Beberapa hari yang lalu, media internet kecoh dengan tersebarnya sebuah video yang memaparkan Polis trafik Malaysia ambil rasuah dari pemandu Singapura. Jom tengok.
Video yang mempunyai tempoh lebih 3 Minit itu memaparkan bagaimana pemandu Singapura tersebut ditahan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya, dipercayai lokasi kejadian di kawasan Tambak Johor.
Punca pemandu tersebut ditahan adalah kerana dia didakwa memandu lebih had laju lebuhraya di Malaysia iaitu memandu dengan kelajuan 125KM sejam. Had kelajuan adalah cuma 110KM sejam.
Berdasarkan maklumat, pada awalnya Polis tersebut ingin mengeluarkan saman terhadap pemandu tersebut. Ini adalah berikutan kesalahan pemandu itu yang tidak membawa lesen memandu dan memandu kenderaan dengan laju tanpa mempunyai lesen memandu. (Jumlah saman dianggarkan RM400)
Kemudiannya warga Singapura ini cuba untuk mempelawa untuk memberi rasuah pada polis itu, yang mana diterima polis tersebut dan meminta sebanyak RM100. Warga Singapura itu cuba mintah diskaun dan kemudiannya keduanya setuju dengan tawaran RM50.
Video kejadian itu boleh disaksikan dibawah :
Malaysian Traffic Officer Accept Bribe From Singaporean Driver (Video)
Terkejut bukan? Tindakan memalukan ini mencemarkan nama baik pihak polis yang berpegang kepada moto “Integriti Amalan Kita” dan kempen “Anti-Rasuah”.
Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.
Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.
Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.
Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :
UAE – RM1.22 / L
Baharin – RM0.89 / L
Qatar – RM0.72 / L
Kuwait – RM0.69 / L
Libya – RM0.46 / L
Arab Saudi -RM0.39 / L
Iran -RM0.36 / L
Nigeria – RM0.33 / L
Turkmenistan – RM0.26 / L
Venezuela – RM0.16 / L
Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.
Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.
Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!
Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.
Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :
Bermula
7 September 2010 : 9 Malam
Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi
Bermula
15 September 2010 : 9 Malam
Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi
Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.
Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.
Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.
Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.
Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.
Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.
Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”
Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,
Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)
Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!
Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!
Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!
Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?
Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok, 16 Julai 2010.
Usul mengenai kenaikan harga minyak Petrol ini baru sahaja diluluskan dalam kabinet pada hari ini. Bukan sahaja Minyak Petrol, malah harga gula akan meningkat 25 sen sekilogram dan harga diesel naik 5 sen seliter.
Ini menjadikan harga terkini Minyak Petrol Ron 95 kepada RM1.85 seliter. Manakala Harga bagi minyak Petrol Ron 97 pula masih dikekalkan buat masa ini.
Keputusan ini berdasarkan perbincangan terkini mengenai rasionalisasi pengsubsidian kerajaan.
Sumber : BHarian
Hmm, nampaknya malam ni penuh la Stesen Minyak orang nak Pam bagi minyak Ron 95 dengan harga lama RM1.80 seliter. Naik basikal je la pergi kerja nanti…
Sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai sebuah laporan cadangan dari PEMANDU untuk menaikkan harga minyak petrol, dengan mengurangkan subsidi kerajaan bagi menampung kerugian lebih RM 50 bilion setahun kerajaan. Kerajaan juga telah berjanji akan mengambil kira pendapat dari rakyat sebelum membuat keputusan apa-apa.
Harga minyak Petrol sudah pasti akan meningkat, dan pengurangan subsidi secara berperingkat tetap perlu dilakukan. Apa yang menjadi persoalan mungkin, kemana wang hasil dari pengurangan subsidi itu akan disalurkan?
Mungkin boleh dikatakan ianya bagi menampung kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, namun, rakyat mahukan kenyataan yang lebih jelas mengenai penggunaan wang tersebut.
Bagi mendapatkan respon dan pendapat dari rakyat, kerajaan telah mengadakan undian bagi membuat keputusan. Anda boleh mengundi secara online beramai-ramai di laman web PEMANDU, dan juga muka depan The Star Online.
Kalau tanya NK, NK setuju pengurangan subdisi secara berperingkat dilakukan, namun ianya perlu dilakukan dengan jelas dengan segala jumlah dan perbelanjaan menggunakan wang pengurangan subsidi itu dinyatakan kepada rakyat. Malah dengan kenaikan harga minyak petrol, kerajaan perlu menaiktaraf segala macam pengangkutan awam di Malaysia, dari segi keselesaan, muatan, keselamatan, malah juga nilai.
Ini kerana, sudah sampai waktunya rakyat belajar untuk tidak terlalu bergantung pada subsidi. Mungkin ada yang mengatakan kita belum bersedia, kalau begitu sampai bila pun tak bersedia.
Walau apa pun, sila beri pendapat dan cadangan anda ke saluran yang betul, segala cadangan dan pendapat malah masalah boleh di beri kepada PEMANDU, iaitu badan yang bertanggungjawab membantu kerajaan mengubah dasar mengenai subsidi.
Jangan lupa beri undi anda, keputusan di tangan anda.
Dikatakan bahawa harga minyak petrol Ron 95 yang kini berada pada RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 15 sen menjadi RM 1.95 di antara Jun hingga Disember 2010. Dan harga minyak Petrol akan terus meningkat sepanjang 5 tahun yang akan datang bagi mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap subsidi. Ini bagi membolehkan kerajaan menyalurkan wang subsidi tersebut kepada fokus bidang luar yang lain.
Begitulah cadangan PEMANDU, sebuah badan yang bertindak sebagai penasihat utama kerajaan Malaysia mengenai isu subsidi Minyak.
Menurut laporan yang dicadangkan kepada Kerajaan lagi, mula Januari 2011, harga minyak Petrol akan terus meningkat sebanyak 10 sen bagi setiap tempoh 6 bulan. Berikut merupakan salinan dari laporan tersebut mengenai anggaran harga petrol dari tahun 2011 hingga 2015 :
RM 2.16 pada tahun 2011
RM 2.20 pada tahun 2012
RM 2.34 pada tahun 2013
RM 2.52 pada tahun 2014
RM 2.60 pada tahun 2015
Ini berdasarkan ramalan harga minyak dunia yang akan meningkat sepanjang tahun akan datang. Sumber
Berdasarkan cadangan dalam laporan PEMANDU tersebut, harga bagi setiap Pintu Tol utama juga akan dinaikkan, dikatakan pada tahun 2010 ini, ianya akan dinaikkan dengan kemungkinan dalam anggaran 10 ke 67 Peratus.
Wah, memang sudah dijangka yang harga petrol akan naik lagi. Tapi tak sangka pula harga Tol pun akan naik. Pendapat NK, Harga petrol memang sudah sampai masanya untuk dinaikkan secara perlahan-perlahan, tetapi perlu berlandaskan peningkatan ekonomi negara.
Sebabnya, rakyat perlu belajar untuk tidak bergantung kepada subsidi kerajaan lagi. Dan bagi NK, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada wujudnya alternatif bagi penjimatan, contohnya kenderaan elektrik malah juga sistem pengangkutan awam. Dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan memperbaikkan sistem pengangkutan awam sebelum bertindak menaikkan harga minyak.
Mungkin ini yang dikatakan dengan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” ?.
Tapi jangan risau, rancangan ini masih belum diluluskan kerajaan, dan kerajaan akan mengambil pendapat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Yang Penting, Hapuskan Korupsi.
Recent Comments