak menyangka bahawa yang kembar cuma adalah kepala!

Kelahirang bayi itu mengakibatkan sedikit kesukaran kepada pihal hospital kerana kedudukan bayi itu yang kemungkinan perlu dibuat pembedahan besar kepada ibunya, amat berisiko kepada bayi dan juga ibu itu.

Namun kelahiran bayi kembar itu yang dalam keadaan sihat dan bernyawa melegakan pihak hospital yang berjaya menyelamatkan kedua-dua bayi dan juga ibunya.

Anehnya, ini bukan kes pertama berlaku di Brazil, sebelum ini juga bayi berkepala dua pernah dilahirkan, namun bayi itu tidak dapat diselamatkan selepas lemas dan tidak mendapat oksigen yang cukup.

p/s : Ini la baru dikatakan sehati dan sejiwa,

 

Posted in RandomComments (0)

12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong-il


Tahukah anda, sepanjang hidup Pemimpin Agung Korea Utara ini, beliau mempunyai pelbagai rahsia dan penipuan! Jom tengok rahsia dan fakta Kim Jong-il disini.

12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong-il

rahsia pelik Kim Jong il 1 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il mempunyai lebih 50 nama gelaran untuk dirinya. Antaranya seperti, "Respected Leader", "Dear Leader" dan "Glorious General Who Descended From Heaven".

rahsia pelik Kim Jong il 2 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kononnya, ketika Kim Jong-il dilahirkan, terdapat sinaran pelangi-berkembar dan burung yang meramalkan kelahirannya di kawasan terpencil Pergunungan Paektu.

rahsia pelik Kim Jong il 3 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il amat gemar memakan daging keldai panggang! Pernah juga satu kisah dahulu beliau mengimport 12 ekor arnab gergasi untuk diternak, namun kemudiannya menjadi makanan untuk dirinya.

rahsia pelik Kim Jong il 4 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il mempunyai kuasa rahsia dimana beliau mampu mengawal cuaca, dan kadang-kadang juga cuaca bertindak balas bergantung kepada perasaan dirinya.

rahsia pelik Kim Jong il 5 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il mempunyai fobia terhadap penerbangan udara seperti bapanya. Jadi beliau akan cuma melakukan perjalanan menggunakan keretapi kebal peribadinya.

rahsia pelik Kim Jong il 6 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il mempunyai minat yang gila terhadap wain dan menghabiskan sebanyak USD$700,000 setiap tahun untuk membeli arak Hennessy dan wain dari Perancis.

rahsia pelik Kim Jong il 7 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il tidak pernah membuang air besar!

rahsia pelik Kim Jong il 8 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il pernah menculik dua orang pengarah file ternama Korea Selatan, untuk dipaksa menghasilkan sebuah filem tiruan kepada filem Godzilla, pada tahun 1978.

rahsia pelik Kim Jong il 9 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il amat cerewet pada makanan! Nasi yang dihidangkan akan diasingkan mengikut butiran beras, dan setiap butir beras mesti mempunyai berat, saiz,warna dan ukuran yang betul.

rahsia pelik Kim Jong il 10 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il membuat kenyataan pada tahun 2004 kepada rakyat Korea Utara, beliau telah menghasilkan menu makanan baru yang dinamakan 'Hamburger'. Ini dikatakan sebagai usahanya untuk menghapuskan pengaruh kapitalis US.

rahsia pelik Kim Jong il 11 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Ketika berumur 5 tahun, abangnya, Kim Shu-ra telah maut mati lemas dalam kolam renang, dan menurut laporan, Kim Jong-il adalah punca dan pembunuh abangnya itu.

rahsia pelik Kim Jong il 12 12 fakta pelik dan rahsia besar mengenai Kim Jong il

Kim Jong-il mendakwa dirinya sebagai Pakar Internet dan kononnya seorang Hacker komputer yang berbakat.

Dah cukup 12?

Gila bukan? Mengejutkan, memalukan, dan menyedihkan. Sampai ke langkah terdesak begitu sekali Kim Jong-il membuat propaganda penipuan untuk mendapatkan hormat dan sokongan rakyat Korea Utara.

Posted in News, WorldComments (0)

Polis simpanan bergaduh dengan pemandu lori!


Cuba tengok video ni, pelik pula bila tengok polis ni bertengkar lidah dengan pemandu lori berbangsa india ni, sampai ugut-mengugut dan mencarut-carut lagi!

Mengenai apa bergaduh ni ya? Berdasarkan perbualan dalam video ni, nampaknya pergaduhan ni berkenaan dengan kononnya anggota polis itu terlebih dahulu mengeluarkan perkataan kesat (mencarut) dan ditujukan kepada kelindan lori ni.

Kelindan lori ni pun mengamuk dan memaki hamun anggota polis ini yang didakwa lari dari tugasnya melindungi keamanan, tetapi menghina kelindan lori itu.

Lokasi kejadian adalah tidak pasti, tetapi video ini masih lagi baru menurut sumber.

Kalau ada yang punya maklumat lebih, sila kongsi bersama ya, terima kasih.

Posted in RandomComments (2)

Tebowing, lagi-lagi gaya pelik bergambar


Dunia tidak pernah serik dengan gaya bergambar yang pelik, tak cukup dengan planking, owling, horsemaning dan pondaning, kini muncul pula gaya Tebowing. Aduhai,

Gaya ini asal-usulnya diinspirasikan dari gaya yang ditayangkan oleh Tim Tebow, iaitu pemain ‘American Football’ di Amerika Syarikat. Gaya itu juga mungkin diinspirasikan dari gaya ‘Thinking Statue’ yang simbolik dengan gaya unik ini.

tim tebow tebowing Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambarthinker statue1 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Gaya Tebowing ini diberikan definisi sebagai,

“to get down on a knee and start praying, even if everyone else around you is doing something completely different.”

Duduk menggunakan sebelah lutut dan mula membuat gaya (berdoa), walaupun orang di sekeliling membuat sesuatu yang berlainan.

Pelik bukan? Gaya macam ni pun boleh jadi terkenal. Sampai dapat perhatian di seluruh dunia!

Bila agaknya anda nak anda koleksi gaya Tebowing ni tersendiri? Jom tengok koleksi gambar Tebowing dari seluruh dunia!

tebowing 3 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambartebowing 6 Tebowing, lagi lagi gaya pelik bergambar

Posted in RandomComments (0)

Nak baca karangan Bahasa Malaysia yang pelik?


Sedih baca kualiti penulisan karangan Bahasa Malaysia pelajar sekolah rendah sekarang. Kali ni karangan mengarut ni lagi tak boleh faham, lawak pun ada.

Tulisan tangan dah cantik dah, tapi susunan ayat, tatabahasa semuanya mengarut. Tak boleh nak faham langsung apa yang nak disampaikan.

Katanya, ianya ditulis oleh seorang pelajar india dalam kelas Bahasa Malaysia sekolah rendah tahun 4.

karangan pelik bahasa melayu Nak baca karangan Bahasa Malaysia yang pelik?

Boleh baca? Boleh faham? TAK BOLEH!!

Sedih… Darjah 4, Tulisan cantik, tapi, tapi… apa ni? Salah siapa la agaknya?

Sekolah rendah mana? Tak perlu la nak di hebahkan agaknya…

Posted in LOL, RandomComments (1)

Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala-ala batik ni?


Lady Gaga memang dikenali dengan gaya fesyen yang amat pelik dan unik. Tapi kali ni Lady Gaga tampil tiba-tiba dengan gaya fesyen seumpama batik. Jom tengok,

Gambar-gambar Lady Gaga yang kelihatan ‘normal’ ini dirakamkan ketika belum sedang berjalan kaki keluar dari sebuah studio rakaman.

Dia menjadi perhatian apabila pakaiannya terlalu kelihatan biasa, tiada tanduk palsu di bahu,  tanduk di kepala, ataupun fesyen dandanan rambut yang melampaui imaginasi.

Jom tengok gambar Lady Gaga  mengenakan baju yang kelihatan seperti kain Batik ni.

lady gaga wear batik 1 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 2 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 3 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 4 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?

p/s : Sebenarnya Lady Gaga bukan pakai kain Batik pun, baju tu sebenarnya salah satu koleksi fesyen Versace bagi musim luruh 2011 http://bit.ly/qLSDO4

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (2)

Tapak bola keranjang paling pelik!


Tapak bola keranjang di Munich, Jerman ini sememangnya pelik dan unik. Yang hairannya, macam mana nak main kalau tapak permainannya macam ni?

tapak bola keranjang pelik 1 Tapak bola keranjang paling pelik!

Tapak bola keranjang ini diciptakan begitu artistik dengan pelbagai lekuk dan bonggol, malah garisan dan bahan hiasan untuk tapak bola keranjang tersebut amat serupa dengan tapak permainan biasa.

Kononnya, pereka tapak itu, ingin mengabdikan rekaan ’3D’ pada tapak bola keranjang tersebut.

tapak bola keranjang pelik 2 Tapak bola keranjang paling pelik!

Setelah ianya siap dibina, ianya kemudiannya dijadikan salah satu tarikan dan tempat kunjungan di Munich. Ramai orang yang tinggal dan bekerja di sekitar tersebut datang untuk bersantai dan beriadah di sekitar tapak bola keranjang tersebut.

tapak bola keranjang pelik 3 Tapak bola keranjang paling pelik!tapak bola keranjang pelik 4 Tapak bola keranjang paling pelik!

 

Posted in Random, WeirdComments (0)

Makanan pelik dan jijik, sedap tak?


Anda pernah cuba makan makanan eksotik? Kat sini ada beberapa gambar makanan eksotik yang pelik dan ada antaranya jijik. Sedap ke? Jom tengok dulu.

AMARAN : BUKAN UNTUK MEREKA YANG SEDANG MAKAN ATAU LEMAH SEMANGAT icon razz Makanan pelik dan jijik, sedap tak?

Spoiler SelectShow

Jadi macam mana? Ada yang nak cuba makanan-makanan tu? Kat mana boleh cari ya? Nampak macam lazat je, Haha.

P/s : Eja Sate tu, Sate ke Satay?

Posted in Food, Random, WeirdComments (2)

Video cara berhentikan kucing


Kejam gila cara berhentikan kucing ni! Cuba tengok video dibawah ni dan apa pendapat anda mengenai cara orang ni buat kucing tu duduk diam.

Siap pakai klip tu! Rasanya pegang pun dah memadai kot?

Tapi yang menarik adalah komen-komen pelik dan kelakar yang ditulis untuk video YouTube tersebut :

‘But will this work on my gf?’ - Zaderzare

‘Works on my wife too!! Thanks for showing me this’ - TKLewis09

‘Cat has bin defused !’ - DdclProduction

‘This would make catching and eating cats that much easier’ - anythinggoesjoe

Macam-macam betul kan?

Posted in Random, YouTubeComments (6)

(Video) Kucing ni menyalak macam anjing? Pelik!


Sudah pasti anda dah biasa tengok kucing mengiau, tapi pernahkah anda jumpa kucing yang menyalak? Jom tengok video pelik kucing menyalak macam anjing!

Pelik kan? Boleh pula kucing ni menyalak, dan pemiliknya rakam dalam video, sebelum kucing tersebut perasan ianya dirakam dan perlahan-lahan tukar bunyi kepada bunyi kucing, kejap menyalak, kejap mengiau.

Atau, ini merupakan bunyi kucing yang sebenar?? dan bunyi mengiau cuma adalah samaran kucing?? Pelik, pelik….

 

Posted in LOL, Random, WeirdComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com