Posted on 17 June 2011. Tags: Dakwa, Hina, Islam, Isu, Kartun, Kartun Utusan Malaysia, Keratan, Kes, Maaf, PAS, Pemuda, Rogol, Syariah, Utusan Malaysia, Zina
Pemuda PAS mendakwa kartun yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia adalah menghina Islam dan minta Utusan mohon maaf secara terbuka.
Kartun yang diterbitkan pada 15 June 2011 yang lalu tersebut diberi tajuk ‘Kekeliruan kes rogol’ mengulas mengenai isu kes rogol dikatakan menghina Islam kerana kekeliruan yang ditimbulkan.
Keratan kartun yang didakwa :

Pemuda PAS berkata, tindakan tersebut menghina Islam kerana kartun tersebut menyamakan prosedur dakwaan bagi kes zina dan juga kes rogol. Dimana prosedur dakwaan bagi kedua-dua kes tersebut adalah berlainan dari segi syariah.
Utusan Malaysia kemudiannya diminta untuk mohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari.
Pada pendapat anda? Adakah ianya benar-benar menghina Islam atau Tidak? Sampaikan pendapat anda pada ruang komen dibawah atau di Facebook Notakosong, atau Twitter Notakosong.
Posted in Malaysia, News
Posted on 29 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Susilo Bambang Yudhoyono, Umbo, UMNO, World
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

Posted in Malaysia, News, World
Posted on 24 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Umbo, UMNO, World
Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.
Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.
Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.
Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.
Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.
Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.
Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

Apa pendapat anda?
Posted in Malaysia, News, World
Recent Comments